Home

Monday, April 27, 2015

Fenomena Hati Perempuan?

Mesti ramai yang diantara korang semua yang semakin mengenali dengan hero dan heroin Hati Perempuan iaitu Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad bukan? Semenjak drama Hati Perempuan bersiaran nama Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad boleh dikatakan semakin menginjak popular. Sehinggakan Jijah juga perasan followers di Instagram mereka meningkat berganda-ganda dalam tidak sampai tempoh beberapa episode Hati Perempuan itu ditayangkan di TV3. Amboi , stalker ke Jijah? HAHAHAHA.

Itu bukan stalker tapi itu prihatin terhadap pelakon drama yang kita minat. Eh? Clishe sangat jawapan kau Jijah! HAHAHAHAH. Jujurnya , Jijah agak nervous tatkala menantikan drama ini bersiaran di televisyen. Mungkin juga kerana melihat pada fenomena drama sebelumnya iaitu Teman Lelaki Upahan membuatkan Jijah gusar , adakah Hati Perempuan menerima nasib yang baik untuk diterima oleh penonton drama atau sebaliknya? Memang pada awal-awal episode , Jijah turut memerhati komen para penonton agak sedikit tidak memberansangkan. Lebih kepada tidak puas hati sahaja. Mungkin kerana mereka membayangkan lebih daripada apa yang mereka lihat. Namun setelah beberapa episode ditayangkan keadaan telah bertukar kepada sesuatu yang asing. Atau lebih tepat kepada suatu fenomena baru untuk slot Akasia.

Kenapa pula Jijah kata ia sebuah fenomena? Sebab tatkala Jijah pergi ke salah satu road tour #DramaSangat yang dianjurkan oleh TV3 di Quill City Mall , Jijah melihat satu keadaan yang sangat luar biasa di mana terlalu ramai yang sanggup berasak untuk menemui Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad. Ketika itu Jijah berasa seolah-olah tidak percaya namun percayalahhhhhhh Jijah! HAHAHAHAHA. Juga yang paling terbaru tatkala menemui Syarul Ridzwan di PWTC pada Sabtu lepas , Jijah melihat terlalu ramai orang beratur demi untuk menemui Tengku Zaril. Cukup fenomena buat Jijah. Jijah sendiri yang rasa tidak percaya bila melihat seawal jam 10 pagi , orang sudah terlalu ramai untuk beratur dan menemui Syarul Ridzwan! Halo , Jijah ingat Jijah orang pertama beratur! Tetapi Jijah orang yang ke 125 hokkay! Kecewa Jijah! HAHAHAHAHA. 



Nangis!

Kemahen lagi dramatiknya tau! Eh tulis pepanjang ni , entah korang baca entah tidak kan? Tahu sangat dah semua orang khen? Lepas tu nanti scroll lelaju sekadar nak tengok gambar khen? HAHAHAHA. Agak-agak korang Jijah nak share gambar ke tidhok ni? Hihiks! HAHAHAHA. Dah jumpa diorang banyak kali dekat tempat shooting , takkan lah Jijah nak peram sajork khen? Mahu Syarul Ridzwan dengan Mia Ahmad tetampo lelaju Jijah khen? HAHAHA. iya-iyalah.. haruslah Jijah mahu kongsi sedikit sebanyak gambar yang hanya ada dalam telepon Jijah sajork. Telepon Syarul Ridzwan dengan Mia Ahmad pun tak ada gambar ni. kahkahkah , lawak bodoh siot! hahahahahaha.





mak yang suruh pose! lepas tu mak yang pengsan lepas snap!

kahkahkah diamlah jijah!




One Happy Family! Eh!

Apa dia? Tak cukup lagi gegambar yang Jijah kongsikan bersama korang ini? Amboi enak-enak! HAHAHAHA. Jangan gusar , sebenarnya memang ada lagi hendak kongsikan bersama korang. Setakat beberapa keping ini mana cukup kan? HAHAHAHA , ewah! Kemain riak Jijah sakap tak cukup yer? Tampo nak?! HAHAHAHA.

