Home

Monday, December 18, 2017

Edisi Kehidupan : Welcoming December!

Jijah mengambil masa yang cukup lama untuk menulis entri ini. Ada sahaja yang terganggu tatkala ingin menulis entri ini. Sekejap tulis, sekejap simpan di dalam draft, sambung kembali dan simpan kembali di dalam draft yang selepas itu ulang lagi empat poloh enam kali. Kesudahannya, Disember sudah hampir ke penghujung yang tidak perlu di welcome kan lagi tetapi sudah tiba untuk dilambai-lambai bagi memberi peluang tahun baru 2018 pula membuka tirai baru.

Bulan terakhir untuk 2017 ini sebenarnya tidak ada beza pun dengan bulan-bulan lain. Sentiasa sibuk dengan hal duniawi. Masih makan gaji seperti bulan-bulan lain. Masih banyak urusan kerja di office yang tidak lagi berjaya dilangsaikan. Masih itu dan ini yang tidak ada kurang dan lebihnya pun. Tapi masih bersyukur tanpa hiraukan keluhan kepenatan diri sendiri dari dalam hati. Siapa yang tidak penat dengan kehidupan sendiri bukan? 

Setiap orang ada kepenatan mereka tersendiri. Kepenatan menghadapi hari-hari yang bukan sahaja hanya fizikal sahaja yang penat tapi lebih daripada itu iaitu mental sekali. Dengan kepenatan fizikal dan mental itu mudah sahaja terdorong kepada tekanan yang bukan-bukan sampai hilang airmata, hilang rasa dan mungkin hilang pedoman lama kelamaan. Get it? Tapi kalau hendak dilayan sentiasa kepenatan itu pun tak kemana pun. Cuma biasalah, bila sesekali rasa nak meratapi tu, mula lah mengeluh dalam belog picisan ini khen? Dengan harapan ada orang tepuk bahu dan bagitahu diri ini, macam mana hendak hilangkan segala mak nenek keluh kesah mak esah ini khen? 

Walaupun 2017 punya liku-liku lebih banyak daripada biasa. Ada tangisan yang terburai tidak disengaja. Ada amarah yang terlepas tanpa dipinta. Dan banyak-banyak lagi hal lain, tapi 2017 inilah yang paling banyak kenangan pahit manis yang tersendiri. Banyak juga benda yang tak sangka boleh buat tapi rupanya betul boleh buat. Banyak achievement unlocked untuk tahun 2017 ini. 

Bagaimana pula dengan engkorang semua? How was it, so far? Semoga yang baik-baik sentiasa mendatangi kalian dan juga Jijah. Semoga dan semoga urusan untuk tahun 2017 sentiasa berjalan dengan lancar sebelum ia melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Menjelang beberapa hari lagi sebelum tahun 2018 muncul dan umur baru muncul, aku tidak mengharapkan apa-apa kecuali semoga semuanya berlangsung baik-baik sahaja.

Dalam kehidupan kita ini, kadang-kadang kita bukan mahu gaji yang besar, kita bukan mahu rumah yang besar bak istana, ataupun bukan kita mahu semuanya yang indah dan cantik sahaja. Sebab bila kita kembali duduk ke dalam dunia realiti, semua itu tidak penting mana pun tapi ehems kita manusia biasa. Ada masa, kita juga teringin untuk merasa semua itu. Manusia mana pernah kenal erti cukup kan? Tapi semoga kita sentiasa menjadi manusia yang sentiasa mengenal erti cukup walau gajinya kecil, sentiasa berasa syukur walaupun rumahnya kecil dan sentiasa redha dengan kehidupan sendiri yang ada masa cantik bak pelangi, dan ada masa kelam bak awan mendung.

Semoga yang baik-baik sentiasa berada dalam setiap titip perjalanan dalam kehidupan kita, tidak kira di hari yang baik atau buruk kita nanti. Engkorang semua sudah ada azam untuk tahun 2018 atau masih lagi menyempurnakan azam untuk tahun 2017?





Terima kasih sudi baca entri ini :)