Home

Monday, January 15, 2018

Eksklusif - Pengarah Telemovie Uniknya Cinta , Shuhaimi Lua Jelaskan Mengenai "Pistol" Datuk Farid Kamil.

Semalam Jijah telah berkesempatan untuk mengunjungi lokasi shooting bagi telefilem untuk Uniknya Cinta yang bertempat di Kemensah Waterfall. Disebabkan penulis skrip untuk telefilem ini adalah teman buat perangai Jijah iaitu Lynnda Sharudin, jadi haruslah kita tiba-tiba aje dijemput untuk ke lokasi shooting tersebut kan? Kebetulan tengah sedikit lapang tak ada buat apa-apa, kita pun datanglah juga ke lokasi shooting yang dekat aje dengan rumah kita itu. Uniknya Cinta merupakan sebuah telefilem arahan Shuhaimi Lua Abdullah dan dibarisi pelakon seperti Hazama , Azar Azmi , Ruhainies , Zoey, Faez Nick dan ramai lagi.

Kebetulan ketika Jijah melawat lokasi shooting semalam, Jijah diberitahu terdapat satu issue yang telah berleluasa dan melibatkan tentang lokasi shooting Uniknya Cinta. Issue yang melibatkan prop pistol di lokasi shooting Uniknya Cinta, pengarah telemovie ini - Shuhaimi Lua Abdullah dan juga pelakon yang sedang hangat diperkatakan kini iaitu Datuk Farid Kamil. Korang nak tahu tak apa yang Shuhaimi Lua Abdullah jelaskan kepada Jijah pada pertemuan kami semalam? Jom tengok video di bawah ini!




Jijah berharap video penjelasan yang berdurasi hampir empat minit ini sudah menjelaskan semua yang tidak benar. Semoga dengan penjelasan ini juga dapat menjernihkan kembali keadaan yang sedikit samar-samar tentang perkara sebenar yang berlaku. Kalau boleh kita tidak perlu mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai speku yang lain. Lagipun daripada kita sibuk speku sana dan sini, lebih baik kita semua excited untuk telemovie khas bagi DFKL iaitu Uniknya Cinta yang bakal ditayangkan pada 3 Februari 2018 nanti. Tidak lama sahaja lagi chuols!

Meh Jijah belanja sikit gambar yang sempat Jijah rakam tatkala ke lokasi shooting petang semalam. Jijah tahu, selain daripada engkorang semua teruja tengok tajuk ittuew, mesti sibuk juga nak tengok gambar khen? Meh Jijah belanja sikit untuk tatapan engkorang semua!


Penulis skrip Uniknya Cinta - Lynnda Sharudin bersama Pengarah Uniknya Cinta - Shuhaimi Lua Abdullah.



Para pelakon Uniknya Cinta - Faez Nick , Azar Azmi , Hazama serta jurumekap letoppp Irene Sufian.

Suka ke tidhok ittuew? Entri manja-manja namanya untuk permulaan 2018. Entri penuh dengan sinopsis Jijah akan update kemudian okay? Yang penting entri ini bertujuan untuk berkongsi penjelasan dari pengarah Uniknya Cinta tentang kejadian Datuk Farid Kamil dan pistol tempoh hari. Jijah berharap netizen semua mendoakan yang baik-baik sahaja tentang kejadian Datuk Farid Kamil tempoh hari. Kita tidak perlu berlumba untuk mengeluarkan sebarang speku dan kenyataan kontroversi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Bak kata Fattah Amin, doa yang baik-baik dan fikir yang baik-baik. Ihiks!

So agak-agak engkorang semua excited tak menanti Uniknya Cinta yang bakal ditayangkan pada 3 Februari nanti?

Terima kasih sudi baca entri ini :)


No comments: