Home

Friday, September 30, 2011

Apa Kesudahan Drama Stanza Cinta Lakonan Fizz Fairuz , Fatiya Latiff dan Aaron Aziz?

Ahad ini merupakan episod akhir drama berbentuk Islamik iaitu Stanza Cinta. Kalau korang perasan aku memang sudah menulis tentang drama Stanza Cinta tatkala drama itu belum di tayangkan. Aku juga ada membuat review tentang novel Stanza Cinta yang di hasilkan oleh Nurull Halawati dan memang drama ini di adaptasikan daripada novel tersebut.

Aku memang follow drama ini since episode pertama lagi dan siap download lagi tau setiap episode drama ni. Hihihi. Nampak tak gigih betul aku di situ? Tak nampak , ahh tak kisah lah. Haha. Aku tahu mesti ramai cakap drama ini biasa-biasa aje dan ada sesetengah pelakon di dalam itu berlakon err agak kayu begitu? Uwww , aku tak nafikan tentang itu , hikhikhik. Tapi apa yang aku suka tentang drama ini ialah mesej yang di sampaikan dalam drama itu katanya. Lagipun drama ini kan berbentu Islamik dan ada juga mesej-mesej dalam drama terkesan di dalam hati. Cuma itu lah , kadang-kadang drama ini macam laju betul jalan cerita dia. Tak gitu? Heh.


Jadi , Ahad ini merupakan episode terakhir dan aku sudah semesti nya tak sabar nak tahu apa kesudahan nya. Cehh , padahal sudah tahu pun apa yang akan terjadi nanti. Ngeee. Kalau sesiapa yang baca novel pun mungkin dah boleh agak apa yang bakal terjadi. Tambahan siapa tengok trailer untuk episode terakhir di TV3 pasti dah boleh agak apa yang akan terjadi. Uish , aku yang tengok pun dah sakan menjerit ok? Heh. Mesti Ahad nanti air mata mengalir dengan deras punya. Cehh , over betul kan? Ngeee.


Tak sangka dah sampai ke hujung pun drama ni. Dulu masa pergi tempat shooting Stanza Cinta , punya aku , geng aku dengan Fizz duduk mengira bila episode akhir. Ekekekek , sekali Ahad ni dah episode akhir? *peluh* Ehem , tadi ada check folder picture , ada sesetengah gambar tu tak tayang pun lagi dalam belog ni. Jom layan gambar!




sila cari apa persamaan Dua Hero Stanza Cinta ini yuolz?
ok tetibe.


baru lepas kena bebel dengan Fizz sebab nak ambik gambar muka dia yang ala-ala comel kelakar itu. wakakaka.

dah macam pakai kerongsang pulak aku letak watermark macam gitu. ekekekek. ampunn Fizz.


maintain hensem kan noks?
err.



rumah Taufik Imran. 
hiks.


masa ini kan ... masa ini kan ... aku punya tangan sangat menggigil.
dan aku ingat lagi aku ambik gambar pun terketar-ketar macam nampak hantu -____-'

kredit pic utk gambar Aaron yang jelas dan nyata :: Kak Fieza

Hahah , baru perasan banyak jugak gambar tak tepek lagi. Mesti kes aku menggigil hari tu sampai lupa nak tepek gambar banyak-banyak. Keh keh keh. Tahu tak kes menggigil aku? Tak baca lagi? Baca dekat SINI okeh tapi sila jangan gelak kan mek yang macam-macam kes waktu itu. Hakhakhak , aku pun malu nak baca sekali lagi weeeeh! -___-' 

Tak sabar sebenar nya nak menanti kan Ahad ini untuk menyaksikan episode akhir. Sebab aku pasti akan meleleh tengok episode akhir itu nanti. Aku pun meleleh air mata masa baca novel ending dia tahu? Boleh tahan emo jugak bila baca ending dia. Hiks. Jarang sebenar nya novel-novel yang boleh buat aku menangis , tetapi novel Stanza Cinta berjaya jugak buat aku menangis. Ngeee. Harap-harap drama dia nanti pun boleh kasi feel yang sama lah khen? Gitueww.

