Home

Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa dan Salam Ramadhan :)

Di kesempatan yang aku ada ini , aku ingin mengucap kan Selamat Berpuasa buat rakan-rakan blogger yang beragama Islam dan Salam Ramadhan buat kalian semua yang jika tiada aral melintang nya akan bermula pada hari esok , 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan. Bermakna malam ini akan bermula lah terawikh. Alhamdulillah , kita semua masih lagi berkesempatan untuk melakukan ibadah berpuasa pada tahun ini. Cepat aje kan masa berlalu? Terasa macam baru semalam kita menyambut bulan Ramadhan , kita meraikan AidilFitri kan? Masa sangat pantas berlalu!


Aku juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf andai sepanjang aku menulis di dalam belog Cherita Emo-Temo ini pernah mengguris hati mana-mana pihak atau sesiapa yang masuk di dalam belog ini tanpa aku sedari. Memang aku tiada langsung niat untuk mengguris kan hati , menyakitkan hati mahupun menambah bara di hati korang. Biasa lah kita semua manusia biasa. Kadang-kadang leka dengan keseronokan menulis sehingga terlupa menjaga hati dan perasaan orang di sekeliling kita. Jadi aku memohon ampun dan maaf ye?


Semoga di kesempatan Ramadhan kita semua yang ada ini di manfaatkan sebaik yang mungkin dengan meningkatkan lagi amalan-amalan di bulan yang sungguh mulia ini.Semoga kita juga di kurnia kan kesihatan yang baik bersempena bulan yang baik ini untuk melakukan ibadah puasa ini. InsyaAllah. Amin. 


Jadi , Selamat Berpuasa buat semua rakan-rakan blogger dan Salam Ramadhan , tulus dan ikhlas dari IjahEmoTemo :)


setiap kali dengar lagu ni terasa syahdu aje kan?

Selamat Berpuasa !
:)

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Saturday, July 30, 2011

Lempeng Bersama Sambal Ikan Bilis. Kau Hado?

Sebenar nya kisah lempeng ni bukan lah kisah hari semalam sebalik nya ini pun dah kategori cherita basi. Tak apa lah , janji belog aku ada update kan? Tak ada lah bersawang bersemak ke apa kan? Gituew. Aku tak tahu kenapa beberapa minggu yang lepas ni ha , tiba-tiba teringin betul nak makan lempeng. Entah apa kejadah nya teringin nak makan lempeng. Ekekeke. Mujur tak kena lempang dengan mak aku sebab asyik merengek nak makan lempeng. Ngahaha. Choyy , mak aku tak ada lah tahap brutal begitu ye. Kalau anak-anak nak makan semua dia buat kan? Kalau puji sedap , jawab nya seminggu mak aku buat. Wah tiba-tiba kau aku puji memuji mak aku dekat sini. Ekekekeke. 

Bukan pasal apa , aku teringat masa pergi Hotel UiTM dekat Dungun dulu masa lawat kakak aku dulu-dulu , aku selalu jugak nampak dekat cafe diorang tulis lempeng cicah dengan kari ke kelapa ke hape entah. Aku pun lupa. Tapi aku tak mahu lah cicah yang jenis macam itu. Kebetulan pulak mak aku ada buat nasi lemak hari sebelum nya and ada lagi sambal ikan bilis jadi aku pun terus terusan lah merengek mintak mak aku buat kan lempeng itu. Hiks.

Lepas tu bergigihan lah mak aku buat lempeng ituew. Fuhh , ini yang makin sayang ketat-ketat kan dekat mak aku nih. Hikhikhik , tehtaaaap. Dan hasil nya ... tadaaaaaa .... !!


marvelous lempeng with sambal ikan bilis yang memang marvelous!

ngeh ngeh ngeh 

Lepas tu mula lah kan membako hati orang pergi tepek dekat facebook dengan twitter. Selain daripada suka membako hati orang dengan menepek gambar rewtis kesayangan , aku pun suka menepek gambar makanan ye. Lepas tu mula lah ramai yang nak datang rumah aku kan nak makan jugak apa yang aku makan. Ekekekeke , choyy sungguh. Baru lah meks tahu rupa-rupa nya ramai peminat lempeng ini tau. Kau jangan main-main! Ramai kawan-kawan aku yang suka lempeng ni rupa nya. Dekat twitter pun bukan main ramai yang merengek jugak. Hakhakhak. Apahal aku tulis gelak ala-ala annoying ni? Erk!

Ekekek , sebenar nya saja je nak update tentang lempeng ini. Kau hado? Ekekekeke. Maklum lah tengah bersemangat jitu meng-update belog kan? Harus lah segala gambar lama aku korek nak tepek dekat sini kan? Merasa lah semua baca kisah-kisah basi ni. Erkk. Minggu depan , insyaAllah sudah berpuasa ... merasa lah pulak baca kisah makanan berbuka kan? Itu sudah tentu. Hiks. Baik lah yuols , aku pun dah ketandusan idea nak menulis apa kejadah nya lagi. Maka , selamat berhujung minggu !

Ehem , korang suka tak makan lempeng? Selalu cicah dengan apa? Pernah tak makan lempeng ni yuols? Ngeeheheheh.

