Home

Tuesday, May 31, 2011

[ReNov] Baju Melayu Hijau Serindit [2011]

Ini merupakan kali pertama aku melakukan review untuk novel bagi segmen [ReNov]. Setelah berminggu-minggu berjanji mahu melakukan review untuk novel-novel yang telah aku baca , akhir nya hari ini baru aku tunaikan. Lagipun nak kasi review untuk sebuah novel bukan mudah. Lagi mudah nak kasi habiskan novel itu daripada nak beri review-review ni. Hiks.



Kali ini aku nak kasi review untuk novel dari Kak Syud iaitu Baju Melayu Hijau Serindit. Ini kali pertama aku membeli karya Kak Syud. Ternyata langsung tidak menghampakan aku. Sungguh tidak menghampakan. Aku terbuai-buai dengan watak Pacai dan Wardah. Bagi aku watak yang Kak Syud kasi ni memang sangat sweet. Memang bila aku beli novel ni dekat KLIBF , aku dah rasa novel ini sangat menarik. Selamat betul okeh. Takut tau sebab kadang-kadang ada sesetengah novel tu cover super duper cantik , sinopsis super duper gempak bila baca , tawar hati kelam berduka terus aku baca. Tak menarik , tak faham dan tak tahu nak komen apa. Last-last habiskan duit saja beli novel itu. Heee. Novel ni novel baru. Mei 2011 baru publish tapi aku beli masa pracetak tu. Dekat KLIBF. Sekarang dah ada dah dekat kedai buku mana-mana aku rasa.

Sebab kan aku rasa kalau beri review melalui point bakal memberi korang lebih faham bagi mana-mana yang belum novel ini , maka aku nak tulis menggunakan point. Hiks.
  1. Permulaan novel yang bermula dengan pergaduhan kerana sebuah novel memang menarik. Lebih-lebih lagi apabila prasangka buruk Wardah terhadap Shrek iaitu Pacai. Ehem kenapa pulak Wardah panggil Shrek? Itu korang kena baca ;P
  2. Jalan cerita novel ni kalau ikut kan memang biasa aje tapi watak-watak yang ada dalam novel ni yang buat kasi menarik. Aihh , jatuh cinta sangat dengan watak Pacai. Ehiks. *matilaaa
  3. Meskipun permulaan pertemuaan Wardah dan Pacai tidak bermula dengan baik , tetapi dek kerana terdesak dengan keadaan Wardah telah berbaik dengan Pacai dan telah menjadikan Pacai sebagai boyfriend. Woah , kenapa pulak? Ehiks , apa lagi pergi beli novel ni then you know why :P
  4. Banyak scene menarik dan aku rasa scene paling menarik mungkin kerana Pacai sangat sweet. Haih , tak habis-habis terkinja-kinja dengan orang yang tak pernah ada dalam realiti kan? Tapi sungguh kalau sesiapa yang baca novel ni mungkin akan kata Pacai sangat sweet. Hakhakhak. Parah dah aku ni. Bayangkan dekat dengan seminggu aku bawak BMHS ni ke mana-mana tau! Curlast sangat kan?
  5. Novel ni tak ada lah terlalu sarat dengan emosi macam sedih sangat ke , merapu sangat ke , kelakar sangat ke. Nope. Just nice and secukup rasa. Ada rasa jealous, ada rasa sedih, ada rasa kelakar ,ada rasa indah ewah ewah dan secukup rasa weh.
  6. Suka dengan penulisan or apa orang cakap ye dengan theme dalam novel ni ; kalau dah jodoh tak ke mana. Sungguh tak sarat langsung and cara penulisan Kak Syud berbeza untuk kisah yang ala-ala kalau dah jodoh ni. Thumbs Up!
  7. Bagi aku penulisan Kak Syud yang santai membuatkan aku sangat senang dengan novel ini. Tak terlalu berat , bahasa tidak terlalu sarat dan senang untuk menjiwai. 
  8. Aku bagi 5 bintang untuk novel ini. Muahahaha sebab nya aku suka watak Pacai dan Wardah kot. Jadi aku tak ada masalah untuk kasi 5 bintang terus. Hikhik.
thumbs up untuk Baju Melayu Hijau Serindit :D

Senang cherita , novel Baju Melayu Hijau Serindit memang santai dan menyeronok kan untuk di baca. Lagipun murah uols , RM 17 aje pun. Cherita dia pun menarik. Tapi lain orang lain citarasa nya kan. Bagi aku , novel Kak Syud , sudah menepati citarasa aku. Harus pergi borong novel-novel Kak Syud yang lain lepas ni. Aku beli BMHS ni time dekat Pesta Buku jadi sempat jumpa dia dan ambil tandatangan Kak Syud. Hiks. Oh ini nak quote pasal sinopsis novel BMHS.

Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.

~ I ~
Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).
Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama itu?
“Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.”

~ II ~
Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!
“Apa yang I dapat kalau I tolong you?”
“You dapat jadi boyfriend I.”
Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya.
Sedihlah 
L

Huuu , memang novel ni tentang dah jodoh tak ke mana pun. Memang menarik dan suka bila Pacai kuat menyakat Wardah. Suka tengok scene-scene di mana bila Wardah kata tak suka dengan Pacai tapi bila the end dah hilang semua baru dia sedar macam mana sayang nya dia pada Pacai. Ehem. Tak tahu kenapa aku memang suka la dengan novel ni. Haish. Dasyat sungguh. Rasa-rasa nya ramai peminat Kak Syud pun "jatuhcinta" dengan watak Pacai. Hakhak. Tapi rasa-rasa nya bila korang baca sinopsis dia dah boleh agak kot kenapa tiba-tiba Pacai jadi BF Wardah kan? Hiks. 

dengan Kak Syud :)
Macam aku cakap tadi , tak rugi kalau korang beli novel ni. Novel ni tak ada lah sarat dengan emosi macam sesetengah novel lain. Tapi secukup rasa dah. Apasal aku rasa aku macam asyik ulang ayat sama. Duhh. Maaf kalau review aku tak menarik. Aku nak jugak tulis meski idea dah tak ada ni. Makin tertangguh , makin tak tahu bila aku nak post pasal review novel ni. Cuba la beli novel ni , memang menarik dan tertarik dengan perangai sweet pacai. Hek hek hek. Matilaaa *petir*

Rasa nya sudah tiada apa-apa lagi untuk di review kan. Cuba lah beli. Novel ni kalau baca masa lapang memang menarik. Haha , tak habis-habis peromot okeh. Hiks. Kalau nak tahu keseluruhan kisah nya jangan lupa beli novel ni. Dapat kan di kedai buku atau boleh beli online di JemariSeni.com :)

Terima kasih sebab baca entry ni :)

Dek Kerana Salleh Yaakob ... Terus Penuh Keyword ku iniew dengan Pertanyaan Luar Biasa :P

Fuhh. Aku baru pulang dari meronda-ronda kota raya bersama ibu bapa tersayang. Eceh. Meronda lah sangat. Tapi semalam memang aku dah siapkan schedule entry untuk di publish kan pukul 10.45 pagi tadi. Lepas tu bila aku balik macam biasa lah aku approve komen semua then check nuffnang kejap. Tak ada kerja sangat kan?

Lepas tu sengaja nak check keyword. Phewww. Semua soalan panas sangat kan keyword itu? Tak percaya? Ceh ceh ceh. Nah hamikk.


