Home

Thursday, January 6, 2011

Kadang-Kadang Kita Akan Dapat Benda Yang Kita Tak Suka Dulu Sebelum Dapat Benda Yang Kita Suka! WOW! Panjang Nya Tajuk ...

Ehiks. Tajuk kali ini sangat panjang okeh? Biasa lah kang , kepala aku tengah tak berapa nak betul ni. Sungguh. Sejak bukak sekolah ni memang kepala aku senang gila sakit kepala. Mungkin sebab aku stress dekat dalam kelas tu kot -.-' Tak pasal-pasal hari ini pergi klinik jumpa doktor semua sebab kepala sakit. Migraine. Aku paling benci sebab nak kena check darah , tinggi atau rendah. Heh. Benda paling aku benci. Selamat Doc cakap normal , kalau cakap tak normal? Mahu aku guling-guling nangis. Heh Heh.

Sekarang ni lepas makan ubat , dah ok sikit. Sikit je lah. Gedik betul tak pasal-pasal sakit kepala. Lepas tu siap mintak ubat batuk dengan selsema memandangkan tak hilang-hilang lagi sakit aku yang tu ha. Nangis tragis sangat kan? Aiyark! Lepas tu , doc kasi cuti suruh rehat , lepas tu doc kasi bebelan yang sangat panjang suruh buat itu buat ini. Jangan stress itu jangan stress ini. Ok Ok. Sudah , kepala aku start sakit balik.

Mungkin jugak sebab aku tengah fikirkan something ni. My big decision yang mungkin boleh kasi aku bahagia ataupun mungkin boleh kasi aku merana. Haaa , ayat kau macam kena kahwin paksa je wehh -.- NO NO NO , bukan. Hal lain. Kowser sangat nak pikir hal kahwin tunang segala tu kan? Umur baru 17 , sila buat gaya 17 ye? Eh eh tetibe kau Jah! Mungkin pasal hal itu yang tak boleh nak kasitahu dekat sini tu lah yang buat aku pening kepala berdenyut. Sekarang ni pun pening lagi. Tapi sebab aku asyik tidur , yelah hujan seharian suntuk kan? Tu yang aku syok je tidur. Umi panggil suruh bangun pun aku rasa berat je kepala. Padahal tidur dalam gelap tutup langsir segala kan? Aiyoh!

Hmmm ... semalam borak-borak dengan Cik Kekure yang juga kawan aku ituew kan. Cakap lah pasal hal itu yang buat aku pening kepala tu. Dia suruh aku fikir betul-betul , baik dan buruk kena timbang jugak. Well , benda yang aku tengah fikir tu , memang dah fikir betul-betul. Tak fikir pasal emosi and yeah aku timbang baik buruk dia. But macam aku cakap tadi , kalau betul keputusan aku , insyaAllah aku bahagia dan stress aku akan kurang sikit. But if aku tersalah buat keputusan , aku yang merana. But aku rasa 50-50 , keputusan yang bakal aku buat ni just nice. InsyaAllah tak akan bebankan kepala otak aku.

Seriously , this year aku tak nak lah stress , tapi awal-awal tahun dah migraine? APA KES kan? Huwaaa. Selamat Umi dengan Ayah tak bebel ke hape kan? Lepas tu Cik Kekure pun cakap dekat aku khen ... Kadang-Kadang Kita Akan Dapat Benda Yang Kita Tak Suka Dulu Sebelum Dapat Benda Yang Kita Suka! Betul lah tu kan? Aku SOKONG! Tapi .. Tapi .. entahlah. Kepala sakit weng macam ni , memang aku terasa serba salah nak buat keputusan. Aku paling benci ada rasa menyesal. Sebab aku suka salah kan diri aku dalam semua benda -.- Patut lah selalu migraine kan? 

Aiyark! Aku nak tulis dekat sini masalah tu , but I think better I'm not write down my problem tu. Because , kadang-kadang BLOG bukan lagi TEMPAT untuk CHERITA hal PERSONAL khen? Ehiks. Setakat nak cakap hari ini aku pergi Mid Valley beli majalah EH! rasa nya tak ada masalah lagi kot? Ekekekek. Ok Ok kepala kalau tengah sakit sokmo macam ni memang syok merapu!

And And semalam baca belog Inche Hatim pasal kes kopikat. Memang sadis bila orang sukahati senang lenang kopikat kita punya ayat kan? Kalau kopikat lepas tu kasik credit tu tak apa jugak kan? Ni tidak suka hati je buat hak sendiri kan? Sebenar nya dah ramai aku tengok orang yang suka suki kopikat ayat / gambar dan macam-macam yang para bloggers lain yang aku kenal. Sadis okeh? Bak kata Inche Hatim , kadang-kadang nak tulis ayat yang pendek merapu pun amik masa sejam okeh? Tapi orang-orang senang je kan kopikat? Aiseh.

Ok Ok. Tetibe macam nak emo pulak nak tulis khen? So kekdahnya kepala aku hari ini sangat sakit. Terasa macam ada batu hempap dekat atas kepala! AIYOOO .. -.-'


tak nak stress .. tak nak tension .. tapi cmne?


2 comments:

Hati Batu said...

betul tu, kadang2 kita x sabar dengan dugaan yang datang, tp kalau kita sabar, kita lalui apa yang kita tak suka, pasti akan ad kegembiraan di hadapan..hehe

cuba banyangkan x ad bnda yg kita x suka..x boring ke?..hehe kne ad juga bnda yg kita x suka ni..hehe

Ijah EmoTemo said...

hye hati batu :)


yeaps! biasalah kan manusia biasa cpt melatah dgn apa yg jd. tp klu tak ada dugaan/cabaran , kita pulak yg akan senang lenang dlm kehidupan. tak best pulak :)