Home

Tuesday, February 10, 2015

Sehari Satu Update?

Dulu pernah ada impian dan cita-cita konon-konon nak update belog sehari satu update untuk tak nak belog picisan ini nampak sendu. Lepas itu lama-lama semangat itu semakin kian pudar dan terus hilang. Boleh lihat bagaimana sendu update tahun lepas di ruang tepi belog ini. Rasanya nak sampai satu kali update sebulan pun payah , apatah lagi sehari satu update kan? Memang lemau betul semangat untuk update belog picisan ini tahun lepas.

Namun semuanya jadi berbeza sementelah memasuki tahun 2015 ini tau. Kalau lihat dari bulan Januari lepas , memang ternyata Jijah terlampau rajin mengetuk kibod. Apa sahaja yang sempat , Jijah akan terus update ke dalam belog picisan ini. Entah. Perasaan seronok untuk mengetuk kibod itu hadir tanpa dipinta banyak pun. Juga mungkin diri ini sudah mula serius untuk mencari sesuap spagheti untuk diri sendiri dan juga kalau boleh untuk famili tersayang. Itu tekad dan azam 2015 ini.

Harap-harapnya ia berterusan dan bukan sekadar cakap-cakap kosong sahaja. Iyelah , kadang-kadang hari ini cakap bersemangat. Lepas empat puloh lapan jam kemudian tetibe datang balik mood sendu tak tentu arah tu kan? Lepas tu dibiarkan sahaja apa yang dijanjikan kan? Kalau ikutkan memang banyak sangat cherita basi yang terlepas untuk dicheritakan dalam belog ini. Bila hendak ketuk kibod balik cherita tersebut rasa macam nak-tak-nak saja. Bukan pasal cherita itu basi , tapi takut kena bahan dek orang sebab terlalu lama baru nak update? HAHAHAHAHA.

Tak boleh hendak nafikan , tahun lepas jadual kehidupan Jijah kelam kalibut dengan bermacam perkara. Belum campur lagi dengan kadar kelajuan internet umpama siput dan terlampau sendu kelajuan itu. Lagi lah terasa malas kan? Tapi insyaAllah tahun ini Jijah akan usahakan untuk korang tidak berasa belog ini cukup sendu dengan ketiadaan update. Demi sesuap spagheti , haruslah kena gigih kan? Kalau tidak mana nak datang hasil kan? Hihiks.

Jadi agak-agak mana yang nak kena update dulu ni eh?








Itu hanya sikit-sikit saja acah-acah hint kan? Jadi dalam banyak-tak-banyak ni , korang nak Jijah update mana satu dulu? Kadang-kadang main redah ikut suka hati , ikut suka mood saja nak update mana dulu kan? Tapi sebenarnya gambar dekat atas tu , ada yang masih lagi baru dan ada juga cherita basi. Jadi hagak-hagak nak yang mana dulu? HAHAHA.

Mungkin ada juga nak tengok gambar-gambar Syarul Ridzwan & Mia Ahmad ketika shooting Hati Perempuan yang masih lagi berlangsung. Atau juga mungkin ada yang nak tengok gambar dan cherita prank untuk Surprised Birthday Party Meletop Syarul Ridzwan. (SYARUL LAGI?! HAHAHAH DIAMLAH!) Mungkin juga orang nak tengok gegambar Zul Ariffin ketika di Aeon Setiawangsa bersempena event Nescafe : Blend & Blew. Atau mungkin nak tengok gegambar Jijah makan kan dan itu salah satu gambar ketika makan yang paling senonoh Jijah ada. HAHAHAHA.

Banyak kemungkinan. Dan banyak juga kemungkinan yang Jijah akan gigih sangat-sangat nanti untuk update satu per satu kan? We will see how! HEHEHE. Jijah ni bukan boleh percaya juga kadang-kadang kan? Bila rajin memang bukan sehari satu update , tapi sehari dua tiga update kang! Tapi bila mood macam orang hormon tak stabil memang tak ada khabar berita langsung dalam belog ittuew! HAHAHA.

Hmm so agak-agak yang mana Jijah akan update dulu? ;)

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, February 9, 2015

Jangan Lupa Menonton Teman Lelaki Upahan Gandingan Hebat Elizad Sharifudin & Ungku Ismail Setiap Isnin - Khamis Jam 7 Petang Di TV3!