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Friday, July 29, 2011

Perkahwinan Mama Nani & Sis Amira Atfina *kompang*

Kali ini aku nak update tentang majlis-majlis perkahwinan yang sempat aku hadiri beberapa minggu yang lepas. Jadi boleh kata kan sebagai cherita basi jugak lah. Tapi aku tehtap jugak nak update di sini kan? Ngehehehe. Aku nak update tentang majlis perkahwinan Mama Nani dan juga Sis Amira Atfina yang memang dah lama berlangsung. Teheheh tapi baru sekarang ada masa nak update.


Majlis Perkahwinan Nani Shafeani & Syed Rosli.

Teheheh , majlis perkahwinan mereka ini dah berlangsung lebih sebulan yang lepas. Maaf kan lah anak hayam mu iniew yang boleh tahan sibuk sejak dua menjak ini. Ehiks. Majlis perkahwinan Mama Nani berlangsung di Dewan Pameran Ternakan Mardi / Maeps. Aku pergi dengan parent aku. Of course lah kan , tak kan nak naik LRT / Komuter kot? Hahah , gigih sangat pakai baju kurung vogeh semua itu sekali naik LRT bagai. Ekekeke.

Sebenar nya boleh tahan pemalu jugak aku nak pergi majlis kahwin semua ini. Selalu pergi dengan jemputan atas nama parent aku. Kali ini atas nama aku , harus lah malu-malu itik gituew tau. Ahahaha. Mahu kena pang pang bertalu kalau Cik Sri Siantan aku baca ni. Hahaha. Tapi sebab aku rapat jugak dengan Mama Nani dan Kak Ted , jadi pergi lah jugak kan? Dah orang ajak , tak kan tak nak pergi kot kan? Tapi sebelum pergi tu , gigih kan diri pergi cari hadiah kahwin dulu. Ngahaha , yang tak menahan , mak aku lagi cerewet ye untuk kasi hadiah kahwin dekat orang. Ehiks. Aku boleh main pakai redah je ngahahaha. Lepas berkejaran nak membalut hadiah bagai terus zazzz pergi ke majlis perkahwinan Mama Nani di Serdang.

Lebih kurang pukul 3.30 petang rasa nya kitaorang sampai. Sampai-sampai terus nampak Kak Ted , kasi hadiah dekat beliau then nampak kawan aku Cik Kekure , peluk cium bagai pergi makan. Hahaha , biasa lah kan? Tak kan feeling nak jadi flower girl pulak? Mahu pitamz Cik Kekure ai tu kan? Ahahaha. Lepas selesai makan terus jumpa Mama Nani dan peluk cium lah kan? Then bergambar dan dan dan , boleh aku pinjam bunga tangan Mama Nani nak posing ! Hakhakhak , riuh kejap dewan nak pitamz tengok ke-diva-an aku. Mueheheheh. Sebab bunga tangan Mama Nani sangat shantekkk okeh! Ahaks!

Ok jom layan gambar!


aku , cik kekure , kak ijurq , kak hazeera dan kak ted :)

oh yang baju hijau ; ayah aku ehehehe.


mama nani dan pasangan :)

gowjes okeh mama nani!


cik kekure , kaka ijurq dan kaka hazeera :D


abe hewwy , hahah gedik sungguh panggilan ku -.-' 




Tehtap ai overshadow kan? 
Ngahahaha , bertabahlah semua!

Selamat Pengantin Baru Mama Nani & Pasangan!


Majlis Perkahwinan Amira Atfina & Mohd Fadzli

Okay kali ini pulak aku dan seluruh keluarga aku telah pergi ke majlis perkahwinan saudara terdekat aku yang juga boleh di kira ala-ala dua pupu macam itu lah. Majlis kali ini memang seluruh saudara mara belah Umi aku ada datang yang jauh mahupun dekat. Dah macam hari raya gituew. Kali ini majlis perkahwinan di langsung kan pada 2 April di Dewan Tun Rahah , dekat tengah-tengah bandar KL. Agak risau jugak sebab 2 April tu hari Sabtu , hujung minggu dan paling risau jammed tengah bandar aje. Tapi Alhamdulillah , semua nya berjalan lancar.

So , dalam pukul 8.15 macam itu kitaorang sampai terus naik ke tingkat atas di Dewan Tun Rahah tu lah. Pergi cari meja dan tunggu lah sampai majlis mula. Ahah! Dalam 8.30 - 8.45 , Sis Amira and pasangan pun masuk ke dalam dewan. Sangat cantik Sis Mira malam tu. Tapi sayang beribu kali sayang , aku tak sempat nak ambik gambar Sis Mira and Pasangan. Sibuk ambik gambar sendiri je yuolss. Hakhakhak. *pang*

Lepas tu sibuk mengambil gambar tetamu je yuols sampai lupa kan nak ambik gambar pengantin? Lagipun pengantin tengah sibuk tehehehe. Acara malam tu pun siap ada nyanyi dari adik pengantin perempuan , Aneem! :) Curlast sangat tau! Hiks. Ok ok jom layan gambar yang boleh tahan banyak , tehehehe. Maaf kalau tak ikut susunan ye -.-'


kakak saya! 


nenek saya dan kakak saya!




ini sajork gambar pengantin dari jauh -.-'


gambar masa bertunang dulu memandang kan masa majlis ituew lupa nak amik kan?
hik hik hik.



list lauk pauk.



