Home

Thursday, March 31, 2011

GEMPAR ! Kak Limah Berada Di Mana-Mana?!!

GEMPAR!
Kak Limah berada dimana-mana.
Gituew katanya.
Eheh.

Kak Limah mana pulak ni Jah oii?
Aisehmen , sebenar nya ini sebab si Awisy yang suka benor menyebut nama Kak Limah tu ha.
Cehh.
Kalau nak takut kan aku , mula lah menyebut nama Kak Limah.
Kak Limah tu aku tak kisah sangat.
Tapi yang aku kisah kalau kawan-kawan Kak Limah -.-'
Sheesh.

Tadi dia ikut aku masuk bilik.
Jadi nya dia nak main game.
Aku macam malas nak kasi dia main game sebab aku nak tidur. -.-
Jadi aku bukak youtube , aku kasi dia tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah dekat youtube tu ha.
Senang cherita.

Tapi tak senang jugak.
Kenapa?
Apasal?


pergh. fokus habis-habisan menonton Kak Limah. semua part Hantu Kak Limah tuh dia hafal. memang hebakkkk lah. ekekke.

Eheh.
Ingat kan bila kasi dia tengok Kak Limah tu , dia duduk senyap dendiam lah.
Sekali ...

Eh Jah .. kejap lagi lampu pusing-pusing.
Eh Jah *tampar pipi* tengok tu Kak Limah duduk belakang.
Hussinn... Tussinn...
Cer citer ... cer citer ...
Kita bako rumah dia ... kita bako rumah dia ...
Pushh ... dia tembak lah Jah. 
Jah ... bukak lah mata ... tengok lah tu ...
Jah ... kejap lagi kita tengok Khurafat ye?
Citer tu ada hantu ... 

-_______-'

So jangan harap nak tidur ye?
Sabar ajerlah aku dengan budak kenit ni.
Haha.

Tapi memang the end pun aku tak boleh tidur.
Mata mengecil pun gagahkan jugak tengok Kak Limah yang dah banyak kali tengok ni ha.
Eheh.
Nanti bising pulak Awisy.
Itu pun ada hati nak suruh aku bukak Khurafat dengan Ngangkung.
Mak aihh , banyak comel budak ni?
HAHA.

-.-'


comel pulak bila dia senyum kan :)
eheh , memang comel je.
cuba kalau datang angin silat kungfu panda dia , terus aku redha aje lah. -.-' 
HAHA , jahat pulak aku ni.


ini lah dia lampu yang pusing-pusing ni ha.
bising betul bila tengok part mula-mula ni.
jerit sakan.
kalau gelak ... boleh lah kot dengan sampai dekat rumah jiran belakang. 
ceh ceh. 
HAHA.
suka betul dia dengan Kak Limah ni.

Aku Pulak Yang Peliks? 
Ngeee.

Oh ya ya , aku sempat lah ambik video nak hilang kan bosan aku tadi.
Bukan bosan , nak hilang kan mengantuk actually.
Suruh dia nyanyi lagu peberet Kak Limah.

Enjit-Enjit Semut.
Gituew.

video

cer dengar cer dengar.
HAHA.


ok lah , nanti-nanti lah pulak aku update ye.
tengah mood tak berapa nak elok ni.
bukan sebab tak dapat tidur.
tapi pasal hal lain.

esok ada banyak benda nak kena uruskan.
moga di permudahkan segala nya.
amin.

Luahan Hati Kak Jah Kiyut Miyut Togeh Da Vass. Kau Hado?

SPM. Lagi 7 bulan. Lagi 229 atau 228 hari. Kalau tak silap aku.
Sungguh aku cuak. Sungguh aku tertekan.
Setengah orang kata : SPM penentu segala nya. Tapi ada juga orang kata : Tak Semesti nya kau GAGAL SPM , kau akan tertutup terus semua peluang.
Bagi aku , aku nak berjaya dalam SPM. Semua orang pun sama.
Cuma kadang-kadang bila tengah tertekan macam sekarang ini.
Macam-macam rasa dengan fikir belit-belit.

Aku rasa macam-macam.
Aku rasa tertekan bila aku tak dapat nak mencerna dengan apa yang aku baca.
Aku rasa give up bila berulang kali buat latihan matematik tapi tetap tak pandai-pandai nak selesaikan soalan jenis macam-macam tuh.
Aku rasa cuak sebab bila fikir SPM betul , dapat ke aku buat elok-elok?
Dapat ke jawab cun se cun nya?
Dapat ke dapat ke? *lempang*
Ok , tak payah fikir.

Tertekan oh Tertekan?!!

Oh ya aku ni budak kelas sastera. Tak ambil fizik , bio , kimia dan lepas tu mesti orang akan cakap : lu apahal nak stress tahap dewa? wa ni kena hafal seala jenis tulang sum sum , otak rangka pun tak kecoh macam lu -.-‘
Ada tak kau rasa macam nak flying kick laju-laju orang macam tu? Ada tak ada tak? Ada kan?
Mana lah aku tak tertekan.
Itu belum lagi tertekan dengan kata-kata hanjing kucing arnab itik yang suka memerli tak tentu hala bila kita tak dapat nak buat elok macam theyols. Apa kau teringin nak makan sup wedges aku ke? Ceh ceh.
Okay tak payah fikir pasal orang lain.



