Home

Wednesday, December 30, 2015

MDO Dilwale Bersama SRKians Malaysia. Meriah Ke Tidhokkk?

Rasanya mesti ramai yang telah ke panggung wayang untuk menonton filem Hindustan , Dilwale bukan? Jijah pun antara salah seorang yang terawal menonton filem Hindustan tersebut. Siapa yang tidak mahu tonton kalau Shah Rukh Khan bergandingan bersama pasangan serasinya iaitu Kajol. Kan? 

Maka pada sehari selepas tayangan filem tersebut Jijah telah menonton beramai-ramai bersama dengan kelab peminat Shah Rukh Khan Malaysia atau lebih dikenali sebagai , SRKians Malaysia. Kerlast kau nama! HAHAHAHA , haruslah kerlast , FC International katanya! Kikiki. 


Jujur cakap , Jijah sebenarnya agak jarang untuk menonton filem Hindustan di panggung wayang. Mungkin kerana tidak ada teman yang sekepala tatkala filem Hindustan hit yang berada di panggung wayang. Mujurlah SRKians ada menganjurkan Movie Day Out untuk filem Dilwale ini. Tak adalah Jijah terasa kesepian keseorang khen? Kahkahkah , bukan main kesepian dia!

Komen mengenai filem ini? Aku terhibur dan teruja menonton filem ini. 2 jam setengah yang tidak membosankan aku langsung. Memang berkecamuk perasaan menonton filem Dilwale ni. Mungkin juga chemistry diantara SRK & Kajol membuatkan aku semakin teruja untuk menonton kan? Entahlah , susah nak cakap macam mana teruja dan terhiburnya aku sampai aku sanggup untuk pergi menonton berkali-kali selepas itu. Jarang sekali aku berbuat demikian. Tapi untuk Dilwale ini aku sanggup! Gituhhhh..

Mungkin lain orang lain pendapatnya. Cuma bagi aku , 2 jam setengah aku menonton tempoh hari bagaikan berlalu tanpa aku sedari. Tetengok , bateri phone aku pun dah habis. HAHAHAHA. Amboi punya syiok layan hindustan khen? Ekekekeke.

Eh punya kemain panjang si Jijah ni kasi komen walaupun ala-ala malas nak komen pada mulanya khen? Bila jari jemari start ketuk kibod , mana ada gheti nak tulis pependek khen? Ekekekeke. Sebelum nak kasi korang tengok gegambar sekitar MDO bersama SRKians , nak juga tulis disini MDO ini meriah sungguh apabila ada rerakan artis datang menyokong event pertama SRKians Malaysia ini. Kerlast khen? Antara artis yang datang menyokong serta mengikut tema Oren pada tempoh hari ialah Adi Putra , Anzalna Nasir , Rizman Khuzaimy & Zaryn Min. Ok , mohler kita tengok gegambar okes?




Kerlast ke tidhokkk doorgift MDO ini ?

Harus kerlast hokkay!


Jijah & Zaryn Min.


Jijah & Si cantik Anzalna!




Fullhouse!!












Begituuhhhhh banyak kan gambar Jijah kasi korang tatap gambar khen? Kikikiki. Biasalah, sesekali mengetuk kibod , haruslah sesekali itu satu entri penuh dengan gegambar khen? HAHAHAHA. Meh nak perkenalkan sikit admin SRKians Malaysia ini pada korang semua. 


Orang kuat & Admin SRKians Malaysia katakau , ShakinahKinah. Gittuew.


Jijah & Kak Eiza Hafiza.


Haaaa inilah antara admin SRKians Malaysia uols!

Shah Majid , Eiza Hafiza , Ridhwan & Shakinah. Tiada dalam gamabr katanya Nalinie & Eiyna. 

