Home

Thursday, December 26, 2013

Lagu Berhantu , "Salahkah".

Sekarang macam tengah tersampuk dengan satu lagu OST sebuah drama di Astro Mustika HD , iaitu OST Bukan Kerana Aku Tak Cinta nyanyian Hafiz dan Dato' Rossa iaitu Salahkah. Mula-mula dulu dengar terasa macam tak masuk dengan jiwa sendiri katanya walaupun berentak perlahan. Tapi bila radio asyik pasang lagu tersebut berulang kali dan rakan sekeliling jua asyik menyanyi bagai nak rak lagu tersebut , memang diri sendiri terus tersampuk dengan lagu Salahkah itu. Eh salahkan rakan sekeliling pula kan? HAHAHA.

Memang lagu tersebut dan lirik dia bila dengar banyak kali kemain lagi si Jijah menyanyi sakan dekat mana-mana kan? Haruslah uols! HAHAHAH. Feeling-feeling jadi Hafiz kekadang , jadi Rossa pun iye jugak. Walaupun suara sendiri tak ada semenggah mana pun kan? Tapi konpiden kena ada katakau! HAHAHAHA. 

Jom lah layannnnn jugak..




Hafiz
Salahkah ku bila mencintamu sepenuh hati
sedang ku tahu pasti keluarga tak merestui 

Rossa 
Biarkan dunia berputar seiring waktu berjalan
sampai saat nanti tiba
waktu merestui cinta yang terlarang 
untuk kita berdua  

Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua  

Hafiz
Dari situ ku sedari mungkinkah saat nanti
cinta kita berdua bisa ku miliki  

Salahkah ku bila mencintaimu 
mencinta sepenuh hati  

Rossa + Hafiz
Biarkan dunia berputar seiring waktu berjalan
sampai saat nanti tiba
waktu merestui cinta yang terlarang 
untuk kita berdua  

Rossa
Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua 

Hafiz
Dari situ kusedari
Mungkinkah saat nanti
Cinta kita berdua bisa kumiliki

Salahkah.. salahkah
Salahkah.. salahkah ku..

Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua 

Dari situ kusedari
Mungkinkah saat nanti
Cinta kita berdua bisa kumiliki

Nampaknya memang berhantu betul lagu Salahkah ini. Tambahan pula gabungan padu suara merdu Hafiz dan Dato Rossa menambahkan lagi lagu ini untuk menjadi lagi berhantu. Amboi kan? HAHAHA. Memang padanan suara mereka berdua membuatkan Jijah tak berhenti ulang lagu ini katanya. Padahal masa mula-mula dengar macam tak masuk dengan jiwa katakau! Lepas itu yang beriya-iya dengar sampai tak tahu lah dah tertusuk dalam jiwa ke acaner tu kan? HAHAHAH.

Eh tiba-tiba rajin lagi update belog khen? Ehems. Bila datang mood rajin tak perlu dipaksa katanya. Memang terus rajin gituh. HAHAHA. Itu masa tengah rajin lah kan. Tengah tak rajin , walau tak ada kerja hakiki pun tetap jua tak rajin kan? Nak buka netbook pun malas katanya. Gittuew.

Rasanya sampai sini dahulu Jijah mengetuk kibod. Makin panjang , makin merapu entri ini nanti katanya. Lagi bagus berhenti mengetuk kibod sebelum menjadi lagi merapu etnri ini khen? HAHAHA. Tapi sebelum itu Jijah nak tepek sekeping gambar dulu. Macam biasalah khen Jijah? Sekeping sajork!


Jijah bersama dengan ahli kumpulan yang bersama-sama menjayakan konsert dalam kereta katakau ; Mirus & Mubarak.

HAHAHAHAHA , maafkan dengan kesewelan kami. 

Kami memang begini :p

okbye!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, December 25, 2013

Enam Hari Sebelum 2014.

