Home

Friday, August 4, 2017

Edisi Dah Lama Tak Menulis : What's Up?

Tiba-tiba rasa sedih dan syahdu betul bila melihat column tepi belog picisan ini. Kenapa pula Jijah nak bersedih berduka lara ni khen? Haruslah sedih melihat betapa sikitnya penulisan Jijah tahun ini. Cukup-cukup sikit untuk sepanjang beberapa tahun ini. Mungkin ketagihan menulis sudah tidak seperti dahulu. Yang tidak kira apa jua keadaan, mesti hendak menulis. Mesti hendak dititipkan di dalam belog ini supaya masa akan datang boleh kembali membaca dan tersenyum sendiri :')

Tapi malangnya , kegigihan seperti itu sudah jarang-jarang berlaku. Malah, jika berlaku, haruslah diri sendiri tertitis airmata syahdu kesyukuran khen? Kahkahkah. Kalau tidak ada coretan yang berbaur drama, memang tidak sah khen? Kihkih. Haruslah! Dah nama pun #DivaPora, haruslah drama sajork tulisannya. Erhiks.

Memandangkan sudah terlalu lama tidak mengetuk kibod, I guess sudah terlalu banyak cherita yang sepatutnya hendak dikongsikan di dalam belog picisan ini, terbiar begitu sahaja. Bukan disengajakan, tetapi memang sepanjang tahun 2017 ini diri sendiri sudah bingung untuk mencuri masa sendiri untuk mengetuk kibod. Selepas banyak kali tertangguh dengan jadual diri sendiri yang entah apa-apa sibuknya, terus terlupa dan dibiarkan begitu sahaja segala cherita yang ingin dikongsikan. Dan seterusnya memang malap terus perasaan untuk menulis.

Dan bila sesekali mencuri masa sendiri untuk mengetuk kibod belog picisan yang sudah bersawang ini, haruslah diri sendiri ini gigih berskala 10 khen? Bukan mudah untuk mencuri masa sendiri. I would prefer to have sleep all day daripada membuka laptop dan mengetuk kibod khen? Kihkih. Since, it's been a while tidak menulis dalam belog picisan ini, haruslah soalan yang diajukan kepada ummah pembaca as , how is everyone doing now? Ala-ala para pengacara bertanya kepada penonton yang sudah lama tidak ketemu khen? Haruslah perfeeling chuols!

My life? Tak ada apa-apa yang berbeza pun termasuk berat badan tak ada berbeza langsung. Makin tembam tanpa segan silu. Kejam betul lemak ni, asyik bertambah aje. Kahkahkah. Kalau korang ada follow Jijah di Instagram , disitu Jijah memang banyak update sama ada di Instagram atau di IG Story tentang kehidupan yang tidak berapa gah ini. Nothing's different pun, dahulu dengan sekarang. Tak ada yang menarik mana pun. Masih meminati Aaron Aziz. Masih suka makan. Perlulah cherita semua ini? Perlulah kot.

Cuma, ada satu perkara yang Jijah rasa July were one of the best MONTH so far. Korang rasa kenapa? Kalau yang follow Jijah di Instagram , boleh agak kot kenapa , erhehehe! Tak tahu nak cherita dan tulis bagaimana , but one thing for sure one of my craziest thing Jijah pernah buat adalah pergi Brunei balik hari just because untuk tengok face to face dengan prince charming , HRH Prince 'Abdul Mateen katanya. One of the craziest thing ever. Tak pernah terlintas nak buat kerja gila macam itu, but yes, I did by the way. HEHE.






Masih tidak boleh move on katanya. Iyelah, bila bertemu depan mata dengan orang yang kita minat, haruslah susah sikit nak move on. Lagi pula, HRH Prince 'Abdul Mateen bukan orang biasa yang senang nak jumpa. Bila dapat jumpa, terus rasa nak berguling sepanjang atas jalan di Brunei tu HAHAHAHA melampau! Walaupun macam angan-angan mat jenin katanya, but kalau sudah rezeki khen, mat jenin pun bertempiaran lari terkejut HAHAHA!