Aneem ;)


Ibu pengantin perempuan ; Cik Zon beramah tamah dengan Umi dan Nenek saya ;)


Dua pupu saya! ; Anis dan kakak saya!


saya dan Anis yang shantek!


Alya , Anis dan Saya! 


Saya dan Fifah ;)


Che' , Kakak saya , Umi saya , Che' Na dan Saya :D

Ahha , sebenar nya gambar ini nak ambik gambar dengan kereta Suami Che' Na yang klasik itu. Tapiii ... hikhikhik.

Selamat Pengantin Baru Sis Amira & Pasangan :)

Begitu lah kisah aku dan majlis perkahwinan. Maaf lah kalau banyak betul gambar yang aku tepek. Sekali harung sahaja lah memandang kan dah tak ada masa sangat nak update lagi. Tak larat nak basi kan lagi gambar-gambar ini. Tehehehe. Jadi aku pun dah tak mahu tulis apa-apa lagi. Nanti makin panjang berjela entry ini korang jugak yang juling mata. Hakhakhak.

So , terima kasih sudi baca entry ini :)



Thursday, July 28, 2011

Rezeki Hendak Ramadhan ! Alhamdulillah :D

Hamboii , banyak betul aku update hari ini kan? Termasuk lah update tentang Review Filem yang sepatut nya nak auto publish hari ini tapi sebab ada kesilapan teknikal maka tertulis update hari Selasa kata nya , lepas tu pasal update Red Velvet dan Macaroon dan sekarang tentang rezeki hendak memasuki bulan Ramadhan. Alhamdulillah.

Secara jujur nya aku tak jangka kan akan mendapat Buffered Earning yang baru setelah hampir sebulan lebih tak dapat apa-apa BE. Aku memang tak mengharapkan apa-apa dan agak jeres gitu lihat ramai rakan-rakan bloggers yang sudah mendapat BE. Tapi aku fikir tak apa lah mungkin sebab aku tak bergerak aktif sangat sejak dua menjak ini kot itu yang susah nak dapat BE. Ngehehe boleh pulak fikir macam itu kan? Yeah , betul lah. Memang sejak dua menjak ini aku malas betul nak blogwalking , malas betul nak update apa-apa. Tapi kalau dah update mahu berduyun-duyun post macam hari ini kan?


terima kasih Celcom Xplay DJ!

terima kasih Nuffnang.

nanti kasi lah BE banyak lagi. tehehehehe :D

Alhamdulillah , rezeki hendak masuk bulan Ramadhan. Bila ada BE memang akan aktif sikit lah nak blogwalking , ehem ehem itu tanda nya suruh korang buat apa yang patut lah , ngahaha. Niat tak baik sungguh. Ahaks. Tapi sejujur nya bukan lah aku tak blogwalking atau tak update sebab merajuk tak dapat BE. Bukan lah. Cuma macam entry-entry sebelum ini , aku kan tak sihat sangat dengan demam panas nya. Lepas tu pulak sekarang batuk tak henti-henti sampai suara pun dah serak. Kadang-kadang terasa annoying gila dengar suara sendiri. Hahaha. Itu pasal aku tak update dan blogwalking langsung. Cuma yang mana sempat je aku pergi. 

Minta maaf sangat-sangat pada yang sudi jugak singgah dalam belog aku dan tinggalkan jejak di tempat borak itu tapi aku langsung tak singgah jejak balik. Nanti bila aku dah sihat sepenuh nya aku akan pergi terjah balik k? Oh ya macam biasa terima kasih sangat-sangat buat yang sudi follow belog aku yang biasa inieww. Terharu meh bila masih ada lagi yang sudi follow belog picisan ini. Aku sayang korang ketat-ketat , ahahahah!


terima kasih 787 followers Cherita Emo-Temo ! :')

Baik lah , rasa nya sudah tiada apa-apa lagi mahu di tulis lagi. Terima kasih Nuffnang kerana memberi BE , Terima Kasih Celcom Xplay DJ kerana sudi menjadi BE di dalam belog saya dan Terima kasih buat semua yang sudi menyinggah meskipun sebentar di dalam belog saya ini :') Saya betul-betul menghargai kamu semua ! :)

Ehem , syukur dengan rezeki ini meskipun nilai nya masih belum membesar tehehehe. Korang ada dapat BE jugak tak? :)

p/s: sedih dengan kekalahan Malaysia tadi :( it's alright #harimaumalaya , kami semua bangga dengan anda kerana anda bermain dengan bersungguh-sungguh dan tiada drama! go #harimaumalaya!! :D

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Saya Mahu Red Velvet Lagi !! Oh Na Na !!

Ini kisah semalam punya. Aku tempah dengan kawan aku Red Velvet Cupcakes and aku memang tengah teringin gila nak makan benda alah ni sebelum puasa. Ngehehehe. Sebelum ini suruh kakak aku beli dekat KLCC tu tapi boleh pulak dia terlupa kan. Maka harus lah aku ala-ala telan air liur seorang diri bila teringat Red Velvet itu. Ngahahaha melampau-lampau over nya kan? Biasa lah! Ekekekek. 

