Home

Monday, January 31, 2011

Linky Winky Boom Boom Pow. Gitueww.

Selepas beberapa minggu meninggalkan dunia belogwalking , akhir nya petang tadi aku sempatlah jugak aku pergi meninjau senarai winky linky list yang ada dekat bahagian atas belog aku ni. Setakat ni dah dekat 400+ orang yang dah tinggalkan linky winky , hehe , terima kasih ye. Maaflah kalau kadang-kadang tak berkesempatan nak lawat belog korang balik. Maklumlah sibuk je memanjang kan. Heh.

Sebenar nya hati teringin benor nak mengupdate , itu lah kisah pasal linky winky boom boom pow pun sanggup jadikan entry kan? Eheh. Tengah semangat menghapdet , relakan je lah. Ngeh Ngeh. Kalau tengah tak ada mood , bukan kata nak menulis , nak bukak laptop pun tak sanggup okeh ;P Tadi sempat lah jugak printscreen linky winky dekat belog aku ni ha. Dekat 4 kali tekan gituew baru dapat buat fully list katanya. Gitueww. Sah-Sah tak ada idea nak menulis kan? Eheh.







Terima Kasih Semua. Maaf kalau tak jejak kan kaki ke belog korang sekerap yang korang jejak kan kaki ke belog aku eh. Hehe. Nanti ada masa lapang , aku belogwalking belog korang pulak :D

Err , next year kot , lepas SPM boleh? :P

Heh Heh. Btw , untuk yang linky winky tu memang aku perasan memang ramai yang join.Dah dekat 400++ yang letak linky winky diorang. Thank You eh. Tapi untuk segmen dalam belog aku yang lagi satu untuk exchange link yang aku akan letak dekat tepi belog aku ni ha , memang tak ramai lah pulak yang join. Eheh. Tak Paksa Tak Paksa , cuma kalau korang join , maka aku tahu lah siapa update , korang cer citer pasal apa ke kan? Eheh. Saja je nak suruh korang join. Heh , aku kan suka memaksa orang. Tehehehe.


entry melekat sampai the end of 2011. gituew.

Nanti jangan lupa join eh? Senang je pun. Tinggalkan link belog korang dekat entry melekat gam gajah dekat atas entry ini , kemudian categorize kan korang as Super Daddy? Hot Mommy? Beautiful Lady? Handsome Guy? Or I'm A Teenager? Easy right?

So apa lagi , jom join xD

Kenapa aku terasa macam duduk dekat Aberdeen ni ?

Ehem Ehem. Jangan salah sangka dengan tajuk entry aku kali ini ye kengkawan. Sebenar nya sekarang ni aku terasa sejuk ya hamat sampai terasa nak duduk bersimpuh eh dalam kain selimut tebal tu je. Memang sejuk betul bilik aku ni. Padahal aircond bukan nya ada pun. Kipas biasa tu sajork! Terus lah feeling macam duduk oversea kan bila sejuk syahdu syahdan macam ni kan? Eceh.

Mungkin kesan semalam , seharian hujan lebat tak lebat sejak Subuh sampai terbawa ke malam kan? Memang satu hari suntuk sejuk. Memang terasa nak terkucil je sepanjang hari kan? Eheh. Hari ni pun still terasa sejuk dia sampai terasa nak menggigil gituew. Helleh , nampak sangat menipu part menggigil tu kan? Kekekekeke.

HoHoHo. Okay kalau korang perasan before this sesiapa yang menggunakan Heartbeat.my pasti tahu tentang isu Valentine's Day punya ikelan. Ramai bloggers contoh nya Ustaz Love dan Mama Zharfan misal nya yang telah buat entry khas tentang isu Velentine's Day. Maklumlah ,kita sebagai orang Islam memang tak patutu meletakkan ikelan apa-apa yang berkaitan hari kekasih , memandangkan ia nya haram untuk kita menyambut nya , itu yang aku baca dekat blog Ustaz Love :) 

Tetapi iyelah , sebelum ini aku pun still gunakan ikelan yang memaparkan tentang Velentine's Day ini. Tetapi setelah membaca dekat belog Ustaz Love dan Mama Zharfan , aku pun membuang sekejap ikelan tu. Tak elok pulak kan letak ikelan macam tu kan. Hehehe. Tapi aku sekarang ni dah letak balik ikelan Heartbeat tu , tetapi dengan menggunakan HTML CODE yang BARU. Korang boleh je pergi dekat belog USTAZ LOVE atau belog DEQILS untuk kopipes new code HTML yang baru dan tak ada peromot Velentine's Day! So now kita boleh berHeartbeat balik. Teheehehe :D

Eheh , jom tengok gambar sengal aku dekat bawah tu. Ekceli gambar tu nak letak dekat entry tutorial tu ha. Tapi kang muak pulak orang tengok muka aku yang macam nak kena pang pang lempang tu ha. Muehehehe.


gambar sengal. heh. mohtip sejak kebelakangan ni feeling ayat-ayat cinta? *petir*

Eheh , sekadar untuk hiasan je pun gambar tu. Eheh , aku tahu ada yang loya nanti. Endah kan ye. Eheh Eheh. Adess , sekarang ni memang cuaca sangat sejuk. Sejuk nya. Feeling duduk dekat Aberdeen sangat ni walaupun ...



Tak Susah Cuma Kena Selalu Praktik kan. Eheh.