  • komen semua isteri salih yaakob kahwin kali keempat
  • pengantin salleh yaakob
  • pernikahan salleh yaakob
  • salih yaakob sah? lol
  • salih yaakob selamat kahwin istri keempat
  • salleh yaakob selamat bernikah
  • salleh yaakob kawen kali ke 4

Hamboii Hamboii. Dasyat jugak ye? Ramai betul yang mencari maklumat tentang perkahwinan Abang Jem ni ye? Hiks. Tapi keyword pertama tu agak panas jugak la. Hamboii hamblii korang. Ekekeke. Gigih betul aku buat entry ni. Padahal hari ni sangat letih sebab pergi macam-macam tempat. Fuhh. Mengantuk. Tapi sure kalau duduk atas katil terkebil-kebil jugak mata nanti. Cehh. 

Okay lah , aku tengah kepala weng ni memang tak ada terus idea. Terasa macam rajin pulak tangan aku nak menulis hari ni. Heheheh , kalau aku rajin lagi , aku update lagi. Kalau malas tunggu la bila-bila. Banyak jugak gambar syok sendiri eh eh random yang aku ambil tadi. Nanti lah aku upload ye :P

Terima kasih baca entry ni :)


Review Movie : Kungfu Panda 2 : The Kaboom Of Boom


Sabtu yang lepas aku telah pergi ke KLCC bersama Umi aku untuk menonton Kungfu Panda 2. Memandangkan Sabtu yang lepas sudah pun cuti sekolah pertengahan tahun , KLCC memang penuh dengan pelajar-pelajar yang membuat lawatan ke Petrosains. Aku boleh tahan cuak sebab takut habis ticket Kungfu Panda ni. Maklum lah cerita yang boleh di tonton seisi keluarga ni dengan baru di tayang kan ni , kalau lambat datang memang merasa lah kau tengok wayang bukan pukul 11 pagi , 12 tengahari. Silap-silap pukul 3 , 4 petang kan? Ohh I dont like it I dont like it. Ceeh.

Jadi nya aku sampai dekat KLCC pun habis awal okeh. Pukul 10.30 pagi tapi beratur panjang. Pitamz. Meh baca review Kungfu Panda 2 yang berjaya buat aku geli hati , perut dan kaki sekali.

  • Permulaan movie yang menarik. Nak tahu apa yang menarik? Haa , pergi tengok dekat wayang. Heh heh heh.
  • Po (The Dragon Warrior) sentiasa mencuit hati dan menghiburkan. Geram nak cubit perut Po yang boolat itu. Muehehehe.
  • Tak menahan part Po yang selalu tersalah buat aksi kungfu. Comel tahu tak? Memang comel bila orang lain pusing kanan tiba-tiba dia pusing ke lain. Haha. Okay menghiburkan. Mampu buat aku tergelak enampuluh saat. Ceh.
  • Kali ini Po dan The Furiost Five ada tugasan untuk menyelamat kan negara China dan Kungfu dari serangan Burung Merak yang berlagak ituew. Aku lupa boleh nama watak Burung Mereka itu kerana dia sangat berlagak. Heh.
  • Filem ini lengkap dengan semua aspek yang bagi aku tak rugi aku beli tiket 13 hinggit ini. Kelakar , gembira , sedih , duka dan semua nya ada. Lengkap senang cerita.
  • Kali ini jugak Po dapat tahu sesuatu tentang diri dia. Hmmm apa dia? Tak boleh lah cherita nanti korang kata aku ni spoil kan mood korang nak pergi tengok kan? Heh heh heh. Tapi sumpah sedih dan bagi orang berjiwa lemah lembut ni pasti akan menangis bila tahu kebenaran tentang diri Po tu nanti. Sempat juga lah air mata menitik dalam lima belas saat. Cehh.
  • Banyak aksi kungfu yang menarik. Di sarankan sesiapa yang bawak anak-anak , korang doa-doa lah anak-anak korang yang masih kecil itu tak terikut-ikut dengan gaya kungfu Po yang comel serta kawan-kawan Po yang hebat itu. Haha. Dah nama cerita kungfu panda tak kan lah ada aksi dikir barat kot kan? *pang*
  • Ada jugak di selitkan nasihat yang buat aku tersenyum simpul. Ok ini aku nak tulis sebab nanti kalau aku nak meraung boleh bukak belog ni baca ayat ni ; something like this lah ayat dia , aku cuma igt yang mana penting je. Eheh.  : 
Meskipun pemulaan kita tidak baik , tidak semesti nya untuk hari seterus nya tidak baik. Untuk menjadi terbaik ada lah terletak pada diri kita. Semua nya terletak pada diri kita untuk menjadi siapa kita! 

  • Aku ingat ada part tu yang Po di tanya oleh Ahli Nujum tu : Who Are You. Po macam termenung dan terus jawab : I'm Po and I'm Panda , something like that la. Ke apa entah? Haha , matilah nak sangat buat review tapi pelupa kan? Dush.
  • Apa lagi ye? Oh ada part touching dan friendship yang sangat membuat aku menangis menitik untuk tiga saat. Eceh. 
  • Ending yang menarik. Aku kasi 4 bintang setengah. Setengah lagi aku tak kasi sebab aku benci burung merak sombong tu. Boleh? HAHAHAHAH.

Senang cherita Kungfu Panda ini sangat menarik dan wajib di tonton. Bawak lah kawan-kawan dan kaum keluarga menonton movie ni sebab memang menarik , touching , kelakar , sedih dan ada juga terpalit nasihat yang memang ada betul nya. Sebab tu aku tak fikir panjang untuk menonton filem ini kerana aku tahu mesti ada nasihat yang menarik untuk diberi iktibar buat diri sendiri kan. Suka sangat dengan nasihat yang di akhir movie itu. Sebenar nya apa yang penting keyakinan pada diri sendiri kan. Dan kalau itu yang kita mahu kita pasti boleh buat tidak kira lah permulaan hidup kita tidak lah baik yang di pinta dan tidak lah secerah awan di langit kan? Semua itu tidak kisah yang penting bagaimana dan tahap mana yang kita mahu kan? Iye iye iye. Ini sekadar untuk berkongsi dengan korang ni. Muehehe. Again ; peringatan untuk diri sendiri :)

comeeeeel kan Po? hiks

Untuk korang yang tengah bercuti atau tak tahu buat apa , aku suggestkan untuk korang menonton filem ini. Semua aspek perasaan lengkap , lepas tu mesti korang akan terhibur dengan watak Po yang sangat comel itu. Tambahan dengan kawan-kawan Po pun menghiburkan juga. Pasti juga korang akan rasa nak memaki hamun dengan perangai Buruk Merak yang aku lupa nama watak dia yang sangat angkuh itu. Ada ke dari korang yang dah tengok? Korang rasa macam mana movie tu? Terbaikkkk atau so-so aje? :)

Terima Kasih baca entry ni :)



Monday, May 30, 2011

Tahniah Salleh Yaakob! Telah Selamat Bernikah Untuk Kali Ke Empat Yuolss!

Tadi masa aku tengah membaca dalam satu forum tu , ternampak pulak gambar-gambar perkahwinan Abang Jem I Follow ... uuww , Salleh Yaakob la , siapa lagi kan? Ehiks. Alhamdulillah telah selamat pun bernikah untuk kali ke empat pagi tadi kalau tak silap aku. Isteri yang ke empat Salleh Yaakob ni cantik bagi pandangan mata aku. Baru berusia 25 tahun. Tapi kalau dah jodoh , siapa kita nak menolak kan. Ehiks. Dah dah tak mahu komen panjang-panjang.

Oh ya gambar-gambar di bawah ni kredit kepada Hazrey.com






Hee , tahniah buat Salleh Yaakob dan Samihah Sheikh Ali. Selamat Pengantin Baru dan semoga kekal hingga ke hujung nyawa. Semoga Salleh Yaakob pun turut berlaku adil buat semua isteri-isteri nya ye. Ehiks. Oh ini nak copy sikit dari Hazrey.com.
Anyway, dua kali lafaz, Salih Yaacob sah memperisterikan Samihah Sheikh Ali, 25 tahun di Masjid Jamek Kampung Melayu Kulaijaya tepat jam 3.50 petang tadi.