Ngeee terpanjang pulak entry kali ini. Eh bukan selalu ke panjang entry aku? Hahahahaha. Dah kata episode akhir kan Stanza Cinta? Baik aku tepek siap-siap gambar masa pergi tempat shooting hari tu. Kang aku letak lepas ni korang muak pulak. -____-' Eh ada lagi gambar yang tak tayang lagi. Jom tengok gambar-gambar ni sampai pitamz! Ceh.



kredit pic : Kaka Ekah.

surprised untuk aku kata Kaka Ekah dan Kak Fieza.

ngeh. Aaron kasi ucapan dalam novel Stanza Cinta aku.

hahahah , harus kalau aku ada anak nanti mesti pelik apasal pesanan Study Hard -.-' Iyelah beli novel zaman nak exam kan? macam gituew lah ucapan nak oii. eh feeling dah? -.-'


Woah , banyak pulak gambar kan? Takpe tak lari lagi tajuk. Masih lagi berkaitan Stanza Cinta dan aku tahu nanti orang akan komen gambar-gambar aje. Itu pasal aku malas nak tulis sangat. Keh keh keh. Btw , aku agak hangin jugak bila sesetengah orang tak rela kata nya tengok watak Irfan which is Aaron akan mati nanti , uiks , kantoii. Bagi aku kot iye awak peminat Aaron , terima aje lah apa ending nya nanti ye? Punya gigih Aaron suruh korang tengok drama itu tapi boleh nak hentak kaki sesetengah orang itu sebab watak Aaron bakal mati kata mereka. Mujur dah nak last episode baru nak di mati kan kot? Opps. Gigih jugak aku ambik video untuk Stanza Cinta TV3 yuolzz walau gigil-gigil nak pergi dekat Aaron. Hakhakhak *lempang*

Begitu lah. Apa-apa pun , Jangan Lupa Saksikan Episode Akhir Stanza Cinta di TV3 , Jam 9 Malam untuk saksikan kesudahan cinta 3 segi antara Irfan - Amni - Taufik nanti. Fuhh , gigih aku peromot ni wehhh. Ngeee. Ehem , korang pernah tengok Stanza Cinta? Aku? Tengok dan siap download lagi. Okbai.


last but not least.

gambar ni memang aku tak pernah tunjuk lagi dekat dalam belog.

ngeee selepas kejadian terhantuk kepala. choii.

jeles tak ? jeles tak? dah tak payah nak jeles. -.-'


p/s: aku try buat watermark sendiri yang baru. ngeee. tapi hasil dia sangat nan hado. kena belajar lagi dengan kaka Ayu la. ngeee. watermark kaka ayu yang di beri secara percuma itu akan aku guna jugak. ini saja menggedik nak letak butterfly bagai. choii sangat aku ni. -.- hiks.

p/s lagi :: kalau terasa tak suka dengan entry ini yang penuh dengan gambar Aaron Aziz ke , Fizz ke atau apa sahaja , please lah jangan baca. buat dosa kering aje menyindir aku dan mengumpat aku belakang aku kan? tak suka buat gaya tak suka ok? okbai.


Terima kasih sudi baca entry ini :)

Thursday, September 29, 2011

Tempe Bilis Goreng Berlado - Mudah , Cepat dan Sedap Yu Allzz!

Masa tengah godek-godek dalam folder gambar dalam laptop , terjumpa banyak sangat gambar makanan. Aku memang sangat suka snap gambar makanan sebab makanan antara entry kecemasan yang boleh di buat ketika korang tak ada idea nak update apa-apa. Hihihi. 

Jadi nya kali ini aku nak kongsi resipi beserta gambar dari kamera cap ayam aku dalam belog ini. Heh , resipi biasa-biasa aje uolz. Jangan nak mengharap kan resipi tahap MasterChef ala-ala Che Mat Gebu ke apa wokey? *nangis* Aku nak berkongsi resipi kegemaran aku yang sangat mudah dan cepat untuk di masak malah sedap untuk di makan bersama nasi panas. Wooottz Wooottz!

Tanpa melengahkan masa , ewah , meh aku tulis dahulu bahan-bahan yang di perlu kan ye. Ngeee.

Tempe Bilis Goreng Berlado Kau Hado? Eh panjang pulak nama resipi ni. Kah kah kah *pang*

Bahan-Bahan.

Bawang Putih 2-3 ulas *
Bawang Merah 2-3 ulas *
Bawang Besar 1 ulas
Tempe 1 Paket atau 2 Paket ( banyak mana korang mahu)
Ikan Bilis ( banyak mana korang mahu) 
Cili Merah 1 batang *
Cili Api 4-5 batang (kalau nak lagi pedas letak 7-8 batang atau ikut suka hati korang lah) *
Garam
Minyak untuk memasak. 

Cara-Cara memasak

1) Mula-mula potong tempe kecik-kecik dan secara mendadu gitu?Jangan kecik sangat dan jangan besar sangat tapi atas keselesaan masing-masing katanya.

2) Lepas dah siap potong tempe , goreng tempe tersebut dan untuk aku jangan garing sangat goreng tempe tu. Sebab nanti masa nak tumis tu kita akan goreng lagi sekali.

