Pasti ramai dah tahu tentang Heartbeat.my Bukan lah tempat untuk check jantung korang. Bukan Bukan. Tetapi Heartbeat sebenar nya lebih kurang sama seperti Nuffnang cuma Heartbeat bukan lah competitor Nuffnang ye. Maka ia selamat untuk di gunakan tanpa was-was. Chewah. Oh sebelum itu Heartbeat ini merupakan web yang menyediakan pelbagai jenis hadiah yang korang boleh order online dan bagi bloggers seperti kita , tugas kita hanya meletakkan link iklan sama seperti Nuffnang. Kalau korang nak order pun tak ada masalah , tak salah aku ada dapat discount lagi tau. Hiks. Tapi bagaimana kah cara nya? Oh yeah , ini lah aku nak bagitahu ni. Sila baca sampai habis ye :D
Bagi mereka yang masih ragu-ragu ataupun masih tidak pasti , hari ini aku hendak buangkan rasa ragu-ragu yang bersarang di dalam lubuk hati korang. Aku tahu semenjak Mama Zharfan beritahu bahawa Heartbeat bukan lah competitior Nuffnang , aku tengok ramai yang sudah menggunakan Heatbeat.Yeah! Mari kita mengumpul duit bersama Heartbeat selain Nuffnang :P Aku pun tahu daripada Mama Zharfan tetapi tidak terus menggunakan Heartbeat tetapi setelah bertanya itu ini daripada Miza Yusof dan dia memberi aku 1001 keyakinan , maka aku pun turut mencuba.
So macam mana mahu menyertai Heartbeat? Cara nya amat mudah dan senang :D Pertama sekali , jika korang nampak banner Heartbeat yang aku letak di 3 tempat iaitu di atas sekali ataupun di sebelah kiri ataupun di bawah sekali , korang tekan link tersebut. Maka apabila kamu semua telah menekan link tersebut akan keluar seperti gambar di bawah ini.
tekan di bahagian ikelan tersebut.
Selepas itu , apabila sudah nampak apa gambar di atas itu , sila tekan di tempat yang aku telah empatsegikan dengan warna merah itu. Tekan di situ dan seterus nya akan mengeluarkan gambar seperti di bawah itu.
Haa , tekan dekat bahagian LET US START!
Ok kemudian akan muncul pula tab seperti di bawah.Di bahagian atas tersebut (di bahagian kotak) ada mereka tulis LOG IN / CREATE ACCOUNT. Ok , jadi korang perlu lah tekan di bahagian CREATE ACCOUNT. Seterus nya as usual bila dah tekan CREATE ACCOUNT/REGISTER semua itu , korang perlu lah isi maklumat peribadi korang dengan tepat.
Bagi yang belum mendaftar , sila tekan CREATE ACCOUNT. Bagi yang sudah mempunyai ACCOUNT , apa lagi noks , sila LOG IN la :P
Isi maklumat peribadi korang dengan tepat :) Kalau ada yang nak tukar after dah register , don't worry , korang still boleh edit ; contoh nya alamat or something else. :)
Ok setelah selesai membuat CREATE ACCOUNT semua , korang perlu cari di bahagian bawah sekali di web Heartbeat seperti gambar di bawah ini. Korang perlu cari Join HB!Affialiate kalau tak silap aku. Maka baru lah boleh meletak code ikelan di belog korang :) Nanti sekali lagi korang perlu isi maklumat untuk HB!Affialiate. Iyelah untuk isi maklumat no acc bank korang , alamat korang , nama penuh korang dll :) Oh ya bagi yang mereka ragu-ragu tentang hendak isi no acc bank tu , korang boleh pilih Cheque jika tidak mahu meletak kan no acc bank korang. Macam yang aku tengok Mama Zharfan yang telah cash out duit Heatbeat dia, dia terus masukkan ke ACC Maybank dan after two week’s she cash out , dia dah dapat duit Heartbeat J It’s up to you guys dengan yang mana korang rasa selesa :D Maklumat peribadi tu boleh di edit ya sekira nya ada benda yang perlu di edit :)
macam aku punya dia suruh tekan my HB!Affialiate , tapi untuk yang belum join lagi , rasa nya tak salah aku dia akan cakap Join HB!Affialiate.
setelah selesai mendaftar. untuk meletak kan code , sila tekan MyHB!Affialiate.