Tapi dalam masa sama.
Bersyukur jugak sebab ayah ai begitu rajin kumpulkan SKOR yg gambar di atas ituew untuk ai.
Terharu sendu-sendu tau.


Okeh ,sekarang ni aku fikir pasal aku.
Aku agak cuak sebab nak hafal nota-nota. Nak buat latihan-latihan. Tak nak lah study hard rock café sangat.
Bak kata kakak-kakak hangkut ai : Study Smart Tag ,jangan Study Hard Rock. Gituew?!!
Tapi aku terasa macam masa terlalu pantas pintas cepat berjalan sampai aku terasa macam eh eh macam baru semalam cuti hari Sabtu , eh ni dah nak hari Sabtu balik?
Amma , Appa , Ayyark!




sempat ke meks nak selesaikan semua ini? sempat ke sempat ke? *meraung*

Ehem.
Sebenar nya ini sekadar luahan rasa untuk aku yang tak tahu nak luah dekat siapa.
Layan kan aje lah aku punya tulisan ni iye. -.-'

Entahlah , kadang-kadang bila takut membayangi diri akan ada dua benda yang akan terjadi : MOTIVATED TO OUR SELF or FAILED.
Itu sahaja yang akan terjadi.
Aku pun semakin tertekan bila kita berkejar nak catch up mana-mana yang tertinggal tiba-tiba migraine tak berhenti , kita sakit perut melampaui batas , sakit tekak sampai batuk-batuk.
Seksa tu. Memang cabaran yang tinggi benar sangat tuh.

Tapi tak guna merungut kan?
Bukan merungut.
Cuma nak luah tentang keadaan diri sendiri yang orang tak faham.
Memang ramai yang tak faham.
Uhuh.
Tapi itu lah , kalau ikutkan segala macam halangan , cabaran dengan dugaan tu , aku memang dah give up.
Bukan give me mambo no 5 lagi dah.

Namun sebab aku ingat yang aku masih ada "cita-cita" maka dengan secara tiba-tiba dan automatik nya jugak semangat aku menjunam naik tinggi macam bendera Malaysia yang naik di tiang macam bila kita nyanyikan lagu Negara ku.
Heh , gituew tau.

Aku dah tak mahu ulangi kesilapan yang sama.
Kesilapan yang menyakitkan.
Tak mahu. Tak mahu lagi dah.
Okay.
Stop writing.
Do something.
Gituew.

Moga Tuhan permudahkan segala nya dan melapangkang dada aku untuk mudah aku menerima ilmu.
Korang pun jangan lupa doakan yang terbaik untuk ai ye. Eheh.
Okeh lah.

Sampai di sini sahaja luahan hati ;
Kak Jah Kiyut Miyut Togeh Da Vass.
Muahh
Daaaaaaa


see meja ai. berserabut mengalahkan ada projek hape aje sepah nya.
siap ada pringles lagi atas meja.
kau hado?
*nangis*





Wednesday, March 30, 2011

KASHAF IMANI : Kisah Cherita Yang Membuatkan Aku Menangis Menitik-Nitik Tanpa Henti. Anda Pula Bagaimana?

Semalam aku melakukan aktiviti belogwalking seketika sementara melepaskan tekanan yang bersarang dalam jiwa khen? Eheh. Lepas itu aku ternampak dekat belog mana ye, sorry tersangatlah lupa sebab aku belogwalking lebih dari 10 jenis belog , mana lah meks nak ingat noks. See … see belogwalking lebih dari 10 pun dah lupa khen? Apatah lagi nak ingat tamadun dalam sejarah , nak ingat format itu ini , mak aihh , moga kuatkanlah daya ingatan aku untuk SPM ni mak oii. Eheh , okay ter-off topic lah pulak. *dush*

Jadi nya , aku macam tertarik dengan entry beliau yang bagitahu pasal Kashaf Imani. Dia cakap drama tu menarik and kebetulan aku macam nak tengok drama lah pulak – bukan drama queen iye , tapi drama yang di lakon kan oleh pelakon gituew. Eheh. Jadi nya gigih aku tekan link yang beliau kasi. Aku macam uhuh , Sharifah Amani yang berlakon , aku ni bukan lah peminat tegar Sharifah Amani , but then , uhuh okay lah dengan lakonan dia. Biasa nya drama/filem lakonan Sharifah Amani best-best. Eheh.




Kashaf Imani. 

Aku memang saja-saja aje pun cuba tengok drama tu. Kalau best , layan kan ajelah. Kalau tak best aku sambung buat nota Sejarah -.-‘ Oh na na. Jadi nya aku pun tengok lah PART 1 drama ituew. Hmm , not bad. Ceh , ceh gaya macam nak kena tampar not bad tu khen? LOL. Okay permulaan dia agak membuatkan aku tertelan air liur macam berpasir-pasir gituew. Kenapa kah? Hey , apa lagi uols … tak reti-reti? Nah hamik kau Sabariah … LINK iniew.  p/s: thanks to bloggers yang ai lupa siapa ituew because if she/he didn't this link , aku pun tak tahu nak tengok dekat mana kata nya. eheh.