Jadi Selasa lepas , kawan aku , Aisyah , cakap dia ada jual Red Velvet dengan Macaroon. Wooahh , aku pun memang teringin ya hamat nak makan Macaroon. Asyik tengok Kaka Milo aje yang makan benda tu tak sudah-sudah ahahaha , nak jugak rasa macam mana. Padahal kan ,aku tengah sakit tekak dengan batuk tak berhenti. Semua makanan aku rasa tawar takpun paling best rasa masin. Erk best ke? Eheheheh. Jadi aku pun order , order via Twitter je uolss , canggih tak meks? Hahaha. Aku mula-mula order nak 4 pcs Red Velvet dengan 9 pcs Macaroon dengan 3 perisa. Aku pilih perisa Blueberry 3 pcs , Chocolate Ganache 3pcs and Salted Caramel 3pcs. Aku beli sikit sebab tengah tak sihat + kegawatan ekonomi hakhak jadi tak payah kau nak over beli banyak-banyak. Nanti ekonomi dah pulih beli lah kau satu lori pun , tak ada siapa kisah! Hahahaha. Tapi lepas tu kakak aku cakap nak jugak Red Velvet maka aku tambah 2 pcs lagi Red Velvet.

Tapi aku tak pergi ambik sendiri. Aku suruh kawan aku yang lain ; Dee M yang ambik kan untuk aku. Terima kasih awak , jasa awak saya kenang sampai bila-bila. Eceh tetibe aku sweet sangat ni apasal. Ngahahah *pang* Bila dah petang macam gitu , aku pun pergi ambik pulak dari Dee M segala jenis makanan itu. Fuhh , aku memang tengah teringin nak makan Red Velvet dengan Macaroon yang warna warni itu semakin melonjak-lonjak nafsu makan ye. Hahahah , padahal kan aku pun cuak jugak kalau semua makanan aku rasa tawar. Memang nak kena lah kan !


tadaaaaa.
Red Velvet with Cream Cheese Frosting!
Sumpah Cream Cheese dia sedap gilaaaaa!! 
Macaroon punnnnn sedaaaaaap!!

homemade semua ni tauuu.
bertuah meks dapat kawan-kawan reti baking semua ni. 
ekekeke bertuah lagi korang dapat kawan yang suka makan ni kan?
ahaks!

Sumpah sedap gilaaaa red velvet kawan aku buat ni wehhh. Cream Cheese dia fuhh sampai aku cuit banyak kali dekat red velvet yang lain. Korang tengok aje lah kan ada 2 cuppies yang dah tercomot sikit semua pasal aku cuit cream dia. Ekekekeke. Memang sedaaap weh. Sampai kan si kenit dalam rumah aku pun sibuk makan tau. Ehehehe. Macaroon pun sedap terutama yang salted caramel. Ngeee. Suka!

Kalau ekonomi tengah baik memang aku beli banyak-banyak Red Velvet itu tambahan lagi kalau letak dalam peti cream tu macam keras sikit perghhh makin sedap aku makan weh. Gegghh , aku nak lagi nak lagi Red Velvet itueww. Ngahaha tak pasal-pasal meroyan tau! Semalam dalam twitter pun dah meroyan nak lagi katanya. Ekekeke. Choyy sungguh!!


cuppies yang telah di cuit , ahaks!
yummmeh!!


warna warni macaroons!! ;)

Tapi nak tahu tak , aku seorang aje cakap macaroon ni tak manis sebab aku tengah sakit tekak. Ngahahahahahaha , kau gila? Kakak aku cakap , wehh manis okeh. Sungguh aku rasa tawar cuma flavour dia aku boleh rasa sedap lah. Tehehehehe. Sungguh sedap makanan-makanan ini. Memang lepas gian kejap aku! Ekekeekek. Haih terasa nak tempah lagi Red Velvet ni tau! Tak puas makan. Rasa nya 10 bijik Red Velvet pun belum tentu perut Doraemon aku ni rasa puas. Erk , melampau-lampau kan? Ahahahaha.


ini bukan Red Velvet , tapi Choc Cuppies.
kawan aku , jugak yang buat. 
Shaza katanya , meks tehtap membeli saja reti nya!
ahahaha

haih , pandai betul diorang ni , jeles mak!

Begitu lah kisah nya kan? Tapi memang sejak nak puasa ni rajin betul aku beli cupcakes ni. Lepas gian sangat-sangat. Lepas tu kalau gain weight ke hape jangan nak meraung sampai retak lantai sudah ye? Erkk. Hahahah. Saja je nak update sebelum puasa next week ni. Kang update minggu depan aku pulak yang terlebih meleleh air liur kan? Hahahaha.

So , korang suka tak cupcakes dengan macaroon? Dah pernah cuba macaroon? Suka atau rasa macam mana ? Tehehehe bagi aku okay je makanan manis semua ni cuma jangan makan selalu lah kan. Tak baik untuk kesihatan katanya!

Terima kasih baca entry ini :)

Tuesday, July 26, 2011

Review Movie : Sekali Lagi ; Tersentuh Jugak Ulu Hati Bila Menonton!

Note : Ini merupakan AutoPost.

Kali ini aku nak update pasal filem yang baru aku tonton , bukan di pawagam meskipun sepelaung aje pawagam dengan rumah aku tapi aku tonton dekat laptop je. Senang cerita aku download lah kan? Bukan pasal apa , aku sekarang memang malas nak pergi tengok wayang. Heheheh. Aku asyik dengar orang cakap filem ni best dan mampu buat orang menangis. Tapi kalau dengar je tapi tak tengok mesti aku tehtap nak nafikan jugak. Boleh gitu? Ahha.

Maka lepas dah bergigihan download siang dan malam sebab asyik problem je link download itu , maka akhir nya dapat jugak tengok. Aku pun dah lupa bila aku tengok tapi dalam dua tiga minggu lepas lah. Ehem. Aku tahu mungkin aku agak lambat menonton filem ini tapi ada aku kisah cak cak cak? *pang* Ekekekek. 

Ehem. Sekali Lagi merupakan filem yang di lakon kan oleh Lisa Surihani , Saheizy Sam , Bront Parale dan si comel Mia Sara. Ada lagi pelakon-pelakon lain tapi apakah mohtif nya aku nak tulis semua nama pelakon dekat sini kan? Aku cuma nak bagitahu review filem ini sajork. Hahaha , tiba-tiba nak hangin mohtif? Ekekekek. Filem ini berkisah kan tentang Shila (Lisa) , Arman (Sam) , Harris (Bront) dan si comel Amy (Mia). Aku mula-mula agak blur sedikit dengan permulaan filem ini tapi bila dah lama kelamaan baru faham.



Kisah nya Shila ni ada seorang anak iaitu Amy dan bila dia bekerja dia akan suruh Harris tolong jagakan memandangkan Harris ada gerai kecil gituew , jadi boleh lah tolong tengok-tengok kan. Tapi macam yang tak logik nya bila Amy tu punya lah berani tahap petala kelapan boleh berjalan-jalan seorang diri di tengok kota KL. Woah , ahkak yang dah 17 tahun pun kadang-kadang gigil kaki nak jalan seorang diri di tengah kota KL okeh? Ekekekek. Lepas itu di atas satu kejadian , Amy terjumpa lelaki yang bernama Arman. Arman ni tak sihat kata nya. Errr aku lupa sakit apa tapi memang menjadi lah jugak Sam berlakon watak orang tak sihat itu , ahahaha , comel macam Mia. Ekekeke.

Lepas itu lama kelamaan Shila harus lah marah bila dapat tahu Amy asyik keluar dan hilang untuk berjumpa dengan Arman. Iye lah kan , mak mana tak marah bila anak nya asyik keluar dan hilang. Then ada satu hari tu dia pergi ambik Amy dekat taman permainan dan terjumpa dengan Arman , Shila terus pengsan. Masa itu lah baru tahu rupa-rupa nya "kawan" Amy itu sebenar nya Ayah Amy sendiri. Ahha , masa ini lah mula sedih. Berjaya jugak buat aku menangis meleleh tak hengat kejap. Ahaks! Ketika ini baru Shila beritahu suami dia tak meninggal dunia sebalik nya diorang berpisah dan ketika berpisah tu pulak baru dia tahu dia mengandung. Al kisah nya ....

Sejak dapat tahu tentang siapa sebenar nya "Arman" itu , terus Amy tak boleh keluar dengan Arman katanya. Kesian Arman masa tu. Merata-rata dia mencari Amy. Lepas tu dan lepas tu mak Arman pun datang jelas kan pada Shila tentang kisah sebenar nya. Masa ini aku nangis lagi sebab tengok Sam menangis sebab dapat tahu dia sakit. Boleh? Ahahahah , kau tehtap Jah! Iyelah , rupa-rupa nya Arman memang merancang untuk tak nak Shila tahu yang dia sakit dan lepas dia sakit dan buat pembedahan yang dia terus lupa siapa dia. Itu yang sedih lah. 



comel :D
 ahahahhahahah.

Well , filem ini bagi aku best dan bila sesetengah part tak logik tu aku tolak tepi ajelah. Ekekek. Cuma betul lah orang kata filem ini touching jugak lah. Maklum lah aku kan ratu air mata maka memang akan menangis lah jugak walau macam mana jua. Ngahahaha. Terutama bila Arman cakap pada mak dia : Mak jangan mati ye mak? Uishh , masa tu aku dah meleleh sikit. Lepas tu bila dapat tahu siapa Arman , meleleh lagi. Dan bila mak Arman bagitahu kisah sebenar masa tu lagi lah bertambah-tambah meleleh okeh! Wahahahaha , ratu meleleh air mata kah? Oh tidak!

Aku bagi 4 bintang dari 5 bintang gitu. Kenapa kah kan? Sebab aku tak suka ending dia ... boleh? Hakhakhak. Kau memang macam tu kan Jah , tak suka je mula kurang kan satu bintang hakhakhak! Kowser sangat! Cuma itu lah comel lah Sam dengan Lisa waktu dia flashback zaman sekolah diaorang. Macam pasangan bercinta betul-betul comel dia. Ekekeke. Lepas tu Sam masa sebelum sakit nampak kachakkk @_@ Hakhakhak , tehtap itu jugak yang aku pandang khen? *pang*



eheh , aku jumpa dekat google.

