Home

Tuesday, October 22, 2013

Penangan Love You Mr.Arrogant!

Sekali lagi Jijah telah disenahkan dengan sebuah drama bersiri yang sedang rancak ditayangkan di TV3. Kalau korang selalu menonton drama petang di tv3 jam 7 malam pasti tahu mengenai drama Love You Mr Arrogant kan? Love You Mr Arrogant merupakan sebuah lagi novel yang telah diadaptasi kepada drama dengan baik sekali. Amboi ayat mukadimah sudah memuji bagai kan? HAHAHA. Haruslah kan? Bila sebuah drama yang baik , tidak bercelaru jalan ceritanya sampai buat Jijah tersenah dan tersawan teruk , memang kena puji okes? HAHAHA.

Love You Mr Arrogant dilakonkan oleh Azlee Khairi , Zara Zya , Keith Foo , Anzalna Nasir serta ramai lagi pelakon gituew. Pada asalnya Jijah menonton Love You Mr Arrogant kerana nak menyokong serta menonton drama yang dilakonkan oleh Anzalna Nasir. Memang masa tu tak baca pun lagi novelnya. Sekadar nak menonton semata-mata kan? Kalau best boleh layan lagi. Kalau tak best sila redho paswah dan tawakal khen? HAHAHA. Gituew kata kau Jijah!


Tapi masa tengok episode pertama , Jijah macam eh eh eh? Apasal best sangat ni? Apasal jalan cerita best? Apasal hero-heroin punya chemistry best? Eh apa semua ini? HAMBOI ! Dramatik lagi kan? HAHAHA. Serius masa tengok episode pertama tu tak expect apa-apa langsung sebab takut nanti jadi hancur ke apa kan? Biasalah bila adaptasi novel jadi drama mesti jadi entah apa-apa. Menyampah tau. Dah banyak kali hancur hati kan? Tambah pula novel untuk drama ini Jijah tak baca lagi jadi Jijah macam , eh eh ini memang nak suruh aku beli novel ke ni? Kenapa best sangat ni? HAHAHA. 

Memang tak dinafikan langsung permulaan cerita dah membuatkan Jijah untuk terus menonton gituh. Tapi gusar juga jika episode-episode seterusnya Jijah kecewa berguling-guling pula kan? Namun selepas hampir 15 episode setakat ini memang tidak mengecewakan Jijah langsung. Malah Jijah semakin berkobar-kobar untuk menonton episode setiap petang Isnin-Khamis hokkay! Setiap episode ada saja scene yang mencuit hati dan membuatkan Jijah tergelak dan tersenah dengan teruk hokkay? Kemain lagi Jijah kannnnn? HAHAHA.

Okay apa kata Jijah letak sedikit sinospis mengenai drama yang sangat menarik tangkai hati dan jiwa Jijah ini. hakhakhak *panggggggggg*

Jodoh Zaara  Amirah sudah tersurat dengan Zafriel Irham-anak orang kaya yang bongkak amat.Semuanya terjadi bila dia terperangkap lamaran paksa jejaka itu. Dek kerana ingin melepaskan diri daripada Sherry menantu pilihan ibunya,Zafriel memaksa Zaara menjadi isterinya dengan sebuah janji sebagai modal. Macam mana janji itu boleh termeterai?Zaara terlanggar kereta Zafriel secara tidak sengaja.Zafriel meminta bayaran RM5000 sebagai ganti rugi dan sebagai cagaran Zaara bagi hp kesayangannya pada Zafriel. Tempoh hutang adalah seminggu.Manala Zaara nak cekau duit sebanyak itu.
Zafriel mula terdesak bila ayahnya mahukan dia berkahwin. Jika tidak syarikat Irham holding akan jatuh pada tangan sepupunya. Inilah sebab janji termeterai antara Zaara dan Zafriel. Irham  lagi sanggup berkahwin dengan Zaara dari Sherry -gadis gedik tu.Demi sebuah janji, Zaara redha.Namun,dia tidak menyangka keputusan itu membuatkan hidupnya kacau bilau disebabkan hati kering dan ego yang tinggi Zafriel.Tambah pula,sikap ibu mertuanya  Puan Seri Maryam yang tidak merestuinya sebagai menantu.Puan Ser Maryam mula merancang untuk memisahkan Zaara dari Zafriel. Keadaan bertambah parah bila Zaara dan Zafriel saling mencintai tapi semua itu hanya di dalam hati. Zaara mencintai Zafriel biarkan tidak dilayan seperti isteri. Di saat itu, Zaara rela Irham berkahwin dengan Sherry asalkan ibu mertuanya bahagia. Tapi Irham tidak sanggup kehilangan Zaara. Hatinya sudah lama dicuri isterinya itu.

