Petang tadi bermalas-malasan di atas katil sambil membuka laptop dan internet. Pinjam berukban kakak aku yang tengah bercuti raya cina ni kan . Lepas tu tengok dekat Maher Zain Malaysia FC (MZM FC) , Music Unlimited Hotlink dengan esklusif nya menjual full song Maher Zain – InsyaAllah , Malay version. (read : Malay version yu!) Murah jugak , eheh RM3. Eheh. Sebenar nya ini kali pertama aku mendengar InsyaAllah dalam versi Melayu.
Best ke? Sedap ke dengar? Pelat tak?
Nak tahu? Eheh , ramai dah tahu kot rasanya. Pertama kali mendengar menggunakan preview untuk membeli lagu full song di Music Unlimited Hotlink , aku terasa macam tampar-tampar kejap pipi comel aku. Kenapa? MasyaAllah , tak pelat langsung Maher Zain nyanyi dalam Bahasa Melayu. Eheh. Ini mesti makan nasi lemak eh Maher Zain sebab tak pelat langsung ni. Ekekeke , gurau-gurau je ye. Kang ada cakap ai sindir Maher Zain pulak *nangis*
Eheh , maaf lah kengkawan kalau tengok update aku ni penuh dengan Maher Zain je , eheheh. Maklumlah , hati tengah frust jugak la sebab tak dapat nak pergi Konsert Maher Zain tu. Tapi apa-apa pun tak kisah lah , lagipun duit memang tengah tak ada , tiket pulak yang paling murah tu ada la , tapi kalau dah buat dalam Stadium , aku macam boleh agak dekat mana aku duduk nanti :P Iyelah , alang-alang menonton nak lah menonton dekat tempat yang paling dekat dan best kan? Ehehehe.It’s ok , it’s alright bebeh. Last year dah dapat pergi kan ? Last year dah dapat dengar kan ? Ok lah tu. Ayat penenang jiwa sangat kan ? Muahahaha.
Berbalik kepada lagu InsyaAllah versi Melayu , bagi aku kalau nak cakap pasal suara Maher Zain , eheh , suara dia memang senantiasa sedap dan merdu. Lirik dalam Bahasa Melayu? Syahdu je aku dengar. Sebelum ni aku pernah dengar dalam bahasa Arab , lagi lah syahdu aku dengar. Eheh , aku kan suka feeling emo-temo. Itu yang terasa syahdu kan ? Teheheeh.
Jadi nya aku rasa aku suka je memane versi sebab apa yang penting lirik dia tu memang boleh bakar semangat bahawa kita tak berseorangan apabila kita ditimpa masalah. DIA sentiasa ada dengan kita walau susah dan senang cuma kita saja yang alpa mudah lupa kan ? Oh ini peringatan untuk diri sendiri. J
Adess , tengah menaip ni tengah dengar youtube InsyaAllah versi Melayu , terus terasa nak menitik-nitik air mata okeh? Dramatik ke kalau cakap macam tu? Eheh. Lantak lah korang nak cakap apa pun kan ? Eheh. Yang penting mood jiwa kacau aku semakin berleluasa bila dengar lagu InsyaAllah versi Melayu ni. Heheh.
Aku nak download lagu InsyaAllah versi Melayu ni , tapi internet lembapz.Nak beli dekat Hotlink eheh , top up pun nan hado kan ? Gedik jugak nak beli belah. Nangis! Tragis sangat! Huwaaaa.Eheh , nak update pasal tu je. Dengar lagu ni sambil hujan yang turun tak berhenti dari pagi tadi makin buat terasa syahdu jap. MODE: JIWA KACAU.
kthxbai.
syahdu je dengar lirik dia. tak kisah bahasa mana sekalipun apa yang penting tujuan lirik dia tu kan? eheh.
notakaki : tak guna kalau sanjung lagu semua , insaf segala dengar lagu ,
tap apa yang tuhan suruh tak buat kan? ok , peringatan untuk diri lagi. dush!
No comments:
Post a Comment