Home

Monday, January 22, 2018

Perlukan Penyeri Untuk Hari Istimewa Anda? Scoop N Smile Ice Cream Adalah Jawapannya!

Orang kata sesebuah majlis tidak akan lengkap dan berseri tanpa makanan yang manis. Tetapi tidak semua makanan manis sesuai untuk semua peringkat umur. Dan juga tidak semua makanan manis itu adalah penyeri sebuah majlis. Jadi apa sebenarnya yang sesuai dan bakal menyerikan sesebuah majlis itu?



Haaa, kalau engkorang semua nak tahu, Scoop N Smile Ice Cream adalah jawapan kepada pelengkap dan penyeri sesebuah majlis. Macam mana Scoop N Smile Ice Cream boleh membantu sesebuah majlis menjadi lebih berseri dan lebih lengkap ni kan? Sudah tentu Scoop N Smile Ice Cream menjadi tumpuan untuk semua tetamu. Tidak kira usia tetamu sekalipun pasti ramai yang akan menyerbu ke booth ice cream. Betul kan?

Scoop N Smile Ice Cream yang beroperasi di Kuala Lumpur ini menyediakan perkhidmatan servis ice cream bukan sahaja untuk majlis perkahwinan semata-mata. Sekiranya engkorang semua ada membuat majlis aqiqah, majlis hari jadi, majlis rumah terbuka hari raya ataupun majlis korporat sekalipun dialu-alukan untuk menggunakan servis Scoop N Smile Ice Cream. Selain daripada itu keistimewaan Scoop N Smile Ice Cream ini ialah pilihan ice cream yang ditawarkan bukan sekadar ice cream biasa yang kita lihat sebelum ini. Antara ice cream yang cukup menarik minat Jijah ialah Durian D24, Paddle Pop, Cappuccino, Peppermint. Memang lain daripada lain bukan? 




Menggiurkan bukan? Lagi menggiurkan apabila berada di sesebuah majlis dan dapat menikmati bermacam jenis ice cream ini kan? Selain daripada perisa yang cukup rare dan berbeza ada beberapa sebab lain juga yang perlu engkorang semua memilih Scoop N Smile Ice Cream berada di majlis engkorang semua. Nak tahu apa?

Smile N Scoop Ice Cream memiliki 17 pilihan perisa yang berbeza dan juga sudah tentu sedap! Jadi engkorang semua boleh memilih diantara 17 perisa ini yang paling sedap dan paling terbaik di tekak engkorang seterusnya hidangkan buat para tetamu yang engkorang semua jemput. Pasti mereka semua akan seronok dan gembira berada di majlis engkorang semua. Malah, bukan kanak-kanak sahaja yang gembira, yang sudah bergelar ibu dan ayah ataupun atok dan nenek pun tumpang seronok sekali menikmati ice cream yang dihidangkan. 

Meh tengok apakah perisa yang disediakan untuk engkorang semua pilih nanti. Tengok perisa pun sudah menjilat bibir apatah lagi apabila ice cream itu dihidangkan nanti ye dak?

1. Coklat
2. Vanilla
3. Strawberry
4. Jagung
5. Yam
6. Durian
7. Chocolate Chip
8. Peanut sundae
9. Rasberry Ripple
10. Honeydew Mayo
11. Mango
12. Peppermint Chip
13. Coffee
14. Double Choc Chip
15. Honeydew
16. Cappuchino
17. Rainbow/paddle pop







Mesti engkorang semua pun tertanya-tanya bagaimana pula dengan harga dan pakej yang disediakan oleh Scoop N Smile Ice Cream ini kan? Ok engkorang semua boleh pilih harga mengikut bajet engkorang semua dengan pakej yang disediakan oleh Scoop N Smile Ice Cream yang tertera di bawah.

1)  500 PAX hanya RM 600

🌟 500 Standard Kon
🌟 4 Pilihan Perisa
🌟 2 Crew Lengkap Beruniform
🌟 1 Booth Besar
🌟 Special Aiskrim untuk Pengantin (Valid for Wedding Only)

2) 1000 PAX hanya RM 950

🌟 1000 Standard Kon
🌟 6 Pilihan Perisa
🌟 3 Crew Lengkap Beruniform
🌟 1 Booth Besar
🌟 Special 'Secret Recipe' Aiskrim utk Pengantin (Valid For Wedding Only)

Kalau nak tanya dengan lebih lanjut tentang pakej ice cream yang disediakan oleh Scoop N Smile ini , engkorang semua boleh terus menghubungi :


Whatsapp “SNS” ke 0194045873 (Wani)

Jangan tunggu lama-lama tau untuk menghubungi Scoop N Smile Ice Cream. Bukan apa, takut lambat-lambat nanti melepas. Dah lah pakej yang disediakan itu cukup menarik dan berpatutan. Jom hubungi dan dapatkan pakej Scoop N Smile Ice Cream yang dijamin bakal menggeletek tekak para tetamu di majlis engkorang semua nanti. 

Ada yang nak buat majlis apa-apa tak followers belog picisan Jijah untuk tahun ini? Kalau ada cepat-cepat booking servis Scoop N Smile Ice Cream laju-laju sebelum terlambat :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)


Monday, January 15, 2018

Eksklusif - Pengarah Telemovie Uniknya Cinta , Shuhaimi Lua Jelaskan Mengenai "Pistol" Datuk Farid Kamil.

Semalam Jijah telah berkesempatan untuk mengunjungi lokasi shooting bagi telefilem untuk Uniknya Cinta yang bertempat di Kemensah Waterfall. Disebabkan penulis skrip untuk telefilem ini adalah teman buat perangai Jijah iaitu Lynnda Sharudin, jadi haruslah kita tiba-tiba aje dijemput untuk ke lokasi shooting tersebut kan? Kebetulan tengah sedikit lapang tak ada buat apa-apa, kita pun datanglah juga ke lokasi shooting yang dekat aje dengan rumah kita itu. Uniknya Cinta merupakan sebuah telefilem arahan Shuhaimi Lua Abdullah dan dibarisi pelakon seperti Hazama , Azar Azmi , Ruhainies , Zoey, Faez Nick dan ramai lagi.

Kebetulan ketika Jijah melawat lokasi shooting semalam, Jijah diberitahu terdapat satu issue yang telah berleluasa dan melibatkan tentang lokasi shooting Uniknya Cinta. Issue yang melibatkan prop pistol di lokasi shooting Uniknya Cinta, pengarah telemovie ini - Shuhaimi Lua Abdullah dan juga pelakon yang sedang hangat diperkatakan kini iaitu Datuk Farid Kamil. Korang nak tahu tak apa yang Shuhaimi Lua Abdullah jelaskan kepada Jijah pada pertemuan kami semalam? Jom tengok video di bawah ini!




Jijah berharap video penjelasan yang berdurasi hampir empat minit ini sudah menjelaskan semua yang tidak benar. Semoga dengan penjelasan ini juga dapat menjernihkan kembali keadaan yang sedikit samar-samar tentang perkara sebenar yang berlaku. Kalau boleh kita tidak perlu mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai speku yang lain. Lagipun daripada kita sibuk speku sana dan sini, lebih baik kita semua excited untuk telemovie khas bagi DFKL iaitu Uniknya Cinta yang bakal ditayangkan pada 3 Februari 2018 nanti. Tidak lama sahaja lagi chuols!

Meh Jijah belanja sikit gambar yang sempat Jijah rakam tatkala ke lokasi shooting petang semalam. Jijah tahu, selain daripada engkorang semua teruja tengok tajuk ittuew, mesti sibuk juga nak tengok gambar khen? Meh Jijah belanja sikit untuk tatapan engkorang semua!


Penulis skrip Uniknya Cinta - Lynnda Sharudin bersama Pengarah Uniknya Cinta - Shuhaimi Lua Abdullah.



Para pelakon Uniknya Cinta - Faez Nick , Azar Azmi , Hazama serta jurumekap letoppp Irene Sufian.

Suka ke tidhok ittuew? Entri manja-manja namanya untuk permulaan 2018. Entri penuh dengan sinopsis Jijah akan update kemudian okay? Yang penting entri ini bertujuan untuk berkongsi penjelasan dari pengarah Uniknya Cinta tentang kejadian Datuk Farid Kamil dan pistol tempoh hari. Jijah berharap netizen semua mendoakan yang baik-baik sahaja tentang kejadian Datuk Farid Kamil tempoh hari. Kita tidak perlu berlumba untuk mengeluarkan sebarang speku dan kenyataan kontroversi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Bak kata Fattah Amin, doa yang baik-baik dan fikir yang baik-baik. Ihiks!

So agak-agak engkorang semua excited tak menanti Uniknya Cinta yang bakal ditayangkan pada 3 Februari nanti?

Terima kasih sudi baca entri ini :)