Hantaran RM25,000 bersama sebentuk cincin dan mas kahwin RM23.

Keduanya dinikahkan Kadi Daerah Kulaijaya, Ustaz Haji Fahmi Samad. 

Apapun, hari ini bersejarah buat Salih. Cukuplah empat isteri mengisi hidupnya.

Tiga lagi isteri Salih ialah Norlizah Mamat, Norraha Hamat dan Norfara Wahida Sulaiman.

Wartawan yang hadir, wait, wartawan cuma aku jelah kan. Haha. Ok, bersama Harian Metro, bagaimanapun tidak dibenarkan menemuramah isteri Salih.

Malam ini jam 8.30 malam, pengantin ini akan disandingkan di sebuah hotel di bandaraya Johor Bahru.
Curlast khen? Duit hantaran 25 ribu gituew. Ehiks. Abang Jem pun tehtap berdebar yu sampai 2 kali lafaz tu. Hikhik. Tak apa lah asalkan semua nya selamat gituew. Hiks. Eh mohtif semangat aku buat entry bergosip pulak ni T___T Ok lah dah tak tahu nak tulis apa ni. Kepala pun tengah berdenyut semacam ni. Nanti-nanti lah pulak aku sambung menulis benda lain. Heee.

Terima kasih baca entry ni :)

Sunday, May 29, 2011

Bunga Wangi DuaPoloh Hinggit.

Sepatut nya nak tulis review movie pasal Kungfu Panda yang awesome itu dulu. Tapi di sebabkan kekurangan idea untuk memberi review lantas aku fikir tunggu esok aje lah aku update pasal tu. Tengah kekurangan idea , kalau tulis perihal review-review ni mahu ke lain pulak jadi nya. Aiyark.

Tak ada apa benda pun nak di cherita kan pun. Nak tepek sekeping dua gambar saja. Hiks. Kalau tak letak gambar rasa macam tak best pulak nak menulis. Ehee. Gedik sangat kan? Ceh. Semalam pergi KLCC. Masuk kedai Lovely Lace. Haih , mula lah sifat-sifat kewanitaan meronta-ronta nak beli macam-macam. Maklum lah dekat situ jual macam-macam perhiasan.Cuma sediakan duit , beli lah kau seluruh kedai sekalipun kan? Gituh.

Then aku macam tak tahu kenapa tertarik betul tengok bunga. Anything perhiasan yang bunga mula lah mata aku bersinar macam dapat sepoloh ketul ayam ke ep chi tau. Padahal bunga aje pun. Ish memang cantik tau dekat mata aku ni. Lepas tu ternampak something. Bentuk bulat. Warna Purple. Ahh , purple is always be my favourite colour. Hiks kalau tidak tak kan lah sampai Birthday Party Diva pun konsep Purple dengan Hitam kan :P Benda tu wangi. Cantik ; of course lah. Harga dia ok , just nice. KLCC punya harga what do you expect mehh? Harga air mineral sebotol pun dua tiga hinggit. Haha. Tapi tahu tak apa benda? Cehhh.


tadaaaaa.. benda ni lah yang aku first sight aku tengok terus jatuh cinta. cehh.

I don't know apa kejadah nama benda ni. But I used to call as Bunga Wangi sebab memang wangi. Tak salah aku , sometimes ada pengantin letak dekat pintu bilik diorang sebab nak kasi wangi or something etc lah. Benda ni ada macam-macam colour. But aku tanpa berfikir panjang terus ambil warna Purple yang aku panggil juga as Pinklish. Haha. Dalam gambar tak cantik la pulak. Tapi tengok depan-depan warna dia sangat cantik. :D

Bunga wangi ni harga dia duapoloh ringgit. Kecik aje. Comel je bentu dia. Bulat dan cantik serta wangi. Letak dalam bilik tak ada effect bau apa pun. Tapi ada aku kisah cak cak cak? Heh. Lepas tu bila balik rumah tak tahu nak letak dekat mana dalam bilik ni. Heheheh. Nak tahu aku letak dekat mana? Ngeh ngeh ngeh.


aku letak dekat board yang aku tampal kertas / souvenir segala macam jenis. heh heh.

Ngeh ngeh. Aku macam nampak menarik aje kalau letak dekat situ. Ehehehe. Jadi aku pun letak la bunga wangi tu dekat situ. Hiks. Lagipun sejuk mata memandang tengok warna bunga tu. Tak tahu kenapa aku suka sangat warna tu. Tapi memang cantik dekat mata aku ni. Tak puas memandang okeh. Gituew. Kekdahnya itu aje nak di cherita kan. 

Nanti lain kali aku tulis pasal review movie tu ye. Review novel pun tak terpublish lagi. Esok jugak kot baru nak publish. Maybe aku publish pasal novel-novel yang dah lama aku beli pernah baca dulu kot baru publish pasal yang aku beli dekat KLIBF hari tu. Huhuhu. Tengok lah macam mana. Ehiks. Korang suka bunga tak? Ada tak jenis macam aku beli benda sebab tengok warna cantik je ? -____-'



tak ada mohtif pun gambar ni. hiks.

Terima Kasih baca entry separa mengarut ni ;)

Saturday, May 28, 2011

Terima Kasih DigiWWWoW! Rezeki Hujung Bulan May :D

Tadi sengaja meninjau ke Nuffnang kerana tengah bosan melampau. Padahal baru lepas menonton Kungfu Panda 2 bersama Umi tapi nanti lah ye aku buat review pasal movie tu. Masih bersisa penat dan letih ni. Lepas tu ala-ala terkejut gembira melihat ada Buffered Earning terbaru. 

Alhamdulillah. Rezeki di hujung bulan May gitu. Syukur. Terima Kasih buat Nuffnang kerana memberi Buffered Earning buat aku. Kali ini ikelan yang bertapak lama-lama sikit : Digi WWWoW Awards. Terima Kasih Digi. Terima Kasih Nuffnang.


terima kasih Digi :')

Nilai masih lagi sikit. Harap-harap dapat lah meningkat dengan bantuan ehem ehem korang lah. Uhuks. Sungguh tak sangka tau. Alhamdulillah. Eh aku tulis entry ni bukan sebab nak menunjuk sebab aku bukan dapat BE berduyun berderet macam orang lain. Nak dapat pun bukan selalu. Sekadar nak ucap terima kasih buat Nuffnang dengan Digi :)

Terima kasih sebab sudi baca entry ni.

p/s: hati tengah menangis :/

Friday, May 27, 2011

I Don't Know Why I Hate You.

Tadi pergi check album-album picasa dalam blog ni. Banyak betul gambar-gambar yang hampir semua nya dah hilang jumpa balik. Syukur jugak ada blog. Tapi itu lah cuma yang pernah aku tayang dekat belog lama yang dah di katup rapat ajelah yang ada dalam album picasa ni. Yang aku tak pernah upload memang semua nya dah hilang. Sadis jugak. Tak kisah lah. Malas nak layan emosi tengah tunggang terbalik ni. Bukan je aku yang haru , silap-silap dengan belog ni jadi makin haru sibuk beremosi kan? Miahahaha. 

Ehem. Nak buat apa ya? Nak menulis , sesungguh nya tak ada idea la. Sadis nya. Baideway, tajuk dan isi memang tak pernah selari. Heh , ada benda boleh selarikan but seriously dengan mood kucar kacir macam ni ; I don't like to make anything yang boleh membakar jiwa orang di saat jiwa aku pun terbakar. Ewah. Mengada-ngada. Layan gambar lama jom.


saya suka gambar ini. anda pula bagaimana?


saya tengah gila kumpul fridge magnet. kalau ada yang nak kasi free dekat saya jangan lupa email pada saya. lol.


murtabak yang sangat marvelous. heh.


random pic.


kain baju raya tahun ni. kauorang semua dah beli kain baju raya?