3) Kemudian utk bahan-bahan yang bertanda * seperti bawang putih , bawang merah , cili merah , cili api , korang tumbuk bahan-bahan itu sehingga lumat. Err garam mak aku dia suka letak masa tumbuk. Kalau nak letak masa tengah menggoreng pun boleh! Nak blend pun boleh tapi lagi marveles kalau tumbuk wokeyy.

4) Dah siap goreng tempe dan tumbuk bahan-bahan bertanda * , panas kan minyak di kuali yang lain dan tumis kan bahan-bahan yang telah di tumbuk tadi.

5) Tumiskan bahan-bahan bertanda * sehingga garing err ke naik bau macam gitu lah. Hamboii macam tumis kari aje bunyi dia. Hahahah. Dan kemudian masuk kan ikan bilis yang telah di basuh.

6) Setelah nampak tumisan itu sudah garing sedikit , dan ikan bilis pun dah hala-hala garing masuk kan tempe yang telah di goreng tadi. Sebatikan tempe dengan tumisan itu. Gituew.

7) Kemudian masuk kan bahan yang terakhir sekali iaitu bawang besar err korang boleh potong ikut suka hati korang bawang besar ni , err kalau tak nak letak pun tak apa hihi dan gaul lagi. Ewah banyak betul menggaul. Hiks.

8) Setelah semua nya dah digaul dengan sebati dan rata *wah , maka Tempe Bilis Berlado sudah pun siap dan boleh di hidangkan dengan senyuman. Ehh.


tadaaaa...

mempersembah kan ... Tempe Bilis Goreng Berlado Kau Hado ... ehhh !

err tapi tak nampak sangat lah pulak lado nya! ahhh lantak lah , janji memang berapi wehh -___-'


guna kamera cap ayam begini lah hasil nya.

tapi yang pasti sangat marvelous okeh walaupun berapi telinga mak noks siap dengan air mata meleleh macam tengok Sembilu Kasih aje. Eh?

keh keh keh.

Sangat mudah kan masak Tempe Bilis Goreng Berlado ni. Ini memang favourite aku okehh? Sangat mudah untuk di masak dan sekarang ni pun mak aku banyak kasi peluang aku cuba masak benda-benda yang simple. Tapi korang jangan mintak aku masak Kari , Gulai ke pheww , itu jauh lagi perjalanan. Keh keh keh. 

Kalau makan Tempe Bilis Goreng Berlado ni dengan nasi panas fuhh , tak payah ada kuah pun meletopz yu alzz. Mahu nya tak meletep kalau cili api pun dah berapa tangkai kan? Hak hak hak. Harus mulut jadi lazer macam Azwan Ali lepas ni? Eh. Sudaaah. Erheheheh. Maaf lah kalau resipi yang aku kongsi kan ini ala-ala biasa aje. Dah ini aje yang aku tahu kan? Ngeh ngeh ngeh. Tak kan asyik nak kongsi gambar tak mahu kongsi resipi khen? 

Kata nya sharing is caring. Hiks. So , korang suka tak makan tempe? Hihihi. Tempe makanan favourite aku woooo ! Bukan ke katanya makan tempe boleh kasi muka shantek tanpa pakai botox? Eh , Okbai.

Terima kasih sudi baca entry ini :)



Wednesday, September 28, 2011

Hamboi Banyak Betul Masa Lapang Kau Jah ?

Kalau perasan sejak kebelakangan ini setiap hari aku update belog bukan? Pasti ramai yang berprasangka yang aku mempunyai banyak ya amat masa lapang sehingga kan setiap hari aku meng-update belog. Banyak betul idea yang mencurah-curah si IjahEmoTemo ini ye? Pulak tu setiap pukul 1.30 tak pun pukul 2 petang mesti dah siap entry nya bukan? Pantas nya dia menulis? Hebat sangat ke sampai tiap-tiap hari boleh siap kan entry sepantas begitu?

Dah banyak kali juga aku ulang beritahu yang aku tak pernah pun update di hari yang aku publish kan. Kebanyakkan nya aku buat auto post siap-siap memandangkan aku tahu yang aku ni pun ada jugak angin yang aku akan tak ada langsung idea mencurah-curah dan kadangkala bila kita dengan macam-macam masalah kiri dan kanan dengan penat ya semacam aje membuatkan hilang terus mood dan idea untuk update bukan? Sebab itu aku siap kan cepat-cepat dalam weekend atau sehari atau dua hari sebelum tarikh yang aku nak publish gitu. Kecuali kalau macam entry semalam aku dapat parcel from Kaka Milo , itu memang aku buat on the spot. Tapi kebanyakkan entry-entry aku memang semua nya auto publish. 