Eheh … okay sebab aku macam teruja lagi nak bercherita , maka aku akan brcherita jugak. Meh aku kasik synopsis dia yer ; sebenar nya aku agak konpius dengan jalan cherita ni mula-mula. Tapi lepas dah tengok sampai ke akhir nya memang aku menangis tersedu-sedan macam tengah tengok Konsert Akademi Fantasia bila pelajar kesayangan buchuk chayang tersingkir meski dah pulun-pulun AFUNDI sampai lebam jari khen? But I bet you ; kau akan menangis lagi teruk bila tengok drama ni.



part ini kalau di tonton berulang kali ; maka akan lah dapat sebaldi besar air mata saya kerana part ini sangat sedih. maaf tak ikut turutan gambar-gambar iniew.

Ehem ehem. Tak tahu lah kalau aku yang terlebih emosi maka aku menangis sakan but jika tengok drama ni sepenuh nya memang akan menangis. Ini mengikut kepahaman aku lah ye ; Imani seorang gadis yang boleh melihat “mereka-mereka” yang sudah tiada or macam mana ye nak cer cer cite ni , tapi dia boleh nampak apa yang orang lain tak boleh nampak. Ok , mula-mula aku agak blur kenapa pak cik teksi pandang dia macam nak juling aje mata nya. Lepas tu tiba-tiba sana sini orang pandang , rupa-rupa nya pasal dia ada “keistimewaan” yang tersendiri. 

Siapa pulak Kashaf? Eheh , Kashaf ni macam jiran Imani la and Imani memang dah lama lah suka sayang Kashaf senyap-senyap. Lepas tu ada satu kejadian yang di mana Kashaf tahu bahawa Imani ni suka dia. Oh by the way *gaya gewdiks ye* Kashaf di lakon kan oleh Beto Kusyairi. Sewiyesli , Kashaf ni tangat tewet , bukan tweet-tweet ye. Oh Em Gey , how come’s some people can write with kebudak-budak kan , cayang caye cume? Aku ni tersimpul otak nak tulis ikut gaya gewdik macam tu. Haha. Enough.

Kashaf sangat sweet okeh. I’m in love with how Kashaf tanya Imani : Awak suka saya EH? Ceh , ceh , ceh kau Jah kalau bab-bab skrip drama klasik orang semua hafal ye? Ngeh Ngeh. Cuba suruh hafal segala jenis tulang , kau hado nak ingat lepas habis kelas tu? Hade? *lempang* Ekekeke.

Sebenar nya kalau nak cer cer cite sampai habis ni memang banyak pulak aku kena tulis nya. Aku bukan jenis yang rajin sangat. Tapi sebab bagi aku cherita ni sangat lah banyak iktibar , banyak benda yang boleh di ambil sebagai pengajaran bukan untuk siapa , untuk diri sendiri. Aku tak nak cherita panjang-panjang. Cer cer cuba tengok dulu drama ni , aku sure korang mula-mula akan menyampah sebab jalan cherita nya agak pening + agak seram bagi orang penakut tahap tengok lipas pun menjerit macam nampak Kak Limah and The Vespa Geng ; ceh ceh suka hati kau je kasi nama kan? Ekekeke. Okay memang ada part yang separa seram. Heh , cer tengok dulu uols , baru lah cer citer sama-sama.



okeh ini part sedih. nak menangis ajew bila ingat balik. ehem. *credit again : google.*

Banyak pengajaran yang aku dapat. Terutama di part yang terakhir. Membuat kan aku terasa banyak berdosa dengan ibu aku. Dengan ayah aku sekali. Aku rasa macam banyak betul buat dosa dengan semua orang. Seriyesli drama ni membuka mata aku bila Kashaf menangis beriya-beriya di saat dia mungkin meninggalkan dunia kerana dia berkurang ajar dengan emak nya. Eh , eh kenapa pulak dia hendak meninggal dunia ni? Kenapa dengan dia? Itu lah korang kena tengok.

Okay ini synopsis yang sempat aku google :
Mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej.Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma.Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu keluarganya bertaubat.

Tadi sempat aku GOOGLE. Rupa nya patut lah cherita ini ada unsur keinsafan yang membenak dalam hati aku , rupa nya cherita ini di siarkan bersempena Maulidur Rasul. Cherita ini memang boleh buat aku menangis rupa nya. Tak sangka. Oh rupa-rupa nya aku ajelah yang ketinggalan tahap bukan kerata api dah ni , rasa nya tahap basikal kanak-kanak tiga roda dah. Uish Uish , maklumlah sekarang sangat jarang-jarang-jarang tengok tv. *meraung* Ehem ehem. Okay back to the topic kata nya!