Heh , makin banyak gambar makin pening korang dengan aku kan. Ekekekek. Lagipun tak ada gambar-gambar menarik lah nak tayang dekat sini. Gambar-gambar lama jugak yang aku rasa paling menarik tiptop gedeboom kan? Gedik sungguh. Macam mana dengan hari korang hari ni? Ok tak ok? 

terima kasih sudi baca entry ni. chioww.

Wednesday, May 25, 2011

Situasi ke 300

Ini entry yang ke 300 di dalam belog Cherita Emo-Temo. Banyak jugak aku menulis kan. Memang banyak. Dekat sini tempat nak meluah , dekat sini tempat nak bercherita , dekat sini jugak boleh kenal ramai orang. Situasi yang sangat menarik.

Situasi sekarang dah tak sama macam dulu. Susah nak tulis. Kalau tulis jawapan nya sampai hari jadi aku tahun depan pun tak boleh berhenti nak menulis. Tak apa lah , yang aku boleh simpan aku simpan. Kalau tak boleh simpan , kena jugak simpan. Tak semua benda kita boleh cherita. Nanti naya semua orang tahu dah tak ada rahsia kan? 

Kalau nak suruh aku tulis perasaan aku sekarang : geram , emosi , ego , marah , benci , bengang dan sedih. Susah kan bila semua perasaan datang bertandang sekali harung kan? Rasa nak pijak elmo mata bulat tu sampai lunyai tau. Tapi sebab aku fikir aku dah membazir empat poloh hinggit beli menatang alah tu , jadi jangan nak jadi gila nak pijak elmo mata bulat tu.

Eurgh , tulis tengah emosi + marah bakal mengundang bahaya pada entry ini. Jadi aku nak berhenti menulis. Nak menangis dalam sendu. Erh? Apa-apa aje lah. Terima kasih sebab baca entry yang separa emo-temo ini. Jumpa lagi di next entry kalau masih ada mood. 

this is how i feel : just leave me alone. 

Tuesday, May 24, 2011

Halwa Telinga

Semalam masa pagi-pagi buta tak boleh tidur , tengok dalam blog banyak entry yang dalam draft. Termasuk yang pasal entry tentang Najwa Latiff tu. Baru sedar kekdahnya tak terpublish hari Ahad hari tu. Ingat kan dah publish. Hoh heh. Entry kali ini santai-santai aje. Tak ada idea nak tulis panjang-panjang. Hehe. 

Nak tepek youtube aje. Halwa telinga punya kegemaran buat masa kini. Kadang-kadang sampai sebulan pun tak berubah kegemaran halwa telinga. Kadang-kadang cepat aje berubah. Ikut mood sangat kan? LOL.



new single Shilla OIAM ; Patah Seribu.



instrumental Ketika Cinta Bertasbih. I always love instrumental music , heh.


Knock Knock - Lenka. HAHA , aku tak tahu apasal halwa telinga suka lagu ni. heh.

Adakah selepas aku menepek hampir kesemua lagu-lagu kegemaran halwa telinga ramai yang akan beranggapan IjahEmoTemo seorang yang sangat jiwang meleleh tak hengat donia? Oh tidak! Jangan salah anggap cuma aku memang tak boleh nak layan Kpop ke lagu hiphop tahap rapper tersembur airliur dia rap ataupun tahap rock hentak-hentak kaki sampai migraine sebulan kepala aku. Sungguh , otak aku tak boleh nak terima bila dengar lagu-lagu jenis yang macam tu. 


Cuma kalau Nasyid ke , lagu jenis relax macam instrumental menggunakan piano , violin or guitar memang aku layan aje. Mostly mp3 player aku banyak lagu-lagu tahap meleleh air mata. Heh , mesti kau tak sanggup nak tengok. Kisaah , janji halwa telinga aku selesa dengar. Heheh. Macam lagu dekat bawah. Lagu ala-ala ketuhanan gitu. Kang letak Maher Zain ada cakap ai fanatik Maher Zain pulak. Ish , aku dengar je semua jenis lagu. Hoh heh.



lately aku suka dengar lagu ni jugak. sendiri menyepi. baca lirik dia buat nak menangis duh. emo sangat kan?


Kiss The Rain - Yiruma.

Pertama kali aku dengar lagu menggunakan instrumental ni rasa nya last year. Ketika mula membaca novel Hlovate yang suka ketengahkan music menggunakan instrumental. Kemudian terus menjadi minat aku untuk mendengar music yang menggunakan instrumental. Tak tahu kenapa sangat lembut menyapa halwa telinga aku. Tapi kadang-kadang berhantu jugak. Mahu ulang dengar sampai pitamz weh. Mueheheeh. Kiss The Rain memang favourite aku. Kalau tengah mood merudum mahu menangis kang kalau dengar Yiruma ni mengalunkan piano nih. Heh , emo.

Oh ya sebelum terlupa. Masih kah kau ingat dengan Cerita Blue? Muahehehe. Nampak nya keyword ni jadi hit dekat Nuffnang aku. Menangis lah diorang tu kan? Alih-alih cuma template aku je ye yang biru. Ekekekek. Ni ha gambar dekat bawah bukti ramai mencari. Selalu nya tak ada pun banyak ala-ala macam ni. Tadi tengok dekat Nuffnang lagi , makin ramai weh -.-' Terus terasa nak jadi inesen. *gulp*


err yang penting entry itu tak lushah. err. err.

Hehehe , kekdahnya memang kalau buat tajuk gempaks begitu lah pencarian keywords nya. Aku no komen. Nanti mak jugak yang kena hentam kan? Kowser. Apa yang penting yang baik kita dekat kan yang tak baik kita cuba lah jauh-jauh kan. Hehe. Eh kejap teringat pula dekat belog siapa ye , aku lupa pulak tentang dia cakap pasal tak kisah kalau ramai yang tak masuk belog kita, tak kisah tak ramai tak komen entry kita janji entry kita itu tak ada unsur-unsur lucah err atau kata lain memberi dosa gitu. Lupa lah belog siapa. Sebab hari itu aku pakai baca random macam tu je. Betul jugak kan , lain lah kalau nak kasi pengajaran gitu kan. Errr hari tu tajuk entry je ala-ala je kan. Errr cerita dia tak kan ... err err.

Haha , okay lah , aku rasa sampai sini dulu aku menulis. Nanti keluar pulak cerita lain habis sampai ke bawah pulak entry ni kang. Meraung korang nak habiskan baca entry ni kan? Elleh mengada-ngada macam ramai je orang baca kan? Hahah. Terima Kasih korang yang sudi jugak baca entry merapu ni. Hiks.

Persoalan nya ; apa yang aku cuba nak sampai kan dalam entry kali ini T_T LOL.

Sunday, May 22, 2011

Najwa Latif , Bakat dari Youtube Yang Bersuara Sedap juga!

Pernah tak korang dengar nama Najwa Latif? Pernah tak tahu tentang kewujudan gadis berusia 16 tahun ini? Heh , sebenar nya aku baru tahu tentang gadis yang bernama Najwa Latif ni. Elleh, mesti ada jugak yang sama kapal dengan aku yang jenis selalu tertinggal dekat belakang ni kan? LOL. Itu pun aku tahu sebab ternampak dekat wallpost orang lah , ternampak dalam belog orang lah. Tak sengaja ok. Gituh.



ini lah dia ; Najwa Latif. 