Notes : oh em gey panjang nya entry ni , ada ke orang nak baca? aiyoyo. sila tinggalkan komen jika ada sebarang pertanyaan dan kesalahan. eheh. Selamat Membaca! And one more thing , i'm sorry if kebanyakkan picture is quite blur / kabur. Aiseh. And And , sila endah kan muka aku yang macam nak kena pang pang lempang ituew ye *nangis*

Sebelum ini timbul beberapa isu seperti pemakaian selendang atau nama lain yang tengah panas membakar nya ialah SHAWL. Alah itu sebenar nya nama dalam bahasa omputih ye kengkawan , cer check kamus cer check. HAHA. Ehem, berbalik kepada isu asal yang aku nak tulis di sini ialah apabila ramai yang menyatakan bahawa kebanyakkan yang memakai shawl tidak menutup dada and ada juga yang menyatakan apabila memakai shawl , shawl nya hanya cukup-cukup untuk menutup kepala dan seterus nya tidak dapat menutup dada.
Memang aku tak nafikan , ramai di antara yang aku lihat kini tidak menutup dada apabila mereka memakai shawl. Eheh , itu isu sensitif dan aku juga tak nafikan ada sesetengah shawl terlalu kecik dan pendek maka untuk orang yang berbadan comel seperti aku ni memang susah betul nak adjust sana sini kasi tutup dada. Aku pun kadang-kadang apabila dah berjalan ke hulu ke hilir , the end memang tak dinafikan akan ternampak jugak dada. Eh maksud aku macam shawl tu dah tertarik naik eh eh kauorang faham-faham sendiri lah eh. -.- Kalau kita pakai tudung bawal memang dia akan stay dari mula sampai akhir kan? Paling-paling pun bahagian muka je yang senget benget. Hehehe.

Jadi , aku tak nak komen pasal mereka mereka yang menampak kan dada sebab aku pun kadang-kadang terbuat perkara sama , jadi tak perlu judge orang lain kan? Huhuhuh. Sebenar nya apabila kita memakai shawl dan hendak menutup dada perlu di praktikkan berkali-kali. Sama juga kalau nak buat maths , kena buat berkali-kali baru boleh kan? Sama lah jugak dengan pemakaian shawl ni.

Ok before this aku memang pernah tulis pasal Shawl , eheh , memang tak dinafikan shawl ni selesa sebab tak senang untuk di pakai cuma kalau nak kasi tutup dada ni memang take time tau. Aku pun kadang-kadang nak adjust sana sini pun amik masa dekat dengan 15 minit. Fuhh. Itu kalau nak betul-betul shantek la. Kalau setakat nak nampak biasa , tak sampai 5 minit pun boleh. Muehehe. Tak dinafikan ada sesetengah shawl jenis yang nipis dan faham-faham lah kalau jenis nipis ni. Aku ada terbeli 2 helai jenis yang macam ni. Kalau pakai baju yang nampak dada , memang naya je. Ada jugak jenis kain yang jenis kalau berpeluh akan buat shawl tu senget benget , eh maksud aku kain licin dan lembut sangat. Shawl sekarang dekat mana-mana ada jual. Cuma perlu keluarkan duit je , nak murah atau mahal je. Tapi biasa nya average harga shawl ni kalau dekat Jalan Masjid India , 1 helai 9 ringgit ,2 helai 16 ringgit. Kalau dekat para bloggers yang jual , aku tengah ada yang semurah 10 ringgit , yang mahal lupa pulak berapa ringgit. Hari tu aku beli dekat Jusco yang jenis kedut-kedut seribu lipat tu eheh , cuma 10 ringgit je. Kain dia pun selesa. Ok , sudah bercherita pasal semua itu. Terpanjang pulak mukadimah.

Sebenar nya aku nak ajar korang , bukan ajar tapi lebih kepada cara-cara nak kasi shawl korang tu boleh tutup dada. Itu pun kalau korang nak tutup dada , tapi memang di haruskan apabila seorang wanita menutup aurat termasuk dada kan? Tehehehe. Ok kang jadi isu sensitif pulak dekat sini. NO NO isu sensitif ye.
Aku akan tunjuk kan beberapa keping gambar dengan menggunakan banyak shawl yang macam-macam colour. Kisah nya , mula-mula guna shawl warna hitam-putih , lepas dah siap semua baru sedar macam tak jelas sangat. Lepas tu guna tudung biru muda-biru pekat , lepas tu pun macam tak jelas jugak. Ades. Bila dah guna tudung warna kuning-hijau yang jelas terang tiba-tiba mak aku panggil suruh makan. So how? Tengok je lah ye. Eheh.




Mula-mula mesti ada shawl ye. Eheh.


ini koleksi shawl saya. eheh.

Kemudian untuk tidak membuatkan rambut korang tidak terkeluar dari shawl dan membuatkan korang tidak selesa , aku cadangkan korang pakai anak tudung. Aku pakai anak tudung pergi sekolah tu. Heh , selesa. Tapi nak pakai yang half pun ok jugak. As long selesa.
ok , gambar tengah pakai anak tudung tak ada. hep!

Selepas itu ambil shawl korang. Pastikan korang panjang kan shawl di sebelah kiri korang dan pendek kan di sebelah kanan. Tak faham? Rujuk gambar di bawah. Ada 2 versi lagi yu! Hehe.
p/s: Oh ya lagi satu , jikalau korang tak selesa untuk bahagian kiri di panjang kan , korang boleh je tukar ke kanan. Tak kisah kanan ke kiri di panjang kan , asalkan akan ada satu panjang satu pendek. Eheh.




based on this picture : panjang kan sebelah shawl korang. jangan terlalu panjang. jangan terlalu pendek.