Memang permulaan cherita nya yang memaparkan hidup gaya bebas kuak renang ; oh bukan *lempang* yang terlampau oleh keluarga Kashaf. Kashaf sendiri mengedarkan dadah dan banyak lagi benda yang dia buat. Tapi apa yang aku boleh cer citer sini ialah , Beto Kusyairi sangat sheweet dalam lakonan ni dan dia berjaya membuat mekap saya hilang kerana titisan air mata yang pecah bak empangan Sungai Klang yang tak mahu berhenti. Gituew kau Maria!



okeh , i love this part. rahsia terbongkar kata nya. kau hado nak terbongkar macam ni? gituew.

To be truth ; bukan sahaja jalan cherita yang penuh syahdu , pelakon yang pandai berlakon tetapi aku pun suka OST drama ini. Sungguh lah , lagu nyanyian Opick memang bisa buat aku bertambah seround menangis. Ceh , gaya tambah nasi seround aje khen? Eheh. Drama ini membuatkan saya berasa banyak bersalah dan berdosa dengan ibu bapa saya. Membuatkan saya terasa hendak berhati-hati dengan kata-kata saya which is aku tak ada lah kaki mencharut ke hape tapi kadangkala bila terlalu ikut godaan syatonnurajim tuh memang terkeluar lah jugak ayat amarah tahap orang lain pun ternganga terkejut jugak kan. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab adik Kashaf ; Shameen yang berperangai 2x5 nan hado ubah nya cakap ; ahh baguslah kalau mati sekali dengan abang nanti boleh jumpa dalam kubur … and then betul lah Shameen yang mati dulu. -.-‘ Makna nya , Tuhan itu Maha Berkuasa , main sedap ikut ulu hati bercakap , di buatnya para malaikat mengamin kan , maka tak sempat nak bertaubat terus aje lah kau menyesal tak sudah kan?


Apa-apa pun , saya sangat lah insaf. Eh eh dah saya awak? Ngee. Adoiyai , panjang lah pulak entry kali ini. Eheh , one more thing ; aku nak menangis bila Kashaf merayu-rayu Imani suruh cakap dekat mak dia yang … ; Mak … Mak … Kashaf sayang Mak L Sungguh lah makin laju aje air mata ni meleleh sambil tutup muka dengan bantal tahan menangis khen? Ngee. Okeh lah , rasa nya entry saya sudah terlalu panjang. Sangat panjang. Saya tinggalkan korang dengan lagu Opick – Tiada Duka Yang Abadi. Google sendiri lah dia punya lirik , sangat syahdu. -.-‘




p/s : kadang-kadang terfikir juga , sempat ke tidak untuk diri sendiri bertaubat dan memohon maaf kepada siapa sahaja di dalam dunia ini? moga di beri kesempatan yang demikian. amin.


Sunday, March 27, 2011

Kau Hado?

Petang ini saya terasa sangat lemau.
Terasa macam-macam.
Fikir macam-macam.
Saya tetap nak update meski eheh saya tahu merapu merepek meraban.
Kau hado?
Eh eh merapu lagi.

Meski saya tahu tak ada yang komen.
Tak ada yang baca.
Tapi hati tetap nak menulis.
Daripada tekanan jiwa seorang diri , baik menulis.
Dapat lah jugak okay sikit.
Sikit aje lah.

Eh eh , pesen apa tulis macam ni pulak ni?
Entahlah.
Ehem Ehem.
Tiba-tiba melayan jiwang.
Iye , melayan jiwang.
Nak layang jiwang jugak?
Dengar lah youtube dekat bawah tu.
Sure jiwang meleleh jugak.
Sheesh.




Uhuh. Yiruma - Love Hurt. 

Oh ya lagi satu.
Semalam Earth Hour.
Aku pun turut menyokong kata nya.
Sejam aje pun.
Bukan nya lama sampai lima enam jam.
Itu pun ramai yang tak sertai gituew.
Malas nak melahar kata nya ... Gituew.

Jadi nya semalam ... aku semangat ambik bekas lilin yang mak ai beli dekat Ikea tu ha.
Apa guna beli kalau setakat jadi barang perhiasan khen?
Maka nya bercandle light dinner sensorang dalam bilik.
Muahahah.
Lepas tu ambik gambar.
Lepas tu nampak kawan-kawan hantu kak limah.
Selamat tak sempat nak nyanyi lagu enjit enjit semut sama-sama.
Gulp.
Sudah lah sudah lah.



uhuh. jumpa next next time.
assalamualaikum.

Syukur. Dia Datang Lagi. Sila Sila Sila Lah. Eheh. Mak Oii Panjang Nya Tajuk. Mohtip? Uhuh.