Oh ya Najwa Latif ni dia mempertaruhkan bakat nya di Youtube. Trend sekarang kan? Letak dekat Youtube aje senang. Ada pengikut tersendiri gituh kan? Jadi bila aku dengar Najwa ni menyanyi ; aku suka. Not bad and suara dia sedap. Tersendiri. Tak ada nak tiru Ramlah Ram ke, nak tiru Zaiton Sameon ke. Eh eh apahal oldschool gila penyanyi yang aku list kan ni. Erk. Senang cherita memang tak meniru sesiapa pun. Aku rasa aku memang terlambat gila tahu. Iyelah dulu aku asyik sibuk dengan retis youtube hinternasional , Maddi Jane aje kan? Rupa-rupa nya terlepas pandang Najwa Latif ni. Heheh.

Cakap banyak tak guna. Jom jom dengar dia punya Youtube. Aku kongsi sikit-sikit ye. Memang suara dia sedap. Pandai main gitar pulak tu kan? Jeles tak Peah? Haruslah tueww. Err.


Sedap bukan? Bagi telinga aku sedap aje dia menyanyi. Tak ada terkeluar sengau itik ke , sendu tangisan ke hape. LOL , apa aku merepek ni. *dush* Peminat dia pun ramai okay. Curlast kau Maria! Najwa Latif ni pun ada blog tau. Ada juga fanpage di Facebook. Memang ramai pengikut dia. Apa yang aku rasa menarik pasal Najwa ni kan , if kau follow kebanyakkan video dia , dia banyak rakam video dia dalam kereta. Hikhik. Menarik bukan? Tak payah nak kutuk ye. Lain orang lain style dia gituh. Babap kang siapa yang kutuk mengutuk Najwa ni.




Najwa ni pandai main gitar , piano dengan drum. Tapi dia lebih selesa dan suka dengan gitar  gituh. Baca dalam fanpage Najwa.

Oh ya ini nak kasi link belog Najwa dengan fanpage Najwa. Wah gigih nya meks beritahu segala kan? Haruslah!



Curlast Najwa ni kan? Follower blog pun dah 6 k? Fanpage pun dah 29 k tau pengikut dan peminat tau! Eh eh nak LIKE fanpage Najwa tu , apa kata LIKE sekali fanpage Cherita Emo-Temo tu ha. Hamboii korang menyampah tauu tak nak like like Cherita Emo-Temo. Wakakak tetibe je ada jugak merasa lempang bertalu nih. -.-' Lagipun suara dia sedap lah. No wonder lah kan? Aku pun suka sebab suara dia. Tak perlu nak menayang kaki ke menayang bulu mata pelesu ke. Tak perlu. Suara sedap pun dah okay. Haha , apa mohtif tulis tayang menayang ni? Choy. 

Oh ya lagi satu lagi satu. Sekarang Najwa dah ada single sendiri okeh. Lagi curlast gitu. Tajuk single : Cinta Muka Buku. Tahniah lah dik Najwa , semoga terus berjaya lah ye. :) Sebab aku kerajinan lagi , nah nah ambik dengar youtube di bawah ni ye ;P





Jangan lupa undi di Hot FM uols. Gigih aku peromot ni -.-' keh keh.

Nice jugak lah kan. Percubaan pertama dia kan and aku rasa okay , not bad :) Keep it up Najwa Latiff. Tak payah fikir kata-kata negatif orang yang benci kamu itu. Anggap itu cuma angin yang menusuk mata kamu sahaja ye. Wah wah , pandai menasihat orang tapi diri sendiri nan hado macam tu kan? T__T

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Hargai setiap kelebihan yang ada pada diri kita dan jangan berduka dengan kekurangan diri kita. There's nobody perfect in this world bebeh.

Don't ask me why kenapa aku kasi ayat macam tu dekat atas tu. -.-' Heh , rasa nya dah tak ada benda lagi untuk di tulis. Thanks baca entry aku yang tak seberapa ini. Heheh Sehingga berjumpa lagi. :) 

10 Terkorban pada Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat.


Aku pasti ramai yang sudah tahu tentang kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat semalam. Kejadian yang berlaku di Rumah Anak Yatim Al-Takwa telah mengorbankan 10 orang anak yatim  jika di ikutkan di dalam akhbar berita harian yang aku baca via web. Semalam aku dapat tahu pun setelah membaca melalui Twitter. Aku sangat terkejut dan turut sedih dengan kejadian itu. Lebih-lebih lagi bila tahu tempat kejadian itu di rumah anak yatim. Terus rasa sebak. 

Aku tak pasti sangat ada kah sudah semua nya berjaya di keluarkan. Kalau ikut dari website Berita Harian : 10 orang terkorban , 9 berjaya di selamatkan dan 6 masih hilang. Ada yang aku baca dari sesetengah forum menyatakan sudah 12 orang terkorban. Aku pun tak pasti. Sebak betul bila dapat tahu. Kejadian tanah runtuh ni mungkin terjadi kerana hujan yang lebat lately ni. Memang dekat KL ni setiap petang aje hujan lebat dengan kilat dan guruh. Memang sejuk tapi kadang-kadang cuak pun ada. Tambahan semalam proses mencari pun agak sukar kerana petang semalam pun hujan lebat. Sangat lebat. Semoga di permudahkan segala nya. Aku pun tak pasti dah sudah ke belum proses mencari itu. 

Untuk mereka yang telah menjadi mangsa tanah runtuh dan terkorban , Al Fatihah buat mereka dan aku berdoa semoga mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Untuk mereka yang masih lagi hidup , aku doakan agar mereka dapat bertabah serta kuat dengan ujian ini. Sekarang ni pun aku terasa hendak menangis bila tengok gambar-gambar yang di paparkan di dalam internet. Sedih sangat. Sama-sama kita doakan untuk mereka semua itu ye.

Kita tidak tahu bila ajal kita dan kita tidak tahu bila Tuhan mahu menjemput kita kembali kepada Dia. Moga kita sempat untuk melakukan taubat dan insaf sebelum dia datang menjemput kita. - peringatan untuk diri sendiri juga :(

Update : Tanah runtuh di Hulu Langat - 16 orang ditemui mati manakala 9 cedera, 3 daripadanya kritikal.



Saturday, May 21, 2011

Percubaan Pertama

Tadi aku tutup kejap blog untuk sementara waktu. Nak buat pengubahsuaian dalam belog kejap. Bukan apa , nanti aku sibuk bertukang , tiba-tiba ada orang masuk tengok kucar kacir tetibe isi dalam belog aku bikin pening kepala aje. Lagi baik katup kejap. Alah , tak lama pun setengah jam macam tu kot? Elleh , bukan ada orang nak masuk pun pagi-pagi buta macam ni kan? Ngeh ngeh ngeh.

Actually aku bukan nya ada buat perubahan template ke atau buat acara susun atur acara ke hape. Tidak , tidak sama sekali. Tapi kan , aku macam ... macam geramm tau bila tengok belog Mama Zharfan , belog Miza Yusoff ataupun belog Cik Epal , tengok diorang punya kotak quote diorang tu , macam colourful , cantik semacam aje. Ish , tak boleh jadi ni. Heh, ini bukan dengki okeh. Tapi ini teringin nak mencantik kan belog kata nya. Ngahaha apahal sejak dua menjak ni ayat aku pusing-pusing je kerja. Ada makan karipap pusing ke? Tak ada rasa nya. LOL. lempang bertalu baru tahu. Keh keh keh.