Ada macam dalam magazine sekolah tak , siap ada tiada dalam gambar lagi katakau! Ekekekekek

Haaaa begitu gigih dan rajin sekali Jijah tulis pepanjang dan tepek gambar bebanyak khen? Haruslah uols , sekali sekala khen? Daripada dibiarkan belog ini sendu tanpa sebarang entri terbaru , lebih baik kasi update pepanjang macam gini khen! Hihiks. Anyway , thank you SRKians Malaysia for your invitation. Sebuah event yang menarik walaupun cukup simple dan santai. Tak kisahlah , yang penting goodies meletop okeh? Kau hado konsepnya? HAHAAHAH. Good Luck and All The Best SRKians Malaysia! Kalau ada event-event lain nanti , ehems yang ada SRK ehems hahahaha , jangan lupa jemput okay? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, December 14, 2015

#NotaUntukDiriSendiri : Buat Baik.

Semalam sambil menanti masa untuk tidur , Jijah seperti biasa bila tak boleh tidur terus ambil telefon bimbit dan buka apa sahaja yang boleh dibuka ; Whatsapp , Instagram , Facebook dan Twitter katanya. Selepas itu , terjumpa pula satu gambar yang mempunyai satu ayat yang cukup membuatkan Jijah hensofff seketika.

Amboi , hensof terus!



Sebenarnya , seringkali Jijah berasa down dan tidak bersemangat bila terjadi macam-macam yang menimpa dalam kehidupan. Boleh dikatakan , tak ada semangat betul. Rasa macam , kenapalah hidup aku tak seindah seperti orang lain? Kenapalah itu dan kenapalah ini. Hingga boleh hilang rasa syukur dek kerana merungut dengan kehidupan sendiri. Faham kan , akan ada satu point dalam kehidupan kita yang kita akan mempersoalkan tentang kehidupan kita sendiri , kan?

Jangan kata tak pernah langsung , sebab itu menipu! Ewah statement kau Jijah! Kikiki. Tapi kalau betul korang tak pernah langsung merasai seperti itu , wow you guys are amazing! AMAZING! Begituuuuu.

Aku bersetuju dengan kenyataan di dalam gambar itu.

Fikir yang baik-baik.
Cakap yang baik-baik.

InsyaAllah yang baik-baik datang pada kita.

Ayat yang cukup mudah. Ayat yang kita seringkali dengar , sebenarnya. Ayat yang selalu mak ayah kita sendiri pun pesan pada kita. Tapi kita seringkali juga lalai dan buat tidak endah dengan pesanan mak ayah kita sendiri. Aku akui , bila kita sentiasa fikir yang baik-baik beserta cakap yang baik-baik mungkin tidaklah akan ada duit seguni jatuh dari langit , akan ada sebijik rumah ada orang hadiahkan. Tidak , sama sekali. Tapi ada banyak lagi perkara yang baik akan menyusuli kita. Tak begitu?

Mungkin ketika itu kita tertinggal wallet / purse kita , tiba-tiba ada kawan yang sudi nak belanja kita makan. Mungkin ketika itu kita punya kereta kehabisan minyak dan terberhenti di tengah jalan raya ada orang lain yang akan membantu tanpa sempat kita meminta bantuan. Mungkin dan banyak lagi kemungkinan yang kita rasa itu hanya "luck" semata-mata namun sebenarnya itulah orang kata kita buat baik , esok lusa akan ada orang buat baik dekat kita. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang konsepnya.

Entahlah , semenjak kehidupan menginjak usia 20an ini , aku rasa aku kena lebih banyak positif dari setiap sudut. Kalau aku asyik memikirkan nasib hidup sendiri yang tak ada kelebihan seperti orang lain , mungkin aku tidak berada di tahap yang aku ada sekarang. Tak begitu? Hehehe.

Jadi , marilah kita tanamkan sifat untuk fikir yang baik-baik dan cakap yang baik-baik bermula sekarang. Tak perlu tunggu 2016 , tapi kita mulakan sekarang juga. Supaya yang baik-baik juga akan datang pada kita. InsyaAllah. 

Terima kasih sudi baca entri ini :)