Home

Friday, February 17, 2012

Gambar-Gambar di Sekitar Pengumuman Top 5 ABPBH. Iye ini cherita BASI.

Sebenarnya sudah banyak kali tertangguh untuk meng-update entry ini. Biasalah kadangkala nak menulis sesebuah entry ini perlukan mood agar apa yang kita tulis tidak bercanggah dan lari jauh dari tajuk asalkan? Hamboi serius macam menulis esei untuk peperiksaan besar sahaja kan? Hiks. Oh sebelum terlupa , entry kali ini memang dipenuhi dengan gambar aku bersama artis-artis ye? So please , if suka baca lah entry ini sampai habis. If tak suka dan rasa meluat atau sama waktu dengan nya , ehheyy , please sila katup belog ini dan baca belog yang korang lebih suka k? Erhiks.


Kali ini aku nak berkongsi dengan korang gambar-gambar yang sempat aku ambil bersama dengan artis-artis ketika di Pengumuman Top 5 ABPBH yang telah berlangsung pada 11 Januari lepas di Holiday Villa Inn , Subang Jaya. Mampooo sambut hari jadi bersama artis-artis? Hahahah , tehtap nak feeling diva kan kau Jah? Hihihi. Tak sangka pulak pengumuman ini semua masa hari jadi aku kan? Itu pasal aku pernah tulis di entry yang lepas aku dapat live wish dari artis-artis tapi harap ampun mek tak kowser nak buat video untuk buat sebagai bukti sebab aku bukan lah tahap fanatik macam itu k? Hahaha.




Lagipun aku pergi pun sebab kawan-kawan ajak dan tahu Fizz Fairuz pun dapat top 5 kan? Wajib lah weols nak jadi pompom girl Fizz kan? Hahahaha tehtap! Dah tak mahu tulis panjang-panjang sebab senarai Top 5 pun semua orang dah tahu kan ? Let's layan gambar aku dengan artis-artis itu ye?! Thanks to my photographer belog , Kak Fieza dan Kak Ekah. Mampoo dah ada photographer belog bagai? Wahahahahah :p



bersama dengan Fizz Fairuz. 
tak habis-habis panggil aku gadis cakar sebab katanya suka mencakar dekat tweet T_T
hahahah. choii sangat!


dengan Usop Whilca! hahah.


dengan Fasha Sandha. hiks.


dengan Beto Kusyairi. 
serius suka dengan Beto sebab lakonan dia sangat natural dan aku suka! :p


ini kali pertama bertemu dengan Shila Amzah.
dari jauh kak Sha dah lambai-lambai tangan ye. 
siap tahu nama twitter ku , IjahEmoTemo katanya. hahaha perlu ke ai terkaku masa itu?
siap kasi birthday hug hokkay! :p


dengan Awal Ashaari.


dengan Yana Samsudin. 
comel sangat kan? hihihi.


bersama dengan Mr Hot , Adi Putra!
rambut kuning uolsz! untuk KLG2!
siap wish live birthday lagi sekali even dah wish dekat twitter.
ai loikee. haha T_T

Hiks , apa yang seronoknya pergi event kali ini memang ramai artis yang popular pastinya ada dekat situ. Teruja habis lah kan aku? Tapi jangan risau kali ini tak ada nak gigil ke , menggeletar ke , memang tak ada. Perlu pantas nak bergambar dengan diorang ni sebab ada artis yang balik awal dan tak sempat aku nak bergambar kan? Sedihhhh. Tetibe pulak! Hahaha. Okay jom layan gambar lagi. Ampun entry ini penuh dan panjang ye!


bersama dengan Faizal Tahir.
hiks suka!


bersama dengan Diana Danielle.
natural beauty kan dia ni? hiks.


jumpa lagi dengan Maya Karin. 
hihihi sukaaaaa! :p


bersama dengan kumpulan Forteen!


iye sekali lagi bergambar dengan Mr Hot.
eh apasal aku pulak tangan macam tu? macam aku pulak gangster nya ! -.-
tssk.


sekali lagi bergambar dengan kak Sha.
kali ni dua-dua spontan buat peace. haha.