InsyaAllah, kalau dapat mencuri masa lagi, Jijah hendak menulis tentang pengalaman bertemu dengan seluruh kerabat diraja Brunei Darul Salam ini. Sebab ramai yang bertanya Jijah macam mana Jijah boleh bertemu dan berselfie dengan prince charming ini. Jadi, kalau ada kelapangan nanti, Jijah boleh lah berkongsi cherita ini kan? Antara pengalaman menarik bertemu sendiri di depan mata dengan Sultan Brunei , HM Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan kerabat diraja yang lain. Nanti Jijah cuba curi masa untuk menulis ya.

Bila sesekali tidak menulis, terus panjang berjela tulisannya kan? Hehehe, bukan selalu ada masa seperti ini sebenarnya. Dan walaupun post ini di publish pada 10 pagi, Jijah sebenarnya mengetuk entri ini pada jam 3 pagi. Bila tidur lebih awal, dan kemudiannya terjaga memang digunakan sebaiknya untuk ketuk kibod khen? Hihihi. Sekali sekala boleh lah begini. Kalau setiap hari bangun 3 pagi untuk mengetuk kibod, mahu lama-lama jadi rerakan panda kan!

Jadi, Ogos sudah memasuki hari ke-empat. How August doing, so far? Has it been good or bad? Bagaimana baik dan buruk sekalipun , always to tell yourself to always be positive no matter what. Mungkin pengakhiran yang kita inginkan tidak semestinya kita kecapi, but atleast kita survive juga dalam apa jua keadaan sekalipun kan? Have a good day everyone!

Terima kasih sudi baca entri ini.




Thursday, June 29, 2017

Edisi Dah Lama Tak Menulis : Ada Yang Rindu Tak?

Setelah enam bulan tidak mengetuk kibod dan menulis apa-apa dalam belog picisan ini, akhirnya jiwa Jijah kembali diseru untuk mengetuk kibod. Enam bulan yang sudah, diri sendiri terlalu sibuk mencari hala tuju diri sendiri. Terlalu sibuk dengan perkara yang lebih perlu didahulukan terlebih dahulu katanya. Tapi sebenarnya nak menulis semua ini kadangkala kena ada jiwa terlebih dahulu, barulah entri boleh buat orang lain terhibur khen? Ataupun Jijah saja yang acah-acah orang lain terhibur khen? Kikiki.

Bila sudah terlalu lama tidak menulis, mula lah diri sendiri jadi blank sekejap tak tahu nak menulis apa khen? Tapi tehtap juga nak kasi belog picisan yang sudah bersawang ini berupdate khen? Iyelah mana tahu ada juga yang ternanti-nanti kita update belog khen! Kahkahkah sediakan baldi segera! HAHAHAHA.

Okay sekarang idea sudah kering. Cukuplah sampai disini dahulu. Nah, kasi sekeping gambar untuk tatapan engkorang semua. Rindu ke tidhok kekdahnya? :p





Tudung : Lush Chiffon Floral by Diyana Halik
Baju : Beli kain dekat Jakel sajork!


Terima kasih yang sudi baca entri ini :)

Wednesday, January 11, 2017

Slot Zehra : Jejak Karmila Lakonan Fauziah Dato Ahmad Daud & Mia Ahmad Setiap Rabu - Jumaat Jam 9 Malam Di TV3!

Untuk tahun 2017 ini , Jijah hendak mengajak engkorang semua menonton drama terbaru di slot Zehra yang disiarkan di TV3 iaitu Jejak Karmila. Jejak Karmila diarahkan oleh pengarah tersohor , Murali Abdullah dan skripnya pula ditulis oleh Marr Mohamad. Drama ini mempamerkan barisan pelakon yang gah-gah belaka. Tak percaya? Jejak Karmila dibarisi pelakon Fauziah Dato Ahmad Daud , Mia Ahmad , Ruhainies , Asyraf Aley , Amy Mastura , Johan As'ari , Fauziah Nawi , Wan Sharmila dan ramai lagi.

Jijah sedikit teruja untuk menonton drama ini memandangkan banyak nama-nama besar yang turut berlakon dibawah terbitan Zeel Production ini. Untuk pengetahuan korang juga, drama ini akan mula ditayangkan bermula 11 Januari iaitu hari ini. Jejak Karmila akan bersiaran di slot Zehra setiap hari Rabu sehingga Jumaat pada jam 9 malam.



Korang pun mesti teruja juga untuk mengetahui bagaimana pula jalan cerita bagi drama Jejak Karmila ini kan? Bagaimana pula genre bagi drama ini kan? Dah , tak payah hendak pening-pening. Meh Jijah kongsikan bersama korang sinopsis bagi drama ini.