Sebelum terlupa , Jijah ingin mengucapkan terima kasih buat Syarul Ridzwan sendiri beserta SR Tigers yang memberi peluang dan ruang untuk Jijah menemui Syarul dan team Hati Perempuan di tempat shooting yang berbeza-beza. Kalau tanpa keizinan serta restu mereka semua , tidak akan ada gambar-gambar yang korang lihat dalam belog ini mahupun di instagram Jijah. Ya , Jijah datang ke tempat shooting untuk mempromosikan drama ini juga dan khusus untuk korang juga. Haruslah untuk korang.. Kalau untuk diri sendiri baik peram dalam henpon sendiri jah khen? HAHAAHAH.

Dah , dah toksah nak tulis pepanjang lagi. Nah gambar lagi untuk korang! ;)


Di malam harijadiiiiii sayaaa eh! hahahahaha..




Yuhanis & Tengku Zaril.


Yuhabis & Tengku Zaril.

kahkahkah diamlah!




Bila Syarul Ridzwan yang pegang henpon. 

Merasalah sampai 48 keping selfie khas dari Syarul untuk henpon korang hahahaha..

Rasanya macam dah terlalu banyak gambar yang Jijah kongsikan bersama korang kan? Hihihi. Harap-harap buat peminat Syarul Ridzwan mahupun Mia Ahmad seronok dan gembira lah yer melihat gambar-gambar yang khas diambil untuk korang semua. Iyer , memang untuk korang sahaja yang Jijah fikirkan. Tambah pula bila melihat fenomena Hati Perempuan ini terjadi , semakin bergigihan Jijah mengetuk kibod dan berkongsi gambar ini untuk korang semua. 

Jujurnya , Jijah terlalu gembira dan seronok apabila melihat setelah beberapa episode ditayangkan di televisyen , ramai penonton yang boleh menerima drama ini dengan seadanya. Ya , memang drama ini kadangkala ada kurang nya namun jangan pula tidak dipandang kelebihannya pula. Kemanisan di dalam drama ini menjadikan sedikit sebanyak penutup segala kekurangan yang ada. Biasalah , tak semua orang senang dan suka terhadap sesuatu drama. Kan?

Jijah betul-betul happy untuk mereka yang telah gigih bertungkus lumus menyiapkan shooting ini hampir memakan masa 4 bulan lamanya. Bila melihat drama ini mendapat sambutan baik serta tidak ubah seperti sebuah fenomena yang baru , Jijah terlalu happy untuk mereka. Memang rezeki untuk seluruh team Hati Perempuan. Alhamdulillah. Lagipun bagi Jijah , asalkan jalan ceritanya tidak lari dari novel adaptasinya , itu sudah patut lebih daripada syukur kan? Ataupun Jijah sememangnya tidak kisah asalkan hero nya kacak dan menggetarkan jiwa ? Jijah kan suka menggeletis dengan hero Akasia kan? HAHAHAHA , whateverlah!

Adakah korang rasa Hati Perempuan ini sebuah fenomena? Atau hanya Jijah yang terperasan sahaja drama ini sebuah fenomena? Hihihi. Nah lah , sekeping lagi gambar khas untuk korang yang cukup setia memberi sokongan buat drama Hati Perempuan :)


Untungnya novel Hati Perempuan iols..sheesshhh!

hahahahahaha..

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tuesday, April 21, 2015

Hati Perempuan...not!

Masa entri ini ditulis , jam sedang meniti pukul 3 setengah pagi. Kalau dahulu kala , mungkin itu perkara biasa untuk aku. Menulis ketika hening pagi , supaya tidak ada siapa-siapa datang ganggu , tidak ada siapa-siapa yang datang mengacau baik diri ini mahupun perasaan ini. Aku memang sejenis , tika menulis aku tidak suka ada gangguan. Sebab bila menulis meskipun ia hanyalah entri borak kosong , aku tetap pastikan entri itu bukan entri bodoh yang membuang masa orang untuk membaca. Tapi kebanyakkannya memang banyak membuang masa..kot? HAHAHAHA.

Tapi sekarang sudah berbeza. Aku tidak boleh sewenang-wenang untuk mengetuk kibod tika pagi hening sebegini. Situasi aku sudah jauh berbeza. Jadi sekarang aku sangat menghargai masa tidur aku. Kalau dulu ada aku kisah sangat dengan waktu tidur aku meskipun menjadi zombie kan? HAHAHAHA. Masa berubah dan keadaan juga berubah dan situasi jauh berubah sekarang. InsyaAllah , untuk masa hadapan sendiri.