Based on picture : Pendek kan sebelah shawl korang. Jangan pendek kan sangat. Takut tak dapat nak tutup penuh dada korang nanti.

Gambar di bawah itu pun sama yang beza colour shawl yang lebih terang. Tehehe.




Selepas korang dah panjang dan pendek kan shawl korang , sebenar nya part nak panjang dan pendek kan ini lah yang penting sebab ia akan menentukan korang  boleh tutup bahagian dada korang ke tak. So korang memang kena buat try and error untuk part ni. Selepas itu ambil shawl di bahagian kiri yang panjang itu , dan tarik ke atas sebelah kanan. Jangan tarik sampai tercekik ye kengkawan. Naya je nanti. Eheh.



based on picture : tarik shawl belah kiri korang naik ke atas bahagian kanan.

Setelah selesai tarik ke bahagian atas kepala , ambil pin tudung / jarum peniti / jarum colour-colour yang boleh beli dekat kedai jahitan tuh eheh dan letak kan di atas shawl , letak di bahagian atas kepala korang. Oh sebelum itu , sebelum korang nak main tarik-tarik dengan shawl korang , jangan lupa jugak untuk letak jarum peniti / jarum colour-colour dekat tepi shawl belah kiri. Bila korang letak sebelum korang main tarik-tarik tu akan buatkan shawl korang tak bergerak ke mana –mana. Hehe.



based on picture : aku letak pin di bahagian tepi kanan dan juga kiri sebenar nya. tapi belah kiri tak nampak.


based on picture : tarik shawl dari kiri itu naik ke atas kepala.


based on picture : kemudian letak kan pin di mana-mana area yang korang selesa. macam aku letak di tempat yang aku empatsegikan tu. tehehe.

 Ok kemudian nya , sudah pasti akan ada lebihan shawl itu sebab di bahagian belah kiri itu kita sudah buat panjang lebih daripada yang di sebelah kanan punya shawl kan? Ambil pin tudung sebab kita hendak pin kan di bawah dagu kita macam kita pakai tudung bawal tu. Maybe ada sesetengah orang dia just masuk kan lebihan shawl itu tak ber pin segala , tapi untuk keselesaan masa panjang , lebih baik pin kan. It’s up to you okeh J Ada jugak yang aku tengok sesetengah orang gunakan pin rambut untuk di letak di tepi shawl. So again , it’s up to you k?!


based on picture : ok selepas pin kan dengan jarum peniti atau apa-apa saja yang korang selesa , tarik lebihan shawl.


based on picture : 1) kemudian tarik dan letak kan shawl di bawah dagu. 
2) kemudian ambil pin tudung dan pin kan.


based on picture : so then , it should be like this. it's up to you k?

Selesai sudah untuk shawl di bahagian kiri atau lebih senang di bahagian atas kepala. Sekarang korang cuma perlu ambil shawl di bahagian sebelah kanan tadi yang kita pendek kan itu dan pin kan ke tepi kiri. Oh perlu di ingatkan ketika korang panjang pendekkan shawl itu , jangan pendek kan sangat ye? Nanti jika korang nak tutup dada , tak boleh pulak! Jadi kena try and error sangat-sangat.



based on picture : ambil pin tudung tak kira kecik or besar. eheheeh.


based on picture : kemudian pin kan di tepi.


based on picture : so , done!


based on picture : 1) pin kan di bahagian tepi
2) bahagian atas shawl yang menutupi separa dada
3) bahagian bawah shawl yang memang menutupi dada.

Eheh , so selesai sudah! Jadi sebenar nya apa yang penting apabila korang pakai shawl tu , korang perlu alert apabila nak panjang pendek kan punya part saja. Memang selama ni aku pakai shawl memang aku boleh je tutup bahagian dada. Aku waktu mula-mula pakai dulu memang sangat lah terasa susah nya. Tapi apabila sudah biasa , memang senang je. Di bawah ni antara gambar-gambar aku pakai shawl yang menampak kan keseluruhan badan. Eheh. Aku jarang amik gambar nampak seluruh badan memandangkan selalu ambil gambar SS khen? Muehehehe. So apa yang aku selalu lihat dan rasa (gambar-gambar di bawah) , memang dah menutupi dada , cuma kadang-kadang apabila tengah makan , tengah berpeluh memang tak dinafikan shawl akan tertarik ke atas lalu membuat keseluruhan shawl nampak pelik. Ades.




shawl ni jenis kain tak jarang, tak nipis. sangat selesa. eheh , siap nampak peluh lagi tu tepi tu.


ok shawl ni jenis kain nipis tak nipis licin la. jadi kalau berpeluh memang naya. 


shawl ni jenis kain yang sangat nipis. sangat-sangat bahaya kalau pakai baju nampak dada sebab memang boleh nampak dari luar. ades.

