Home

Thursday, September 30, 2010

Ohhh ini semua pasal Nuffnang?

Ngeee , nak salah kan nuffnang kejap voleyh? Haha. Okay , actually kisah nya. Kan , aku ada letak Nuffnang punya advertisement tu ha. Then , ada satu hari tu tiap kali aku nak view belog aku , setiap kali tu jugak ada iklan Nokia E5 untuk dimenangi ke hape. Mula-mula aku tak amik kisah. Malas nak amik kisah. Letak je lah iklan tu kan? Then , aku pun macam tiba-tiba tekan iklan tu. Heh. Then , terus hati macam berkenan. Kejis gila la. Motif ai terjebak dengan iklan itu?




credit : inche google.

Okay like seriously aku macam berkenan pulak dengan Nokia E5 ni ha T_T Tapi macam je lah suka.Nak beli macam heh , baik aku guna C902 aku ni je. Tapi macam berkenan je boleh? Heh. Seriyes nampak macam cantik je.Tapi tu lah , macam err , tak tengok lagi function and bla bla dia semua. Malas nak bertapa dekat web Nokia tu.Kang dari nak yang lain pergi nak yang lain. Yang lagi mahal sampai gugur rambut aku nanti kang. Hailahhh , buat naya je. Baik aku err survey dekat kedai je la ek? Hehehe. Nanti sure , tengok yang lain beli benda lain. Hampehh sangat :nangis: Heh , heh , so skang ni nak ke tak nak? ceh ,gaya macam dah ada duit seguni tunggu masa nak pergi beli je -__-' Berangan je lah ye sekarang ni T_T


Lucky ME.

Heh. Okay actually dah lama gila nak tulis pasal hal ni.Gila lama.Okay bukan nak cerita hal gila atau sewel dan sama waktu dengan nya.aku harap entry kali ini tak berbentuk emo-temo. heh! Tiba-tiba ai jadi blank and blur jap.Aiyoh! Hazab. Okay semalam check folder picture yang memang sarat gambar aku dengan family , friends and sometimes gambar yang syok sendiri tak hengat tu ha. Heh ;) Jadi bila dah check gambar semua tu. Aku pun jumpa lah banyak gila gambar-gambar past two years.Gambar masa form 2. Oh tuhan , memang nak mengalir je airmata ni ha.Hailah.Motif sgt la , ai jumpa banyak gambar ai pakai baju sekolah semua? Sah-sah ai suka bawak senyap-senyap handphone time form 2 dulu kan? Heh. Gila berani. Sekarang tidak lagi. -_-' So bila nak start cerita nya?

Okay , just nak tunjuk gmbr je. 2 keping je ha. Bukan ada apa benda pun. But , yeah , just nak cakap lucky me having them in my life. Up and down , theyre still support me. Ahh , touching weh. -_-' Okay , aku malas nak menulis dengan keadaan yang macam orang gila sedih babeng , heh! Seriously , aku rasa macam gila terharu bila tengok MEREKA ini even not always asking me sihat ke?kau apa cer?eh apa-apa je lah hari-hari. But aku rasa macam okay , I'm not alone.Dioarang still support aku.Diorang still sayang aku. Heh? Okay part ni memang gila perasan.Muahahah. Terasa diri sangat bertuah ok? ;)

~ Me with Dee M ,bff okeh? ;)

Ama , Shaza , Syaza , luckily having friend like you guys k? ;)

Actually , banyak lagi gambar. But okeh , aku gila malas. Sumpah doe. Nak edit lagi. Nak upload lagi. Ini pun hazab aku menunggu okeh? Heh. And , sebenarnya memang bertuah dapat kawan macam diorang. Macam aku cakap tadi. Up and down , ada bersama aku. Bukan selalu , but atleast ada kan? Heh , aku rasa macam , I'm so lucky having them. Sangat bertuah okeh? Alhamdulillah. And nanti lah aku upload gambar aku dengan diorang. Haha. Banyak gila , but yeah nanti lah.. nanti yang tak tahu bila ... heh! ;) Ok till then.
To my beloved bff , thanks babe because always be with me up and down.
Yeah , kawan sampai bila-bila kan?
*hugs*


Okay , ini baru OK?

Salam and Hello. Hari ni , entah kena sampuk dengan apa entah , aku asyik duk tukar layour blog jahh.Hailah.Rasa macam , nak jugak tukar kasi cantik sikit. Heh? Gedik gila kan? Hailah , entah berapa banyak layout aku tukar ni pun aku tak tahu.Hehehe. Memang aku rasa yang ni lagi OK dari yang sebelum. Banyak sebab kenapa aku gila cerewet tak tentu hala.

First aku macam a bit boring tengok layout yang lama.Macam entah , tak best je. Nak menulis pun macam tak ada mood.Heh.Ye sangat lah tu.Secondly , aku macam nak ubah sikit lah blog aku.Kasi lain sikit.Sikit je, tak ada ahh , over tahap apa pun.Heh. Third , err apa lagi? Entah aku tak tahu.Heh. Ni pun tengah nak bertukang menghias sana sini lagi. Sebab nak kasi bebetul puas kan? Hehe. Hailah , gila cerewet aku ni ha. Yelah , nak kasi mata ni sedap memandang. Orang yang masuk tengok blog aku pun rasa tenang je membaca enn? But masalah nya sekarang.. Ada ke orang masuk baca blog aku ni T_T

Heh , okay , sekarang dah rasa OK bila tengok blog aku ni lain sikit.Now , nak hias sikit.And yeah , nak hias sana sini lagi.Motif beriya? Heh. Sekali sekala kan? And , nanti ada banyak benda lagi nak cerita. Till then ;)


Pheww!