Jika di ikutkan sudah hampir semingu lebih aku tidak online , mengupdate belog dan sama waktu dengan nya. Jadi memang boleh di kata kan segala jenis perkembangan aku dah tak tahu. Eheh. Sebab itu hari ini bila dapat internet line yang elok , pulun habis-habisan update sampai tiga dah ni aku rasa. Sheesh. Jangan risau , aku online pun sebab nak cari benda berilmiah wokeh , jangan nak mengomel dalam hati cakap aku ni asyik online tak belajar. Ewah , ewah. Kau orang apa tahu. Sekarang dah tak payah susah-susah kau nak bukak buku tebal-tebal. Boleh aje baca dekat laptop kau ye. Cuma download aje. Gituew kata nya tapi aku tehtap prefer baca buku. Sebab nanti mata aku terasa naik juling sebab lama pandang laptop. -.-

Uhuh , dah terlari topik. Fuh , macam biasa yang tak pernah ubah. Ngee. Ehem. Sebenar nya nak rasa bersyukur dengan banyak benda. Alhamdulillah. Rezeki datang lagi. Syukur. Kan aku dah kata berminggu jugak aku tak check Nuffnang. Memang tak di nafikan bersawang kejap belog ni , eheh. Lepas UV traffic memang jatuh merudum tahap petala kerak bumi. Uhuh. Lepas tu pulak , aku macam malas kisah. Sebab this year kan dah janji demi janji dengan diri tak nak on focus sangat dengan aktiviti belog walaupun sekarang ni Nuffnang dengan Churp Churp saling menambahkan nilai berganda. Eheh. Ok fine , straight to the point : aku dapat BE yang ke 5 iaitu iklan Maxis Nokia E7.

Jadi nya aku memang sangat bersyukur kerana dapat lagi BE. Ingatkan dah susah nak dapat sebab hari tu masa line internet tengah bengong aku tak dapat nak online sangat , traffic merudum , maka nilai BE tak cecah rm 2 ringgit pun :'( Sadis wokehh! Jadi nya aku harap for this time boleh lah nilai BE paling kurang pun melebih RM 5. Eheh. Cehh , gaya macam ramai sangat yang nak masuk dalam belog bebelan mengarut aku ni khen? Ngee. Tapi iyelah meski followers aku more than 100 tapi tak semesti nya UV traffic aku pun more than 100 setiap hari. Tapi aku masih bersyukur ada jugak yang singgah , yang follow semua. Cuma yang mengomen aje kurang. It's alright. Eheh.

Tadi sempat jugak nampak BE yang duduk bertandang dalam belog aku ni. Mintak-mintak lah BE ni duduk lama sikit. Boleh kumpul banyak sikit dari yang last time. Eheh. Korang kalau nampak BE Maxis ni jangan lupa kelik ye. Sambil-sambil tu boleh lah tengok Nokia E7 itu sekali. Aku berkenan dekat Nokia E5. -.- Mohtif tiba-tiba? Ngahahaha.


ahha , dekat atas sekali tuh. jangan lupa kelik ye :)

oh ya ya , lagi satu. aku dah change new background. dan dan aku nak tanya lama tak if kau orang nak tunggu full pages belog aku ni? lambat betul ke dia nak loading? eh eh? 
sebab aku tak tahu is that my internet wireless yang lembapz atau pages aku yang berat? uishh.
so let me know k?
please please drop ur comment eh? :)

Ehem apa lagi ye? Oh ya jangan lupa kelik Nuffnang saya. Nanti saya kelik kamu punya. K? Gituew kata-kata manis lebah madu ku. Ehheh. InsyaAllah kalau ada masa kesempatan aku akan blogwalking. InsyaAllah kalau keadaan mengizinkan lah. For now , aku memang tak boleh janji. Uhhu. Hmm. Eheh. Okay , kejap lagi nak kena buat macam-macam benda. Esok lusa tulat sampai lah bila-bila yang aku rasa nak update balik aku update balik ye. Eheh. Tapi kalau aku bosan esok aku update jugak. Muahaha , cehh.


thank you Nuffnang. :)

Okay lah , aku rasa dah tak ada apa-apa nak tulis lagi dah.
Sampai di sini sahaja.
Nanti korang mabuk pulak baca aku asyik update tak tentu hala.
Sekejap sedih.
Sekejap happy.
Sekejap itu ini.
Hoh Heh.
Jumpa next next time ye.

Jangan lupa kelik ye? Ehhe.
Sayang korang semua.
Gitueew!



Saturday, March 26, 2011

The Pain Killer. Full Stop.

YES. I UPDATE. again.

Ehem. Kali ini nak update pasal benda lain. Pasal THE PAIN KILLER. Eheh. Aku tahu sejak dua menjak ni emosi aku agak teruk ok fine sangat teruk. Emosi naik turun atas bawah macam tak reti nak control elok-elok. That's my bad. Totally my bad. Uhuh. Okay pain killer yang aku maksud kan bukan lah ubat penahan sakit tu ha. Tapi pain killer yang aku maksud kan sekarang ni , ehem , macam mana nak buat ayat ye? Salah tulis mahu aku duduk berkurung dalam bilik 10 tahun tak mahu keluar kang. Ekekeke.

Ekekek. Should I say in Malay : Sakit Membunuh? WooHoo. Macam ala-ala tragic traumatic sajork bunyi nya kan? Eheh. Well , sakit membunuh memang selalu kita hadapi sedar atau tidak. Okay again : it's not like Sakit Jantung atau yang sama waktu yang membunuh itu. Tapi sakit membunuh dalaman yang aku selalu fikir is an always : EMOSI. Itu memang pain killer yang paling teruk aku rasa. Emosi kalau tak di jaga dengan baik memang akan memberi impak yang tidak baik. Aku tahu pasal itu. 