Harap-harap nya tutorial ringkas aku ni korang boleh faham ek? Boleh je tanya apa-apa soalan , aku tak kisah pun. Yang mana aku boleh jawab , aku jawab lah ek. Yang tak boleh tu , ehehehe , aku sengih je lah kot. Tehehe. So uols sekalian , tak kira lah pakai shawl , tudung bawal atau purdah sekalipun , sebagai wanita kita tetap wajib menutup aurat. Benda yang wajib tetap wajib kan? And one more thing , pakai lah ikut keselesaan korang , tak kira lah korang kata nampak macam pelik , tak menarik atau apa sahaja asalkan yang wajib kita tetap ikut kan? Ehehe , okay tak nak komen lanjut isu-isu sensitif ni. Tepuk dada tanya selera tapi jawab ikut mulut ye? Ehiks. 

nota kaki : sila like kalau anda rasa menarik. sila juga bagi komen jika anda rasa tutorial saya seperti tidak menarik dan kalau ada pendapat , kasi lah jugak. aku suka je buat tutorial untuk korang. eheh. nanti ada lagi kot tutorial aku nak buat , tak pun kalau korang nak tanya apa-apa , yang mana aku tahu aku cuba buat tutorial nya nanti. eheh , gaya hebat sangat la ni? *lempang* apahal skematik pulak aku ni? eheheh. 

nota kaki lagi : kenapa cepat betul saya update? actually ini entry berdraft , cuma ikut turn je nak publish. tehehe. sebab bila pagi , tengahari , petang belum tentu saya online. nak belajar wehh.. nanti ada exam. -.-

MasyaAllah , Syahdu nya.

Petang tadi bermalas-malasan di atas katil sambil membuka laptop dan internet. Pinjam berukban kakak aku yang tengah bercuti raya cina ni kan. Lepas tu tengok dekat Maher Zain Malaysia FC (MZM FC) , Music Unlimited Hotlink dengan esklusif nya menjual full song Maher Zain – InsyaAllah , Malay version. (read : Malay version yu!) Murah jugak , eheh RM3. Eheh. Sebenar nya ini kali pertama aku mendengar  InsyaAllah dalam versi Melayu.

Best ke? Sedap ke dengar? Pelat tak?

Nak tahu? Eheh , ramai dah tahu kot rasanya. Pertama kali mendengar menggunakan preview untuk membeli lagu full song di Music Unlimited Hotlink , aku terasa macam tampar-tampar kejap pipi comel aku. Kenapa? MasyaAllah , tak pelat langsung Maher Zain nyanyi dalam Bahasa Melayu. Eheh. Ini mesti makan nasi lemak eh Maher Zain sebab tak pelat langsung ni. Ekekeke , gurau-gurau je ye. Kang ada cakap ai sindir Maher Zain pulak *nangis*

Eheh , maaf lah kengkawan kalau tengok update aku ni penuh dengan Maher Zain je , eheheh. Maklumlah , hati tengah frust jugak la sebab tak dapat nak pergi Konsert Maher Zain tu. Tapi apa-apa pun tak kisah lah , lagipun duit memang tengah tak ada , tiket pulak yang paling murah tu ada la , tapi kalau dah buat dalam Stadium , aku macam boleh agak dekat mana aku duduk nanti :P Iyelah , alang-alang menonton nak lah menonton dekat tempat yang paling dekat dan best kan? Ehehehe.It’s ok , it’s alright bebeh. Last year dah dapat pergi kan? Last year dah dapat dengar kan? Ok lah tu. Ayat penenang jiwa sangat kan? Muahahaha.


Berbalik kepada lagu InsyaAllah versi Melayu , bagi aku kalau nak cakap pasal suara Maher Zain , eheh , suara dia memang senantiasa sedap dan merdu. Lirik dalam Bahasa Melayu? Syahdu je aku dengar. Sebelum ni aku pernah dengar dalam bahasa Arab , lagi lah syahdu aku dengar. Eheh , aku kan suka feeling emo-temo. Itu yang terasa syahdu kan? Teheheeh.
Jadi nya aku rasa aku suka je memane versi sebab apa yang penting lirik dia tu memang boleh bakar semangat bahawa kita tak berseorangan apabila kita ditimpa masalah. DIA sentiasa ada dengan kita walau susah dan senang cuma kita saja yang alpa mudah lupa kan? Oh ini peringatan untuk diri sendiri. J

Adess , tengah menaip ni tengah dengar youtube InsyaAllah versi Melayu , terus terasa nak menitik-nitik air mata okeh? Dramatik ke kalau cakap macam tu? Eheh. Lantak lah korang nak cakap apa pun kan? Eheh. Yang penting mood jiwa kacau aku semakin berleluasa bila dengar lagu InsyaAllah versi Melayu ni. Heheh.

Aku nak download lagu InsyaAllah versi Melayu ni , tapi internet lembapz.Nak beli dekat Hotlink eheh , top up pun nan hado kan? Gedik jugak nak beli belah. Nangis! Tragis sangat! Huwaaaa.Eheh , nak update pasal tu je. Dengar lagu ni sambil hujan yang turun tak berhenti dari pagi tadi makin buat terasa syahdu jap. MODE: JIWA KACAU.
                                                                                 
kthxbai.








syahdu je dengar lirik dia. tak kisah bahasa mana sekalipun apa yang penting tujuan lirik dia tu kan? eheh.


notakaki : tak guna kalau sanjung lagu semua , insaf segala dengar lagu ,
tap apa yang tuhan suruh tak buat kan? ok , peringatan untuk diri lagi. dush!




Sunday, January 30, 2011

Kenapa lah CEREWET sangat?

Dah lama tak merasa jadi burung hantu semenjak musim persekolahan bermula. Rasa nya jarang betul aku tidur lambat sepanjang sekolah dah bukak ni. Teringin nak tidur lambat tapi buat naya untuk hari keesokkan nya je pun. Mahu nanti aku pening kepala tahap feeling nak pitam kan? Uhuh , ngeri je aku.

