Home

Friday, January 3, 2014

Entri Pertama 2014.

Assalamualaikum 2014.

Akhirnya Jijah berpeluang juga untuk mengetuk kibod untuk mengupdate entri terbaru tahun 2014. Setelah tiga hari menyusuri tahun 2014 , dapat juga Jijah mengetuk kibod. Memang kebizian sukar untuk ditepis buat masa sekarang. Tak terdaya nak menepis buat masa sekarang. Tak mengapalah , untuk seketika ini redho sajork dengan segala kebizian ini kan? HEHE.

2013 telah berlalu meninggalkan 1001 bermacam kenangan yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Ada suka , ada duka berselang seli dengan seribu macam rasa yang bertandang dalam hati dan perasaan. Memang benar 2013 bukan tahun yang mudah buat aku. Tahun 2013 tahun yang paling banyak mengajar aku tentang erti kehidupan yang benar-benar kehidupan. Mungkin juga tahun yang mematangkan aku dalam pelbagai benda dalam banyak segi. Sesuatu yang sangat bukan mudah. Tambahan lagi jiwa sangat senang rapuh bila terjadi macam-macam. Di situlah bermula untuk menguatkan lagi jiwa dan perasaan untuk menjadi lebih kurang. Ya benar, segala pancaroba yang datang menjadikan jiwa dan perasaan aku menjadi lebih kuat. Mungkin. Ada juga rapuh tika-tika nya. Tapi sekarang jiwa dan perasaan lebih kental. Kononnya. HEHE.

Namun walau serapuh mana pun perasaan aku , walau selemah mana jiwa dan raga aku , walau sepayah mana dugaan tersebut dan walau seberat macam mana sekalipun pancaroba yang hadir dalam kehidupan aku , aku sangat-sangat bersyukur 2013 berjaya dihadapi dengan perasaan yang tenang dan berjaya dihadapi dengan baik sekali. Alhamdulillah. 2013 mungkin juga tahun yang aku cuba memperlahankan apa yang selalu aku lakukan dan cuba memulakan sesuatu yang baru yang mungkin tak pernah sekalipun aku terlintas untuk melakukan. 

Itu cherita mengenai 2013 yang sudah tiga hari berlalu meninggalkan aku. Mungkin aku juga perlu berazam untuk menulis dengan lebih kerap pada 2014 ini sebagai menjadikan azam baru? Mungkin perlu. Tiba-tiba buat soalan dan jawapan dalam entri pertama kan? HAHAHA. Suka cari pasal kan? Ekekeke. 2014 ini mungkin fokus aku hanya satu , iaitu untuk mengembangkan bisnes kecil-kecilan aku dan keluarga iaitu Popia Roll Mini. InsyaAllah dengan semangat yang semakin hari semakin membara serta sokongan daripada teman rapat dan orang sekeliling membuatkan aku semakin bersemangat untuk meneruskan perniagaan Popia Roll Mini ini. Semoga berkat usaha , sokongan dan jua doa kalian juga akan memberikan hasil yang terbaik untuk Popia Roll Mini ini. Amin. InsyaAllah.

Maka tiga hari sudah berlalu dalam 2014 , agak-agak apa lagi azam 2014 aku? Entah. Aku tak suka meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Sebab aku takut nanti aku yang kecewa teruk bila aku tak berjaya mendapatkannya. Sometimes, less is more. EH ada kena mengena tak? HAHAHA aku pun tak pasti apa yang ada kena mengenanya. Ekekeke. 

Oh banyaknya Jijah menulis hari ini kan? Memang bebetul lepas geram mengetuk kibod kan? Sementelah sekian lama tidak mengetuk kibod katakau! Jijah rasa macam sudah tidak terdaya lagi untuk mengetuk kibod lagi. Maka seperti biasa , sebelum mengakhiri entri pertama untuk tahun 2014 ini , lagi afdhol kalau letak sekeping gambar kan? Hiks.


Gambar 2014 di hari yang pertama.

Hello 2014 , 
Semoga terus membawa kebahagiaan , kegembiraan dan kejayaan untuk diri sendiri.

Bye-Bye 2013 ,
Terima kasih untuk segala kenangan pahit dan manis. Segala kenangan yang hadir tetap menjadi cikgu terbaik untuk kehidupan akan datang.

BYE.

Terima kasih sudi baca entri ini :)