Salam and Hello. Atlast , berjaya jugak bertukang belog ni jadi cantik sikit even aku tak rasa cantik mana pun T_T Ai redha. Entah macam-macam dugaan nak tukar blog kali ni. Tiba-tiba tak nampak perubahan. But the actually is ai lupa nak refresh tool's. Muahahah , tetibe leh jadi ngokngek maybe kesan sakit perut lah kot? Eh? Ada kena mengena ke? HAHA. Ada kan je la T_T

And anyway , memang nak hias sana sini lagi. Tapi masa terbantut + tengah menahan sakit perut. Alahai , sejak beberapa hari lepas memang asyik je sakit perut ni ha. Maybe sakit perempuan itu dah nak mai T_T Tu yang semacam je sakit. Kelam kabut pegy sms kawan ai itu bertanya hal sakit itu ini. Hailah , cuak lah pulak , kot-kot batu karang ke hape -__-' Motif ai berfikiran melampaui batas kan? Hailah , bila dah nampak simpton itu ini , mula lah fikir bukan-bukan. But yea , lepas kawan ai bagitahu itu ini, ternyata bukan. Humm , lega sikit. Sekarang ni cuba buat tak tahu even sakit la jugak. Hailah! Bertabahlah hati ! Okay , bye semua ;)





Kenapa kah?

Salam and Hello. I'm a bit frust because , my emo-temo belog ni macam buat hal pulak. Entah apa kejadah nya , nak tukar layout and kind of that tu , macam bengong je? Hailah. Terus terasa tak ada mood nak menulis semua. Apa sal pulak jadi macam ni tiba-tiba ni? Aiyoh! Tak faham betul aku. Dah lah tengah sakit perut sejak a few day's a go. Isnin sampai Rabu memang aku puasa.Hari ini tak larat nak tahan , so aku tak puasa la. Adoi , sakit hati la pulak datang dalam diri ni ha T_T Grggggg.


Monday, September 27, 2010

Melayang Duit Raya ku ...

~ Ini lah benda nya yang buat aku teringin siang dan malam.Heh.Crispy Chicken and Cheese~


Salam and Hello.Okeh, actually nak cerita pasal hal semalam.Ngeee.Nak blogging semalam , tapi kepala ni entah kenapa berdenyut macam kena gelek dengan tayar je rasa.Hailah! Semalam memang makan sampai pitam tak ingat dunia sebab mula-mula pergi Wangsa Walk hanya semata-mata untuk Crispy Chicken and Cheese dekat Hot and Roll...Yummy3x Nyum ;) Ingat nak letak pic, heh tahap hazabeda pulak internet ni punya lembaps.


Okay thennn pergi Jusco Wangsa Maju , Alpha Angel tu la.Sebab mula-mula Ayah nak pergi cari apa entah.Then bila pergi sana tiba-tiba aku gy beli kayaball lah pulak.Makan sampai pitam okeh?Heh! Then tiba-tiba ada Pameran Barang Buatan Malaysia lah pulak.Heh , ada jual makanan jugak.Heh , pitam lah aku kalau makanan je semua. Motif ai macam takleh kawal nafsu serakah makanan ni? Choyyyy! Okayy , sempat lah beli kerepek , cupcake dengan err dengan Grilled Chicken apa ntah.Ayah yang teringin nak makan..aku apa lagi menumpang lah kan?Hikss!!


Theenn , pergi lah pulak tinjau meninjau ke MPH.Ermm , dah lama jugak tak meninjau ke sana. Sebab kalau pergi sana for sure duit aku melayang heh! Stress je pergi sana sebab aku akan mengalami dua situasi iaitu :
  • Aku akan happy gila babeng sebab dapat buku-buku yang aku nak even I've untuk telan air liur sampai berpasir eh? dengan mata terpejam rapat sambil telinga buat pekak sebab duit melayang.

:: ATAU ::

  • Aku akan sedih sampai hentak-hentak kaki sebab aku terpaksa berputih mata tak dapat nak beli langsung benda yang aku nak! Hailah...

Situasi pertama sakit tapi akan rasa lega lah juga.But situasi kedua hailah buat aku rasa nak cekik je elmo mata terbeliak itu.Heh?Tak pasal-pasal.HAHA. Okayy , semalam time aku tengah syok-syok beli buku.Aku terjumpa seseorang.Aku jelah yang kenal dia.Hehehe.Aku terjumpa kakak bloggers yang aku follow and memang akan gelak tak ingat dunia bila baca setiap posting dia.HAHA.Kakak yang aku maksudkan itu is Kak Husna dengan hubby dia. Aku rasa memang betul dia.Sebab mula-mula aku tengah pilih novel , tiba-tiba aku nampak lah ada seorang lelaki ni.Means hubby dia lah.Time tu Kak Husna tu tengah pandang ke lain.Aku macam , eh , macam kenal je.Lepas tu aku sambil pilih buku lagi.Aku macam .. err eh , tak kan ni suami Kak Husna kot?Aku pun lari-lari anak ke tempat lain.Heh , nampak sangat menipu sampai nak kena lari-lari anak.LOL. Then aku pergi ke tempat lain.Okay then aku rasa tu memang Kak Husna sebab lepas tengok dia , baru betul confirmkan. HAHA. Mana lah tahu kot-kot orang lain.Hiks! Ingat nak tegur , nak cakap Selamat Pengantin Baru.Hee , sebab Kak Husna baru je lagi kahwin ;) Tapi..err sebab dia tak kenal aku and aku je yang kenal dia.Heheh.Jadi batal je lah niat tu.Hiks!Ohh , Selamat Pengantin Baru Kak Husna and Hubby ;) Semoga kekal hingga hujung nyawa.And both of you memang sama padan sama cantik gituh! :D

Err,nak cerita apa lagi?Oh yes , pergi MPH , rembat 2 novel.26 ke 29 (aku lupa! heh.) Episod Gosip.Macam best je?Nnt la aku review sini.And one more from Kak Naz , Melur Bunga Ivvy. Eh betul ke ni?Motif ai macam lupa.Sebab tak baca pun lagi.Huhuh.Hailah lepas tu haruslah duit raya ku melayang.But drpd putih mata.Better beli ;) Hehehe.Andd , oh yes pergi rumah Ayah Ngah and makannnn lagi :D Makan Nasi Briyani , fuhhh , sedap okeh? Hiks.Haruslah balik rumah terus pitam! ;) HAHA. And , okay, tak tahu nak cerita apa lagi.Sebab entah.Till then ;)



Saturday, September 25, 2010

Quick Updates.

