Home

Monday, August 26, 2019

Food Review : 60 Hidangan Lauk Pauk Nasi Campur Serendah RM 3 @ Restoran Halia, Sime Darby Convention Centre!

Siapa dekat sini yang gemar untuk makan nasi campur bersama-sama dengan lauk pauk tiap kali makan tengah hari? Mesti ramai sahaja yang suka makan seperti begitu khen? Ihiks! Jijah pun salah seorang yang pasti tidak akan melepaskan peluang untuk makan nasi campur bersama-sama aneka lauk pauk. Siapa yang hendak melepaskan peluang kan? 



Kalau korang semua nak tahu, bersempena dengan Hari Merdeka & Hari Malaysia, Restoran Halia yang terletak di Sime Darby Convention Centre , Bukit Kiara membuat Glorious 62nd Merdeka & 56th Malaysia Day Month Special iaitu menawarkan 60 jenis lauk pauk Malaysia & Padang bermula 1 Ogos sehingga 30 September 2019! Bukan selalu tau, Restoran Halia membuat aneka lauk pauk bagi nasi campur yang bukan 1-2 lauk tetapi 60 lauk pauk yang bermacam jenis. Jijah sendiri telah berkesempatan untuk mencuba aneka lauk pauk yang disediakan oleh Restoran Halia. Boleh dikatakanhampir kesemua lauk Jijah cuba tau!

Antara lauk pauk yang ditawarkan adalah Gulai Ikan Patin Tempoyak, Ayam Bakar Percik, Ikan Bakar, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Sotong Goreng Tepung, Gulai Nangka, Sup Torpedo, Kerabu Nangka, Rendang Kerang, bermacam jenis sambal & ulam-ulaman. Kalau korang tengok sendiri semua bermacam jenis lauk pauk, pasti korang pun akan rambang mata tau! Haruslah rambang mata mana yang mata tertawan dan mana pula yang tekak teringin nak rasa khen? Hahahaha! Amboi, bab makanan, mata pun cepat saja nak tertawan khen? Ekekekeke!











Semua makanan yang dihidangkan memang sedap dan terasa segarnya, terutama bagi menu seperti ikan bakar. Kita boleh rasa macam mana kualiti yang dijaga rapi oleh Restoran Halia ini. Dah lah lauk pauk yang disediakan tinggal korang pilih sahaja mengikut citarasa korang. Tak perlu lagi pening nak fikirkan nak makan apa, nak makan dekat mana semua dah. Korang cuma perlu ajak sahaja rakan sekerja atau teman rapat yang juga buntu tidak tahu hendak makan di mana untuk bersama-sama makan di Restoran Halia ini. Lagipun bila korang makan sahaja disini, korang sudah tidak perlu risau parkir kereta yang dijamin akan ada dan selesa berdekatan dengan Restoran Halia. Dah tak payah nak pening kepala kan?




Senang cerita, korang semua memang perlu merasai sendiri promosi Hari Merdeka & Hari Malaysia ini tau! Rugi sangat kalau korang lepaskan peluang ini tau! Jangan lupa untuk pakat ajak rerakan sekerja di pejabat untuk menikmati 60 jenis lauk pauk nasi campur di Restoran Halia bermula 1 Ogos sehingga 30 September 2019!



Untuk tempahan, sila hubungi / email:

Isnin - Jumaat
12.00pm - 2.30pm
1 Ogos 2019 - 30 September 2019

Sime Darby: 03- 2089 3799 (Email: halia.sdcc@simedarbyproperty.com)

Sime Darby Convention Centre, 1A Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur

psssttt ; edisi food review kali ini Jijah ada buat VLOG tau. Korang nak tengok tak, macam mana Jijah acah-acah menjadi ala-ala pengacara JJCM? Cer komeeen sikit NAK ke TAK NAK? :P Tungggguuuuu tau Jijah upload VLOG di dalam youtube tau. Sesambil tu, korang dah boleh dah SEARCH : IJAHEMOTEMO untuk FOLLOW,LIKE & SHARE tau! Ihiks!~


No comments: