Home

Wednesday, October 28, 2015

[Akan Datang] Tuan Anas Mikael Lakonan Aaron Aziz & Zara Zya Bermula 9 November 2015 Di Astro Ria!

Sekali lagi Aaron Aziz digandingkan bersama dengan Zara Zya untuk drama adaptasi novel yang terbaru iaitu , Tuan Anas Mikael. Jijah yakin , pasti ramai yang sudah mengetahui tentang perkara itu bukan? Kalau belum tahu , nah Jijah nak bagitahu kerana Jijah cukup teruja untuk melihat gandingan ini di layar tv! Untuk yang tidak mengetahui , novel Tuan Anas Mikael merupakan hasil garapan penulis , Syamnuriezmil. Selain itu , drama Tuan Anas Mikael ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin dan turut dilakonkan oleh Wan Sharmila , Raja Ilya , Fazlina Ahmad Daud , Normah Damanhuri dan ramai lagi.

Ada diantara korang yang sudah membaca novel Tuan Anas Mikael ini? Mesti ramai juga yang sudah membaca novel ini kan? Jijah pun sudah membacanya. Bila sudah membaca haruslah , semakin tidak sabar untuk menonton kan? Mahu nya tidak kan? Bila membaca pun boleh tahan tersipu senyum dek kerana manis potong kaki yang melampau jua. Nanti bila di skrin pasti perasaan tersipu begitu akan ada jua khen? Ecehhh! Jijah yakin Aaron Aziz mampu untuk membawa watak sebagai Tuan Anas Mikael dengan baik begitu juga dengan Zara Zya pasti dapat membawa watak sebagai Cik Ayu Maisarah dengan jayanya. Bila membaca novel tersebut memang boleh bayangkan watak masing-masing. Harapnya , drama ini tidak mengecewakan lah khen? 



Tulis pepanjang pun tiada guna lagi. Meh kita baca sinopsis novel dulu jom? 

Drama Tuan Anas Mikael mengisahkan tentang Tuan Anas Mikael yang telah diberikan tempoh tiga bulan oleh Puan Sri Tengku Anansa untuk mencari seorang wanita yang sempurna. Jika tidak, dia akan disatukan dengan calon pilihan Puan Sri, iaitu Safra Ariana yang merupakan cucu kepda Tun Akhiruddin.
Selepas dua bulan berlalu, Tuan Anas Mikael gagal mencari seorang yang sempurna. Dia kemudian membuat perancangan menjadikan Ayu Maisarah yang merupakan anak tukang cuci di rumahnya sebagai calon pilihan. Ayu terpaksa menjalani pelbagai latihan persiapan diri tanpa mengetahui tujuan sebenar Tuan Anas Mikael. Ayu Maisarah sekadar menurut kerana menyangkakan Tuan Anas Mikael ingin memilihnya sebagai pengurus projek di Krabi.
Dalam masa yang sama, Tuan Anas Mikael tidak mengetahui bahawa Ayu Maisarah sebenarnya menyimpan satu rahsia besar dan bersetuju dengan penyamaran tersebut kerana tidak mahu rahsia itu terbongkar.
Dalam tempoh penyamaran sebagai kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh hati. Namun Ayu Maisarah tidak mahu peristiwa lalu berulang kembali, jadi rasa cintanya itu tidak pernah diluahkan pada Tuan Anas Mikael.
Satu hari ketika di Krabi, Tuan Anas Mikael sendiri yang meluahkan rasa cintanya kepada Ayu. Tetapi Ayu menolak.
Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Jangan lupa saksikan kisah penuh rahsia dalam Drama Tuan Anas Mikael pada bulan November nanti hanya di Saluran Astro Ria.
Hah! Bagaimana selepas membaca sinopsisnya itu? Mungkin ada yang akan kata menarik. Mungkin juga ada yang katakan tidak. Mungkin juga yang akan tengok drama dulu baru tahu bagaimana khen? Tak kisahlah. Kalau berpeluang untuk menonton , sila lah menonton bermula 9 November nanti di Astro Ria & Astro Ria HD. Kalau yang rajin skodeng IG Puan Penerbit Ziela Jalil , hahhhh memang banyak jugak gambar yang memanisssss khen? Kalau tak skodeng lagi , pergi skodengggg cepattt! HAHAHAA , aku malas nak menepek gambar kekdahnya. Jadi sila lah skodeng yer? Hihiks!

Okaylah , bagi nak menyemarakkan lagi perasaan teruja untuk menonton ittuew , haruslah Jijah menepek promo awal Tuan Anas Mikael khen? Harussss! Nah kasi tengok sikit!


Teruja ke tidhokkkk?

Hihiks!