Wooohoo , nampak dah macam panjang betul entry aku kali ini. Maaf lah , aku terlebih rajin nak tulis secara begitu , tak macam selalu by point je kan? Ehiks. Bagi aku filem ini okay lah. Tak ada lah tahap gempak meletup ke apa scene-scene dia tapi boleh jugak buat aku menangis. Ngeh ngeh ngeh. Menarik jugak lah filem ini dan okay aje bagi aku. Ngahahaha.

Uhhu , korang dah tengok filem ini? Best ke tidak bagi korang ? Err menangis tak kalau yang tengok? Atau aku aje yang feeling terlebih seorang diri? Erkk :o


Terima kasih sudi baca entry ini :)

Sunday, July 24, 2011

Mana Ucapan Untuk Diva? *larikk*

Ahaks. Terasa nak lempang bertalu-talu tak muka aku bila baca tajuk entry ituew? Harus lah kan terus terasa nak pang pang bertalu bila baca tajuk entry ni. Ekekekek. Sebenar nya aku masih lagi demam , bukan demam biasa. Tapi demam panas lah pulak. Tak pernah-pernah demam panas sampai tak boleh nak bangun , sampai letak kain dengan air atas kepala pun tak jalan-jalan , sampai nak tidur sepanjang masa. Teruk betul keadaan aku semalam. Nak bukak mata pun tak boleh sampai aku pun tak percaya yang aku demam panas. Ahahahha , boleh pulak macam gitu?

Pagi semalam mula-mula dah okay aje keadaan aku. Cuma batuk tak berhenti. Lepas minum 100 plus dengan air asam jawa sebab aku sakit tekak , badan aku dah mula rasa tak selesa. Terasa nak tidur lah , terasa letih lah. Petang tu pulak bila dah rasa mengantuk aku terus tidur aje lah. Bila dah tidur tu lah , badan aku mula panas ya hamat. Sampai mak aku pun risau tengok keadaan aku. Siap kena paksa bangun lagi eheheheh. Nak bangun memang tak larat sebab kepala terasa berat dengan berdenyut. Tekak loya sebab tak makan apa-apa. Nak makan macam-macam semua rasa tawar. Minum milo pun rasa tawar , macam mana tuh? *nangis*


minum air ini pun pasti tawar jugak okeh!
nangiss

Bila malam , badan aku makin panas. Kepala makin berdenyut-denyut sampai aku rasa macam nak pecah aje kepala nya. Fuhh , sungguh terasa nak menangis. Lepas tengah malam badan aku dah panas tak panas sebab mak aku asyik letak kan kain dengan air atas kepala nak kasi kebah sikit. Tapi pagi semalam , aku rasa badan aku makin panas. Aduss , stress okeh! Badan panas satu hal , kepala berdenyut pun satu hal. Huwargh! Memang lah aku terasa nak menangis hentak-hentak kaki okeh? Dugaan sungguh. Aku pun tak tahu kenapa teruk betul demam aku kali ini. Tak pasal-pasal pukul 3 pagi tadi aku mintak dengan mak aku panadol sebab ubat demam dah tak ada. Nak pergi klinik , klinik hape yang hade pukul 3 , 4 pagi nih ? Ada je tapi aku kan cerewet kan? Tehtap feeling diva kan! *pang*


gambar feeling diva?
erkk!


Dan bila pukul 5 pagi macam itu badan aku terus kebah dan kepala pun dah hilang berdenyut. Syukur sangat-sangat! Alhamdulillah. Cuma batuk pulak datang balik. Hailah , redha aje lah. Lagipun haritu bersungguh-sungguh cakap nak diet sangat kan? Hamikk kau bila demam panas , memang nak makan apa-apa pun tak ada selera. Cuma mampu makan capati kosong ataupun roti bakar ataupun biskut je. Itu pun rasa nak muntah lah , rasa tak larat lah nak telan. Haih. Tengah menulis ni pun badan rasa sejuk semacam je. Mungkin sebab nak kebah dari demam lah kot. 

Tapi kalau ikutkan semalam , memang badan terasa panas ya hamat. Tapi dalam badan terasa sejuk. Memang menggigil jugak lah semalam. Memang demam panas sungguh semalam. Eheheheh. Gigih betul aku bercherita kan? Dah tu nak cherita apa lagi kan? Ehiks. Berbalik kepada tajuk entry ini ... mana ucapan-ucapan untuk diva picisan ini? Ahahahahah. Tak ada ke sesiapa nak lawat ai yang tengah tak sihat ini? Tak pun nak kasi cokelat ke , cupcake ke , buah buahan ke? Mana? Di mana?!! *pang* Wakakakak , memang terus rasa nak lempang kan muka aku yang cute iniew? *montah* Ahaks!


gambar sekadar hiasan. 
voleyh?

Tehtap feeling kan kau Jah? Haruslah! Bila lagi nak feeling kalau bukan di belog sendirik khen? Begitulah! Ahahahahah. Haih , tak padan dengan demam panas , tehtap nak feeling tak hengat kan? Ekekekeke. Hailah , harap-harap cepat lah sembuh demam panas ini. Tak sanggup nak melalui rasa panas yang tahap air mendidih atas dapur. Tak larat nak merasai kepala yang berdenyut seumpama nak pecah ni yuolsss. Tak larat nak batuk sampai sakit perut erkk. Sungguh tak larat okeh! Uhhu. Doa-doa kan lah aku cepat sembuh ye.