Jadi aku pun beriya jugak cari dekat google. Tapi aku ni ada satu masalah kalau bab-bab nak tiru balik cara yang orang ajar mesti berkerut dahi. Mesti kena mintak orang terang banyak kali sampai orang hilang sabo. Maklum lah aku tak bijak sangat , meks redha sangat. Jadi aku pun ikut yang dalam carian itu ajar. Haih , macam yang aku sangka kan , mula-mula memang tak menjadi. Rasa nak hentak-hentak kaki geram dengan diri sendiri yang payah nak faham. Ish. Lepas tu try , try , try , try dan terus try. Lepas dah berkali-kali cuba , baru boleh. Ngee. MAK SUKA NOKS! SUKA SANGAT! lol.

Ehem , tengok blockquotes saya pun dah berseri-seri. SAYA SUKA! SAYA SUKA! *pang*

Haha , harap bersabar ye dengan tahap weng aku ini ye. Memang kejadah nya sikap jakun tak pernah pudar. Keh keh keh. Okay tak? Untuk sementara waktu ni image yang tu aku rasa okay. Kalau aku rasa tak okay nanti aku tukar. Ngeh ngeh. Korang nak jugak macam aku punya dekat atas tuh? Moh pergi ke belog Cik Tom. Cik Tom ada buat tutorial , senang aje. Asalkan follow je apa yang dia ajar , dapat lah korang buat sejibik macam aku. Heh heh. Ini aku dapat link mula-mula dari sis MiszLullaby rasa nya. Aku dah lupa ni. Aiyark. Lepas tu aku try google orang lain punya , aku tengok Cik Tom punya cara yang boleh tahan senang. Hee. Ngee , bayang kan excited sampai sanggup update after buat kan? Ngeh ngeh nampak benor tak gheti menyabo. Ekekeke. 


aku tak tahu apa kena mengena gambar ini dengan kisah cherita ini. 
T_T

by the way , rindu pulak dengan kaka cat , kaka indah dengan kaka yumi. hiks.

Hmm , actually aku ni tengah sakit mata. Ketumbit. Hoitt , buat lagi tajuk entry bawah tu cerita blue. Tuhan balas terus sakit mata. -.-' Heheh. Sekarang ni pun sakit lagi tapi dah kurang dari sebelum ni. Kalau tidak dengan berdenyut , air mata meleleh. Atleast sekarang air mata dah tak meleleh. Cuma berdenyut. Tapi dah kurang jugak lah. Harus lah berkurangan kalau setiap dua jam kena titiskan ubat mata. Ubat mata tu dia punya effect sampai termasuk dalam tekak. Kalau setakat : masuk , it's alright but ini siap nak menelan terasa pahit. Aiyark. 


Harap cepat lah sembuh. Sakit mata memang boleh buat aku sakit kepala pulak lepas tu. Haish. Heh , dah tak tahu nak tulis apa lagi. Tunggu lah nanti ye aku update lagi. Itu pun kalau mata aku dah beransur pulih. Thanks korang baca entry ni :)

Thursday, May 19, 2011

Cherita Kita Berbeza.

everybody has their own LIFE story.
just live your life (kredit : Hlovate)
p/s: tulisan sangat buruk , buat tak nampak je la ye. lol.
Setiap manusia mempunyai jalan cherita kehidupan yang berbeza. Tak ada yang sama. Kalau ada yang sama pun , mungkin cara penerimaan kita berbeza. Mungkin si Kiah boleh hadapi dengan tenang. Sedangkan si Tipah menangis tersedu sedang meratapi nasib diri. Siapa tahu? Tapi sekarang ini ramai manusia yang jenis suka benar yang mengkritik manusia lain tanpa berfikir terlebih dahulu. Itu yang sadis nya bila jumpa manusia begini di dalam kehidupan. Meskipun orang kata kalau jumpa orang berperangai begini boleh menambahkan rencah dalam warna-warna kehidupan kita tapi itu tetap tetap berbekas di dalam hati.

Maksud rencah di sini ialah , boleh memberi lagi seri. Tak ada makna nya , kalau seri muka boleh jugak di makan sampai buncit perut. Ini menambah sakit hati aje. Kadang-kadang pelik dengan sesetengah orang yang susah betul nak faham keadaan orang lain. Benar kah susah untuk memahami keadaan orang ? Ada kah sama susah seperti korang membuat latihan Add Math? Atau mungkin sama susah seperti hendak memanjat gunung? Tak faham. Mungkin aku jenis hati lembut , senang faham keadaan orang tapi tak pandai memujuk. Aku memang tak reti memujuk. Ada ayat tapi takut kata terlebih jiwang. Parah. 

Sungguh aku tak faham tentang orang yang tak pandai memahami diri orang lain. Tak apa tak pandai memujuk , sebab kadang-kadang bila lihat wajah manusia yang kita sayang pun hati terpujuk sendiri. Tak begitu? Untuk aku , begitu lah. Entah lah. Mungkin aku tengah dalam mood yang tak tentu arah , yang tengah bersedih sampai aku rasa sedih bila ada orang yang tak pernah faham. Atau aku yang tak faham? Entahlah.

Jangan kerana orang itu ketawa dan tersenyum bermakna dia sedang gembira. Mungkin juga dia sedang menangis di dalam hati. Tak siapa tahu kan? Cuma Dia yang tahu segala nya. Aiseh, rasa nya entry ni bakal menjadi entry sendu emo-temo kalau di tulis lagi panjang. Lebih baik aku berhenti menulis. Tak mahu emo-temo. Makin banyak fikir , makin banyak termenung. Tak suka. Heh. Macam yang aku tunjuk di dalam gambar : Cerita Kita Semua Berbeza. everybody has their own LIFE story. so then Just Live Your Life.

Jumpa lagi semua. Thanks sebab baca entry sendu emo-temo ini.

Cerita Blue.


Eh wait a minute , is this the "blue" that I want story about? Auw auww
Blue man or Blue Film? Auww.
Tak sangka aku bila tengok cerita blue kan , hati menjadi sangat tenang. Mata pun terasa sejuk semacam. Aku dari tadi tersenyum simpul seorang diri sebab suka sangat dengan blue ini. Korang suka ke tidak? *malu*

paejahhh! *lempang bertalu*

ngeh ngeh ngeh. mohtif lepas kena lempang suka? haha. 

Hamboii.Hamboii. Mesti fikir lain kan ni? Ish ish ish. 

Cerita blue yang aku nak beritahu ialah , penukaran template blog aku yang baru. Warna biru yang sangat menyejuk kan mata dan menyegarkan minda. Sungguh tak tipu. Atau ada yang fikir lain ni haa lepas aku buat tajuk macam tu haaa. Hamboii. Haha. Actually tak rancang langsung nak tukar cerita cokelat (ok for those yang blur , cerita cokelat which is my old templated yang berwarna cokelat ituew.) ke cerita blue tapi dah kalau hati mula bosan , tukar aje lah. Aku main aci taram aje google , dapat yang macam ini , aku buat aje lah as template terbaru aku. Mula-mula nak guna template cokelat jugak. Tapi tak menarik minat hati dan jatung. Try cuba warna merah jambu auww auww , tetap tak sherashi bershama seiring sejalan. Lantas cuba cari baby blue , auww , hati terus berkenan dengan yang sekarang ini.