Jijah dah mencakarrrr segala lantai dah dinding dah oiii!

Wakakakaka!!

Bila Jijah mula menggeletis khen? HAHAHA , alahai , sekali sekala biarlah geletis sikit khen? Nak serius sajork , dapat apa khen? Hihihi. Tak adalah , memang agak teruja untuk menonton drama Tuan Anas Mikael ini. First , of course sebab my favourite hero , Aaron Aziz. Second , aku tahu bakat lakonan Zara Zya bukan setakat itu saja , dia boleh bawa watak tersebut dengan baik. Ketiga , bila baca novel pun aku dah tersenyum macam orang kena sampuk , mudah-mudahan drama adaptasinya tidak mengecewakan! Hihiks!

Saja tulis entri ini awal-awal. Orang kata , kasi panas enjin gittuew. Nanti kalau menarik lagi , mana tahu tiba-tiba ada entri pasal Tuan Anas Mikael lagi khen? Hihiks. Nah sebelum entri ini dititik-noktahkan , hamiklah tengok sekeping dua gambar yang dah lama sebab tak ada yang latest dengan Aaron Aziz & Zara Zya. Gittuew. Wajib okay disetiap drama yang diperomot ada gambar bersama theyols khen? HAHAHAHA riak takburrr sungguh! Eh mana ada! *panggggggg


HAHAHAAHHA.

Epic oiiii gambar ni! Semoga Zara Zya tidak sumpah seranahkan aku menjadi batu atau kayu jikalau dia terbaca entri ini HAHAHAHA.

Hai Cik Ayu Maisarah :p


Dah kenapa makin handsome ni Tuan Anas Mikael!!!?!!!

HAHAHAHA stress oi!

*cakar laptop sekarang!* eh baiiiii


Sinopsis dah share , Video dah share , gegambar pun dah share! Jadi , ada yang tak sabar macam Jijah tak? Sila angkat keyboard masing-masing kalau ada yang tak sabar jua! Hiks!

Terima kasih sudi baca entri ini :)


Saturday, October 24, 2015

Pernah Tak?

Pernah tak , tiba-tiba kau rasa macam kau tak cukup bagus? Pernah tak , tiba-tiba kau rasa down tanpa semena-mena? Pernah tak , kau rasa macam kau loser habis? Pernah atau tidak dalam kehidupan korang seperti itu?

Tipu , andai kata tidak pernah langsung. Sekurang-kurangnya sekali dalam hidup kita yang juga mungkin pada akan datang tang belum pernah merasai akan rasa perasaan seperti itu kan?

Aku sejenis manusia yang kadangkala cepat sungguh bersemangat jika benda itu aku minat. Tapi senang juga aku mengalah bila masa aku rasa aku tidak cukup bagus untuk sesuatu itu. Itu kelemahan aku disebalik kelebihan itu. Mungkin self confidence aku juga turut kurang. Biasalah , budak baru nak membesar. Perasaan huru-hara hormon tak betul begini selalu sahaja datang pada aku. Jangan lah melekat sampai aku dah beranak pinak. Haru laki aku nak melayan nanti! HAHAHA.

Kenapa tiba-tiba sahaja aku menulis perkara seperti ini?

Entah. Aku tengah mencari mood nak menulis. Jadi aku tulis apa sahaja yang terlintas di minda aku sebelum aku tulis dengan lebih serius untuk entri lain. Orang kata entri untuk panaskan enjin sebelum enjis semakin berdezuppp laju! Hihihi.

Sekali sekala menulis mengenai perasaan , bagus juga. Sekurangnya aku tidak memendam seorang diri tentang apa yang aku rasa kan? Begituuuu!

Kadang-kadang kita semua tak boleh nak lari dari perasaan huru-hara haru-biru begini kan? Ada masa kita seboleh-bolehnya cuba yang terbaik untuk tersenyum dan memikirkan dari semua yang menyemakkan perkara ini kan? Tapi aku sebagai manusia biasa tak pernah lari berperasaan down dan juga berfikir terlalu banyak. Ada masa aku rasa aku terasa loser. Terutama bila mengenangkan kehidupan aku sendiri. Bukan kehidupan as mean as kaya raya or what , tapi kehidupan aku yang tak mampu berdiri menjadi seperti rakan sebaya aku yang lain.

Cuma bila aku muhasabahkan diri seketika , aku rasa aku perlu bersyukur banyak-banyak. Allah mungkin tidak memberi rezeki aku seperti rakan-rakan sebaya aku yang lain. Tapi Allah memberi rezeki aku dengan seribu satu pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Walaupun kadangkala aku rasa aku seperti tidak beruntung kerana tidak memiliki kehidupan untuk masa hadapan tapi sekurangnya aku rasa aku masih lagi mampu hidup dan bernafas di atas telapak kaki aku sendiri , Alhamdulillah.