Okay lah , aku pun dah tak ada benda nak menulis lagi. Harap betul cepat sembuh sebab sungguh tak larat nak makan ubat semua ini. Nangis!!

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Friday, July 22, 2011

Bila Demam.

Bila demam mula lah merengek nak makan macam-macam padahal tekak memang langsung tak boleh nak telan apa-apa. Kalau telan pun semua nya rasa sama. Nasi pun rasa tawar , kari pun rasa tawar dan walaupun air coke yang manis pun terasa tawar. Fuhh.

Tapi bila demam ini lah jugak tekak teringin nak makan mc donald , teringin jugak nak makan abc , teringin jugak nak makan rojak. Senang cherita semua benda terasa nak telan walhal sah-sah aku akan cakap : apasal semua benda rasa tawar ni? *pang* Tak sedar diri betul kan. Heh.

Bila tengah demam macam ini lah baru rasa nak bersyukur bila di kurnia kan kesihatan yang baik. Baru lah terasa betapa nikmat nya kesihatan yang baik itu kan? Haih. Sekarang ni kepala memang sentiasa berdengung , badan sekejap sejuk dan sekejap panas , lepas tu pulak tekak memang terasa perit dan mulut dan mula rasa payau (ini part paling aku tak suka). Tapi syukur jugak , bila demam ni ulser mulut dah ok. Jadi tak ada lah terasa perit berganda kan? Ehehehe. Cuma itu lah kepala memang sentiasa sakit dan berat je. Itu yang tak best!

Petang semalam lepas makan ubat demam , selsema dengan sakit tekak , aku terus tidur dari pukul 2 petang sampai 6 petang. Bangun pun sebab mak aku gerak sebab tengok aku over pulak tidur macam teruk betul demam nya. Lagipun aku tak makan tengahari pun lagi itu yang mak aku terus gerak suruh bangun. Heheheh. Tapi makan pun aku rasa tawar aje semua lauk. Makan roti pun rasa tawar memang satu perasaan yang err err menangis sangat! Pulak tu kepala ni asyik berdengung je bertambahlah aku stress. Itu yang asyik nak tidur aje. Tapi lepas makan ubat tu rasa okay sikit. Demam pun dah kurang sikit cuma selsema dengan sakit tekak aje belum lagi.

Hmm , sekarang ni pun mata dah mula berpinar. Tapi tak boleh pulak nak lelap. Kejap lagi tengok siling kira biri-biri agak nya terlelap lah kot. Hakhakhak. Boleh pulak macam gitu. Tak pun kejap lagi tengok Nora Elena kejap nak kasi terlelap. Tehehehe. Tehtap jugak menonton kan walaupun tengah demam macam ni. Ekekekeke. Okay lah korang , aku ni menulis pun sebab tak boleh nak tidur ni. Padahal kepala dah berdengung gila badan pun sekejap panas sekejap sejuk ni. Aiyoh!

Baik lah , aku rasa dah tak ada benda nak update lagi. Mengantuk lah pulak. Sah aku demam kan? Senang betul nak lelap walaupun kejap lagi bila duduk atas katil sure tak boleh tidur. Ekekeke. Okaylah , doa kan aku cepat-cepat sembuh ye



gambar lama.
2009.
masa sakit jugak ni :/

psstt , siapa ada twitter ehem moh lah follow twitter IjahEmoTemo & AaronAzizLovers ye. ahaks! cuma tolong peromot je yang AaronAzizLovers ituew :P

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Wednesday, July 20, 2011

Lemau

Sejak Isnin , badan aku rasa sangat tak selesa. Sekejap sejuk dan sekejap pulak panas. Sejuk tu bukan sejuk duduk dalam aircond tapi sejuk lain macam aje tau. Memang aku rasa sangat tak selesa. Lepas tu pulak aku asyik nak tidur aje rasa. Padahal baru bangun tidur tapi lepas setengah jam aku terasa nak tidur balik. Tak larat nak buat apa-apa. 

Semalam lagi dasyat , waktu petang aku tidur pukul 2 , lepas tu aku bangun pukul 5 petang. Then pukul 6 petang aku tidur balik. Aikk , nampak betul aku ni macam tengah tak sihat. Memang pun. Badan terasa sangat tak selesa. Lepas tu semalam selsema kejap. Asyik hingus dan kadang-kadang bersin tak berhenti. Adeh.

Sekarang ni pulak , badan aku terasa makin berganda-ganda lemau. Asyik mengantuk dan badan sejuk semacam je. Sekarang ni memang musim demam kot. Sebab aku tengok ramai jugak kawan-kawan aku yang tengah demam , selsema sekarang. Dah nak dekat puasa ni aku memang mintak jauh sangat demam , selsema batuk semua ni. Tahun lepas aku batuk dekat dengan sebulan. Bila dah raya baru keadaan aku okay sikit. Fuhh , dugaan sungguh tahun lepas. Cakap pasal puasa , lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi kita semua nak puasa. Cepat betul masa. Rasa macam baru aje tahun lepas berpuasa semua , tengok-tengok dah nak puasa balik. 