Siapa yang dekat sini pernah membaca novel Teman Lelaki Upahan hasil nukilan Azura Rasiddin? Kalau korang pernah membaca novel ini , pasti korang juga tidak akan melepaskan peluang untuk menonton drama adaptasi ini di slot Akasia bermula hari ini pada jam 7 malam hanya di TV3! Jijah juga sebagai seorang pembaca novel Teman Lelaki Upahan turut tidak sabar untuk menonton drama adaptasi ini.

Tambahan pula bila melihat barisan pelakon yang bukan calang-calang menambahkan lagi rasa kekuatan ingin menonton drama ini. Siapa barisan pelakon drama ini? Teman Lelaki Upahan diarahkan oleh Azma Aizaal Yusof dan membariskan barisan pelakon hebat seperti Elizad Sharifuddin , Ungku Ismail Aziz , Izara Aishah , Sharifah Alesha , Fazlina Ahmad Daud , Azhan Rani , dan ramai lagi. Bila melihat senarai nama pelakon pun sudah cukup menerujakan perasaan ini. Apatah lagi buat yang pernah membaca novel tersebut kan? Sekurangnya sedikit yakin bahawa drama ini bukan sekadar drama adaptasi semata sahaja. Malah tahu pengarahan Azma Aizaal Yusof bukan boleh dipandang enteng. Tambahan dengan barisan pelakon yang hebat sebegitu , haruslah semakin terkinja-kinja perasaan untuk menonton drama ini.


Barisan Pelakon Teman Lelaki Upahan!

Meh sini Jijah kasi sinopsis sikit untuk korang , terutama yang tidak pernah membaca novel Teman Lelaki Upahan ini. Bagi korang mood untuk petang ini katanya!

Sinopsis novel Teman Lelaki Upahan.
“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” - KYRA LYDIA
“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” - EL 
“Syarat? Syarat apa?” 
Syarat yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops, tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia.
Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.
“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you…  Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!”
Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?
Hah! Macam mana bila korang membaca sinopsis tersebut? Teruja ke tidhokkkkkk? Memandangkan Jijah tidak jumpa sinopsis yang pendek untuk drama ini , jadi Jijah tepek sinopsis untuk novel dulu okay? Hehehe. Bagaimanapun perasaan teruja tetap meluap-luap tak kira lah baca sinopsis untuk drama atau novel , dah nama pun adaptasi dari sebuah novel kan? HAHAHAHA. Lagi menambahkan perasaan teruja ini apabila Jijah ada melihat video di Instagram dari IG Elizad Sharifuddin dan Ungku Ismail Aziz yang manis-manis belaka. Terus perasaan nak mencakar lantai semakin berleluasa uols! HAHAHAHAHA.

Jijah dan cakaran tidak pernah berpisah kan? HAHAHAHA , haruslah dah kalau dua-dua sama-sama manis , sama-sama buat orang tersengih sampai telinga , gila tidak mencakar kan? Sebab itu semakin tidak sabar untuk menonton drama ini! Kalau baca novel pun dah kemain aku tersenyum tersengih , apatah lagi menonton drama ini nanti kan? Hihiks!

Bila dah kata mula nak mencakar semua , haruslah Jijah akan menjadi gigih untuk bertemu hero dan heroin ini kan? Bila dah gigih itu haruslah tetibe aje sesat ke Pesta Buku Selangor untuk bertemu dengan hero dan heroin Teman Lelaki Upahan ini tau! Bila masa Jijah tak gigih kan? Jom tengok gambarrrr!


Jijah bersama dengan hero TLU ; Ungku Ismail Aziz.


Jijah bersama dengan heroin TLU ; Elizad Sharifuddin.





Jijah , Ungku Ismail , Elizad Sharifuddin & Azura Rasiddin.

Nampak tak wajah kegigihan Jijah ittuew? Bila dia gigih , empatpuluhpatlapan kali snap pun tak pernah cukup katanya! HAHAHAHA. Bila lagi nak gigih kalau bukan sekarang kan? Tambah tengah mood berbunga-bunga nak menonton drama Teman Lelaki Upahan ini kan? Lagi lah dia punya gigih macam nak buat stok enam puluh tahun gegambar itu kan? HAHAHA. Seronok sebenarnya bertemu dengan mereka ini. Sangat friendly sangat humble dan sangat melayan kerenah Jijah yang bermacam-macam itu. Ingat senang ke orang nak layan peel Jijah yang kadang-kadang macam meminta disiku sajork kan? Ekekekekek.

