Home

Saturday, April 14, 2012

Lazy Saturday

Sekarang aku tengah dalam keadaan yang kurang sihat. Hendak update tentang macam-macam pun tergendala. Usai balik sahaja dari Genting Highland tempoh hari , badan terus rasa tak sedap. Tiba-tiba terasa hendak demam , selsema dengan batuk dan lepas beberapa hari memang betul-betul aku demam , selsema dengan batuk. Lagi best bila dapat migraine sekali. Nak buat apa-apa pun dah tak boleh masa tu sebab seluruh badan terasa sakit. Masa tu memang buat aku makin stress. Mungkin jugak sebab perubahan cuaca yang sejuk gila dekat Genting Highland bertukar menjadi panas gila dekat KL buatkan aku tiba-tiba migraine tak hengat.


Semua benda yang aku nak buat memang semua terbantut. Sungguh sadis. Mungkin juga segala rasa tak sihat ni bertandang bila setiap malam masa di Genting Higland asyik tidur lambat dan berjalan kemain lagi ke sana ke sini kan? Tapi seriously aku rindu dengan suasana dekat sana sebab sangat enjoy! Hehehehe. InsyaAllah lepas aku dah sembuh dari semua ini aku akan upload sedikit demi sedikit gambar-gambar masa di Genting Highland dan ABP ya? Sebenarnya gambar-gambar dengan artis sangat sedikit. Lagi banyak masa dekat Pengumuman Percalonan TOP 5 ABPBH okes? Tak apa lah , aku pergi atas sana nun jauh di puncak itu pun bukan untuk pergi bergambar dengan artis sangat tapi just untuk enjoy and have some fun gituew.


Meh tengok gambar-gambar Jijah dekat nun atas puncak Genting. Minta ampun kadang-kadang terover ekspressi khen? Kata menuju puncak khen?! Hahahaha.



ini masa dari dalam bilik hotel.
cantik kan? :)


ini masa dari Theme Park Hotel nak menuju ke First World Hotel :)
semput jugak masa mula-mula nak pergi sana -___-'


dekat Genting Highland memang Jijah mendaki escalator sajork kerjanya. 
hihihihi.


ini masa dalam cable car , masa nak balik.
sob sob sob.

more picture and story coming soon! 
:)

citt gaya macam ada orang nak tengok aje -___-'


Heheheh , saja kasi teaser-teaser dulu kan? Dekat entry sebelum ini pun dah ada kasi sedikit teaser. Memang nak kena cari masa sesuai untuk update semua ini dalam masa terdekat. Kalau ikut keadaan sekarang memang sangat-sangat tak larat. Tapi sebab tak mahu jadi entry basi , jadi akan ku gagahkan juga. Errr sebenarnya ada banyak lagi cherita basi ngahaha tapi nanti aku akan cuba untuk update jugak larr ye? Erhiks. 

So korang weekend ni buat apa je? Berjimba ria dengan family? Berjimba ria dengan rerakan ? Berjimba ria dengan ehem-ehem? Atau macam aku , berjimba ria atas katil melayan batuk dengan selsema yang tak mahu pergi? T____T HEHE.

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

20 comments:

  1. weekend ni saya kerja -__-

    cik adik
    selamat beristirehat di hujung minggu yaa =)

    ReplyDelete
  2. weekand masa untuk tido! hehe

    ReplyDelete
  3. siannya tak sihat... odaijini ye... wiken la masa untk rehat dan refresh...

    ReplyDelete
  4. ijah2..dh sihat lum?take care tau..

    ReplyDelete
  5. anisa - alololo sian nya dia heheh :) tq!

    ReplyDelete
  6. repunzel - oh itu sungguh benar! haha

    ReplyDelete
  7. khairin - get well soon! hv a gud rest k! :)

    ReplyDelete
  8. hanis - tq akak! a'ah tgh nk rehatkan diri secukupnya hehe tq akak! :)

    ReplyDelete
  9. ifa - ijah punya batuk still tak ok lg :( tp yg lain2 dh better :) tq ek ifa!! *hugs*

    ReplyDelete
  10. ai berhanami last weekend ngeee
    amboiii uols dah pakai dslr gituew...curlastt

    ReplyDelete
  11. weekend tak buat apa2 pun.. lepak2 kat rumah.. btw, semoga cepat sembuh tau ^_^

    ReplyDelete
  12. jadi ye ijah naik genting? dpt x laga-laga pipi dgn eron ajis? hehe....

    ReplyDelete
  13. uols tak sihat lagi ke beb????
    get well soon my dear....

    eh - 27hb free tak???
    iols pi WW nanti... meet-up nak???

    ReplyDelete
  14. kaka ayu -- wootz2! hehehe.. itu dslr kawan hehehe sheols kasi pinjam katanya. jijah terima dgn hati yg rela :p hihihi.

    ReplyDelete
  15. hanamiko -- hehe , best2 rehatkan badan :) hee tq! :)

    ReplyDelete
  16. aanie -- hehe alhamdulillah , dh selamat pergi n dh blk dh pun ekeke :p hahaha mmg asyik laga2 pipi dgn haron hajis je dkt sana :p

    ReplyDelete
  17. kaka milo -- batuk je still tak kurang. yg lain2 dh ok. hehe. insyaAllah 27 hb nnt :)

    ReplyDelete

Hari-Hari Makan Nasi ,
Makan Nasi Dengan Kari ,
Terima Kasih Datang Komen Belog Ini ,
Nanti Sila Lah Datang Komen Lagi.

Ngee komen yang comel-comel aje ye.
Teheee.