Ngaaa , apasal aku ni menulis ala-ala serius nak kasi syarahan segala khen? Fine , tengah bosan and aku terasa nak update. So then , here it is ; aku update pasal aku sendiri pun tak tahu nak cherita awal , tengah dan akhir macam mana. Ehem. Well , aku terjumpa quotes di bawah ini from inche Google. 




Every successful person has a painful story.
Every painful story has a successful ending.
Accept the pain and get ready for success.

Masa itu terus terbayang dalam kepala otak cuma : pain killer. Entah , tak tahu kenapa. Iyelah kadang-kadang nak berjaya memang bukan mudah. Tambahan orang macam aku yang otak tak berapa bijak biar makan kismis 10 kg sekalipun. Tetap sama kalau tak baca buku , tetap sama kalau tak buat latihan. Seronok tengok orang senang-senang aje berjaya , baca sekali dah boleh faham. Buat latihan dua tiga kali dah boleh selalu skor. Aku ni buat sepuluh kali pun masih juling mata tak faham-faham. Agak nya terlebih makan semut lah kot? Sheesh. Bukan tak pernah rasa gagal. Sangat sakit sampai emosi pun jadi tunggang langgang. Bukan jugak tak pernah berjaya. Riak habisan last-last impian jadi hancur.

Entahlah. Memang nak berjaya bukan mudah. Nak gagal lebih senang , mudah dan pantas tanpa perlu membuat apa-apa taktik segala. Huh , as easy as that huh? Tapi nak berjaya memang bukan mudah. Okay , aku jadi terlebih emosi bila tengok orang-orang dapat result cemerlang untuk SPM hari tu. Aku jadi terlebih emosi sampai sekarang. Aku takut , aku cuak. Entah. -.- Sungguh lah , orang lain jadi kan iltizam lah , ilham lah segala macam lah , tapi aku boleh buat angin cuak segala? Memang tak patut sungguh.

Seronok baca blogger-blogger yang berjaya dapat straight A , yang dapat A banyak dan yang semua nya berjaya lah. Itu belum lagi tengok dalam surat khabar ; fine aku takut nak baca surat khabar. Normal tak normal bagi orang yang nak ambil peperiksaan besar macam aku? Eheh. Lepas tu belum lagi tengok tv , hari tu ada tengok , fuhh muka selamba aje tapi result pergh , menangis meks -.- Shessh. Sungguhlah senang cherita aku agak tertekan. Maklumlah bila hendak SPM ke , PMR ke mahupun UPSR , memang after the result telefon rumah aku berdering lagi banyak daripada hari-hari biasa. Terus terasa nak buat press conference senang cherita tak payah ramai orang habiskan kredit top up nak call khen? Eheh. Ooops , jangan terasa ye. Nanti tak pasal-pasal tak berkat ai nak hamik exam katanya *meraung*

Uhuh , so kepada semua orang , ada tak nasihat untuk saya yang sedang stress tekanan tahap pain killer fuhh sebab tertekan segala macam tahap ini? Sila-sila kasi nasihat dekat saya. Betul saya tertekan. This pain is killing me now -.- Boleh gituew?


cer cer kasi nasihat sikit dekat ai -.-


Jejak Kasih

Di suatu petang yang indah lagi mendamai kan.

Di sebuah bilik yang semakin chantek dan luas.

Tersebut lah kisah di antara Mommy Elmo dan Baby Elmo.

....







GAMBAR 1
Mommy Elmo : Syukurlah nak , selepas bertahun kita terpisah , berjumpa jugak kita akhir nya.
Baby Elmo : Alhamdulillah Mommy. Mommy Mommy.*peluk*



GAMBAR 2
Mommy Elmo : Eh eh nak , kau dengar tak apa yang Mommy dengar?*terkezut*
Baby Elmo : Macam orang panggil nama Ultraman Tiga kan Mommy?*angkat kening*
Darwisy : Uhh Dumm Mang Gosho … Bom fireeeee!




GAMBAR 3
Mommy Elmo : *toleh belakang* Iye lah tu nak. Jiran baru belakang rumah kita ni rupa nya tengah duduk berlatih teater.*nakpitam*
Baby Elmo : Ya Hampun *sengih*
Darwisy : Abcdgeeee Hantu Kak Limah Balik Rumah *nada cepat*


capture-capture di atas merupakan drama dan rekaan semata-mata. tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang sudah tiada. eheh.

Eheh. Dah lama nak letak gambar ni , lama tak lama ada lah kot minggu lepas ke dua minggu lepas punya gambar. Eheh. Kisah nya masa aku sibuk mengemas bilik aku tiba-tiba terjumpa Elmo kecik. Haruslah jejak kasih gituew dengan Elmo beshar ituew khen? Ngee. Lepas tu Awisy haruslah ala-ala teruja , masa mula-mula aje lah dia teruja nya. Sekarang kalau tengok Elmo kecik tu dia baling aje. Heh. 