Begitu sinospsisnya. Setakat ini memang seronok tengok chemistry para pelakon. Tidak kira watak hero-heroin ke, watak yang nak merampas , watak mak ayah ke semua nampak keserasian antara satu sama lain. Pendek cerita buat kita enjoy sajork drama ini. Nak kata nak emosi sangat pun tidak , nak kata nak marah sangat pun tidak. Tak sangka sebenarnya begini sekali penangan Love You Mr.Arrogant ni. Sebab Jijah ingat sekadar nak menonton kerana Anzalna sajork. Sekali Jijah terus terjebak menonton sampai menyenahkan diri dengan begitu teruk sekali. Kadang-kadang rasa nak tampar diri sendiri tengok diri begitu tersenah dengan drama ni. HAHAHAHA.

Lagi haru penangan Love You Mr.Arrogant telah menyebabkan Jijah gigih membeli novel tersebut. Ikut hati sebenarnya malas nak membeli. Kekonon tak nak membazir duit. Tapi hati ni geletis sungguh nak juga beli. Nak juga baca walaupun orang kata kalau nak dibandingkan novel dengan drama yang diadaptasi , memang versi drama lebih menarik katanya. Tapi itu terpulang pada masing-masing. Jijah pun dah membeli novel tersebut dan sudah selamat mengkhatamkan novel tersebut dengan jayanya. NAMPAK TAK GIGIH DIA MACAM MANA?! HAHAHAH. 

Untuk Jijah , Jijah bayangkan saja watak Azlee Khairi dan Zara Zya meresap ke dalam pembacaan Jijah untuk watak Zafriel Irham & Zaara Amirah. Hihihi. Nampak macam tak adil tapi itulah penangannya kalau kimia mereka sudah cukup bagus dimata Jijah khen? Sampai baca novel pun membayangkan mereka okes? MEMANG TERSENAH TERUK SANGAT KAU JIJAH! eh capslock lagi. amboi amboi JIJAHHH! 


NAMPAK TAK DAH TERSENAH TERUK?
NAMPAK TAK?

SAMPAI SANGGUP BELI NOVEL LAGI!

oh nooooo capslock lagi!

*panggggggg

HAHAHA. Maafkan Jijah kerana asyik saja terrrrrr-capslock. HAHAHA. Memang sengaja sangat konsepnya kan? Hihi. Kalau yang belum pernah menonton boleh pergi try tengok episode 1 dekat tonton okay? Untuk Jijah memang satu episode pun tak pernah mengecewakan malam ternanti-nanti okeh? Nampak tak keterujaannya disitu? HAHAHA memang nampak sangat kan? Hihihi.

Apa-apa pun jangan lupa untuk menonton Love You Mr.Arrogant setiap Isnin-Khamis jam 7 malam hanya di TV3. Mesti korang pun akan suka melihat kimia yang ada pada hero-heroin tersebut. Mesti punya konsepnya. Hiks. Atau Jijah sajork yang memang kalau menyenah tak hengat donia ini akan terlebih-lebih gitu? Hikhikhik. No komen! Jawapan retissss sangat kan! HAHAHA.

So ada tak yang macam Jijah menonton dan menyenahkan diri apabila menonton Love You Mr.Arrogant? Errr kbai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, October 21, 2013

Bila Nervous Jumpa Dato' Siti Nurhaliza... Boleeeeeeeh?

Sebenarnya Jijah sangat jarang nak merasai berdebar-debar jantung bagai nak pecah bila bertemu dengan artis. Mungkin sebab sudah selalu bertemu sampai kadang-kadang tiada perasaan katanya. Amboi riak sungguh ayat kan? Sekali sekala. Eh eh. 

Tapi pelik sekali bila Sabtu lepas ketika meghadiri majlis perkahwinan anak kepada kawan ayah Jijah dan terjumpa Dato' Siti Nurhaliza , Jijah boleh berdebar-debar bagai nak rak?! Sejak bila Jijah sudah reti nak nervous dan berdebar-debar semua ini? Sejak bila? HAHAHAH. Memang serius punya cerita. Jijah punya berdebar macam ada orang nak memasuk meminag gituh. MAMPOOOOO?! HAHAHAHA. Statement macam nak kena penampar sangat!

Dulu memang pernah berjumpa dan pernah juga ambil gambar bersama dengan Dato' Siti Nurhaliza. Tapi dulu perasaannya lain. Sekarang pula lain macam. Amboi. Kebetulan dekat meja Dato' Siti Nurhaliza tenang tanpa sebarang gangguan dan tuan empunya majlis pun sempoi membenarkan weols yang berada disitu untuk mengambil gambar kan , jadi apa lagi kan? HARUSLAH JIJAH MENCELAH! HARUSLAH! Eh capslock pula! HAHAHA. Ingat senang nak jumpa Siti dengan sekadar terkedek-kedek kemudian bersalam , borak kejap dan bergambar ikut suka hati? Eh. Kiranya nervous sebab tak biasa berkeadaan begitulah barangkali Jijah ni kan? HAHAH.