Ehem. Sekarang ni pun terasa sangat lah lemau badan ni ha. Tak selesa langsung. Nak buat apa-apa pun tak larat. Sah , aku demam ni! Dah lama betul tak demam semua ni. Sekali demam terus terasa haru. Adeh. Baiklah! Aku nak berhenti menulis dulu. Tak larat nak buat apa-apa. Mata pun dah makin mengecil ni. Sekarang ni pun selain dari rasa demam dengan selsema , mungkin sebab musim yang agak panas ni , tetibe ada ulser mulut pulak. Fuhh dugaan sungguh. Memang makin tak selesa aku di buat nya bila nak makan semua. Itu pun dah letak ubat still tak jalan. Aiyark!

Ok lah , nanti kalau aku larat lagi aku update lagi. Kalau tak , tunggu aje lah bila aku larat nak update ye. Emmm , ada ke yang korang tengah demam macam aku ni? Sekarang memang musim demam ke apa eh?

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Saturday, July 16, 2011

Ikea to Curves. Menikmati Meatball Ikea katanya!

Semalam bila membuka folder-folder gambar baru sedar yang aku terlupa nak update sesuatu. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terlupa. Eh eh ayat gedik sungguh. Ekekek. Jadi kira nya ini entry yang dah basi-basi manja lah sebab ini cherita yang boleh tahan lama jugak sebenar nya. Ingat lagi tak entry-entry sebelum ini yang aku secara tak sengaja terserempak dengan Aaron Aziz di Curves bersempena BSN Carnival? Ingat lagi tak? Ingat lagi tak? Elleh , ingat la tueww tapi buat-buat lupa khen? *pang*


Jadi kan aku pernah beritahu sebelum ini yang aku pergi makan meatball di Ikea kan? Jadi sekarang baru lah teringat nak tepek menepek gambar yang pergi makan dekat Ikea tu. Macam biasa Ikea sentiasa sesak baik orang nak pergi makan semata-mata mahupun yang nak membeli belah. Sampai aje dekat Ikea terus pergi mencari tempat duduk. Memang sesak sangat-sangat tapi dapat jugak tempat duduk. Lepas tu Kak Ekah dan Kak Fieza pergi beli kan meatball untuk aku dan kakak aku. Kitaorang jaga tempat kekdahnya. Kak Fieza sempat beli ais krim dengan karipap dekat Ikea dan bak kata Kak Fieza ini karipap Ikea okeh bukan karipap belakang lorong rumah korang tu tau! *nangis* Hakhak , Kak Fieza kalau tak buat ayat guling-guling tak sah khen? Hahahah.


tehtap posing walau di mana pun berada. kau hado? #matilaa


menanti meatball dengan muka paling tabah.

gituew hakhakhak.

Lepas tunggu beberapa minit , ewah dah macam nak buat kuih pulak kena tunggu beberapa minit bagai khen? Hahahah , lepas tu makanan yang di nanti-nanti pun muncul. Hahah , iyelah aku kan mana pernah jejak Ikea semata-mata untuk makan. Selalu pergi Ikea untuk beli barang ke apa ke kan? Hiks. Harus lah meks jakun tengok meatball itu. Boleh macam gitu?


tadaaaa , meatball yang memang yummeh.


tehtap posing khen?!!

Kak Fieza dan Kak Ekah pun ada beli jugak makanan-makanan lain. Aku yang sememang nya kaki makan harus lah makan aje semua benda khen? Kebetulan tengah lapar ya hamat , aku makan aje lah dah orang pun suruh makan khen? Keh keh keh sungguh tak tahu malu muka nya! *nangis*


errr kek gapo ni? mek tak tahu.


jangan tanya aku nama makanan ni.
aku tukang makan je. ekekeke.

Habis aje makan sampai pitamz kitaorang pun apa lagi balik lah kan? Tak kan nak duduk dekat Ikea macam kitaorang lah tauke nya? Hakhakhak. Tapi sungguh lah meatball itu yummeh. Tak cukup dalam pinggan aku , aku ambik yang dalam pinggan kaka Ekah sebab dia tak boleh nak habis kan kata nya. Ekekeke. Lepas tu ambik Fish n Chip kak Fieza. Haih , pelahap betul bunyi nya tapi err err iye lah kot. Lepas tu kan pergi dekat Garden jumpa Aril tu minum air pulak dengan kek semua memang boncitz lah perut aku kejap. Ekekekek.

Tapi memang yang pergi Curves hari tu sangat seronok ye. Harus lah kan? Ekekeke .Terima kasih sangat-sangat dekat Kaka Fieza dan Ekah yang belanja aku dengan kakak aku makan hari tu. Lepas tu siap hantar kitaorang sampai ke rumah lagi tau! Hiks.Ekekekek. Baiklah aku rasa baik aku tamat kan entry ini sebelum aku merapu pulak. Saja nak update weekend petang-petang macam ni. Teheheheh.

So , korang buat apa hujung minggu ni? Malam ni ada match Liverpool vs Malaysia dan tadi masa aku dekat LRT Masjid Jamek , fuhhh penuhhh wooo penyokong Liverpool nak naik LRT pergi Bukit Jalil *peluh*.


Terima kasih sudi baca entry ini :)