Berjela pula taip. Sebenarnya malas tulis panjang-panjang. Sebab tahu orang pun malas untuk membaca. HAHAHAHA. Sudah lah diri ini rasa bersalah kerana entri yang dijanji-janjikan masih belum sempat untuk ditulis secara terperinci. Bila masa sudah mencemburui aku , semua jadi serba tak sempat. Semua jadi kelam-kabut dan semua jadi tak cukup masa. Sadis!

Rasanya , masih ada yang masih mahu menanti dan menunggu entri-entri basi tak? HEHE , mesti orang pun sudah muak dengan janji aku. Tapi insyaAllah aku cuba cari masa yang terbaik untuk menulis entri yang dijanjikan itu. Hmmm , apa kena mengena entri ini dengan tajuk Hati Perempuan ni? HAHAHAHA , macam biasa , tajuk kena gempak chuols! Baru orang nak masuk baca khen? HAHAHAHA. Hampeh!

Dah , dah. Jijah nak sambung tidur. Tapi sebelum itu , nah hamik sekeping gambar Jijah bersama hero kegilaan masa kini , #TengkuZaril , Syarul Ridzwan!


Bila Tengku Zaril & Yuhabis buat perangai!

HAHAHAHA YUHABIS SANGAT!

HAHAHAHAH *diamlah!*

Ada yang menantikan entri Hati Perempuan lagi ke? Mungkin gambar-gambar sepanjang Jijah mengikuti mereka ke tempat shooting? Ada yang nak tengok ke? HEHEHE. Sabar okay. InsyaAllah , kalau ada masa nanti , pasti entri itu akan muncul hihiks! :p

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, April 8, 2015

Rindu Kitew Kew? *lempang*

Sebenarnya , kalau ikutkan tak larat sangat nak ketuk kibod. Tapi dasar kegeletisan tinggi dan melampau , jadi ketuk juga kibod walaupun mata sekejap bukak sekejap tutup sambil mengetuk kibod ni khen? HAHAHAHAHA.

Bukan main lagi si Jijah ni khen? Kalau tak dramatik memang tak sah kan? Haruslah kan! Dah kata nama samaran Diva Pora kan? Haruslah ada unsur dramatik dan sebagainya kan? HAHAHAHA.

Bila diri sendiri geletis nak mengetuk kibod tapi tak tahu nak ketuk kibod pasal apa , memang lah entri ini jadi huru hara sikit isi-nya. Maafkan saya! Kalau ikutkan ada beberapa entri basi yang tertangguh di tengah jalan. Tak sempat nak selesaikan dek kerana kebizian masa sama ada untuk urusan kerja serius , kerja separa serius atau kerja lagho ehhhh? HAHAHAHA. Jadi sekarang tengah mencari masa yang sesuai untuk mengetuk kibod bagi entri-entri basi tersebut. 

Lagipun tahu korang semua basi atau tidak , korang bantai baca jugak kan? HEHEHE. Yakin saja si Jijah ni khen? Entah-entah orang menyampah kot baca setiap entri si Jijah ni kan? Kita bukan tahu sejauh mana orang suka baca penulisan kita dan setinggi mana kebencian orang pada tulisan kita kan? Tapi tak apalah , suka atau tidak , itu pilihan mereka. Jijah pun tak mampu nak puaskan hati semua orang. Lagipun kalau nak jaga hati setiap seorang rasanya memang sampai bila-bila tak akan ada hati yang terjaga kan? Gittuew! 

Nak tulis banyak-banyak dan panjang-panjang pun tiada guna lagi. Sebab buat korang mengantuk sahaja nanti kan? Atau ada yang rindu kitew tulis pepanjang ni? Eh! HAHAHAH sekali lagi yakin dan perasan sungguh si Jijah ni! HAHAHAHA. Dah lah , malas tulis apa-apa lagi. Nah sekeping gambar dari Kota Keriangan katanya! :p


Jijah & Syarul Ridzwan lagi?!!

Ya , betul lettuww! HAHAHAHA.