Cantik bukan? Tak cantik? Hade aku kisah cak-cak-cak korang tak suka? Muehehehe ayat memang mintak kena sumbat bola ping pong dalam mulut kan? Eheee. Eh ingat tak aku janji nak buat review novel? Maaf lah , idea nak menulis kekurangan. Nanti aku kongsi kan review aku ye tentang novel-novel yang dah aku baca. Tak semua novel aku boleh baca memandang kan nak baca buku especially novel pun kena ada mood dia jugak kan. Eheheh. Oh ya ya . Bayang kan nak update yang ini pun aku ambil masa dekat sejam. Apa dia? Sejam. Iye sehari suntuk aku pandang blogspot ni , tapi idea tak juga mari. Sehari suntuk lah sangat. Heh. Tak apa lah , nanti aku update banyak-banyak korang jugak yang muntah mengomel kan? Jadi aku update berselang seli suka hati aje la :P

Oh ya , aku nak tanya korang , nak tukar-tukar link blog tak dengan blog aku? Kalau terasa nak , jangan lupa drop dekat SINI , nanti aku hapdet dekat bahagian tepi sidebar blog aku ni ha. Tak paksa pun :) 



aku rasa template terbaru sangat menyejuk kan mata.
anda pula rasa bagaimana ? :)


nota bulu kaki : tak terfikir pun nak tukar header buat masa ini.
gambar cun banyak dah hilang.
mood nak mengedit dan mencantum gambar pun hilang.
tunggu aje lah nanti kot-kot ada yang nak kasi header free ke dekat aku. :P

Tuesday, May 17, 2011

Segmen Terbaru : [ReNov] , Persoalan nya apa itu ReNov ?

Terasa nak laku kan satu segmen untuk tidak membiar kan belog ini bersawang , berhabuk mahu pun beranai-anai. Segmen ini aku yang buat aku yang join. Muahahaha , boleh macam tu? Ngeh ngeh ngeh. Memang suka ikut kepala sendiri betul lah. Eh habis tu tak kan nak ikut kepala Kak Chah rumah belakang Tesco Ampang kot? *pang*

Tajuk dah kasi seiringan dengan segmen terbaru yang memang nak di buat bila-bila masa aku free. Senang cherita mungkin aku buat autopost aje lah nanti. Tak ada makna aku nak duduk tercongok depan laptop , sambil buat segmen terbaru dua tiga jam segala. Lagi afdhal autopost , benda yang dah siap awal-awal. Jangan nak huruhara cakap aku ni sibuk update segala padahal aku sekarang ni memang suka betul guna autopost. Entah apa pasal , maybe tak payah nak susah payah semua. Dekat muka buku sendiri , muka buku cherita emo-temo , twitter semua aku auto kan jugak publish nya. Senang kan? Gituh.

Oh sebelum aku melalulut cherita pasal benda lain baik aku terus kembali ke pangkal jalan. Segmen terbaru ni lebih kepada review untuk novel-novel aku yang puluh-puluh tu ha. Alah , hari tu kata pergi Pesta Buku beli novel bertimbun-timbun kan? Ada lah jugak 2 dari 15 novel tu aku dah baca. Itu pun sebab otak aku menggedik nak jugak paksa aku membaca. Hamboii , kalau tak menyalah kan orang lain tak sah kan kau Rogayah? *pang*

Jadi aku ingat kalau lah aku rajin , nanti aku buat lah review novel-novel tersebut. Itu kalau rajin ye. Kalau tak rajin hampeh sangat lah nak update segala tahap internet kura-kura berenang di dalam sawah padi. Erk. 

Segmen terbaru ituew ialah : [ReNov] , ok sebelum ada yang ingat aku buat perkhidmatan baiki pulih ReNovated baik aku betul kan ye. ReNov ialah singkatan Review Novel. Biasa lah kan kalau dasar pemalas trang tang tang memang akan muncul segala jadah idea untuk pendek kan bahasa dan akan sampai satu masa nya yang aku sendiri pun tak akan paham nanti. Dush!

Tengok lah kalau malam karang ke? Esok atau lusa ke. Tungguh mood aku datang nak menulis lah ye. Eheh. Aku ada jugak habis kan dua novel dari berbelas-belas novel yang aku beli. Itu pun sebab yang betul-betul menarik perhatian aku. Gituh , sentapz penulis novel kang dengan aku -____-' Heh , sampai kita ketemu lagi dalam segmen terbaru ituew. Muehehehe.

Dia Tak Pernah Mengeluh Tatkala Kita Mengeluh Berpeluh-Peluh.

Pernah tak kita terfikir tentang sesuatu ini. Tentang kita masa kecil dahulu-dahulu dan masa ibubapa kita sudah tua nanti. Pernah atau tidak? Jauh sungguh pemikiran bukan? Tapi tak salah rasa nya. Mari kita renung-renung kan situasi ini.

Masa Kita Kecil.

Kita selalu terjaga pukul 2 atau 3 pagi kerana kita lapar hendak minum susu atau minta di tukar kan lampin / pampers kerana sudah isi yang penuh di dalam ituew. Atau mungkin juga kita tidak sihat. Ibu atau Ayah kita tak pernah mengeluh sebalik nya masih tersenyum dan siap melayan kita. Siap cakap lagi :

Kenapa sayang ibu ni? Tak sihat ye?
Kenapa sayang ayah ni? Nak tukar pampers ye? Ke nak tukar selimut? Err.

Bila Ibu Bapa Kita Tua Nanti

Ibu atau Ayah kita mungkin mengetuk pintu bilik kita puku tiga empat pagi kerana terasa tidak sihat. Teringin nak minta secebis kasihan dari anak-anak. Tapi sebalik nya kita boleh pulak buat ayat :
Mak , Ayah , orang baru je sepoloh minit tidur.
Orang penat tahu?!!
Esok lah , nanti orang bawak pergi klinik terus! *gedebommm tutup pintu*

Masa Kita Kecil

Sebelum kita boleh berlari berkejar , kita dolu-dolu kalau masih ingat lah kan mak ayah kita pimpin kan tangan kita elok-elok takut kita jatuh. Iye lah kalau dah jatuh melalak boleh dengar sampai dekat Kuala Pilah. Muehehehe. Siap cakap lagi :

Anak Mama lagi sikit aje lagi nak pandai jalan dah ni.
Jangan jalan laju-laju nanti jatuh sayang.

Bila Ibu Bapa Kita Tua Nanti

Biasa lah kalau IbuBapa kita tua nanti , sudah semesti nya kudrat dah tak ada. Tambahan kalau yang ada penyakit banyak , mesti lah badan menjadi semakin lemah. Jalan pun lambat-lambat. Ada yang kena pakai tongkat. Ada pulak yang kena pakai wheelchair bukan macam Usop Wheelcha tu ye. Ekekek. Tapi alangkah sedih nya ibu bapa kita bila anak-anak dah besar , dah pandai jalan , dah pandai semua boleh pulak dia kata macam ini :

Mak ni , jalan lambat lah! Orang ni balik nak kena memasak , mengemas lagi.
Cepat lah sikit mak!
Eii Ayah ni jalan lambat sangat ni apa pasal? Orang ada janji dengan kawan orang pukul empat petang ni!

Masa Kita Kecil

Dah nama budak-budak , mesti lah makan bersepah. Bukan kata makanan , kadang-kadang mainan tu setiap penjuru sampai ke pasu bunga Orkid emak pun ada jugak mainan nya. Lego lah , kereta mainan lah , barbie doll lah. Semua ada. Tapi emak atau ayah sabar aje lah dengan anak-anak sebab dah itu anak diorang tak kan nak dera sampai pingsan kot? Punya lah bersabar siap tersenyum meskipun dalam hati geram tahap petala ke tujuh. Alah budak-budak , biasa lah tu kan. Malah diorang boleh pulak bagitahu kita macam ini meskipun waktu kecik macam lah kita paham kan :

Adik bila besar jangan buat macam ni ye.
Achik jangan makan berterabur , nanti kesian dekat emak nak kena kemas.