Jejak Karmila mengisahkan keteguhan cinta Karmila terhadap Karim (lakonan Johan Asaari) yg merupakan anak kepada hartawan Hamidah (Fauziah Nawi). Karmila menyara hidup dengan bekerja sebagai pembantu rumah di rumah keluarga Zaidi. Siapa sangka, Zaidi dalam diam menyimpan perasaan terhadapnya. Kerana cinta, Karmila berhenti kerja dan ingin berkahwin dengan Karim atas dasar cinta. Namun, hubungan itu ditentang oleh Hamidah. Karim yang benar benar mencintai Karmila memilih untuk keluar dari rumah dan mengahwini Karmila. Hidup mereka bahagia bersama dua orang anak, Suraya dan Nonie. Sementara Zaidi juga sudah berkahwin dengan Aniza dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Haikal dan sedang hamil anak kedua. 
Namun, cinta yang bersemi tak menjanjikan kebahagiaan. Karim yang awalnya suami yg bertanggungjawab bertukar sikap apabila mula menjebakkan diri dalam berjudi dan mabuk. Hal itu membuatkan Karmila sangat kecewa. Kerana tidak mampu membayar hutang judi, Karim dikejar dan dikehendaki untuk dibunuh. Suatu hari, ketika melarikan diri daripada hutang judi, Karim tanpa sengaja melanggar lari Aniza yang sedang hamil mengakibatkan anaknya gugur dan Aniza lumpuh separuh badan. 
Karim pulang ke rumah dan terkedu saat mengetahui gangster judi mula mengepung rumahnya. Tiada pilihan lain, gangster judi inginkan anaknya , Suraya yg baru berusia 10 tahun sebagai taruhan pemuas nafsu binatang mereka. Kerana takut dan diugut, Karim cuba memberikan anaknya sendiri kepada gamgster judi. Dan kerana terpaksa setelah sekian lama menderita, Karmila membunuh suaminya demi melindungi Suraya. Karmila akhirnya ditahan polis dan dimasukkan ke dalam penjara dan dijatuhkan hukuman 20 tahun. Anak anaknya, Suraya dan Nonie tinggal bersama Hamidah. Namun Hamidah mendera dan mengabaikan mereka hingga akhirnya Nonir diculik penjahat. Suraya pula dihalau keluar dari rumah. Hamidah berdendam kerana Karmila telah membunuh satu satunya anak tunggalnya. Nonie yang diculik cuba melepaskan diri. Ketika van yg membawanya berhenti di satu simpang jalan, dia keluar dan bersembunyi. Takdir menemukan Nonie dengan Zaidi. Zaidi membawa pulang Nonie ke rumah dan berniat hendak menjaganya demi merawat luka hati Aniza yang kehilangan anak. 20 tahun berlalu, Karmila kini dibebaskan. Dia nekad keluar untuk menjejak anak anaknya semula. Sepanjang 20 tahun di dalam penjara,Zaidi tak pernah mengabaikannya kerana Zaidi tahu daripada satu sumber Nonie adalah anak kandung Karmila. Dan kerana itu, dia mahu mengahwini Karmila. Sementara Suraya kini menjadi seorang wartawan jenayah. Konflik bermula apabila Nonie mencintai abang angkatnya sendiri, Haikal yang sudah pun jatuh hati dengan Suraya. 
Apakah nasib 3 beranak itu? 
Dapatkah mereka bertemu? 
Hati siapa yang akan terluka di dalam konflik cinta 3 segi antara Haikal- Suraya?


Bila kasi sinopsis terus kasi sinopsis panjang berjela khen? Engkorang jangan skip membaca pulak. Nanti sibuk tanya , cerita ni pasal apa...kenapa jadi macam tu..apa kaitan...kannnn? Orang suruh baca tak nak baca puleeeeks! HAHAHAH tiba-tiba membebel!

Jijah pasti dengan nama-nama besar yang membintangi drama ini dan ditambah pula dengan jalan cerita yang menarik pasti akan membuat engkorang semua menjadi tidak sabar untuk menonton khen?

Meh Jijah kasi video teaser untuk engkorang semua bersemangat menonton malam karang!


