Home

Wednesday, December 28, 2011

Jangan Lupa Untuk Menonton Drama Bicara Hati Lakonan Sharnaaz Ahmad & Cristina Suzanne Stockstill di Astro Prima Bermula 3 Januari 2012

Saban hari semakin ramai pihak penerbit drama mahupun filem yang mahu mengadaptasikan sebuah novel ke dalam bentuk drama mahupun filem. Memang tidak dinafikan , sekarang memang sudah terlalu banyak pihak penerbit mengambil sebuah novel untuk diangkat dan diadaptasikan ke dalam bentuk filem mahupun drama. Terbaru , aku mendapat tahu yang salah satu novel kegemaran aku Bicara Hati karya Damya Hanna telah di adaptasikan ke dalam bentuk drama. Wow! Sudah pasti aku sangat teruja okeh untuk menyaksikan novel kegemaran aku di angkat ke dalam bentuk drama!



nampak tak dah renyuk bagai novel Bicara Hati aku :/
macam mana nak suruh pelakon-pelakon dengan penulis novel sign novel ni? 
macam mana uols? macam mana? *pang*
lol.


Ehem , bagi yang masih terpinga-pinga dan tidak tahu apakah semua ini meh aku bagi detail sedikit tentang drama Bicara Hati ini. Ahaks , memang aku sangat gigih kalau bab-bab peromot ni okeh? Hiks. Bicara Hati merupakan drama yang telah diarahkan oleh pengarah tersohor Osman Ali dan bakal di tayangkan di Astro Prima setiap hari Selasa jam 9 malam  bermula 3 Januari 2012 nanti. Pastinya aku semakin tidak sabar untuk menonton drama ini kerana ia bakal di lakonkan oleh Sharnaaz Ahmad , Cristina Suzanne Stockstill , Marsha Milan Londoh , Meor Mohd dan ramai lagi pelakon-pelakon yang berbakat. Jika di lihat senarai-senarai pelakon drama Bicara Hati ini ternyata hampir kesemuanya adalah muka-muka baru didalam industri seni ini khen? Tapi aku percaya kesemua itu mampu membawa setiap watak didalam novel Bicara Hati itu. Hiks.


Okehhh , jom baca sinopsis nya dulu! Oh sebelum terlupa Sharnaaz Ahmad melakonkan watak utama iaitu Tengku Syahran , Cristina Suzanne Stockstill melakonkan watak heroin iaitu Zahlia dan Marsha Milan Londoh melakonkan watak sebagai Linda yang juga watak ala-ala jahat gedik gitu uols! Hiks.


Bicara Hati mengisahkan tentang kisah cinta yang terbina daripada wang ringgit dan kuasa. Kisahnya bermula ketika terjadinya satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, yang mana Tengku Syahran dan Zahlia telah ditakdirkan untuk bertemu buat pertama kali. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintainya.Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran kerana Zahlia tidak mengenali dan tidak mungkin akan jatuh cinta dengannya. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia berasa dirinya tertipu dan seterusnya timbul konflik dalam rumah tangga mereka. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih sayang dan kerinduan?

Erhiks , sebenarnya sudah berkali-kali aku membaca novel Bicara Hati ini. Sudah semestinya aku sangat tidak sabar ye masa pertama kali membaca dekat salah satu forum tentang Bicara Hati bakal di-drama-kan! Woootz , masa tu semua sibuk mencanang untuk siapa nak jadi Hero , siapa nak jadi Heroin , memang seronok okeh masa tu. Padahal masa tu macam tak sedar diri ke hape kau nak SPM jah oii? Aiyark. Heheheheh. Dan ... bila melihat senarai pelakon-pelakon nya , wajib mek gembira berjoget ber-shuffle bagai khen? Ahaks! Tak perlu tanya kenapa , siapa baca Twitter aku dah tahu kenapa. Muehehehe.


Okay ini nak tepek trailer Bicara Hati pulak. Menarik kan? Hehehehe.






Lepas tu pulak kawan-kawan aku sibuk tepek gambar abe Sharnaaz uolsz , wajib mek mencakar dinding menengok ye okes? WAJIB YE! eh capslock! Hahahahah. Mujur mek dah pernah jumpa dia , kalau tidak dengan kawan-kawan kau kena cakar okes? Ahaks. So sebab aku pun memang tengah rajin , meh lah aku share gambar-gambar ketika di tempat shooting Bicara Hati. Jom layan uolsz! Bila tengok gambar nya kan , semakin lah aku tak sabar-sabar nak mencakar eh opps menonton drama Bicara Hati next week ni uols! :D






kachak nya bang chanaz. err..


Huish , aku tak tahu lah kalau aku aje ke yang cuma excited nak tengok Bicara Hati ini atau orang lain pun sama kan? Entah lah , bukan sebab bang Sharnaaz sajork ye hakhak tapi sebab Bicara Hati ini kan novel kegemaran ku kan , jadi once dah di drama kan wajib lah hati melonjak nak tengok apa yang kita bayang kan itu dapat tak di realisasikan dalam drama tu nanti khen :p But as usual aku selalu ingatkan diri aku yang jangan nak berharap sangat sebab walau macam mana pun , drama ini bukan lah mengikut 100% jalan cherita macam di dalam novel. Lagipun drama ini merupakan adaptasi longgar novel. Sama juga seperti drama-drama yang pernah di adaptasikan sebelum ini kan , so jangan korang nak membebel kalau jalan cherita tak sama atau apa ye? Erhiks.



comel sangat Cris ni tau! :)




Erhiks , gigih tak mek tepek menepek gambar-gambar ala-ala Behind The Scene ni uols? Eh wajib lah meng-gigih-kan diri okehhh! Ahaks. Erhiks , sokmo asyik update tentang Bang Aaron sajork kan? Kali ni meh update pasal benda lain kan ??? Hahahaha. Merasa lah kalau aku update pasal Sharnaaz Ahmad aje pasni. Erkk. Hahahah.