Sekarang dah pukul 5.30 pagi. Sebenar nya aku dah mengantuk tahap muka Rozita Che Wan jadi muka Anita Sarawak dah ni. Tapi tak lama je lagi dah nak Subuh , baik tunggu sat dan bulat kan mata sebelum feeling nak tidur ke hape kan? Kekdahnya aku baru lepas bertukang betul kan itu ini dalam belog. Pergh , gila gigih kan betul kan segala macam kan? Aku baru lepas tukar layout belog lagi. Seperti biasa , bila mood angin Sumatera aku dah mai , memang lah aku tetap gigih kan diri untuk tukar segala macam layout , lepas tu nak kena edit bahagian tepi aku yang macam-macam benda tu kan? Tehehehe.

Nak buat macam mana , aku ni memang cerewet. Terutama benda yang aku akan selalu buat walaupun tak ada lah selalu pun. Kadang-kadang nak menulis belog , untuk aku lah kan , bukan tunggu ada bahan cherita , bukan tunggu ada mood baru nak menulis , tapi kadang-kadang bila aku tengok belog aku berseri sikit , baru lah angin nak menulis tu datang. Teehehe.

Korang ada ke yang sama macam aku ni? Eheh. Aku ni dalam segala macam hal , banyak je yang cerewet , lepas tu orang sekeliling yang mual menyampah nya kan? sob sob sob haktuih sangat kan? Heh. Tak ada benda menarik yang terjadi dalam hidup ini untuk di kongsi kan bersama dengan korang. Gambar menarik pun tak langsung memandangkan memang aku tak mood untuk ambil gambar apa-apa. Banyak yang dah di draft kan , cuma tunggu masa untuk di publish kan. Kang orang muak pulak aku asyik cherita benda sama je. Pi Mai Pi Mai Tang Tu jugak kan? Harus loya je korang nanti. Sadis ai. Eheh.




selingan gambar. masa di Terengganu. bila tak ada siapa nak layan percakapan minah kepoh , last-last cakap dengan cermin je lah kan? eii scary nya yu! erk!

Adess , sebenar nya aku tengah menahan sakit perut ni. Aisehmen. Aku pun tak tahu aku silap makan apa. Tapi aku rasa perut aku sangat sakit. Gastric? Tak mungkin sebab semalam pukul 10-11 malam tu aku bangun dari tidur aku makan roti. Sakit perempuan? Eheh , no komen. Aku pun tak tahu kenapa. Sejak petang semalam aku sakit perut , lepas makan bihun goreng dengan sambal pedas yang Ayah beli. Heh , itu lah orang suruh makan masa pagi , kau menggedik nak makan time petang kan? Adess. 

So how how ni uols? -.- Oh ada selingan lagi. Maaf kalau entry ni panjang berjela tapi macam entah apa-apa je kan? I'm sorry lah uols. Tengah pagi-pagi buta macam ni , memang lah mood merapu sentiasa berkumandang di dalam jiwa kan? Adess.



Sejak AJL hari tu , aku terus jatuh cinta dengan lagu Hanyut. Mungkin mood jiwa kacau aku yang melanda sejak dua menjak ni membuatkan aku terasa nak dengar je lagu ni. So how lagi ni? Asyik jiwa kacau je sejak dua menjak ni. Entah apa-apa je kan. Uhuh. Oh lagi satu hal. Sekarang belog dah rasa macam cun berseri sikit. Bukan tak suka layout yang dulu tapi layout dulu nampak menyerabut kan mata. Seriously , mata aku yang sakit bertambah sakit bila tengok belog sendiri. Heh. Sekarang dah ok sikit. Harap warna nya tak ada lah buat kau silau ke silu .. eheh.

Oh ya , tak ada siapa ke nak join exchange link? Tehehehe.  Gigih betul peromot dekat orang kan? Eh aku tak peromot lagi dekat mana-mana. Malas sebenar nya sebab benda tu bukan giveaway atau apa je pun kan? Tak nak lah paksa-paksa orang. Tehhehe. Tapi okay je kalau korang semua nak join , just drop the comment dekat entry melekat dekat atas tu ha , lepas tu paste sekalik la link url belog korang :) Senang kerja den katanya. Hehehe.

Ok Ok , nampak nya kalau aku teruskan menulis , bermakna aku makin melalut pasal heartbeat,nuffnang dan sebagai nya. Better aku stop sekarang. Tapi nak tulis lagi? HOW? *lempang pipi dia , adush*

nota kaki : awak awak kenapa saya sedih?
ada ubat tak untuk sedih?
ada ada :(
eh apasal cakap sensorang ni. huwaa

Saturday, January 29, 2011

Maher Zain lagi. Ini bukan jawapan TEKA TEKI semalam.


bideo yutube ini dirakam oleh IjahEmoTemo secara sembunyi sembunyian. mueheheh

Dah lama nak kongsi video ini dekat dalam belog ini. Tetapi kesuntukkan masa membuatkan aku lagi suka update pasal benda lain. Video ni merupakan video yang Awisy akan tanya aku ala-ala macam ni " Ijah mana InsyaAllah?" , maka aku pun akan tunjuk video ini. Alah si kenit tu sekejap je teruja tengok video ni , maklumlah ada suara bangau aku dalam tu. Itu yang dia lari cepat-cepat agak nya sambung tengok kartun. sob sob , sampai hati kau dolah! Eh!