Aku percaya tak semua orang memiliki nasib yang sama dan tuah yang sama. Tapi sekurangnya aku kena percaya bahawa Allah lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku disamping aku berusaha sama untuk menjadi yang lebih baik. Bersyukurlah memiliki keluarga yang memahami , rakan-rakan yang sentiasa ada di setiap jatuh dan bangun serta setiap detik nafas yang dipinjamkan olehNya ini.

Hidup ini terlalu singkat untuk menyesali apa sahaja yang pernah kita buat di masa yang lampau. But hey! Daripada kita sibuk menyesali tentang apa sahaja yang kita pernah lakukan , lebih baik kita memperbaiki diri kita untuk menjadi jauh lebih baik bukan?

Dah jadi panjang berjela pula bebelan panas enjin ini kan? HAHAHA. Aku memang suka menulis , jadi apa salahnya aku tulis pepanjang meski tak ada siapa-siapa berminat untuk baca kan? Sekurangnya aku rasa puas dan lega! Hiks!

Baiklah , mari kita menitik-noktahkan entri ini. Semoga hari yang mendatang kita didatangi dengan seribu rahmat kehidupan tanpa anasir negatif yang mengganggu kehidupan kita. But for once a time , it's good for feeling's down. Atleast kita cuba untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya kan? Nahhhh , sekeping gambar sebelum entri ini berakhir.


Konon , cantik lettuew?

Hihiks , haruslah! HAHAHAH.

okbaiiii.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tuesday, October 13, 2015

Bila Jijah Jumpa Doktor Gigi , Nervous Ke Tidhokkkk?

Jumaat lepas , tiba-tiba sahaja gigi aku terasa seperti tidak selesa. Bila aku mengunyah makanan aku mula terasa seperti ada sahaja yang tidak kena. Biasalah , sesekali gigi kita memang akan buat perangai terutama kalau kita mula makan macam-macam. Lagi pula , aku bukan jenis yang berani untuk berjumpa dengan doktor gigi untuk melakukan pemeriksaan. Haruslah bermacam kerisauan mula melanda aku kan? Bukan risau apa pun. Risau jika kena cabut gigi kan? HEHEHE , badan aje besar tapi tehtap takut dengan perkara seperti itu.

Jadi tanpa melengah-lengahkan masa walaupun ada terlengah sedikit , hari Sabtu lepas aku terus buat appointment dengan klinik gigi untuk bertemu doktor gigi. Iyelah pergi klinik gigi takkan aku nak pergi jumpa chef pulak khen? HAHAHAHA. Punya lah gigih nak check gigi sebab dah sakit sangat , awal-awal pagi seawal matahari terbit dah keluar rumah. Sekali rupanya klinik buka pukul 9.30 pagi. Merasalah juga berjemuran dengan bikini eh di hadapan klinik gigi selama sejam , sebab awal betul si Jijah ni datang khen? Biasalah bila dah rasa tak selesa , memang kita nak settlekan semua benda sepantas mungkin!

Mujurlah memang jadi orang pertama yang mendapat rawatan sejurus klinik di buka. Bila doktor gigi check , memang terus kena ceramah sebab sudah terlalu lama tidak mendapatkan rawatan gigi. Sebab itulah gigi Jijah terasa tidak selesa katanya. Jadinya, Sabtu lepas terus doktor gigi suruh buat scaling gigi sebab karang gigi sudah patah katanya. Boleh tahan ngilu jugak bila buat scaling gigi tersebut. Syukurlah doktor gigi yang melakukan cukup lemah lembut , jadi tidaklah terasa seperti hendak meraung macam lagu NewBoyz tu khen? HAHAHAHAHA.

Walaupun agak ngeri tengok darah yang keluar dari gigi terlalu banyak , tapi Alhamdulillah syukur juga sebab ketidak-selesaan tempoh hari sudah bertukar menjadi lebih selesa daripada biasa. Biasalah , bila dah tak selesa dan sakit baru gheti nak jumpa doktor gigi kan? Kalau tidak , bertahan sampai bila-bila kan? HEHEHE. 

Dah sakan bercherita , nah hamik sekeping gambar sejurus selesai melakukan scaling gigi katanya. Terus senyum kekok nampak gigi. HAHAHAHA. Terus menawan senyuman iols okeh? Boleh lah senyum nampak gigi melebar depan jodoh khen? Eh! Bai! HAHAHAHA.


Cantik terus senyuman iols khen?

kahkahkah perasan!

okbai!

Terima kasih sudi baca entri ini :)