Kalau dilihat pada sinopsisnya dan juga pada video teasernya , kita boleh nampak yang jalan ceritanya tampak berbeza daripada kebiasaan drama yang kita tonton. Terdapat unsur kasih sayang , pengorbanan , cinta serta konflik-konflik yang bakal mewarnai drama ini sendiri. Ada tak yang sudah tidak sabar untuk menonton drama ini?

Hah! Kalau tak sabar , engkorang semua jangan lupa untuk menonton drama Jejak Karmila ini bermula malam ini di TV3 jam 9 malam okay? Jijah percaya drama ini tidak akan menghampakan semua yang menonton. Tambah pula barisan pelakon yang hebat dan diarahkan oleh pengarah yang sentiasa menghasilkan drama yang terbaik. Jadi, jangan lupa okay? Lepas itu kita sama-sama tweet di Twitter dengan hashtag #JejakKarmila okay? 

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, January 2, 2017

Minggu Akhir Lara Cinta Ameena : Apakah Pengakhirannya?

Korang semua tu tengah buat apa tu? Kalau yang tengah bercuti tu , ehems macam Jijah khen , selamat bercuti dan beristirehat. Sesambil bercuti dan beristirehat tu, mehlah membaca entri ini sampai habis khen? Kikiki. Kalau korang masih ingat , Jijah pernah menulis tentang entri Lara Cinta Ameena kan? Kali ini Jijah tulis lagi untuk memberitahu korang semua yang minggu ini adalah minggu terakhir drama Samarinda yang diarahkan oleh pengarah tersohor Shuhaimi Lua Abdullah. Sekejap aje masa berlalu khen? Tengok-tengok sudah hendak sampai ke episode minggu kemuncak!

Kalau yang mengikuti drama Lara Cinta Ameena ini mesti sudah tidak sabar untuk mengetahui apakah pengakhiran dan kesudahan drama ini kan? Sama juga seperti Jijah yang tidak sabar untuk menonton episode kemuncaknya. Almaklumlah drama ini memang penuh dengan emosi disetiap episodenya. Jadi haruslah perasaan tidak sabar untuk mengetahui kemuncaknya semakin mencanak-canak kan? Hihihi.

Bawa bertenang dahulu. Kita layan gegambar yang mana ada dulu. Untuk hilangkan perasaan debaran dan mencanak ittuew katanya!






Gambar pun sudah diberi untuk tatapan pembaca belog picisan Jijah khen? Juga untuk penonton drama Lara Cinta Ameena khususnya. Kali ini pula , Jijah nak berkongsi dengan korang video promo minggu terakhir Lara Cinta Ameena. Bukan apa , Jijah nak berkongsi dengan korang perasaan berkobar-kobar bersama-sama. Biasalah , bila menuju ke episode akhir memang semakin banyak lagi kisah yang bakal dibongkarkan untuk sampai ke episode terakhir. 

Dah , tunggu apa lagi. Tekan sahaja button play itu dan layan teaser bagi minggu terakhir ini. 



Baru tengok video teaser tapi perasaan sudah terasa bagai disiat-siat khen? Kalau yang menonton drama ini pasti tahu bagaimana turun dan naik emosi dan perasaan sepanjang menonton kan? Tambah lagi naik emosi bila melihat teaser video minggu akhir ni kan? Kikiki. Biasalah tu , kalau tak ada emosi sehingga ke episode kemuncak , tak ada lah seroniok menonton drama kan!

Jijah tahu , mesti yang mengikuti drama ini sudah tidak sabar-sabar menanti apakah kesudahan yang bakal ditempuhi Ameena kan? Kalau korang semua nak tahu , korang kena tengok episode 13 malam ini sehingga episode terakhir Rabu nanti okay? Segala yang tersurat dan tersirat pasti akan dibongkarkan khen? Dah nama pun menjelang ke episode akhir haruslah dramanya akan menjadi lebih menarik! Lagi pula , barisan pelakon yang semuanya berbakat menaikkan lagi perasaan untuk menonton kan? Hihihi!

Korang jangan lupa okay , untuk menonton kesemua episode bermula malam ini di TV3 pada jam 10 Malam sehingga ke episode terakhir pada Rabu nanti tau? Jangan lupa juga untuk tweet di Twitter dengan menggunakan hashtag -- #LaraCintaAmeena ok? Kita kasi tweet banyak-banyak tau!

Siapa layan drama ini dari episode 1? 

Terima kasih sudi baca entri ini.