EH asyik bercherita saja. Meh tengok gambar comel kami. Memang comel sangat Dato' Siti Nurhaliza. Sangat okay! Sampai Jijah terasa sangat teruja tengok gambar sendiri -__-'


OH TUHAN OH TUHAN.. apa comel sangat Siti Nurhaliza ni uols?!

HAHAHA sejak bila Jijah ada crush dekat artis perempuan ni? 

ERKKK. 

LOL.


APAAAA COMEL SANGAT NI?!

HAHAHAHA.

maaf masih lagi teruja tengok gambar sendiri. LOL.

Comel sangatkan Dato' Siti Nurhaliza uols? Hiks. Sebenarnya seram sejuk jugak nak ajak bergambar macam itu. Jijah memang kekadang penakut juga kan. Macam ada rama-rama berjoget berzapin dalam perut kalau nak bergambar pesen begitu. HAHAH. Masa ni memang Siti baru saja pulang dari Singapura bersempena dengan APM. Siti datang bersama dengan Dato K gituew. Cuma tak adalah Jijah gigih nak snap bersama dengan Dato' K khennnn. HAHAHA. Cukuplah sekadar tengok sajork. 

Paling tak menahan Umi pun bersemangat bergambar dengan Siti. Punya teruja Umi sama macam anak dia ni ha. HAHAHA. Jarang Jijah berasa teruja macam ni. Kali ni memang betul punya teruja lah ni. Sampai buat entri baru kan? Kalau tidak... memeram sajork dalam draft kan? HAHAHA.

Makanya... cukup sampai disini dahulu entri ringkas ini. Nanti jika ada kelapangan lagi Jijah update lagi okay? Hiks. Mesti ramai rasa nak lelempang Jijah sebab kemain teruja tulisan Jijah dalam entri ini khen? Maafkan Jijah. HAHAHA. okbai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, October 17, 2013

Mencari Sisi Yang Hilang.

Hampir sebulan , belog picisan ini sepi tanpa sebarang entri. Entah kenapa terasa payah hendak mengetuk kibod. Bukan merajuk. Apatah lagi sentap pada siapa-siapa. Cuma terasa hendak berehat seketika daripada mengetuk kibod. Konon-konon cuma seminggu sahaja hendak berehat. Namun seterusnya sampai sebulan lamanya aku berhenti mengetuk kibod. Terlalu malas sehingga kekurangan idea. Sadis betul.

Padahal ada banyak sangat entri dalam draft. Namun sekadar terus berada dalam draft. Hati tak ada langsung keinginan untuk mengupdate entri baru apatah lagi untuk publishkan-nya. Biasalah kot. Kadang-kadang keinginan untuk berehat selalu muncul tatkala tekanan memuncak-muncak. Malas untuk mengetuk kibod tatkala hati sedang panas dan jiwa penuh dengan rasa benci dan amarah. Nanti aura menulisnya lain macam sahaja. Kan?

Gituew. Nanti-nanti lah kot akan ada entri baru. Sekarang masih lagi tercari-cari sisi yang hilang. Sisi menulis dengan perasaan yang tenang tanpa fikir sebarang masalah. Tapi pernah ke wujud perasaan tenang tu kan? Semakin bercelaru ada lah kot. HAHAH. Sadis sungguh kehidupan Jijah. Tak apa , perlahan-lahan kata orang. Nanti-nanti kalau ada mood nak update belog , masa tu siang malam kau aku update selalu. Naik muak terus orang kan? Ekekeke. Tapi entah bila pun entah kan? HAHA.

Cukup kot sampai sini. Sekeping gambar seperti biasa untuk menyerikan entri yang terasa luahan perasaan sangat. Nanti kalau ada mood nak mengetuk kibod seperti sediakala rasakan masa tu penuh gambar setiap entri khen? Mahu kejung leher nak scroll sampai ke bawah khen? HAHAHA , berbaur kejam ayat itu. Hikhikhik.


Masa pergi HALFEST tempoh hari.

Mode gambar ini , feeling berada di oversea. LOL.

InsyaAllah , jika ada kelapangan dan sisi yang hilang itu kembali , akan ada entri baru lagi. Bosan kadang-kadang lihat belog picisan ini sepi tanpa sebarang update. Terasa kosong separuh jiwa. Tapi apakan daya , jiwa ini juga yang menghentak tak mahu mengetuk kibod kan? HEHE.

See you allz in next entry!

xoxo

Terima kasih sudi baca entri ini :)