Bukan pasal apa aku nak menggedik buat auto publish cepat-cepat tapi kadangkala masa yang aku guna kan untuk update sahaja untuk satu entry memakan masa selama sejam dek kerana aku risau ayat yang tak sesuai lah , aku risau ayat merapu terlampau banyak lah dan macam-macam lagi. Lagipun untung jugak masa aku untuk pergi blogwalking ke belog-belog lain kan? Heheheh. Itu lah punca utama nya kan! Aku bukan apa membebel pasal benda ni tapi sebab aku malas lah nak dengar mulut-mulut orang yang suka hati dia aje nak cakap kita ni asyik menghadap laptop sahaja kerja nya kan? Kalau iye pun aku menghadap tak ada lah sampai 24 jam yuolzz. Apa korang ingat aku ni tak reti nak belajar? Tak reti tengok kalendar SPM dah nak dekat? Hoii , jangan sesekali membuat taburan kata-kata menghiris kalbu macam gitu! 


printscreen yang sempat aku buat last week kot?

tengok tu punya lah bersusun schedule post kan!

so sah lah kan aku tak pernah pun update on the spot kecuali ada entry-entry kecemasan tertentu ! 

Aku sebenar nya tengah tak tahu nak update pasal benda lain lagi , jadi aku pun update lah pasal ni kan? Ada aje benda-benda lain yang boleh aku update tapi aku rasa macam tak ada mood nak tulis pasal benda alah tu. Heh. Memang sejak dua menjak ni aku banyak buat auto post sahaja dan semua-semua entry itu aku buat masa weekend sahaja memandangkan masa itu sahaja aku free yang betul-betul free. Weekday jangan harap lah bai nak update sangat. Kadang-kadang nak belogwalking pun malas tapi sebab orang dah datang belog kita tak kan tak mahu datang belog diorang kan? Ngeee.

Well said , aku jugak harap dengan entry-entry yang aku tulis sebelum-sebelum ini jangan cuba nak tafsir macam-macam ala-ala korang ni tukang tafsir hidup orang. Tak payah nak sibuk hal orang sangat. Kadang-kadang aku dah penat tahu nak melayan dengan sifat manusia yang teramat sibuk tentang hal orang lain. Aku tulis dalam belog adalah untuk membuat kenangan di hari masa akan datang. Aku letak gambar bersama siapa sahaja pun dalam belog pun tujuan kenangan di masa akan datang juga. Bukan atas dasar perkara-perkara lain. Malah segala Buffered Earning yang aku tunjuk pun atas dasar entry penghargaan semata-mata bukan sekelumit pun nak show off atau sebagai nya sebab nilai dia sangat lah sedikit okeh? Tak ada pun nak riak semata-mata macam boleh dapat beratus-ratus ringgit okeh? Kalau dapat itu rezeki , kalau tak dapat kita usaha kan lebih lagi kan?

Aiyark! Tak pasal-pasal entry ini sudah menjadi panjang berjela. Itu yang malas bila menulis dalam keadaan ber-emosi. Choii sangat perasaan seperti itu. Ngehehehe. So korang ada buat auto post jugak tak? Ngeee auto post ni sebenar nya boleh tahan memudahkan kita tapi if dalam weekday macam sekarang kau ada cerita lagi hangat dari yang sudah korang tulis siap-siap, memang antara kau tunggu bila-bila kau tengok semua entry dah publish atau publish dua kali dalam sehari atau tangguhkan dulu autopost dulu then publish yang cherita hangat khenn?! Gitueww panjang lebar berceloteh. Hikhikhik.

Bila dah tak ada idea nak menulis tapi masih mahu update begini lah jadi nya kan? Aku saja aje tulis yang kebanyakkan entry aku itu auto post sebab aku malas nak tulis note dekat bahagian atas setiap entry aku lepas ni. Letih jugak woii nak tulis benda tu. Dasar pemalas khen? Okbai.

nota chenta :: nanti aku singgah balik siapa yang datang komen dekat entry aku yang lepas ye? maaf tak dapat singgah selalu semalam. tengah ber-emosi semalam. tskk. *lempang pipi laju-laju*



Terima kasih sudi baca entry ini :') 

Tuesday, September 27, 2011

Dapat Parcel Daripada Peminat. Kau Hado?

Tadi masa tengah sibuk membuat latihan , tiba-tiba Umi datang dekat bilik aku. Mula-mula aku tak perasan Umi datang dekat dengan aku sebab aku pasang earphone dekat telinga maka harus lah pasang lagu kuat gila-gila khen? Gituew. Umi datang ke bilik aku sambil membawa satu sampul besar. Aku terangkat kening dan Umi kasi dekat aku.