Ada tak yang serupa Jijah tidak sabar dan begitu teruja menantikan drama ini petang karang? Kalau ada sila angkat kibod berjemaah! Eh? Hahahaha.. Memang agak lama juga menanti drama ini. Boleh tahan bersabar dan bertabah juga! Nasib Jijah jumpa video video manis tatkala drama dah nak bermula esok lusa kan? Kalau jumpa video manis tahap kencing manis potong kaki itu terlebih awal sebulan dari tarikh yang hendak ditayangkan mahu juga yang terpaksa berganti kuku setiap hari khen? HAHAHAHA.

Tulis panjang pun tak sukop kan? Nah ambil lagi satu video khas untuk korang semua yang bakal menonton drama ini petang nanti! Video ini memang diorang sendiri yang buat sendiri dan lihatlah sendiri betapa comel dan manisnya mereka berdua ini tau! Geram tau! Eh? HAHAHAHA.



Jangan Lupa Menonton Teman Lelaki Upahan setiap Isnin-Khamis jam 7 petang di TV3 bermula hari ini!

Hihiks! Memang comel sangat mereka berdua ini tau! Gambar sudah tengok , video ucapan mereka pun sudah tengok , jadi jangan pula lupa untuk menonton Teman Lelaki Upahan bermula hari ini di TV3 , jam 7 petang okay? Janji tau? Janji tau? Eh!

Sesiapa yang sudah membaca novel mesti tahu macam mana manis dan berlikunya kisah Kyra Lydia dan El ini. Seharusnya tak sabar bagaimana segala imaginasi dan bayangan bertukar menjadi kenyataan di layar mata kaca tv nanti. Ya , jujur aku memang tidak sabar kerana ingin sekali melihat apa yang telah di baca itu menjadi realiti kemanisan di dalam tv itu nanti. Dan aku percaya , manis-manis potong kaki itu pasti ada sama ada bersahaja atau spontan kan? Sebab itu perasaan tak sabar itu semakin melonjak-lonjak! Hihiks!

Jadi jangan lupa bermula hari ini Teman Lelaki Upahan gandingan hebat dan comel Elizad Sharifuddin & Ungku Ismail Aziz bakal menemani korang di slot Akasia jam 7 petang setiap Isnin-Khamis! Haruslah tak sabar untuk mencakar ditemani bekalan oksigen bertong-tong sementelah melihat video di IG yang manis-manis belaka ittuew! Ada yang teruja , eksaited dan tak sabar macam Jijah jugak tak? :p

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, February 5, 2015

Jijah Sasau?

Macam dah lama tak ada entri Jijah buat perangai kan? Atau Jijah lupa yang Jijah memang selalu buat perangai ni? HAHAHAHA. Agak-agak Jijah ada buat perangai yang terbaru tak? Rasa-rasa ada ke tidhokkk? Tapi rasa-rasa hati ini macam ada saja perangai terbaru Jijah kan?

Eleh , Jijah tu kekonon bebuat tak tahu lah kan? Kalau ada yang mengikuti Jijah di Instagram mesti tahu Jijah sedang sasau dengan siapa kan? Kalau Jijah dah start sasau , mula lah dia buat perangai macam-macam khen? Tapi tak adalah buat perangai pelik-pelik sampai orang lain takut kan! Kau gila ke haperrr? HAHAHAHA.

Sebenarnya sekarang tengah mood sasau dekat pelakon yang sedang meningkat naik namanya , Syarul Ridzwan. Dulu , tengok rerakan je menyasau , sekarang dengan aku sekali sibuk menyasau dan mencakar skrin henpon! Eh? HAHAHAHA.

Biasalah , bila tertengok gegambar di Instagram , terus macam eh eh eh? Cerita apa yang dia berlakon ni? Kenapa nampak macho habis ni? Kenapa mencakar habis ni? Kuku pelesu mana? Oksigen pulak mana ni? HAHAHAHA. Korang faham tak apa yang aku tulis ni? Memang rasa serba tak kena kau! HAHAHAHAHA.

Okay nampak tak cara menulis pun dah ada gaya sasau menyasau? Nak buat macam mana kan? Bila tengok saja gambar shooting Hati Perempuan yang ada dalam Instagram , memang terus diri sendiri mula terus sasau tahap kronik okay! Kenapa handsome sangat ni? Eh! hahahhahahahah.. 

Asyik tulis aje. Gambar mana gambar? Tak kan tak ada langsung gambar yang nak share dalam belog ni kan? Kau ghaserrrr? Nah amik sekeping dulu share gambar dengan Syarul Ridzwan khen! Jadi lettuew..