Hai Tengku Zaril! Auwch! HAHAHAHA

okdahbai!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Friday, April 3, 2015

April 3.

Dalam diam , kita sudah berada di bulan April dan sudah memasuki hari yang ketiga untuk bulan ini. Masa berjalan pantas tanpa kita semua sedari atau sedar namun buat-buat tak sedar kan? Aku berasa masa sangat suntuk sekarang sambil mengemaskini apa yang patut untuk belog picisan ini. Bila melihat masa yang kian suntuk ini , mula lah diri ini kelam kabut untuk menyelesaikan semua sekali harung kan?

Macam biasa , ada terlalu banyak entri serta gambar esklusif yang hendak dikongsi bersama-sama dengan korang. Namun dek kerana masa yang terlalu sempit untuk aku sekarang , semuanya bagai dibiarkan berlalu tanpa sempat untuk mengetuk kibod. Tapi seperti janji aku yang sediakala , aku akan cuba untuk mengupdate. Kalau bukan ada orang nak baca sekalipun , aku anggap biarlah sebagai untuk mengabadikan sebagai kenangan yang bakal aku baca kelak di masa akan datang kan?

Ewah , bunga-bunga bahasa Jijah sudah keluar nampaknya. Biasalah si Jijah ni kan? Bila tengah mood syahdu angin kencang dia , habis segala bunga-bunga bahasa pun akan keluar. Kehkehkeh. Ada juga tertanya-tanya sebenarnya ni , para pembaca belog picisan ini sedang nantikan update apa dari belog Jijah ini?

Mungkin mengenai drama yang direview oleh Jijah?
Mungkin mengenai mengenai hero-heroin Akasia yang sedang ditayangkan sekarang?
Mungkin mengenai tempat makan menarik?
Mungkin mengenai OST drama pilihan?
Mungkin mengenai pelakon lelaki pilihan Jijah?
Mungkin mengenai retis kesayangan Jijah?

amboi-amboi!

Punya banyak mungkin ya? Mungkin di-antara mungkin itu antara pilihan korang? HAHAHA. Jijah cuba yang terbaik untuk menjadikan setiap entri yang Jijah tulis bukan sekadar berkongsi semata malah menjadikan ia sebuah entri yang bakal meninggalkan senyuman buat korang juga. Kadang-kadang perasaan puas menulis itu datang bila terlihat dua tiga komen mengenai ;

Entri Ijah tak pernah tak buat orang tersenyum. Keep it up!
Entri Ijah kelakar!
Entri Ijah kalau tak mencakar tak sah!

...dan lain-lain.

Itu orang yang tulis dan cakap. Bukan Jijah reka-reka sendiri just to impress everyone hokkay! Kosser sangat mak nok! But Alhamdulillah. Meskipun iols is nobody dan bukan sesampe ( sesiapa ) tapi bila melihat dua tiga komen yang berbunga matahari mekar di nan pagi begini , siapa yang tidak seronok dan terharu? Tipulah kalau tak rasa gembira dan seronok iye dak? Hanya orang yang tiada perasaan dan mungkin gila yang tiada rasa apa-apa. HEHEHE.

Ahhhhh , mode touching is ON tetibe nok! Biasalah bila berkaitan dengan belog picisan ini, perasaan ini memang bertukar serta merta katanya. Selalu rasa gembira bila melihat orang lain gembira membaca apa yang kita tulis. Mungkin tak semua yang gembira dan seronok membaca but atleast I know ada juga seorang dua yang seronok :)

Jadi , korang nak Jijah tulis mengenai apa lagi selepas ini? Let me know. Mungkin Jijah akan cuba untuk mengupdate mengikut apa yang sepatutnya yang korang suka pulak kan? Sekali sekala kan? Hihiks! Eh asyik tulis saja , mana gambar Jijah oi? Dah hambar dan mendatar pula entri ini :p


Nah!

Ambil-lah sekeping gambar Jijah kecewa tak dapat jadi Yuhanis dalam Hati Perempuan sebaliknya dapat jadi Yuhabis sajork!

kahkahkah.

Dah , jangan nak serius sangat. 

Salam Jumaat semua.

Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam dan sebelumnya.

:)

Terima kasih sudi baca entri ini :)