Terus berdebar-debar yuolzz nak tahu apa isi nya dan siapa yang kasi siap pos semua ni tau. Berdebar-debar sangat tau! *lempang* Terus gelojoh koyak sampul besar itu dengan kadar segera dan tak sangka ada jugak peminat IjahEmoTemo ye? Hiks *panglagi*

Dan ... siapa kah peminat IjahEmoTemo yang baik hati pos barang dekat IjahEmoTemo ni? Siapa kah? Siapa kah?

*


*


*


*


*


*


*


*


*

oh yeah !

terima kasih Kaka MiloAisMilo 



ngeee besar gituew sampul nya!


di dalam sampul besar ada sampul kecik lagi ni. 
fuhh berdebar-debar !

Weee , tak sangka Kaka Milo nak hantar parcel gituew dekat aku kan? Memang last Friday bergigihan dia DM aku tanya nama penuh lah , alamat lah , no telefon lah. Aku dah pelik ohkey?! Apakehey pulak nak mintak semua benda ni? Seramz ada , nebes pun hade! Hakhakhak gila gedik kan? Ngeh ngeh ngeh.

Rupa-rupa nya Kaka Milo hantar CD yang ada lagu-lagu Korea. Woott Woott ! I'm not K-POP fan but bila dengar lagu-lagu dekat blog Kaka Milo aku bagitahu lah dia yang aku suka lagu-lagu dalam blog sheols dan tak sangka lah kan tiba-tiba Kaka Milo siap burn kan into CD and post dekat aku. Terharu meh :')


tadaaaaa...

siap kasi 2 CD lagi and sat lagi baru nak cuba sebab kata Kaka Milo dia tak sure which one aku boleh dengar. ngeee.


ahaks siap ada surat chinta lagi ngahahaha.
isi dia? biar lah rahsia *blushing* 
keh keh keh

Ehiks. Sangat terharu okeh dengan Kaka Milo siap hantar CD dekat aku. Ngeee. Terima kasih banyak-banyak ye. Ini yang nak peluk siyom sayang ketat-ketat ni. Hakhakhak. Weee , parcel ni memang sampai tepat-tepat aku tengah tak ada idea nak update belog pasal apa kan? Hahahah. Maaf lah entry tak seberapa khen? Sebab masih dalam mood emo-temo dengan macam-macam perkara. Ngeee. Ehem , kalau sesiapa nak kirim parcel apa-apa dekat aku pun boleh. Jangan lupa email. Eh kbai. Hakhakhak.


Terima kasih sudi baca entry ini :')


Monday, September 26, 2011

Rezeki Lagi. Alhamdulillah.

Cuma nak menulis entry santai sahaja kali ini sebab tengah tak ada bahan untuk nak meng-update benda lain. Dah kehabisan idea dan kehabisan stok cherita bergambar. Rasa nak meraung tak? Rasa kan kau Jah update hari-hari minggu lepas , last-last dah tak tahu nak update apa. Tssk. Ehem. 

Last weekend , aku agak ber-emosi sikit memandangkan banyak perkara yang berlaku dan terutama nya bila tahu banyak gambar-gambar dalam HDD yang aku beli awal tahun ini ke entah bila aku dah lupa pulak , sudah hilang. Gambar-gambar dari handphone lama , gambar-gambar dari kamera kakak aku , gambar-gambar kenangan dengan kawan sekolah yang kebanyakkan sudah berpindah , sudah bertukar sekolah semua lesap begitu sahaja tanpa back up lain. Sadis tak? Paling penting gambar Maher Zain dan video Maher Zain yang meks penat-penat meredah Shah Alam malam-malam buta dengan kawan meks pun hilang. Bukan setakat gambar tapi rasa nya banyak lagi benda lain yang hilang dan aku boleh tahan tertekan ye sebab langsung tak ada back up lain. Ok aku nak nangis lah macam ni. -_____-'

Tapi di sebalik kesedihan , Tuhan mencalit kegembiraan sedikit di dalam hati. Mungkin tak mampu mengubat sepenuh nya dengan kehilangan gambar-gambar tersebut but boleh lah merawat sedikit rasa sedih tu. Sabtu lepas aku lihat di dalam Nuffnang ada memberi aku lagi satu ketul Buffered Earning. Alhamdulillah , ini semua rezeki. Macam biasa , sebagai belog picisan harus lah nilai dia masih sedikit. Ngeee.


terima kasih Unilever Magnum Royal Treatment :')

terima kasih Nuffnang :')

lain kali kasi lagi banyak BE ye. ngeh ngeh ngeh :')

Nak update masa Sabtu lepas agak malas sebab macam aku cakap aku tengah ber-emosi dengan HDD aku tu kan? Jadi aku tak mahu entry aku hari tu jadi layu dan sayu. Aku memang sangat sedih ye sebab banyak sangat gambar-gambar yang hilang dan ini bukan kali pertama gambar-gambar aku hilang. Aku stress betul lah bila selalu sangat hilang gambar. Aku memang kalau update entry menggunakan gambar dan mujur gambar-gambar dari kamera aku dah memang back up siap-siap dalam laptop. Kalau tak , nak buat apa? Meraung 40 hari 40 malam? Atau tak update langsung belog? Tsssk. 

Dah lah malas mahu cherita benda sedih :'( Korang ada dapat BE baru tak? Moga-moga rezeki korang pun ada juga sama macam aku. Amin.



Terima kasih sudi baca entry ini :')

Friday, September 23, 2011

Oh Yes , Tutti Frutti lagi ?

Tak sangka bila sekali makan Tutti Frutti aku akan teringin sekali lagi untuk makan Tutti Frutti. Pergh , ini kalau makan hari-hari mahu sepoloh bulan makan roti cicah air teh kumpul duit balik kan? HAHAH. Entah lah , rasa Tutti Frutti ni macam buat aku nak makan lagi , nak makan lagi dan nak makan lagi. Tssk , keji tawww nak kasi aku kopak duit :/ HAHA , mohtif nak marah orang lain? Ekekeke.

Sebenar nya kebetulan aku nak hantar kakak aku balik rumah sewa dia di Shah Alam , maka aku pun pergi lah beli Tutti Frutti di Seksyen 7. Lagipun beli medium cup ke , small cup ke still boleh kongsi tiga orang atau dua orang. Cuma lepas tu kau akan menggedik cakap tak puas nak makan. Ngeh ngeh ngeh. Tapi memandangkan aku ni jenis gigi sensitif , amat tak di galak kan makan benda jenis macam ni dalam cup yang besar dan isi yang amat banyak takut nanti sakit gigi di kemudian hari. Tehehehe.

Kalau first try dulu aku try flavour Chocolate. But my second time ni aku ambil flavour Strawberry. Ahh , apa-apa flavour pun still sedap di lidah ku. Ewahh. Ngeee. Jom layan gambar!


nampak tak aku yang heksaited dalam kereta snap gambar guna flash? ngeee.


froyo strawberry + strawberry + peach + cornflakes + kacang + hershey syrup chocolate + strawberry and overall is yummeh! :D

kali ini ambil small cup :P tobat kan nak ambik medium cup!! ekekeke
tapi harga yang ini pun rm 15 -__-' kopak duit mak nokss!!


ini masa kali pertama makan. ngeh.
froyo chocolate + kiwi + strawberry + coklat apa entah + cornflakes + hersheys syrup chocolate and also yummeh :P

Well alang-alang aku tengah rajin menulis , why not aku tunjuk sikit flavour-flavour yang ada dalam Tutti Frutti ni. Mana tahu ada some of you guys yang belum pernah try lagi kan and nak tahu apa flavour dia , macam mana nak buat and bla bla bla. Macam aku lah blur je bila masuk Tutti Frutti and mujur kakak aku dah pernah try so tak ada lah nampak aku macam jakun ya hamat. Ekekeke. Ngee , apahal aku rajin pulak nak tulis menulis tentang hal ini? Kenapa? Kata kan kenapa? *petir HAHA , nevermind , sharing is caring right :P Actually ada banyak sangat flavour and aku sangat rambang mata kalau ikut nafsu tekak ni ha. But aku rasa tekak aku sangat suka dengan flavour yang berkaitan Strawberry , Blueberry macam itu lah. But yeah , lain orang lain citarasanya kan? Ngee , meh aku letak gambar yang aku gigih printscreen from Tutti Frutti official website.






well dekat gambar 1 , 2 , 3 , 4 itu antara flavour-flavour yang ada di Tutti Frutti but I guess bukan semua ada dekat dalam kedai Tutti Frutti. Rasa nya lah kot? 

gambar 5 antara topping-topping  nya.

pilih aje yang mana korang mahu dan paling penting sediakan duit. ekekeke.



step 1 : choose your cup
step 2 : choose your flavour
step 3 : add toppings
step 4 : weigh and pay

curlast tak mak noks siap printscreen benda alah tu? terharu tak? terharu tak? *pang

Jadi nya sangat mudah bukan bila dah tahu benda-benda asas macam itu kan? Tak ada lah korang garu-garu kepala , pintal-pintal tudung , bisik-bisik dalam hati apa yang korang perlu buat kan? Ekekekek. Oh ya memandang kan ini Frozen Yougurt , maka harus lah ada sesetengah flavour tu kan ada rasa masam-masam. Aku memang seorang yang gemarkan makanan yang masam-masam sikit terutama yogurt. Hiks. Jadi tak ada masalah lah kalau nak makan flavour yang original ke or strawberry sebab masam-masam tu syokk wooo! Tapi kalau yang flavour chocolate memang ok aje rasa dia , tak ada masam-masam.