Hati bagai tergerak untuk mengupdate belog pada ketika semua orang bercuti dan bergumbira bersama ahli kelorga. Amboi mukadimah bukan main berbunga-bunga bahasa kan? HAHAHA. Ya , memang tiba-tiba terasa untuk mengupdate belog pada hari ini. Rasanya bulan ini paling pasif sekali untuk mengupdate belog. Padahal bukan tiada cherita untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca belog picisan ini khen? Gittuew.

Memang masa dan kesempatan terasa semakin hari semakin sempit untuk mengetuk kibod. Memang cukup bertuah andai dapat mengetuk kibod tatkala sedang sibuk dengan urusan duniawi dan lagho. Amboi! Jujurnya memang sekarang terlampau sibuk sehinggakan tidak sempat langsung untuk membuka netbook apatah lagi untuk mengetuk kibod kan? Sadis pula rasa. Tapi demi sesuap spagheti , redho sajo dengan semua ini. Eceh.

Sedar tidak sedar , 2013 yang penuh kisah suka dan duka ini bakal ditinggalkan tidak lama saja lagi. Memang tak percaya yang kita semua sudah berada di penghujung 2013 tapi bila tengok balik kalendar , ya memang betul kita sudah di detik penghujung 2013. Masa yang berjalan terlalu pantas sampai diri sendiri pun kadangkala tidak sedar. Atau selalu sangat tak sedar diri? EH! HAHAHAHAHA. 

Makanya ada lebih kurang enam hari lagi sebelum memasuki tahun 2014. Seperti sediakala , Januari sentiasa menjadi bulan paling digemari. Tak payah tanya sebab apa. Sebab itu bulan kelahiran kan? Mesti dan wajib digemari walaupun semakin meningkat usia semakin kabur ada apa dengan tarikh hari jadi kan? Eceh , gaya tulis macam dah berusia 60 tahun sangat kan? Padahal 20 tahun pun tak cecah lagi ni. Hihihi. 

2014 bakal tiba dan 2013 bakal meninggalkan kita semua. Mungkin jika rajin ada entri khas mengenai cheritera tentang kehidupan 2013 aku. Itu jika rajin. Jika tidak rajin , ehem , terus cherita pasal 2014 sajork lah kan? HAHAHA. Cuma apa yang boleh aku tulis sekarang , 2013 terlalu banyak suka dan duka , turun dan naik keadaan diri aku. Emosi sering tercabar dan dicabar dengan perkara paling remeh dan perkara paling hebat dugaannya. Namun Alhamdulillah , segalanya berjaya ditangani dengan baik. Mungkin 2013 bukan tahun yang bertuah seperti selalunya tapi 2013 membuka mata aku melihat siapa yang benar-benar sayang aku dan siapa yang hanya sayang aku bila perlu saja. Alhamdulillah , Tuhan membuka mata dan hati aku. Syukur.

Banyak pula aku menulis dalam entri kali ini. Mungkin melepas perasaan setelah sekian lama tidak mengetuk kibod. Akhirnya dapat jua peluang walaupun sedikit cuma. InsyaAllah jika mempunyai masa lagi , aku akan berusaha untuk mengupdate lagi dengan lebih gigih. Mungkin aku perlu mengatur masa aku dengan lebih bijak supaya belog aku tidak lagi dilanda kesenduan dan bersawang kan? HEHE.

Mungkin aku boleh kasi teaser terlebih dahulu untuk cherita yang bakal menyusuri dalam belog ini akan datang.


Preview Filem Balistik.

InsyaAllah soon , Jijah akan kasi review beserta gambar-gambar okay?


Projek Amal Banjir Love Zara Zya FC.

Juga akan cuba mencuri masa untuk mengetuk kibod untuk berkongsi gambar dan cherita semasa Projek Amal Banjir tersebut berlangsung.


Sekarang kasi teaser gambar dua keping sahaja dulu. Jika berkesempatan , dalam minggu ini Jijah akan cuba untuk mengetuk kibod sepantas mungkin untuk berkongsi cherita bersama korang okay? Harap-harap ini bukan janji kosong tapi pasti! HAHAHA. Maklumlah , kadangkala bila hendak seragamkan segala benda untuk satu entri itu bukan mudah. Tambah bila kita ada kerja sampingan lain yang lebih penting kan? Gittuew. Suka betul menjelaskan keadaan walaupun orang macam kisah sangat pun kan? HAHAHA.