Mentang-mentang Maher Zain nak datang sini balik siap buat konsert dekat Stadium Melawati dan aku tak boleh nak attend dan aku pun tak nak pergi pun sebab harga tiket agak mahal dan aku tak pun pokai nak bayar duit tiket dengan hape kan? Lagipun last year dah dapat pergi kan , so tak kisah tak dapat pergi this year. Huhuhuh.

Oh ya , itu video InsyaAllah daripada Maher Zain untuk Showcase di MBSA , Shah Alam. Kalau rindu-rindu nak feeling macam tengok konsert Maher Zain , mula lah aku terkedek-kedek cari folder Maher Zain , bukan Anuar Zain ye Awisy , ekekeke. Lepas tu dengar sampai pitamz. Ehiks! Oh ya , sebenar nya hati tengah celaru macam tak reti reti nak buat benda lain selain menghadap belog dengan harapan dapat tukar layout baru. Agak jealous tengok sesetengah bloggers punya layout yang seriyesli simple cantik and aku pun nak jugak macam tu. Dekat mana eh korang dapat layout cun macam tu? Nangis tragis kejap ai sebab tak dapat cari layout yang sesuai dengan hati ai ini. *nangis*

Eheh. Jadi , happy weekend yuols! ^__^


Hanya Ini Yang Mampu

Sekarang dah pukul 3 pagi. Bersekang mata duduk depan laptop meskipun mata aku bukan nya sihat sangat ni. Berair je mata ni tak kira masa. Tapi disebab kan aku tengah membuat ubahsuai belog , haruslah gigih kan diri untuk selesaikan hari ini jugak semua nya. Fuhh , mujur semua nya dah selesai. 

Tapi meskipun semua nya sudah selesai , aku sebenar nya biasalah kan mesti ada benda yang tak puas hati nya kan? Actually overall okay. Cuma aku tak suka 3 columns sebab bagi aku nampak tak kemas dan merimaskan mata aku yang memandang. Aisehmen.

Tapi aku nak tukar balik semua and cari balik layout template yang lain , for sure aku letih gila sekarang ni. Ehem. Tak kisah lah. Janji belog nampak okay dari yang before. Ngeh3x. Dah nak pergi tidur ni , tak mampu nak keluar idea apa-apa lagi. Cuma nak tidur je sekarang. Teheheeh ;)

nota kaki : suka tengok header bunga tu , i'm so in love with that -.- gituww walaupun hati tengah terluka ni. uish!

Friday, January 28, 2011

TEKA TEKI : Anuar Zain tu Maher Zain ke Ijah?

Ehiks. Pukul 2 tadi , masa tengah tengok tv dengan si kenit , Awisy. Bagi mengelakkan tak nak kasi dia tengok Astro CERIA 611 bak kata Awisy , maka aku bukak channel lain. Maka aku pun bukak channel 132 , kebetulan ada tunjuk Klip Video 2011. Curlast gituew khen? 

Awisy ni memang suka tengok orang joget menari , nanti sure dia ikut balik. Itu lagi best tengok daripada tengok kartun yang Astro Ceria duk ulang tayang sampai aku boleh mimpi ngeri kalau tengok balik. Jadi mula-mula lagu ost Awan Dania , Ilusi , Adira yang nyanyi. Semangat gigih Awisy menari okeh? Haruslah kan! Pitamzz...

Lepas tu tetibe aku pun sebut eh lagu Anuar Zain la .... dan bermula lah TEKA TEKI ituew oleh budak kecil yang berusia hampir 4 tahun. 

Ijah : Eh Eh Anuar Zain la *muka teruja tgk MV terbaru dia*

Awisy : Eh Ijah , ini insyaAllah ke? *teruja jugak*

Ijah : Ek? Ehhhhhh!! Ini Anuar Zain ! Bukan Maher Zain la Awisy! *pitamz*

Awisy : Ijah ... Anuar Zain ni Maher Zain ke? *muka teruja nak tahu*

Ijah : EK? *pitamz*

Kekdahnya aku pun hampir-hampir keliru dengan soalan Awisy ituew. HAHA. Kekdahnya Awisy keliru bila aku sebut Zzain dekat belakang tu ha. Itu yang dia tanya Anuar Zain tu InsyaAllah ke Ijah? Hehehehe , maklumlah Awisy ni minat jugak la kadang-kadang dengar lagu Maher Zain tuh. Ekekekeek.



ini Anuar Zain. ceh , gaya macam korang tak pernah kenal.


ini Maher Zainn ... 25/26 Februari dia nak datang Malaysia. Buat konsert yanng besar punya dekat Stadium Melawati :D Oh aku tak pergi , jauh benor dekat Shah Alam tu. Heh , habis tu dulu buat dekat mana? Wangsa Walk? *nangis*

p/s: hep gambar maher zain tu memang aku punya cuma malas letak watermak :nangis:

Heh Heh Heh , kekdahnya nak cherita pasal gelagat Awisy yang tanya pasal Anuar Zain dengan Maher Zain tu ha. HAHA , nak gelak je okeh! Ekekeke.

Thursday, January 27, 2011

Terbatas tapi bukan Terbabas.

Belog ini semakin lama semakin bersawang. Keadaan diri yang tidak berapa sihat meskipun hari-hari sengih nampak gigi , itu tak bermakna keadaan diri sihat walafiat sejahtera bahagia okeh. Sebenar nya apabila jarang betul mengupdate belog , idea dekat kepala otak ai ni pun dah makin berkurang. Banyak jugak yang dalam draft tu , tapi bila 58 kali fikir , macam banyak betul merapu daripada benda yang seronok untuk di publish kan. Daripada memalukan diri , lebih baik tak perlu!