Salam and Hello.I've to make a simple entry and quick update aswell.Tak larat nak menulis panjang lebar macam selalu.As usual , I've too much thing's and picture to share's here. But ahh , I'm really tired and really need a good rest.

  • First , today is 25th September.Means , have been a year , my lovely cousin , Arwah Rosnah Ab Malek pergi meninggalkan kami semua even aku rasa macam baru semalam Arwah tiada.Macam baru semalam aku menangis teresak-esak sebab terlampau sedih dengan kehilangan yang agak mengejut itu.Cepat masa berlalu dari hari ke hari dan bulan ke bulan.Hari ini , genap setahun beliau pergi.Tapi kenangan bersama nya tetap sentiasa ada didalam hati. *tears* Al-Fatihah dan semoga beliau tergolong di kalangan orang-orang yang beriman. I miss you Kak Ros.

  • This evening I've attend my BFF's open houses , DeeM.Ahh , my stomach is so full aite now.Kenyang dengan macam-macam makanan.Soto,Sate and Puding Kastard berkuah ek? Haha,I'm just ate that but don't know the name huh? hazab betul ai ni kan? And, and what I most love is and yeah I really love you Diana Munirah is because , dia dah simpan kan sebekas Macarony and Cheese for me. Heh , memang makan sampai pitam lah aku dekat rumah dia tadi. Heh3x.Yelah dari 5 petang till 10 malam k ,Ai bertapa dekat rumah dia.Hampir-hampir nak tidur situ.Heheh,tapi ai malu lah. ;)

  • And , and apa lagi?Ohhhh! This is the one that I'm feel so good today.After Maghrib call Farahin.Actually we've lost contact for a few months sebab I didn't call or sms her.Heh, bukan pasal apa , ada sekali tu aku pernah call , ada someone like's Indonesian pick up the phone.Aku cuak je lah , if salah number ke apa.Hailah.Sekali , bibik dia daaa yang mengangkat call aku hari tu.Naya je! Andddd , talk about so much thing's.Heh. And nanti nak borak lagi dengan dia , ahhh Farahin , I really miss you. Miss our old time aite? Balik sekolah jalan kaki sama-sama.Or balik sekolah , ai dengan muka tak tahu malu pergi dan balik tumpang your car.Hehe. Hailah.. rindu nya saat-saat itu ;(


Setakat ini , saya rasa hari ini hari paling membahagiakan di dalam sedikit duka.Have a bless day and hope will be on till tomorrow , tomorrow and so on... InsyaAllah ;) And , that's all for today.Till then , good night ;)



Okay , saya jakun?

gambar ini memang diedit dan di ambil oleh saya ye?

Salam and Hello.Hehehe, okeh tajuk dengan isi cerita langsun tak ada kaitan.But semalam pergi makan malam dekat Kg Baru , then sebab lama gila nak tunggu makanan tu masak , aku jadi macam jakun ala-ala orang kampung sebab , sikit-sikit posing macam bajet cute dan comel.Heh3x.Then dekat telinga ni memang aku dah pasang lagu sebab bising semacam je semalam dekat kedai tu kan?Better aku dengar lagu kan?Hiks! Actually bukan nak cerita pasal kisah aku pergi makan semalam.But nak cerita pasal hal lain.Or sebenarnya aku tak benda nak cerita ni? ... Hailah!

Okay , semalam memang ambil banyak gila gambar.Semua yang jenis bajet cun dan comel. Hampeh betul! Hehehe.Then bila balik rumah je , macam bersemangat gila nak edit. Fine tak ada lah tahap cantik superb macam orang lain.But edit gambar boleh buat aku sengih sorang-sorang okeh? Haha , sah-sah perasan hebat lah tu HAHA. Okay , yang dekat atas tu salah satu yang aku edit lah.Hiks.Macam best je enn?Hehe.

Actually , nak cakap aku sekarang asyik dengar lagu Maher Zain je kan?Nak kata eksaited tahap ke langit , tak lah pun.Tapi ada lah rasa a bit teruja sebab first time ayah kasi kebenaran pergi konsert yu , eh ai paksa jugak sikit-sikit.heh! Hehehe. Tapi tulah , sekarang ni memang aku boleh tahan banyak kali jugak dengar lagu Maher Zain. Lagu dia best , lirik sweet je. Ai like. Haha. Muzik dia pun best je dengar ;) Ngeeee. Oh apa lagi? Haa,tengokla playlist dalam mp3 aku tu.Gigih and semangat lah letak PIANO , RAYA and MaHeR ZaiN.Hiks. Raya punya folder , lepas sebulan raya ,haruslah dicampak keluar.Ngehehehe.Takkan nak dengar lagu raya sampai raya haji kot? Hehehehe. Kalau lagu Piano hailah , lagi lah histeria aku bercerita.Sampai ke sudah tak ada penghujung nya.Hiks! Haha.
Ermm , apa lagi ek? Hailah ,banyak lagi ni nak cerita , tapi masa suntuk lah! Hailah , next time ye aku update blog ;) Till then , bye! ;)


Friday, September 24, 2010

Beraya bersama Fizzi'c

credit picture to :KI.creativeimage@Khairil Mazwan. This is GEBATA's with Fizz Fairuz. Tak cukup ahli ni ;(

Salam and Hello.Ohh lupa nak story pasal hari raya jalan-jalan raya tak sedar diri , hiks! Bila eh?Sabtu lepas kot?At Auntie Ros punya rumah , kami geng Gebata's pun beraya lah dekat rumah Auntie Ros dekat Taman Karak Utama , Gombak. Betul kan? Matilah ai kalau salah. Haha. And , lepas Maghrib macam tu lah , baru ai bertolak pergi rumah Auntie Ros.Then biasala kalau jumpa geng Gebata , haruslah meriah satu rumah , pampongpampong okeh? Haha. Then dalam 8.30 macam tu inche Fizz pun mai kerumah Auntie Ros. Biasalah , weols kan borak-borak lepak-ing and relax-relax dekat rumah Auntie Ros , macam lupa family dia ada dekat situ , heheheh. Then biasalah makan-makan sampai pitam and then borak-borak lah kan? Almost sejam jugakla borak-borak dengan Fizz.