Banyak tak gambar? Banyak tak gambar? Eh sabar ada lagi gambar. Muehehehe. Sekali sekala entry penuh dengan gambar apa salah nya kan? Hiks. Okayyyyy , jom layan lagiii gambar! Sekali sekala cuci mata sikit kan? Hahahah kekdahnya cuci ke? Eh!


bersama dengan Alyah.
melerts sangat Alyah!


bersama dengan Hazama.


dengan Sam sebenarnya bergambar banyak kali.
HAHA , asal nampak SAM free mula lah bergambar -.-
eh dia pun siap live wish lagi tau! sukaaa :p


dengan Scha!
sukaaaa jugak , akhirnya dapat jugak jumpa Scha haha ;)


bersama dengan Izara !
siapa tengok Vanilla Coklat mesti kenal :p


Kan dah cakap tadi? Fizz sibuk nak mencakar Gadis Cakar ini kan?
HAHA , choii Fizz! :p
oh sila jangan kontrobersikan gambar ini ye! tetibe wakakaka.
itu bukan girang sebab kena cakar tapi mulut duduk membebel ! ekekeke :p

Akhirnya selesai juga berkongsi gambar-gambar ini dengan korang semua. Sebenarnya ingat nak update masa 11 Januari tu jugak kan? Tapi maklumlah aku jenis yang tak suka skip update kan? So gigih mengikut giliran sampai terus hilang mood nak update belog kan? Hihihi. Well , sebenarnya aku memang suka pergi event-event pesen begini. Best sebenarnya sebab berjumpa dengan artis , dapat makan best , eh! Hahah. Memang seronok tapi meletihkan itu sudah pasti ye! Semua nya ini mungkin cuma rezeki aku aje kot untuk berjumpa dan bergambar dengan mereka-mereka ini.

Oh ya as usual aku mesti akan tulis benda ni berkali-kali meskipun aku bosan jugak nak tulis benda sama. Aku kongsikan gambar-gambar ini di dalam belog aku ini hanya untuk tatapan aku di masa akan datang. Tiada unsur nak menunjuk-nunjuk atau sebalik nya k? Aku paling benci bila ada yang menyalahkan erti untuk perkara-perkara yang kita mahu kongsi kan? Lagipun kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. So , it's up to you lah khen nak suka atau tidak asalkan jangan sesekali mencerca mek hokkay! Hahahah , baiklah entry ini pun dah macam terlalu panjang kan? Jadi aku mahu noktah kan penulisan aku di sini. Enjoy the pic ya! :)

notakakiciksenah :: Untuk ABP ini nanti korang nak siapa jadi Anugerah Bintang Popular? Hiks :)

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

14 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

kawaii nyer yana mcm retis jepon jer...mr blonde tue auwwwww sexy plak ai tgk...uols jer yg menten wootz wootz

Qhaifa Nur said...

hadiah besday yup...
seronoknya ada pic dengan artis....

.: iEyLa :. said...

waaahh.,..jeles kot.. :)

miloais milo said...

iols tak meluat beb
tapi nak tutup gak blog uols
sebab dah habis baca

dan dah komen...

comel sokmo uols......!

Hanamiko Sakura said...

sapa tak suka kalau retis bagi live wish bufday.... ^^
mesti best kan... nak join leh tak.. kih3

Asmara said...

eh mcm kurang sesuatu. ermm apa ye. aha.. abam AA takde. muahahaha..

Hanis MY said...

pengsan tgk semua gambar melerts tu apa jah?

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> comeiii kann?? geram tgk! hihihi haha sexyy ehh? ekekek aiols opcoz menten melerts erkk hahah

Ijah EmoTemo said...

qhaifa >> tq tq! hehehe kebetulan aje semua ni :)

Ijah EmoTemo said...

ieyla >> alamak!! jgn la jeles hehe

Ijah EmoTemo said...

kaka milo >> alololo komen uols selalu tau buat ai touching!! meh nk peluk meh !! haha nnt ai kasi real peluk k once jmp nnt! miss u!! ;)

Ijah EmoTemo said...

hanamiko >> heheh yups yups mmg best and teruja terkaku semua ada ekekek..

insyaAllah boleh je join heheh

Ijah EmoTemo said...

kak asmara >> hahahah pandaaaaai :p abam aaron pi jepun masa ni hehehe

Ijah EmoTemo said...

kak hanis >> hehhe bertabahlah! ekekek oohh melerts tu macam meeltop gitu hahaha