Sebenar nya nak bagitahu semua orang sekarang ni masa untuk berinternet bersuka ria segala memang dah terbatas. Kadang-kadang lagi rela tidur daripada menghadap laptop ni ha. Mahu nya tak. Asyik letih je kerja sekarang kan? Adess. Sebenar nya sekarang semua benda terbatas nak buat. Internet pun semedang gedik nak kasi aku online kejap. Mengada-ngada sungguh! 

Ehem Ehem , sebenar nya juga. Hep , apahal asyik sebenar nya sebenar nya ni? Dan Sebenar nya Yuna ke hape ni uols? Erk! Sebenar nya tengah feeling nak tukar header , ehem maksud nya nak tukar dengan layout belog sekali lah. Tapi tunggu lah bila ada masa lapang dengan internet laju yang entah bila nak muncul. Uishh. Kekdahnya tengah ada benda lain nak buat ni jadi perlu chiow dulu. Haihh ... seriously I miss my blogging time ... sob sob sob..




actually apa yang korang nampak tu actually my new header yang aku feeling nak letak dekat belog ni. but sayang seribu kali sayang , terlalu kecik dan terlalu besar the end aku malas edit *sigh*


nota kaki : mood jiwa kacau sedang melanda diri. hmmm

Saturday, January 22, 2011

Skematik. Dramatik but never Romantik. HOI APA NI?

Ehem Ehem. Terasa macam dah berminggu-minggu tidak update belog. Memang sukar betul sekarang nak mencari masa sesuai untuk mengupdate belog. Maklumlah busy dengan persekolah , busy dengan nak ulangkaji , busy dengan nak berehat kejap. Macam-macam perkara kena cepat-cepat buat. Uhuish.

Jadi aku rangkum kan apa yang terjadi kali ini. Hari ini hari Sabtu , ada persekolah ganti. Tetapi di sebab kan aku Tingkatan 5 , maka kami semua wajib hadir sebab ada Program Bestari SPM gituew. Ada je yang tak datang. But rasa bersalah pulak kalau tak datang khen? Kata nak jadi baik tahun ni khen? Ehiks.

Tapi well aku ni tahun ni macam SKEMATIK pulak bila tak bawak handphone hari ini. Padahal some other's friend bawak je handphone. Tak bawak mp3 tapi ada je kawan aku yang lain bawak. Tak bawak kemera. Oh yang ni memang tak ada siapa bawak. Hahah. 

Tapi apa yang DRAMATIK pulak ni? Uishh. Tak ada apa-apa pun. Kikikik. Tadi pergi KLCC sebab nak jumpa kawan aku , Cik Kekure. Biasa lah kan , sesekali berjumpa ada lah dalam sejam dua gituew. Borak , makan , lepak kejap then teman dia shopping gituew. Ehiks! p/s: tq ye for the buku. insyaAllah akan baca dan amalkan. :) Tehehehe. Yang Romantik? Oh never never. Kikikik.

Ehem then? Entahlah , tak tahu nak tulis apa benda lagi. Nak kena tulis cepat-cepat and how I miss my blogging time before this. Seriously , I'm just miss the time I'm updated , I'm blogwalking and now aku terpaksa lupakan kejap blogwalking , blog updated and semua yang berkaitan memandangkan internet sangat lah kejam sekarang ni. Line sangat lembapz and kalau ada pun pagi-pagi buta or tengah malam. Huish , kowser sangat aku nak tidur lambat bangun awal kan? HAHAHAHA.

So then , I'm sorry guys if tak balas kunjungan balik belog korang , tak sertai apa yang korang tag , ajak join GA and semua itu. Bukan tak nak join ke apa , tapi line internet sangat ciput weyy -___-' Menangis Melalak pun macam tak ada effect doe. Uish. Oh ya , tak ada sesiapa ke nak join benda yang aku lekat sampai akhir tahun tu ek? Join je la , alah aku cuma letak dekat tepi tu je , exchange link je cuma saja-saja suruh korang letak status gowjes ituew. Gituew khenn? Heheheh.

Hmmm , so apa lagi .. ahhh sila scrool down ke bawah ye .. kikikikik

*

*

*

*

*

*




Tadaaaaa ... I know You miss me khenn? Wakakakakaka. Ok lah uols , nak kena chow dulu. Kepala dah macam hape pening dia. Better cari katil sekarang. Kikikik. 

kthxbai.

nota chenta : banyak update tergendala sebab internet kejam.
ke ada manusia lain kejam?
uhuh , tak tahu. huhuh.

Thursday, January 20, 2011

Karipap Nan Hado Inti Yang Shomel. Anda Nak jugak?


karipap inti nan hado yang nampak buruks sikit sebab ai yang buat *nangis*


Seperti biasa , belog aku memang suka tayang gambar tak kira lah gambar pemandangan , gambar orang kahwin , gambar cuti-cuti ataupun gambar makanan. Maklum lah , Umi saya gemar memasak , anak nya gemar makan , jadi tak hairan lah kalau selalu sangat aku tayangkan gambar makanan kan? Teheheh.

Kali ni bukan nak kongsi resipi ye kengkawan sebab aku pun tak reti lagi nak buat makanan ni. Sadis menghiris kalbu bukan? Padahal masa Umi tengah sibuk sediakan bahan-bahan , masa tu jugak lah kau sibuk buat tahi mata takpun sibuk cari gaduh dengan si kenit terutama bila rasa rumah sunyi sepi je. Cehh , alasan semata-mata.