After dah puas borak , mengacau , menyakat and yes ,aku lah kan jadi mangsa nya, kejis waaa! heh , heh , the last thing we do is , sesi mengambil gambar bersama inche Fizz. Eceh. Haha.Macam-macam gaya.Macam-macam posing.And , aku cuma boleh letak gmbr yang dekat atas tu je lah ek?Kang letak lebih-lebih marah pulak err inche photographer nya.Heee ;) Heh, walaupun ada part yang aku disakat lebih-lebih , ai redha yu.Hahah , and walaupun err banyak kisah malam tu , and my parent's pun sporting join walaupun... heheheh.. Anddd , apa lagi? Yeah , saya tak dapat duit raya dari pizz peruz sebab saya yang demand.Ai sedar diri and insap.Lps ni tak buat lagi. Promise katanya!Hiks walaupunn

So that's for today.Till then ;)


Thursday, September 23, 2010

:: Those memories that make you strong ::

credit :inche google and it just for hiasan.lol.

I don't know why tiba-tiba nak tulis pasal ni.Aku nak menulis but always don't know nak tulis apa.So,tiba-tiba hari ini macam mood baik but runsing sikit pasal tiket maher zain tu , nak ambik tiket kat mana?bayar macam mana ,oh itu penganjur akan call , and entah.hailah! , see sikit-sikit Maher Zain , jangan muntah k?Hakhak Hehehe , okay after dah pergi konsert dia tu , insyaAllah , i'll make it less story about Maher Zain.Muahaha.Jangan makin banyak sudah.Heh.Okay ,serious since semalam aku punya mood memang okay , so tak adalah macam since 2..3 days before , menangis tak kira masa macam weng pun hade.heh!.. And I don't know why I put the title like this eh? Haha , memories apa ek yang buat kau kuat? But I believes there's something can make you strong.Tak kira dalam bentuk apa jua.Kan? Sometimes to be weak is must be easier than be strong.I know , it was bad when you can't get your enough strength.But however it is you should find eh dalam bentu macam mana sekali pun. And I'm still finding too.It was hard.More hard than get Maher Zain concert ticket.LOL

Okeh , apa lagi?And I do miss some kind of memories and sometimes I'm try to take that and use to give me strong back.Heh?Entahlah.But aku rasa word strong itu kalau untuk yang lemah macam aku heh , siapa yang perlu sokong dia , hanya lah family dia je kan?Because family was the one orang yang paling rapat dan dekat.We're never be apart.Ceh,ayat macam entah apa-apa je , but it was true kan? ;) And , close friend or best friend also the ones yang boleh kasi orang yang lemah dalam thinking or perasaan jiwa dan hati ni kuatkan? Sokongan is the best thing la untuk mereka ini.I dont know lah how to cakap sokongan yang macam mana?But to me , kadang-kadang cakap , "You are great , you are good ," pun dah enough. Tapi tak tahu lah korang macam mana.Heh?Aku rasa macam dah start merapu.FINE.

Memories.What make you strong when you seeing those memories eh? Picture aite? But aku ni memang tengah emo-temo sikit if cakap bab-bab friends.Entah , aku rasa macam nak menitik-nitik air mata ni bila fikir and cakap about F-R-I-E-N-D. Heh? Entah. Itulah kot sebab aku cakap that those memories that make you strong.Because I'm a weak person , seeing those memories insyaAllah , I'll strong.But entah.Ahh , tak nak nangis.tak nak cengeng.Haktuihh betul lah jiwa ni!Habislah kena maki dengan orang sekeliling ai sebab asyik menangis je kerja.Muahahaha. Hailah , adakah ai dah makin tua sampai serapuh ini perasaan ai? Eceh. Gedik! Ceh,sebenarnya nak cakap , ai rindu kawan-kawan ai yang dah terputus terhilang, tak terjumpa ... hailah , susah betul bila mood rindu kawan-kawan ni kan?Very the teenagers katanya , sebab rindu kawan-kawan.Muahaha. Kisah ai?Ada ai kacau hidup yu? Ekekeke. And yes , I've to admit this , I miss you ;(

when I looked back the few years picture of us,
it makes me cry an tears all around on my eyes.
I hope we never be apart , but what can I do?
I hope those memories would make me strong back.
*sigh_strong*


WooHooo ;)

credit : inche google

Salam and Hello.Ohyeah! My feeling's aite now was like , ngeee , nak jump arounds and jerit suka hati lah kan? Haha.Gila! First sebab dah ada kawan untuk teman +Aa pun nak ikut and aku memang harap dia ikut for Maher Zain concert/showcase.Second , an uxpected bila Ayah kasi kebenaran and he also sudi nak ambil aku tengah-tengah malam , heh , padahal aku yang paksa ekekeke , tak la.Yelah , if he didn't pick up , sape lagi kan?Tak kan nak naik teksi kot balik rumah. itu memang gila okeh? Hoilahh! Happy bangat ni , but happy macam tu je la.Sebab banyak benda unexpected jadi kan?Hehehe.Alhamdulillah.Perasaan aku happy but dalam masa sama ada la jugak fikir hal lain.Hailah.Macam-macam pulak yang terfikir ni T_T Aku tak tahu nak tulis apa lagi sebab nak kata excited,biasa je.Nak kata tak excited , macam terlebih excited jah?Macam mana tu?Hiks.Tengokla macam mana nanti.Heheh.Okay, till then ;)


Wednesday, September 22, 2010

InsyaAllah ;)


gambar ambik dekat SINI

Salam and Hello.Okay..Okay.I was like lambat macam kura-kura sangat tahu pasal hal ni.Actually dah ramai mentioned dekat wall FB masing-masing.But I doesnt care about that because I thought mesti harga dia mahal gila babeng.. but tadi bila aku check semua , ternyata firasat ku salah belaka.Bayangkan seat untuk yang paling murah dia is RM 70 , THEN RM 150 , THEN RM 100 and last sekali RM200. Ohmyguccigumgum... itu mmg terlalu murah untuk aku.Sebab biasanya if kalau retis luar negara mai Malaysia Tanah Airku yang terchinta ni mestilah mahal tak ingat.Biasanya RM100 ialah untuk yang paling murah.But this yang average je lah.Heee :D