Bila Jijah buat perangai pose mendiva!

Ahaks! :p

Mana lah aku tak mencakar kalau begini rupa hensem si Syarul kan? HAHAHAHA. Jujur itu ajaib. Hai Syarul! Mana tahu awak masuk baca belog saya ni kan! Ewahhhh! HAHAHAHA. Yakin sungguh statement kau Jijah! Gahahahaha.

Saja warm up dengan gambar Tengku Zaril dalam Hati Perempuan yang bakal disiarkan di slot Akasia akan datang. Kasi korang mencakar sesipi dahulu sebelum terus naik gear 8 kan? HAHAHAHA. Sabar , nanti akan ada entri untuk Hati Perempuan. Tapi kena sabar dulu okay? Jijah pun rasa nak pengsan bangun pengsan bangun bila tilik balik koleksi gambar yang ada. Jangan risau , Jijah akan sharing is caring dengan korang nanti. Jangan risau sangat! Tahu dah , semua mesti sibuk nak tengok gambar kan?

Okay , macam dah berjela sangat entri ini dengan kisah kesasau-an Jijah kan! Mesti ada yang loya muntah dan pening bila baca kan? Amboi enak-enak sangat tau perangai memasing! HAHAHAHA. Jangan nak loya muntah dan pening sangat tengok kesasau-an Jijah! *pegang rotan* HAHAHAHA.

Mood Jijah pun macam baik aje , nah belanja sekeping gambar hero dan heroin Hati Perempuan , Syarul Ridzwan & Mia Ahmad :)


Suka ke tidhokkkk?

Tak sabarnya nak tengok Tengku Zaril & Yuhanis dekat tv nanti.

Sekarang pun dah mencakar teruk , agak-agak nanti patah seribu ke kuku-kuku pelesu aku ni kang? 

HAHAHAHA

okbai!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, February 4, 2015

Akan Datang : Drama Nasuha Menampilkan Tasha Shilla , Fattah Amin & Shah Iskandar Di Slot Ratu TV9 , Jam 8.30 Malam Bermula 10 Februari!

Sekali lagi Zeel Production bersama dengan pengarah tersohor , Shuhaimi Lua menampilkan sebuah drama yang menarik untuk tontonan korang semua. Sebuah drama yang bakal ditayangkan di slot Ratu ini pasti bakal menarik tangkai perhatian korang untuk menonton bersama keluarga yang korang sayangi.



credit to : Instagram Tasha Shilla Team :)


Drama apa yang Jijah maksudkan ini? Amboi , drama sungguh korang kan! Ke Jijah yang drama? Eh! HAHAHAHA. Drama yang Jijah maksudkan ialah Nasuha. Nasuha menampilkan barisan pelakon yang cukup dikenali oleh semua orang iaitu Fattah Amin , Tasha Shilla , Shah Iskandar , Faye Kusyairi dan ramai lagi. Menarik tak barisan pelakon drama ini? Haruslah menarik chuols! Tapi yang lebih menarik pastinya jalan cerita drama ini! Kalau pelakon saja menarik tetapi jalan cerita tak kuat pun tiada guna kan? Jom kita baca sinopsis dahulu!

Nasuha mengisahkan persahabatan akrab Nasuha dan juga Zahid. Hidup di dalam keluarga yang miskin banyak mengajarkan Nasuha erti ketabahan dan kematangan. Dan kerana itu juga, dirinya banyak dibantu oleh Zahid sejak kecil lagi. Sehinggalah satu insiden tragis yang meragut penglihatannya. Kerana keadaan keluarganya yang daif, Nasuha tidak mampu dirawat dan terpaksa menerima ketentuan dia akan menjadi buta dan tidak lagi dapat melihat keindahan dunia. Dalam meningkat remaja, Zahid memendam perasaan cinta terhadap Nasuha dan berharap Nasuha membalas cintanya. Zahid menerima seadanya Nasuha kerana kesucian hati Nasuha sudah menjadikan dia sempurna di mata Zahid. Namun persahabatan mereka tidak kekal lama. Kerana hutang bapanya yang tidak berbayar, Zahid terpaksa menyertai satu kumpulan gengster .Zahid tiada pilihan selain membiarkan dirinya ‘mati’ dan hidup sebagai Zack, seorang penjenayah. Kehilangan Zahid benar-benar member tamparan kepada Nasuha. Namun, kemunculan Irfan membuka hatinya tentang cinta. Marina, tunang Irfan cemburu melihat  Irfan yang selalu menemaninya di pasar. Kerana cinta yang tidak berbalas dan benci melihat Nasuha bersama Irfan, Marina mengupah Zack untuk membunuh Nasuha. Adakah Zack akan membunuh seseorang yang paling disayangi dalam hidupnya? Apakah segala rahsia ini akan terbongkar?
Bila Jijah membaca saja sinopsis drama ini , Jijah yakin ia sebuah drama yang berat serta sarat dengan emosi penonton kelak. Bila sudah bermain dengan emosi begini , Jijah percaya ia akan mencambahkan lagi minat korang untuk menonton. Terutama bila ia disiarkan pada setiap hari Selasa & Rabu jam 8.30 malam. Elok sangat lah tu kan? Tengah duduk nak rilek-rilek sambil menanti waktu tidur , layan dulu drama Nasuha kan?