Panjang pulak mukadimah kali ni. Mahu menangis kalau pemeriksa tengok kalau pendahuluan tak ada isi penting dalam tu if this BM Essay paper -.- Oh tuhan , tolong jangan aku lalai dengan perkara remeh macam ni. Ok , kali ni aku cuma nak tunjuk gambar makanan feberet like like aku masa kecik-kecik dulu.Tehehe.

Karipap-Karipap Cinta versi kecik dan comel. Apa yang menarik nya karipap ini ialah di dalam nya tiada isi apa-apa. Cuma karipap kosong. Masa aku kecik-kecik dulu Umi aku suka buat karipap inti daging/ubi keledek , lepas tu everytime nak makan aku akan suruh Umi aku buang semua inti dan aku makan kulit dia je. Tehehehe. Lalu bila selalu sangat macam ni , Umi aku pun try lah buat karipap tanpa inti. Lalu bila aku mula makan , setiap kali Umi aku buat karipap aku akan buat permintaan khas untuk hendak makan Karipap Inti Nan Hado. Kikikikik.

Sampai dah masuk usia 17 tahun ni pun sibuk benor buat permintaan khas Karipap Inti Nan Hado ni. Kikikik. Memang best makan sekali sekala. Terutama bila tak ada makanan time pagi ke petang or malam sekalipun , memang syok makan.Gedik kan? Umi pun kadang-kadang malas layan permintaan aku sebab 50 biji karipap kecik tanpa inti nak buat agak leceh sebab time nak kelimkan dia macam mengada-ngada sikit. Kalau ada inti lain pulak dia ok je. Tehehehe.

Eh Eh lagi satu , hari tu aku belajar kelim karipap dengan Umi.Perghh Umi buat memang laju boleh borak kiri kanan lah. Aku? Keh Keh memang mula-mula menangis sebab tak boleh nak buat se-cun Umi punya. Huwaaa. Lepas tu Umi suruh try lagi try lagi dan lagi.Mujur mood Umi ok kan layan perangai anak bongsu dia yang berminat nak belajar buat. Ehiks. Yelah kan , bak kata nenek saya , belajar tinggi mana sekalipun , perempuan ke dapur jugak akhir nya. Wah gituuu. ;)

Ehem Ehem , ada orang berminat ke nak karipap-karipap cinta ni? Kalau nak meh lah order :D Dekat tepi belog aku tu ada cakap camne nak order Tehehehe. Dalam banyak-banyak jenis rasa inti karipap , korang suka rasa inti apa? :D




Hampa

Ehem. Dah dekat 2 hari rasa nya tak update apa-apa dekat belog. Maklum lah badan tak sihat sangat , nak duduk bersengkang mata depan laptop pun terasa sakit seluruh badan. Dugaan betul. Hari ni cuti umum , cuti sempena perayaan Thaipussam. Semalam aku tidur awal gila , pukul 8 malam kot? Bangun-bangun pukul 5 pagi ??? -_____-'

Itu lah hakikat aku sekarang. Tidur awal bangun awal. Something yang aku tak boleh nak recognize kan dalam kepala otak aku yang aku tidur awal dan bangun awal. -___-' Uish apa sudah jadi ni? Maka bila tidur awal dan bangun awal ni macam-macam benda yang nak dibuat pada malam hari tergendala. 

Misalnya nak belajar ulangkaji , nak buat kerja sekolah , nak belogwaking ehh dan macam-macam benda lain tak dapat nak di laksanakan seperti yang dirancang gituh. Cehh. Mungkin kesan ubat batuk+selsema yang buatkan aku jadi semakin lena tidur awal dan bangun awal. Ishh.

Hmmm , sekarang ni agak hampa tengok UV Traffic blog sendiri. Ceh , ayat dramatik sungguh kan? Kikikik. Mahu nya tak hampa uolss. Yelah , sejak aku tak belogwaking ni memang menurun dengan jaya nya UV Traffic ini , dan memang tak boleh di sangkal lagi apabila tak buat entry sekali sehari sekurang-kurang nya + belogwaking memang dapat membuat UV Traffic naik dengan jaya nya. Eh kenapa nak kecoh suruh naik kan UV Traffic semua ni? Haruslah kan? Ada BE yang tengah running dalam belog aku ni. Aku nak korang kelikkan untuk aku. Erk! Nilai sangat rendah untuk BE yang ke 2 ni. Uishh. Menangis wehh bila aku tengok. Hehehe. Nilai Heartbeat pun so-so je. Lagi mak nak nangis noks! Maklumlah aku kan tengah mengumpul duit gitueww. Cehh.

Lepas tu bukan setakat itu je yang aku hampa. Ada jugak benda lain yang aku hampa , contoh nya tak dapat nak ulangkaji. Aiseh. Bila fikir tentang SPM , mahu gelisah gundah gulana okeh? Fuh Fuh ... berdebar sat. Tetibe tensen kejap uolsss.. mahu nya tak , mula lah nak fikir macam-macam ni. Ish. Apakes sangat kan? Sudah Sudah. 

Nanti kalau line internet baik , maklumlah line internet aku sekarang ni kejam sikit , asyik-asyik nak tersekat-sekat je. Geram okeh? Oh lupa , kalau line internet aku ok , nanti aku sambung update ye. Banyak betul dalam draft tu -___-' 

kthxbai.