Okay , sekarang ni memang terkinja-kinja nak pergi tengok showcase Maher Zain di MBSA.Huwargghh! Tempat tu dekat Shah Alam je pun.But I'll hve another problem lah kalau gigih terkinja-kinja menggedik nak pergi jugak tengok.And yes this is the problem now.Huargh! First , Jumaat punya ticket are SOLD OUT , i'm sad. Secondly , aku akan book for hari Khamis but the thing's now is ,tak akan ada siapa-siapa untuk teman aku.Hoilahh! Masalah,masalah! Tak ada sesape ke yang sudi nak teman :( Hailah.Menangis hati ai! And last one , macam ayah kasi even Umi dah kasi green light kasi T_T

Hailahhh...Pening jugak kepala den.Tapi ikut hasrat berontak hati ini..memang teringin nak pergi and yes nak pergi jugak no matter what.Huish.But masalah dia sekarang is , hari yang nak tu , dah sold out + tak ada siapa nak teman if aku amik hari Khamis.Hailah.Kejis betul lah! T_T Okeh ni yang payah bila dah excited sume but tak ada orang lain yang nak tolong sama-sama excited dengan aku.Hailahhh T_T Benci,benci.Bencccciii.

Baru feeling-feeling nak nyanyi lagu Maher Zain time kat Konsert dia kan?Berangann je lah sekarang ni ye :(


Tuesday, September 21, 2010

Erti Hari Ini.



Menatap pagi yang sepi
Suara merdu penuh syahdu
Silih berganti tangisan si kecil
Merayu di pagi penuh cahaya

Di dalam duniaku segala masalah
Mampu dilerai dengan menyanyi
Pintaku hasratku cintaku
Di pagi penuh bahagia

(korus)
Aku tetap percaya walau sekadar bermimpi
Bahawa ada yang akan merealisasikan mimpiku
Untuk dunia yang lebih baik dari dunia kecilku


Maafkan aku tertewas terjatuh
Melaksanakan tanggungjawabku
Oh Tuhan sampaikan impian
Semua yang kau cinta

(ulang korus)

Aku masih keliru dan tidak memahamiku
Adakah ini semua lebih berharga dari nyawa
Seorang insan bermakna

I don't know why , aku terover suka lagu ni.Banyak sangat sebab kenapa aku suka lagu ini.Lagu ini , memang langsung tak ada kena mengena aku because ini OST Bebaskan Palestin TV3 rasanya.But bila kauorang semua baca dia punya lirik okeh ,aku memang suka sangat baca lirik dia and cuba bayangkan it was me bla-bla gila mengarutkan?tapi kesah apa aku?heh!.. bila korang baca lirik dia , memang korang akan tersentuh kot.Tak tahu lah korang macam mana.But aku memang tersentuh.Lirik dia macam buat aku termenung kejap.Sejak dua tiga hari lepas ,aku banyak termenung.Maybe fikirkan hal itu yang tak tahu apa akan jadi for next next and next and entah.Sometimes bila banyak masalah mengganggu dalam fikiran aku memang jadi macam ni lah.Senyum dengan ketawa pun sampai buat-buat.Palsu and tipu.Okay let's talk about this lyric and song la.Malas nak merepek merapu hal lain. Emosi tengah tahap paling teruk for this year! Tak mampu nak bercerita hal lain sebab aku mesti menangis meraung kalau tulis and bercakap hal lain. Bila baca lirik dia..terutama part.. Aku tetap percaya..walau sekadar bermimpi... Entah terasa macam .. lirik dia memang best and bermakna didalam bait-bait nya.And maybe jugak dia gunakan piano buatkan aku suka jugak?Eh , ada kena mengena ke? Entahlah.Macam dah tak ada idea nak tulis but nak tulis jugak.And apa yang aku tahu...aku sangat sedih sekarang , sangat moody and sangat down. Hailah..Payah betul bila emosi ni jatuh merudum kebawah tak nak naik-naik. T_T



I have nobody but I know I always have Him.



Monday, September 20, 2010

*tears*

credit to : inche google.
Salam and Hello.Since yesterday , aku macam down sangat-sangat.I don't know why tiba-tiba aku jadi macam down , and I be like stress and of course moody with a bit emo-temo. *ergghh*
Okay , I'm try to not think negative side right now and aku cuba cari kekuatan dekat sana sini and segala-galanya macam tak berbaloi.I hate to be like this , tiba-tiba rasa down , rasa macam sana sini lemah and of course tears all the time. *sheesh* Okay , sekarang ni memang aku tengah feeling down and I don't know why it's happen.Maybe aku tahu , but tak payah nak tulis sini.Aku cuma nak cakap nak bagitahu , aku sedih , aku down , aku moody , aku emo-temo and aku pun tak tahu lah apa lagi yang dah jadi dengan aku.How meh?Benci betul la sampai jadi macam ni.Humm , nak menulis pun terasa macam diiringi bantuan oleh inche emo-temo dan airmata.Heh.Nak menulis blog pun tak ada mood. ada mood tapi takut jadi merapu ke lain pulak.buat naya je. heh! Tambahan pulak sekarang ni tengah dengar lagu Erti Hari Ini , Aizat.Tak ada kena mengena dengan aku.But aku terasa macam entah.Sayu je lah pulak lagu ni. Hailah apa kena dengan aku ni? Ya Allah.. teruk betul down aku kali ini eh T_T Sampai terasa macam nak nangis je time menulis ni.Hadoii.

I have something , but I ignore it.
I have nothing and I regret it.
* i dont want be like that.i want to have something because i dont want nothing*
*tears*


Sunday, September 19, 2010

Yes , I'm MOODY right now.