Lagipun Jijah percaya dengan kredibiliti Shuhaimi Lua sebagai seorang pengarah , pasti banyak adegan yang bakal membuat korang sendiri akan ternanti-nanti dari episode ke episode seterusnya. Juga lakonan Tasha Shilla yang tidak pernah tidak bagus pasti menambahkan lagi minat korang untuk menonton drama ini nanti. Malah setiap pelakon dalam drama ini pasti mempunyai setiap satu tarikan untuk korang terus menonton drama ini sehingga ke penghabisannya nanti. Kan?

Meh sini , Jijah nak share beberapa keping gambar untuk tatapan korang semua. Mana boleh entri ini sepi tanpa sebarang gambar kan? Hihiks.









Hiks! Macam mana? Okay ke tidhokkkk gambarnya itu? Haruslah okay sajork kan! HAHAHA , apalah nasib korang asyik kena iya-kan saja apa yang Jijah tulis kan? Abaikan saja lah kan semua itu. Janji ada juga gambar untuk tatapan korang! Paling penting memang khas dan ekslusif untuk korang gittuew! Kerlast tak belog picisan ni noks sekalian? Hihiks!

Kasi gambar pun sudah. Kali ni meh kasi korang tengok video promo Nasuha pula. Kasi korang ambil feel sebelum bermula 10 Februari nanti. Okay?


Jangan Lupa Menonton Nasuha bermula 10 Februari ini setiap Selasa & Rabu jam 8.30 malam okay?

Amacam? Dah tengok gambar. Dah tengok video promo. Ada rasa teruja nak menonton tak? Harus ada kan! Jadi kalau ada yang tak sabar terutama bagi peminat para-para pelakon ini , kena lah setia menanti 10 Februari ini okay? Janji?! Hihihi. Okay last but not least , sekeping lagi gambar Jijah bersama tuan pengarah Nasuha ; Shuhaimi Lua.


Antara pengarah yang cukup humble yang Jijah kenali. Siap ajak lepak dan belanja makan selalu. Macam mana baik hati dan bermurah hati tuan producer HajiZil , macam begitu juga baik hati dan bermurah hati tuan pengarah , Abg Mie. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi belanja Jijah dan rerakan belanja makan tempoh hari. Semoga Abg Mie dimurahkan lagi rezeki dan semoga drama Nasuha ini juga bakal mencapai fenomena dan kejayaan luar biasa juga. Amin :)

Jadi , sekali lagi , jangan lupa pada 10 Februari ini okay? Untuk apa? Untuk saksikan episode pertama Nasuha di TV9 , jam 8.30 malam okay!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tentang Rasa

Ada tak masa dan ketika , 
Kau terasa sangat rapuh.

Tanpa sebab yang kukuh , 
Kau rasa rapuh sangat-sangat.

Sehingga kau tak sedar ada airmata yang mengalir. 
Sehingga kau tak sedar hati kau sudah cukup pedih , cukup perit dan cukup dengan tikaman luka yang tak terperi.

Itu rasa yang sedang aku rasa sekarang. Makin menjadi-jadi perasaan itu sekarang. Sehingga aku sendiri pun pelik dengan diri aku sekarang. Tak mungkin perubahan hormon semata-mata. Atau Allah sedang ketuk hati aku , untuk aku cuba muhasabah diri sendiri. Untuk berundur setapak , seketika. Dan renung dalam hati yang paling dalam. Untuk fikir kembali. Mungkin.

Kenapa rasa rapuh ini sering dihantui oleh aku sekarang? 

Terima kasih sudi baca entri ini :)