Rasa seronok bila dapat mengetuk kibod walaupun isi dalam entri ini memang sangat bercelaru khen? Macam ala-ala segala teaser tentang entri akan datang Jijah letak sekali harung kan? HAHAH. Konsepnya ini belog aku , ini suka hati aku lah kan? HAHAHA. Konsepnya memang suka hati sangat. Tapi memang seronok bila dapat mengetuk kibod. Rasa macam segala lelah yang bertandang dalam hati dilepaskan sekali harung bila mengetuk kibod. HEHE. Amboi bunga-bunga bahasa kembali lagi kan? HEHE.

Okay sebelum Jijah titik-noktahkan entri ini , Jijah nak tepek sekeping gambar. Jijah memang begitu kan? Bila kasi banyak gambar , habis sampai juling mata Jijah tepek kan? Bila sikit , memang bebetul sikit kan? HAHAHA. 


Jijah & Zara Zya selepas di Anugerah Skrin tempoh hari.

Belog kita , memang tugas kita menayang gambar-gambar yang kita ada lah kan?

EH!

BYEEEEEE.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, December 19, 2013

Selepas Sebulan , lagi?

Rasanya sudah hampir sebulan belog picisan ini sunyi dan sepi tanpa sebarang update yang terbaru kan? Memang keadaan sangat tidak mengizinkan untuk mengetuk kibod dalam kadar seperti sebelum ini. Akhirnya Jijah berjaya mencuri masa sendiri untuk mengetuk kibod. Kalau tidak memang sibuk mengabadikan diri dengan perkara lain yang tidak berkesudahan katanya. Mampoooo mengabadikan diri terus? HAHAHA.

Dalam masa sebulan ini , ada macam-macam cherita , ada macam-macam kisah yang kononnya nak dikongsikan bersama. Kalau masa berjaya di curi lagi , haruslah belog ini kembali meriah dengan macam-macam gambar katanya. Gittuew kan? Iyelah memang kebelakangan ini ada banyak event yang sempat Jijah pergi namun masa sangat tidak mengizinkan untuk Jijah berkongsi dalam belog ini. Hanya sempat berkongsi dalam Instagram saja katanya. Itu pun kadang-kadang bukan semua mampu untuk diupload kan? Lagipun feeling bila menulis dalam belog lain berbanding upload dan tulis dalam Instagram saja. Kemain Jijah cerewet kan? HEHEH.

Sebenarnya tak tahu nak tulis apa dan nak tulis apa lagi. Sebab rasa macam blank semacam tak tahu nak tulis apa lagi. Jarang betul perasaan ini terjadi tapi ini yang terjadi sekarang. HAHAHA , ayat kemain berpusing sana berpusing sini. Memang layak di tampar sebenarnya Jijah ini kan? HAHAHA. Mungkin sebab dah lama tak ketuk kibod , mula lah idea nak menulis pun berkurangan sama kan? Alasan semata-mata kan? HEHE. Tak apa , lepas-lepas ini akan ada lebih banyak masa , insyaAllah , hari-hari bakal ada update tentang cherita basi katakau! Basi-basi pun gambar-gambar yang bakal dikongsi sangat menarik okay? HAHAHA. Gituew kan! Riak sangat statement kau Jijah! HAHAHAHA.

Rasanya Jijah hendak noktahkan penulisan Jijah sampai disini dulu. Tapi sebelum itu nak berkongsi sekeping saja gambar. Sekeping saja dulu sudah cukup. Banyak-banyak nanti orang meluat kan? HAHAHA. 


Macam dah lama Jijah tak bergambar dengan Aaron Aziz khen?

HAHAHAHA.

Statement minta di tampar lagi.

OKBAI.

Terima kasih sudi baca entri ini :)