Salam and Hello.I don't know why , all of sudden , I'm just like don't have any mood to do everything. The one and only thing I do know is MAKAN. MAKAN. Oh yes?Berat naik.Malas nak kisah.Sebab esok ingat nak puasa.Tengok la macam mana. After all dah lama tak memoody macam ni , tiba-tiba bangun-bangun pagi ni , macam serba serbi tak kena.Serba serbi terasa macam nak memaki,mencarut tapi bukan lah dengan tahap paling maksima ye tahap-tahap memaki , mencarut itu.Just average yang seolah-olah macam lupa diri kejap.Heh! Okay ini bukan kes sentap dengan Pizz Peruz tak kasi duit raya semalam.Muahahah. Tapi sebab macam-macam benda yang ai fikir semalam.Malas nak cerita sini.Tak nak berulang lagi kejadian macam di blog lama.Cerita semua at the end ai menyesal sebab benda personal it's not the story that I should story on here kan? Heh. I told you ya , dah 16 tahun hidup , macam-macam benda jadi dalam diri and macam-macam cara ai handle and apa yang penting I've to take that as experiences for a better life lepas-lepas ni.And too much thing's happen and I've learn from that. Entah.Hari ni macam down sangat-sangat.Hailah,emosi benda yang paling payah aku nak handle.Sometimes aku rasa macam aku ni terlebih banyak emosi , yeah i know i'm such a crying baby heh? Entah.Okay,bila emosi tak betul,aku paling takut nak berblogging. Because when I'm in emo-temo mood or in a moody time , I'll menulis yang tak sepatutnya. Heh. Emosi ohh emosi.Kenapa datang ganggu diri aku sekarang?Aku tak mahu and aku tak suka.Suka hati kau orang nak cakap aku kaki sentap?kaki menangis tak tentu masa?But I'll show my identity aite?Bukan macam setengah orang , kaki sentap tapi hampeh je.Buat macam tak sentap tapi tiap kali orang cakap hal dia , sentap je terus.Apa kes?Eh , ni apahal aku merepek ni. Haa, see.Okay baik stop menulis daripada terus merapu.Huish!

I wish , I've someone that give me their shoulder.
Seriously.Allah.


Saturday, September 18, 2010

Jakun kekdahnya!


Okeh , ni lah kekdahnya bila jakun kan?Ngee.Tadi singgah web Nuffnang sat sebab dah tak tahu nak surf apa lagi.Then macam biasala.Pergi check dekat bahagian earning semua tu kan. Then mata terjuling terbeliak kejap sebab ... ek? RM.0.50? Woah! Gila jakun time tu sampai tak berkelip jap mata.Muahahaha.Padahal 50 sen je pun bukan nya 50 juta pun khen? Ngehehehe. Biasalah , tengah jakun gitu.Haruslah sampai macam tu sekali kan? But itu earning for my old blog la. Yang baru ni belum tahu apa-apa lagi. Huhuh. So,nampak tak macam mana huduh buruk nya saya jakun kan? Hiks!

Anywayyyyyy , hari ni Aa dah nak balik Shah Alam.Haiyark! Bermakna , lepas-lepas ni, aku dah kena cari wireless kesayangan aku balik T_T Hailahh , menyampah nya! Guna beruk mokye ban eh berukban , kakak aku ni best je. Boleh guna dalam bilik terus.Kalau wireless dekat ruang TV la , ruang tamu la.Nyampah okies? Ai nak bergelak ketawa bergurau senda pun pikir 25x kali okies? Huwaaa... menangis sgt! Sometimes , sampai ada satu tahap aku macam nak beli broadband je.Senang hidup.Tapi tu la , sometimes broadband pun macam ngokngek jugak.Jadi hasrat ku itu terus dibatal T_T Heh! Okayla.Nak kena kasi balik broadband dekat Aa.And nak tidur kejap.Heh! Zzzzzz



Food all the TIME.

Salam and Hello. Ngeee.Okeh, memandangkan sekarang ni kan musim perayaan.Memang makanan sana sini kan? And , sebenarnya nak tunjuk makanan two days a go yang time aku buat small open house tu. Laksam Kelate katanya! Act , nak upload semua makanan time raya dekat sini , but kemalasan lah pulak. Heh? Yelah , nak upload gambar pun kadang-kadang berminit-minit nak kena tunggu T_T Lagi bagus aku tidur daripada menunggu bagai nak rak. Heh! Ada je khenn alasan gedik mengada-ngada dia !! Okeh , jom tengok gambar pulak! :D



~ Laksam homemade by Umi.~


~Ulam-Ulaman for Laksam --> Timun , tauge , bunga kantan , kacang panjang & belacan~

~Kuah laksam yang sungguh menyelerakan~

~Macaroni Goreng yang memang sedap~


Okeh,itu antara makanan-makanan nya.Actually , aku nak tayang resipi Macaroni goreng.Tapi heh,aku kemalasan nak menulis bahan itu dan ini.Ceh,semua benda kau malas kan? T_T And, and , tak tahu kenapa , bila Umi masak untuk orang means , bila orang datang ramai-ramai mesti Macaroni or Bihun goreng jadi sedap or bertambah-tambah sedap.Bila buat just for untuk 2-3 orang makan , mesti aku makan macam gitu-gitu je T_T Nampak sangat aku ni gedik mengada khenn? Haiyark! So,nnt aku nak tepek resipi but nak buat entry baru jap.Hiks!






Friday, September 17, 2010

Cherita Raya lagi.

Salam and Hello.
Okayy , semalam buat a small open house.. for my friend (not at all , sbb nak buat berperingkat gitu.)
Then , memang best lah kan? Sebab dapat duit raya and memang syarat ai suruh diorang kasi duit raya baru boleh datang umah ai , boleh? , hik3x. Tak ada la. Ekekek.
Anyway,semalam memang masak spesel atas request diorang katanya.
Menu hari ini : Laksam Kelate homemade by UMI saya. and Macarony Goreng :D
Lepak-ing and Borak-ing part paling best sebab gelak sampai pitam kan? Hiks.
Dah lupa dah Umi duk perhati dari jauh.Ngehehehe.
Gambar tak banyak sangat ambil sebab , first , sibuk berborak. second , sibuk makan sekali. muahaha. third , macam lupa je nak ambil gambar. HAIYAKKK!
But nanti akan di upload di sini ye? Ngee.
Okay nan hado idea sekarang ni.
Bye.