Ok then here you go for put the code di dalam blog korang. Senang bukan ? Teheeheheh. Ok cara-cara untuk meletak kan CODE IKLAN di dalam BLOG korang amat mudah. Ok mula-mula sekali korang tekan di bahagian CODE. Setelah korang tekan maka akan keluar seperti di bawah ini. Ok then di sini korang boleh pilih korang nak letak jenis link iklan macam mana. Korang boleh pilih HORIZONTAL , TEXT , SQUARE & VERTICAL dengan size kecil atau besar untuk korang letak di dalam blog korang.Macam aku , aku saja-saja letak 3 sekaligus dengan harapan korang akan kelik-kelik bantu aku kan -_____-‘ CEHH.
Ok untuk letak , korang copy code yang tersedia di dalam web Heartbeat tersebut , kemudian korang pergi dekat DASHBOARD , setelah itu pergi ke LAYOUT , selepas itu pergi ke ADD GADGET , then pergi pula ke HTML CODE dan setelah itu korang PASTE KAN CODE LINK IKLAN Heartbeat tersebut. MUDAH kan ?
after dah tekan MyHB!Affialiate , tekan GET A CODE ye kawan-kawan :)
then korang pilih je size kecik besar dan macam mana dekat situ then copy to ur blog. easy right? :)
Haaa , lepas itu ikut suka korang lah nak letak dekat bahagian atas ke , tepi ke tapi ikut kesesuaian size yang korang pilih tu tau :D Perghh , first time ni aku rajin siap printscreen dan kasi tahu detail ni. Kikikik. Seronok jugak buat benda ala-ala tutorial ni ek? Memang kena draft dulu lah , kalau on the spot mahu tunggang langgang ayat aku. Ekekekek.
Oh sebelum itu. Sebelum ada yang telah mendaftar dan membebel kenapa pulak dah letak heartbeat tapi nilai masih sikit dan bla bla , ini aku nak bagitahu. Nilai per click untuk iklan Heartbeat cuma 4 sen per click. Jadi tak hairan lah aku yang sudah guna sebulan setengah baru mengumpul nilai kecil tidak lebih dari 5 ringgit -___-’
kelik untuk tumbesaran yang lebih besar. eh eh?
Oh it’s ok guys and ladies! Tapi ada cara nya untuk menaik kan nilai Heartbeat ni. Ok sila baca gambar di bawah itu. Haa , kalau korang suggest kan dekat kawan blogger korang untuk do the same thing as aku buat sekarang ni , ehiks , haaa maka nilai wang Heartbeat korang akan bertambah sebanyak RM 2. So guys and ladies , sila lah tolong saya ya. Awak tolong saya , saya tolong awak. Ehiks. Ada rasa macam nak pang pang bertalu tak? Oh jangan jangan. Saya punya lah baik hati kan ? Awak tak dapat feel ke? Y_Y Cehh , drama betul. Kikikik.
So guys and ladies yang masih belum join Heartbeat for those yang nak mengumpul pendapatan sampingan sambil-sambil enjoy blogging , here it is the thing that you should do right now xD Lagipun bukan letih pun kan ? Just publish it into our blog then haaa kita pun dapat hasil dia sama kan :D
nota kaki : jangan paksa saya , sebab bila rela lebih selesa.
apa ni? entah -.-
4 comments:
saya tak buat lagi awak. hehe nice entry. nanti boleh buat rujukan :)
hye fatin :)
jom la buat , mmg a bit lambat la nk naik nilai dia , but lama2 naik la kan nilai dia. tehehe. selamat mencuba :D
wow! coooll! :D
hanisah : tehehehehe :)
jom lah join :D
Post a Comment