Bila Ibu Bapa Kita Tua Nanti

Kadang-kadang bila usia sudah meningkat atau lebih mudah sudah tua , tangan pun terketar-ketar untuk memegang sudu. Lantas bila hendak makan bersama anak menantu dan cucu pun makan berterabur. Bila pegang gelas , habis pecah. Bila makan itu ini habis tumpah. Anak-anak kadang-kadang lupa yang "mereka" pun pernah lalui zaman begitu masa kecil-kecil dan ibu bapa tetap sabar melayan karenah meskipun mulut bising kan. Tapi anak-anak boleh pulak cakap macam ini :

Mak , kalau tangan terketar-ketar , makan guna tangan lah!
Ayah , dah tahu tak larat nak pegang gelas , jangan lah pegang , suruh lah Along pegang kan takpun nanti kitaorang cari gelas plastik!
Mak ni , tadi baru Achik sapu tau , ini bersepah balik!

Masa Kita Kecil

Ingat tak masa kita kecil-kecil dulu kita selalu meminta perhatian yang luar biasa mengalah kan raksasa luar biasa nya pada ibu bapa kita. Kadang-kadang bukan lah hebat sangat pun yang kita mintak untuk di perhati kan. Hanya lah semata-mata nak beritahu ibu bapa kita yang kita dah pandai melukis gambar bakul buah-buahan. Tapi tehtap lah jugak nak mengada-ngada siap merengek suruh mak ayah kita pandang lukisan bakul buah-buahan yang sekali pandang dah macam tin milo tu aje. Tak pun balik-balik kerja pukul sebelas duabelas malam dengan penat nya tiba-tiba anak terjaga dari tidur ajak main Lego sama-sama. Tetap layan saksama walau mata dah berpinar nih tetap juga kasi ayat macam ini ala-ala :

Pandai nya anak Abah ni!
Eh , adik dah pandai melukis ye? Cantik nya anak mama lukis!

Bila Ibu Bapa Kita Tua Nanti

Bila mereka sudah tua , kadangkala perangai mereka akan juga jadi macam kita bila masa kecil dulu. Mereka pun ingin bermanja dengan anak-anak. Lebih tepat lagi hendak di beri perhatian lah jugak. Iye lah , masa kita kecil-kecil dulu penat balik dari office melayan kita sampai dua tiga pagi. Padahal esok ada meeting pukul sepoloh tapi kena berkejar awal sebab jalan selalu jammed. Tapi tetap jugak melayan karenah anak. Sebab orang cakap bila penat tengok muka anak terus hilang rasa penat semua tu. Dan bila itu , bila mak ayah kita dah tua , mereka pun nak jugak borak-borak , manja-manja mintak perhatian dengan anak-anak bila balik kerja tapi sebalik nya anak-anak balas :

Ibu , Kakak ni banyak kerja nak kena buat. Bukan nak dengar keluhan Ibu aje!
Ibu , abang ni kejap lagi kena keluar jumpa client dekat Hilton kejap lagi!
Ishhhh!!

Sebenar nya banyak lagi situasi-situasi yang aku rasa banyak orang terlepas pandang. Terlalu ramai dan aku pun gusar andai satu hari nanti aku pun akan terlepas pandang dalam hal-hal seperti ini. Ini peringatan untuk diri aku sendiri. Walaupun nampak remeh dan nampak kecik tapi sebenar nya impak nya sangat besar. Orang kata hati orang yang sudah berusia sangat lembut dan bila kita menuturkan kena berhati-hati. Maklumlah kalau orang muda berdarah panas senang mengamuk , orang yang sudah berusia hati nya lembut senang menangis. Tak begitu ?

Betul. Mereka pun hendak kan perhatian daripada anak-anak apabila mereka sudah tua. Macam kita dolu-dolu , nak jugak perhatian sokmo daripada ibubapa kita. Bila ibubapa kita buat tak tahu habis tupperware , pasu bunga di baling nya. Tanda protes. Eh itu bukan aku tau. Korang ni mandai-mandai je menuduh. Grghh , lol. Tapi ibu bapa kita tak ada lah sampai hati nak buat macam tu. Itu pun kalau dah tahap kronik nak protes anak err boleh lah kot. CHOY. Okay apa mohtif sebenar entry ini? Sila nyatakan segera! Sila kan! Sila kan!

Heh. Sebenar nya aku tiba-tiba menulis perihal begini kerana tiba-tiba teringat aku pernah melihat satu youtube ; A letter from Mom and Dad berlatarkan lagu Yiruma - Kiss The Rain yang membuatkan aku menangis selepas itu. Ayat dia lebih kurang macam ayat aku di atas cuma ada tokok tambah lah. Itu penting. LOL. Aku menangis lepas menonton youtube itu. Sebab aku takut aku terbuat perkara seperti di atas dan juga bila teringat balik banyak benda betul dalam youtube itu. Ibubapa tak pernah merungut walau macam mana payah mereka menjaga kita malah mereka seronok di setiap detik dan ketika menjaga , membelai , memberi kasih sayang dan memberi segala nya walaupun sebenar nya mereka bukan lah kaya raya tapi kerana anak harta yang terbesar segala nya sanggup di berikan. Okay , aku rasa ayat aku panjang dan pusing-pusing sangat. Nevermind -.-'

Sungguh , lepas aku menonton youtube itu , aku menangis. Aku rasa memang betul ayat dia. Mak ayah tak pernah membebel anak dia lambat berjalan. Ataupun berjalan jatuh berjalan jatuh. Malah seronok pegang tangan anak. Mak ayah tak pernah mengamuk bila makanan terjatuh , air tertumpah yang di buat oleh anak nya. Sebalik nya mak ayah sabar melayan kita. Tapi rasa nya kita mampu lakukan macam mak dan ayah kita laku kan? Mungkin tidak. Okay sebab aku rasa entry ni dah macam terlebih-lebih panjang , baik aku lakukan kata-kata akhir bukan pengantar ye. Gituh kau!

Selagi mereka masih hidup , hargai mereka dan sayangi mereka. Kita tak mungkin mampu membalas jasa mereka dan mereka tidak mengharapkan untuk kita membalas jasa mereka dengan memberi sebuah rumah banglo , sebuah kereta mewah , segunung dan selautan duit tetapi mereka cuma ingin kan perhatian anak-anak mereka seperti mana mereka pernah laku kan dulu. Mungkin mereka tidak pernah beritahu kita tentang itu but believes me , mana-mana ibubapa semua nya punya hati yang sama , nak anak berjaya dan nak anak hargai mereka. Ishh , aku rasa kalau aku terus kan membebel mahu orang ingat aku ni dah beranak lapan aje gaya menulis nya -.- Maaf , bak kata Dr Fadzilah Kamsah orang lahir bulan Januari ni sikap parenting dia banyak dan terlebih-lebih sikit , mungkin aku dah dapat sikap tu di usia remaja gitu. Matilaaa buat statement macam ni. Ekekekek.

Sebagai kata penutup , tak jugak di tutup-tutup nya , sayangi mereka , hargai mereka kerana pengorbanan ibubapa yang mereka lakukan ketika membesarkan kita semua sangat lah tak mampu di balas dengan wang ringgit , harta benda mahupun berpuluh-puluh jenis makanan yang lazat. Ini peringatan untuk diri aku jugak. Aku tak kata aku bagus dan aku tahu aku pun banyak jugak buat salah dan silap dekat parent aku tapi aku pun tengah free-free ni nak jugak feeling menulis benda berfaedah untuk di manfaatkan bersama. Jadi maaf lah kalau ada setengah ayat aku kasar , I didn't mean it. Cuma nak kasi korang feel kijam sikit tapi tak payah nak ikut yang tak baik itu. Oh yeah lagi satu even kau tak pandai tak kaya cukup lah jadi anak yang hargai ibubapa kau dan taat ibubapa. Itu lagi besar "kejayaan" nya tau! Tak gitu?

Okay , moh tengok youtube yang meruntun jiwa , hati dan perasaan :'( Atau aku je yang rasa macam ni ? :/



aiseh , emo-temo mencengkam diri gituh.