Thursday, September 16, 2010

Oh Penat!

Salam and Hello.Alhamdulillah,sedar tak sedar dah masuk hari ke 7 kita beraya hari ini.Dah sakan aku beraya sana sini.Dah penat berjalan sana sini.Badan pun dah start gemuk tak hingat.Adoiyaa.Tapi tulah,yang part gemuk dekat anggota badan aku , bukan nya perut ke , lengan ke , peha ke apa .. tapi tahu tak apa?PIPI.Heh?Kejis betul! Nangis sangat bila pakai tudung,nampak ketembaman pipi ku itu semakin hari semakin terserlah.Baju Alhamdulillah memang muat lagi and tak ada lah ketat sana sini.Cuma pipi ni je yang ada masalah.Alahai..Pakai shawl pun semacam je.Pakai tudung biasa pun...mak aihh kena pandai betul kan..kalau tak memang macam pau pipi aku ni.Heh! Anyway,bukan nak cerita hal gemuk tembam debab aku.Tapi nak cerita tentang hari raya.Yelah,mood beraya masih ON lagi.Kang kalau dah tak ada mood tu,haa,memang sah-sah aku langsung tak heran terus.Hehehe.Raya tahun ni , aku terasa macam lain je.Kelainan tu ialah , tahun ni , aku sibuk buat cookies.Choc Chip Cookies.Alhamdulillah,ramai orang yang suka dengan cookies tu.Heheh. Resipi pun ambil dari Hersheys Chocolate Cookies je and ada lah resipi rahasia sikit.Hiks.Tak adalah.Hehhe.And,tahun ni nak kata aku beraya sakan,ermm ,tak jugak.Sebab aku pun cuak jugak nak beraya sana sini over-over.Maklumlah kadang-kadang keadaan diri aku bukan nya sihat sokmo.Peninglah,sakit perut lah and macam-macam je lagi. T_T Memang tahun ni kalau di ikutkan tahun yang paling memenatkan untuk raya.Sebab , entahlah. Tahun ni memang aku rajin turun dapur.Hiks.Selalu aku duduk tengok tv je kan?Kesah apa aku.Hehehe. Hampeh punya anak dara.Heheheh. And yes, memang hari-hari aku rasa macam nak pitam je penat.Heh! Gila over nya kan? Macam orang lain tak penat je. Haha. Ermm,nak cerita apa lagi? Ohh , entahlah. Tak ada idea.So , nanti lah aku tulis cherita lain pulak ;)


Wednesday, September 15, 2010

Nasi Goreng Daging with Potato.


Salam and Hello. Ngeee. Pagi tadi entah kenapa , aku teringin nak makan Nasi Goreng Daging with Potato (bersama telur yang di gaul bersama mayonis.) Ngeee. Sebelum ni tak pernah pun mimpi siang macam tu.Heheh.Tapi pagi tadi memang seriously aku macam teringin.Disebabkan aku memang tengah mood memasak sampai hangit eh tak lah , memasak sampai pitam ekekeke. Jadi pagi tadi memang aku buat sendiri lah semua enn? Selalu haramm lah nak buat semua sendiri.Ekekeke. Meh3x,aku kongsi resipi.Mudah,senang dan sedap.Hiks.

Bahan-bahan untuk Nasi Goreng Daging (untuk 1-2 orang makan)
Minyak masak
*Seulas bawang putih
*2-3 ulas bawang merah
*Garam
Gula
Kicap
Cili (suka hati lah ek?atas citarasa masing-masing.Aku guna cili bow?err ..)
Daging yang di potong kecil
Nasi
Sayur jika mahu.

Cara-cara
Mula-mula bahan-bahan yang ditanda [*] di tumbuk dengan lesung batu.
Kemudian panaskan kuali dan bubuh minyak masak.
Setelah kuali sudah panas , masuk kan bahan-bahan yang telah di tumbuk itu.
Setelah nampak sedikit kekuningan dan garing , masuk kan daging yang dipotong kecil atau di cincang halus.
Kemudian , setelah daging telah masak dan lembut , masukkan kicap,cili dan juga sedikit gula.
Setelah itu , masuk kan nasi dan goreng sehingga rata.
Kemudian , sedia untuk di hidang :D
Haa,mudah kan?Memang mudah dan sedap.Resipi ni tercipta setelah aku pernah lapar tengah malam buta sebab aku kaki makan tak hingat dunia.Heh! Jadi terciptalah resipi yang simple tapi lazat! Ohh , potato tu ? Meh aku bagi resipi even sangat lah senang.Heheh.Ini resipi aku lah.Kalau orang lain,tak tahu lah macam mana.Resipi pakai hentam namanya.Hiks.
Potato salad.Salad ke? Heheh.

Bahan-bahan.(untuk 1-2 orang makan)
1-3 biji potato.
2 biji Telur
Mayonis.( ikut citarasa anda.)

Cara-Cara.
Mula-mula kupaskan kulit potato.
Kemudian rebuskan potato dan telur ke dalam air di atas dapur sehingga masak.
Setelah masak , potong potato mengikut citarasa anda , tapi aku buat dadu je.Senang sikit.
Lepas itu , lenyek kan atau hancurkan eh? hahaha. Okay lenyekkan telur itu.
Then , gaulkan telur yang telah dilenyek bersama dengan potato yang dipotong dadu bersama dengan mayonis.Ikut suka hati kauorang nak letak banyak mana mayonis tu.Jangan banyak sangat.Takut manis sangat pulak.Tapi kalau sikit sangat errmm , takut tak sedap pulak.
Haa, boleh jugak kalau nak tambah black pepper sebagai menambah rasa.Hee.Tapi aku tak letak pun T_T
Kemudian sedia untuk dihidang bersama dengan nasi goreng =)

Haa,dah tahu resipi kan?Apa lagi uolsss..try lah :D Gerenti sedap hingga menjilat jari kaki eh..ibu jari..HEHEHE. Itu je nak share :D Nanti aku update lagi k? :D


Entah.