Gambar bawah aku cilok di Tutti Frutti official website jugak. Err ada jugak pic dari kamera aku yang aku lepak dating dengan kakak aku masa di area WWM hari tu but serius malas nak tepek sini. Ngahaha , well internet dah mula lembapz , tsssk. So nak upload pic pun jadi terbatas.


mesin-mesin flavour. self service wokeyy. biasa nya cup-cup untuk letak froyo ni akan letak di tepi mesin-mesin ni.


topping-topping untuk froyo biasa nya akan berada di bahagian kaunter pembayaran.
so after letak itu letak ini , boleh terus bayar dan makan dengan riang walaupun hati menangis melihat duit melayang. ewaaah. LOL.

p/s: kalau tak silap dekat Tutti Frutti pun ada murah bila tunjuk student card dengan ada juga ladies day. ai loikeee!

Ngeh ngeh ngeh panjang lebar aku menulis entry kali ini kan? Sebenar nya malas nak buat entry berasingan kan? Dah alang-alang bercherita tentang Tutti Frutti baik aku gabung kan sekali. Hihihi. Benda alah ni syok makan tapi kalau selalu makan memang kopak weh duit aku. Lain lah kalau ada yang sudi nak belanja aku makan kan? kan? kan? *batuk HAHAHAH. Eh ini baik hati buat entry step by step untuk Tutti Frutti ni , pihak Tutti Frutti tak nak belanja aku satu cup ke? Okbai.

Korang dah pernah makan Tutti Frutti? Perisa apa yang korang paling suka? :)


nota kaki :: mahu memiliki header baru? apakata join GA Header dari Kaka Ayu dan mungkin korang antara yang bertuah untuk memenangi Header yang Cun dari Kaka Ayu. Tarikh tutup 27 September. Cepat join sekarang ! :D



Terima kasih sudi baca entry ini :')


Thursday, September 22, 2011

Beraya Di Rumah Baru BF. Eh BFF !

Terasa macam mengada-ngada kan tajuk di atas itu? Iye memang sengaja nak feeling mengada-ngada memandangkan perwatakan di luar aku tak mengada-ngada *batuk. HAHA. Lepas seminggu kejadian baru lah aku terhegeh-hegeh nak update kan? Eh ini auto post. Memang sengaja aku buat satu hari satu post. Ngeee. Boleh aje nak buat satu hari dua post tapi aku rasa lagi best kalau satu hari satu post. Ekekekek.

Jadi selepas aku pergi ber-dating dengan kakak aku , aku cepat-cepat balik rumah untuk tukar baju nak pergi ke open house rumah baru BFF aku , Dee M. Iye lah dulu rumah dia dekat sebelah kawasan perumahan aku dan sekarang dia dah pindah jauh sikit. Jadi lepas Asar aku bergegas ke rumah baru Dee dekat Air Panas memandangkan ada kawan Ayah nak mai beraya kan? Boleh pulak aku ala-ala sesat nak mencari rumah Dee. Aku ni dah lah memang jenis pelupa sikit bab-bab jalan. Heh , failed betul bab-bab jalan ni mehh.

Then Ayah aku terus suruh aku call Dee and Dee pun dah bila bila aku sesat dekat ceruk mana. Ekekekek. Last-last Dee kasi Ayah dia cakap dengan aku tapi aku takut makin menyesatkan ahahaha , maka aku suruh cakap dengan Ayah aku. Lepas tu baru lah sampai dengan jaya nya! Ewaaaah. Datang-datang aje aku terus pergi makan khen? Harus lah! Kata open house? Ekekekeke. Waktu tu kawan-kawan sekolah aku yang lain semua dah balik kecuali Hannah dengan Bibi. Aku memang dah plan nak datang lambat sebab ingat nak lepak sampai malam. Tehehehe.

Lepas pukul 6 petang macam itu memang semua orang dah tak ada kecuali saudara mara Dee aje. Aku macam biasa lah kan berguling sana berguling sini dalam rumah orang ekekek. Eh rumah Dee aje sebab kitaorang memang sangat-sangat rapat. Hiks. Birthday kitaorang cuma selang dua hari aje katanya. Ngeee. Then ada saudara Dee datang dengan anak kembar diorang. Sangat comey baby-baby kembar itu. Tak ada lah baby pun , maybe dah setahun lebih kot budak-budak tu sebab nya dah boleh berjalan sikit-sikit. Hihihi.