Eheh. Gituewlah kan. Kekdahnya sudah tak tahu nak tulis pasal apa. Itu yang aku pakai hamik aje gambar mana-mana. Eheh. Lagipun tak seronok pulak kalau di biar kan bersawang belog ni walaupun memang nak jugak kasi bersawang. Erk.. apakehey ayat aku ni macam pening-pening ni -___-' Aku pun dah tak faham. Ngeh. Uhuhuh. 

Ehem nak cakap apa lagi yer? Entahlah. Eheh. Oh ya , aku sudah dapat BE baru. Alhamdulillah. Tak silap aku dari Maxis. Korang kalau nampak jangan lupa tekan ye. Ehiks. ;) Ehehe. Okay lah , sudah tak ada benda yang nak di update , maka nya ... chiow!

Friday, March 25, 2011

Indah Khabar dari Rupa.

Dah lama sungguh tak mengupdate apa-apa dekat dalam belog ini. Sungguh lah dah lama betul tak menulis , tak meluahkan rasa hati dan semua sekali pun tidak. Maklum lah line internet yang macam haramjadah lepas tu pulak aku selalu aje selsema lah , sakit itu ini , memang lah terus malas nak bukak laptop. Kalau bukak laptop pun sekadar untuk charge mp3 player sebab mp3 player aku charge via laptop. Itu aje lah pun.

Skill nak menulis pun dah macam terkial-kial pulak. Tak tahu nak start macam mana. Tak tahu nak bercherita macam mana. Macam tersekat-sekat pulak nak menulis semua ni. Eheh. Kalau di ikutkan dah berpuluh-puluh cherita yang aku save dalam draft ; gambar pun dah edit segala dah pun tapi tak terasa nak publish sekarang. Sejak dua menjak ni nak menulis pun dah jadi hambar ketumbar erkk tak tentu hala. Entahlah , bukan kata nak menulis pun hambar mambar ketumbar , tapi nak buat apa-apa pun dah terasa hambar segala. Segala nya dah jadi layu kuyu.

Uish , entah apa pasal pun tak tahu. Hmmm , memang emosi tengah berkecamuk tak tentu hala. Uish , malas nak bercherita lanjut. Eheh. Lagipun kalau semua nak di cherita nanti entah apa lah yang boleh di simpan je khen? Eh eh apasal ayat aku dah macam pusing-pusing ni? Uhuh. Eheh. Entahlah. Apa pasal lah macam tak tahu nak tulis apa ni khen -__-' Okeh okeh next entry aje lah ye aku update pasal benda lain. Eheh.

Nak kena pergi tenang kan diri. Nak kena pergi betulkan emosi. Nak kena kurangkan menangis. Nak kena buat macam-macam. 

kthbai.





old picture. eh tak kan gambar baru kot? *__*

Sunday, March 13, 2011

Old Time Big Smile

Semalam cakap nak menyepi dari alam maya. Konon nya merajuk tapi memang betul merajuk. Tapi sebab saya seorang bloggers yang agak tak agak tegar , eheh , maka saya yang tengah berpeluang untuk mengupdate belog ini pun mengambil peluang itu. Agak geram sekarang ini sebab sejak dua menjak line internet yang biasa di gunakan dah hilang tak kembali. Ceh. Hailah , entah apa pasal line internet boleh merajuk sakan sampai berminggu-minggu hilang. Menyampah meks!

Sekarang bukan nak bercherita pasal line internet yang kejam tapi pasal zaman dolu-dolu. Eceh-eceh , gaya menulis macam dah masuk umur 50an aje kan? Eh hello , ai baru 17 tahun ye. *betulkan spek Gucci gituew* Ekekeke ,tak pasal-pasal aje kan? Memang betul lah nak kena lempang. Gyeah , merapu! Eheh , sebenar nya dah lama betul teringin nak buat entry khas pasal gambar-gambar zaman kanak-kanak riang gelak ketawa suka tanpa duka. Zaman kanak-kanak memang zaman paling riang. Buat lah apa sahaja , tak kan ada siapa nak marah. Mungkin ada tapi lepas itu akan ada yang pujuk. Best kan? Bila pagi boleh tidur , bila malam boleh bermain sampai pingsan! Ahhaha. Lepas tu kalau orang kacau boleh menangis dan meraung sampai semua orang marah orang yang kacau kita balik. Best tu. Ahahah , apasal dengan aku ni? Sheeshh.