Salam and Hello semua. Okayyy , sekarang ni memang tengah tak ada mood nak menulis sebab badan sangat penat.Otak pulak blank tak tahu nak tulis apa.But nak cerita je la , benda2 yang aku beli time last minute shopping raya hari tu.Tudung , 3 helai , shawl , 3 helai. Heh?Ntah kebila nya hendak pakai.Tak apalah spare je la.Hiks.Then beli penyangkut or apa ek? Yang nak sangkut tudung-tudung tu ha.Act,dah lama tgk.Blogwalking sume tu.Tapi setiap kali nak beli.Mesti dah habis.Aiseh.So,time jalan-jalan last minute ari tu , tetibe nampak orang jual.Harga murah 5 ringgit je pun.Okaylah.Jadi aku pun terus beli.Then,beli apa lagi ek?Ohh beli brooch.Tak ambil gambar sbb entah,lupa.Haha.Then,tiba-tiba tengok orang jual bunga yang hiasan dalam rumah.Heh3x.Aku kan hantu bunga.Heh?Yelah,bunga-bunga tu orang jual sebatang?se bunga? Haha. Apa-apa je lah. 1 = 1 hinggit. Gilaa kau murah! Cantik pulak tu.Beli dengan dia punya bekas sekali.Jadi dalam 40 hinggit je lah.Okaylah.Worth jugak lah.Apa lagi? Apa lagi?Aku pun tak tahu nak tulis apa sebab *blank all the time* heh! Jom tengok gambar. Sorry setengah gambar tak upload sbb malas nak upload.Heh!





~ tudung.tudung.tu je.~



~ Tempat nak sangkut tudung tu haa~



~ Tempat letak bunga.Buluh kot?Entah~

~ This is it.Heh?Cantik kan?EH ye ke?Entah.~

So,itu aje.Tak tahu nak tulis apa lagi.Because entah.So,bye! Next entryyyy!


Tuesday, September 14, 2010

Lebaran AidilFitri 2010

Heyya! Tiba-tiba blogwalking tadi nampak semua orang dah tunjuk gambar baju dan tudung raya.. Eh?Ada ke?Ekekekek. Buat-buat je lah ada. Anyway , tahun ni kitaorang tak ambil pun gambar keluarga.ceh macam sebelum ni pernah je ambil gambar keluarga time raya ... Ngeee. So , banyak gambar syok sendiri comel jelah yang ada dalam folder RAYA 2010 tahun ni. Jadi nak lah jugak tunjuk gambar-gambar baju raya aku yang konon nya gojes tahap meletup ituwww.. kih3x. Jom tengok gambar :D



Hiks.Aa dan Ijah. Hiks sorry Aa , Ijah tersalah edit sampai jadi macam tepung gomak tak hingat T_T Andddd , ini hari raya kedua but sila lihat pipi saya yang gebu gemuk tembam tak hingat ituwww..Aiyohhh , ngeri lah!

Rock all the time. Peace no war ;) muka memang nampak ceria riang gembira hati senang dan lenang tapi dalam hati siapa yang tahu kan? *sigh


Okay I know this gedik tak tahu malu comel punya muka kan?Hiks.Jangan muntah ye? Ekekekek.

Anyway , untuk raya tahun ini , aku buat 3 pasang baju raya.First raya pakai baju sedondon dengan Aa warna Pink.Second raya pakai sendondon comel warna hijau dengan Aa.Third raya aku pakai warna Purple and tersedondon dengan Umi and Che pulak.Hiks!Raya tahun ini , Alhamdulillah , okay , just fine.Meriah tapi macam something different.Tak tahu apa dia.But okay je lah.And , later I'll upload gambar-gambar lain during raya k? :D



Hias Sana Hias Sini.

Salam and Hello.Heyya! Entah pekenama , semangat apa ntah datang untuk aku hias segala jenis dalam blog aku ni. Entahlah. Macam tiba-tiba aku suka gila my new blog ni. Terasa different. Tak macam blog yang lama. Nak edit pun macam blank and blur je sokmo.Hailah. Betul lah , setiap kejadian mmg akan ada hikmah nya. Terasa happy dengan blog baru. Terasa keseronok kan pulak. Ngeeee :D Sekarang , dah tukar colour background , dekat bahagian tepi dah letak macam-macam. But , tak akan letak benda yang akan mengundang orang lain marah ye? Ngee. Sebab ini belog saya kan? Jadi aku hias blog aku ni dengan apa yang patut. Yang bukan milik aku , tak payah nak menggedik aku letak kan? Nanti orang kata aku mengada-ngada pulak kan? Heh! Dalam hidup memang macam ni kan? Ada masa kita kena beralah , ada masa kita akan menang. Oh yes , is that the thing's that I want to share and story with all of you? Heh, entahlah.
Okay,even aku rasa cukup bahagia dengan wajah baru belog aku yang aku rasa dah makin chantek.Tak apa lah kalau kau orang rasa tak chantek T_T Eh , ada orang baca ke belog aku ni :'( Apa-apa je lah. Aku macam ada something geram and bengang ok?



Tengok gambar di atas ye? Huwaaa , this is the actually my twitter gadget should be in my blog. Tapi kan , entah apakenama , tak menjadi langsung dekat my blog ni.Hailahh, stress jugak lah T_T Sebab I love the colour.Ngeh3x.Tu je kan?Tapi mood masih di tahap biasa-biasa.Ekekeke. Hailah , tak tahu dah nak buat macam mana ni.Nak bertukang menghias segala , memang sumpah tak larat. Esok means hari ni lah kan , nak pergi beraya rumah orang. Sebab semua dah datang beraya ,tak kan kita tak nak pergi beraya rumah orang kan? Itu memang tak patut ye? Kunjung mengunjung itu adab mulia okies? Ngeee :D So,berhenti bercerita.And go to the bed and sleeppppp T_T