Aku tak ingat pulak nama baby yang kakak kembar tu. Cuma ingat yang nama adik , Insyeera sebab yang tu asyik berdukung dengan aku. Hehehe. Walaupun mek nampak ganas tapi budak-budak sangat suka dengan ai okeh? HAHAH , statement mintak pelempang sangat kan? HAHA. Memang pun Insyeera tu bila aku dah dukung dia tak mahu langsung dekat Dee. Ekekekeke. Curlastt sangat kann! Gitueww katanya. Ok meh meh layan gambar :D


tengok tu , Insyeera duduk atas aku jugak :P


Dee dan juga si Merah tak silap aku. Hihi


aku dan Insyeera lagi.


kakak kembar Insyeera ... err lupa nama dia. hehe.

diorang ni kembar tak seiras :)

Then dalam pukul 7.15 macam gitu kawan-kawan dari sekolah rendah kitaorang pun datang. Dah lama betul tak jumpa diorang , err dalam setahun kot? Hehehe , lama jugak tu. Last jumpa raya tahun lepas kot? Aiyooo udah lupa ! Harus lah seronok jumpa Izzati dengan Hasanah kan dan diorang datang bersama rakan sekolah diorang err wa lupa nak tanya nama dia. Adess. Hihi. Kitaorang dah tak sekolah sama-sama dah , sebab diorang duduk dekat area lain , kitaorang dekat area lain. Heheheh.

Maka semakin gamat lah khen rumah Dee ? Hahah , harus! Rumah baru Dee sangat luas dan cantik! Harus lah seronok berborak bagai khen? Aku pun siap makan second round okeh? Keh keh keh. First round makan Nasi Minyak and then second round makan Sate! Memang makan tak hengat donia dah Mummy Dee pun cakap makan aje. Ekekekek. Choii sangat perangai aku kan? HAHAH. Lepasss tu sesi yang di nanti-nanti kan ... posing dengan kamera! HAHAH. Biasa lah kan? Jumpa pun jarang-jarang *sob sob , maka harus lah berposing sakan selagi boleh :P

Kebetulan Dee ada beli gadget baru , Polaroid Instant Camera eh nama dia? Err apa-apa ajelah yang penting kamera yang comey ituew katanya. HAHA. Nanti aku tanya lah balik Dee apa ke nama benda alah tu. Ekekekek. Okay jom layan gambar lagi :P


gadget terbaru Dee.


kami berempat :')
aku , Dee M , Izzati dan Hasanah :')


tehtap nak feeling cute kan :P


time ni semua berebut-rebut nak tengok gambar yang dah di snap tadi :P

thanks to kawan Izzati and Hasanah yg sudi ambil kan gambar kitaorang berempat tu :')


ngeee aku pun nak jugaaaak :D

Lepas dah berposing sakan , parent aku pun datang amik aku dalam pukul 8.30 malam kot? Ngeee. Kali ini lepak tak lah lama sangat tapi lama jugak lah. Eh apa belit-belit ayat aku ni kan? HAHA. But seriously terasa semacam aje haha , I mean bila jumpa kawan-kawan sejak sekolah rendah , ambil gambar , it was like something sweet but ada feeling touching jugak lah. HAHAH , mek Ijah dah mula nak emo-temo. This is not good wokeyy. Ngahahah.

Well , memang seronok dapat jumpa kawan-kawan and yeah memang best. Borak , makan , gelak , posing ambil gambar and perasaan dia sangat seronok yang lain macam tau. HAHA. I know it seems like my emo-temo is turning out ok and I better cut it off my story so then tak ada nak emo-temo sangat kan? LOL. And yes I'm really enjoyed my day last week bermula dengan berdating dengan kakak aku and end with open house at my BFF. It's full of fun and aku sangat enjoy! :P

Oh yes last but not least.



four of us!
i heartz this so much :P

Persahabatan adalah something yang priceless yang tak mungkin dapat di beli di mana-mana. Betul bukan? :) 

Seribu sahabat boleh di jumpai ketika senang. Tetapi seorang sahabat sejati susah untuk di temui ketika payah. :')


nota kaki :: mahu memiliki header baru? apakata join GA Header dari Kaka Ayu dan mungkin korang antara yang bertuah untuk memenangi Header yang Cun dari Kaka Ayu. Tarikh tutup 27 September. Cepat join sekarang ! :D



Terima kasih sudi baca entry ini :')