Hailah , zaman kanak-kanak memang seronok. Tak payah fikir apa-apa masalah sekalipun. Ahha. Bila tengok balik album gambar , terus tersenyum. Seronok betul tengok gambar masa kecik-kecik dulu. Nak ambil gambar dengan botol susu pun orang akan kata comel. Cuba sekarang aku ambil gambar sambil teguk dengan botol air mineral? Agak-agak orang akan cakap : tak sopan sungguh minah ni , siap angkat kening lagi tuh. Ngeh ngeh sudah tentu lah kan? Jangan harap nak di kata nya cun. Okay , okay meh meh aku kasi contoh melalui gambar-gambar di bawah. Ngee. Banyak lagi gambar yang nak di kongsi , tapi eheh malas nak upload ; internet lembapz!



bayang kan kalau tiba-tiba aku di tengah bandaraya KL , ambil gambar macam ini. agak-agak ramai tak tersengih pandang aku? ngahahaha. sudah tentu lah kan? gaya macam mat bangla eheh nak hantar gambar dekat kampung aje. udah lah aku dengan seluar merah? oh tidakkk!
tapi zaman dulu-dulu eheh mesti ramai aje nak cubit pipi ai kan meskipun pakai seluar merah khen?? *blushing* lepas blushing terus kena? *lempang* err.


tak pun ; if aku ambil gambar macam ini. hmm okay lah kot. sedang kan artis pun ada ambil gambar dengan bikini pun jadi berita panas. eheh , setakat pakai seluar pendek di tepi pantai it's not a big problem huh? *pakai spek armani exchange*


ahah this one. kalau zaman kanak-kanak it's alright untuk mengambil gambar dalam aksi gembira begini. but if i am doing like this in my 17 years ages , for sure aku kena humban masuk Tanjung Rambutan. Bukan Dusun Rambutan ye. Eheh.
psst : ini kalau bakal mak mertua tengok gambar ni terus tolak aku jadi menantu dia. eh eh makcik ini gambar zaman dolu-dolu ye , sekarang bila saya ambil gambar saya senyum aje. tak ada gelak macam ini. *lempang*


Nampak tak beza keseronokkan zaman kanak-kanak itu? Ngeee. Actually ai tengah mencari idea yang menarik kata nya untuk belog yang dah semakin boring dan bosan. Adeslah. Bukan mudah nak kasi meriah belog ini macam dulu-dulu kala. Eceh, gaya macam sepuluh tahun lepas aje kan? Ngahahah. Well , in this time betul-betul rindu zaman kanak-kanak. Old time big smile. Memang masa zaman kanak-kanak really had a good time , big smile and always big laugh. Bukan lah kata zaman remaja macam tahap disaster but , yeah bila zaman remaja macam ini ; kehidupan is not easy as zaman kanak-kanak. Of course lah kan. Ok aura merapu dah macam nak muncul. 

Eheh , jika di ikutkan banyak lagi gambar yang nak di tepek di dalam belog sendiri ini. Iyelah dah nama pun belog sendiri memang lah ikut suka hati aku aje nak tepek kan. Ngee. Tapi internet sangat lembapz. Tak larat nak menunggu semua itu. Ngee. Nak tulis macam-macam tapi mata dah penat , badan dah letih. Adesslah. Nak cherita apa lagi ye?


suka gambar ini. nampak kan my big smile masa zaman dolu-dolu ituew? ngeee. seluar kuning yu! tak sanggup meks nak menengok seluar-seluar ai zaman dolu-dolu. ngahaha.


Okeh rasa nya , dah tak ada apa benda lagi yang nak di cherita kan mahupun yang hendak di kongsi kan. Setakat ini , keadaan internet sangat teruk. Jadi memang jika tak ada beruk kesayangan kakak saya , maka saya tak akan memunculkan diri di alam maya. Even facebook berminggu-minggu berhari-hari tak bukak , twitter apatah lagi. oh na na. Jadi maaflah kalau ada yang sertai untuk my bloglist , I did'nt update , andai ada yang belogwalking into my blog saya tak terjah balik or maybe ada yang tekan my HB or Nuffnang dan saya tak kembali menekan di blog anda semua itu. Maafkan saya ye? I am really sorry. Internet buat hal , perkara yang paling tidak boleh di kawal. Fuhh , susah betul hidup tak ada internet -.-'

Lagipun memang sekarang pun tengah bertekad nak berkorban sikit untuk less berinternet for a few months ni. Perit sangat rasa nya. Uhuh. Jadi doa-doa lah internet pulih seperti biasa sebab ada banyak benda yang kena guna internet ni , not just for blog-ing, tweet-ing , facebook-ing segala itu. Ada banyak lagi perkara lain yang nak di gunakan via internet ini. Boleh ke pulak dia main aci lari entah ke mana? Menyampah meks! 

Oh ya lagi satu : tentang kejadian yang melanda Jumaat lepas. Kejadian gempa bumi serta tsunami yang melanda Jepun memang satu perkara yang amat mengejutkan dan menyedihkan.Aku sendiri terkejut melihat berita di CNN. Kalau Tuhan dah tentu kan , memang tak siapa boleh melawan kuasa dia bukan? Baru lah terasa betapa kerdil nya diri ini dan terasa takut andai di tarik nyawa sebelum sempat bertaubat. Sungguh takut. Takziah buat semua yang kehilangan keluarga mahupun sahabat handai. Harta benda hilang boleh di cari kembali dan di ganti tapi nyawa hilang hanya tinggal kenangan sahaja kan? So then memang kita kena selalu lah hargai insan yang kita rasa penting dalam hidup kita :)

Ok as usual , see you in next next next time. InsyaAllah. 

nota kaki : why people akan pelik kalau seseorang itu hendak menjadi baik?
kenapa tidak pelik jika seseorang itu sudah menjadi jahat?
hmmm.