Err jom sambung lagi tengok gambar-gambar ini uols! Comel sangat tau tengok wajah Cris ni tau. First time jumpa masa Malam Gala Ombak Rindu geram je tengok wajah comel Cris itu tau. Hiks.









comel kan Aqish ni! ;)

















keletihan katanya!



Pheww , banyak kan gambar yang aku tepek kan? Ahaks wajib lah kan! Saja nak kasi penuh entry dalam belog aku hari ni. Ahaks. Sekali sekala aje pun khennnn? Alang-alang tu nak lah jugak tepek gambar salah seorang pelakon dalam Bicara Hati iaitu Meor Mohd uolsz. Pergi jumpa dia hari tu dekat Mid Valley sebab nak kasi barang khen dengan kaka Ekah. Gigih lerr aku pun pergi Mid Valley. Hakhakhak. Gigih betul aku menepek gambar hari ni :p



Sangat baik okeh abe Meor ni uols , siap menyokong produk kawan-kawan lagi tau. Erhiks bagi yang tak tahu abe Meor ni pun kawan abe Remy Ishak dengan abe Aaron Aziz tu ha. Jadi katanya dia siap menyokong lagi produk-produk abe-abe tersebut. Hahaha pelik pulak bunyi abe-abe tersebut tu ye? Hahahaha. Hiks , friendly pun iye jugak. Meor ni melakonkan watak Bernard dalam Bicara Hati , jadi jangan lupa tengok okes! Erhiks.

Ahaks , so sekali lagi kepada yang ada Astro terutama nya jangan lupa untuk menonton Bicara Hati pada 3 Januari nanti jam 9 malam hanya di Astro Prima! Aku percaya okeh drama ini sebuah drama yang menarik dan penuh dengan konflik , cinta , dan macam-macam lagi yang sangat menarik untuk di tonton. Errr kata penulis novel Damya Hanna scene menarik scene lipas telah dipotong???? TIDAAAAAKK ((sambil tutup telinga)) Wakakak , mahu kena babap dengan Kaka Hanna ni nanti kalau dia baca ni. Ekekekeke. 

Harap ampunnnn dan maaf andai kalau entry ini macam terlebih-lebih gambar abe Sharnaaz nya hakhakhak. Memang dah warning kawan ku awal-awal nak gambar abe Sharnaaz lebih-lebih erkk. Hahahaha , kejis tak perangai?? Ekekekeke. So aku dah tak mahu tulis panjang-panjang. Sama-sama kita tengok lakonan mereka-mereka ini dalam Bicara Hati next week ye! :p

Eh jap sekeping lagi gambar nak tepek :p


DARI PERTAMA KALI TENGOK GAMBAR NI SAMPAI SEKARANG MASIH CAIR GULING-GULING OKEH??? OH TIDAAKK..

eh jap apasal capslock? HAHAHAH. okbye.


Terima kasih sudi baca entry ini :)

Saturday, December 24, 2011

MV Patah Seribu - Shila Amzah. Bergandingan Dengan Sharnaaz Ahmad? *cakar netbook* LOL.

Panjang tak tajuk di atas? Dramatik tak tajuk di atas? Okay penghujung ayat itu mungkin ada dramatik sikit. Tapi siapa selalu jenguk twitter aku , mungkin dah lali dengan ayat-ayat dramatik seperti itu kot? Ahaks. Semalam aku tidur agak awal. Letih bersisa sebab menjaga nenek aku di hospital. Itu next time aku cherita lebih lanjut , itu pun kalau rajin. Heh , sebab kadang-kadang aku macam malas jugak nak menulis tentang perkara personal. Gituew. Lepas tu pukul 1 pagi terjaga goreng nugget and minum nescafe. So , celik lah mata aku sampai sekarang ni ha.

Kemudian check Twitter , tengok-tengok timeline penuh dengan retweeted Shila Amzah yang mengatakan MV Patah Seribu sudah keluar full version. Oiii ini tidak boleh jadi ! Punya berbulan-bulan aku tunggu , tiba-tiba aku lambat tahu? Apa semuaa ini?? Dik Pora tak boleh terima kenyataan !! (((tutup telinga sambil menjerit))) Hakhakhak tak sudah-sudah nak dramatik. Ehem , sebenarnya kan yang buat aku lagi excited sebab nak tengok retis kesayangan kita dalam muzik video tu. Haipp bukan Aaron Aziz. Kowser tauu dengan tekaan korang. Hahahah , tiba-tiba je khen?!

Ehem , aku nak tengok teman tapi mesra Shila Amzah iaitu Sharnaaz Ahmad dalam MV Patah Seribu itu. *cakar dinding erkk* Kemain lagi tau aku menunggu untuk MV Patah Seribu ni tau! Kekdahnya lagu Patah Seribu ni memang lagu peberet aku since Shila Amzah buat cover dekat youtube lagi tau. Entah , lagu tu best untuk halwa telinga aku. Eheh. Punya lah stress tau nak tunggu MV Patah Seribu ni sebab asyik tengok trailer dia aje. Heh. Gituew. Tulis banyak pun tak guna. Jom layan MV Patah Seribu uolsz! Oh abe chanaz! Ehhh.



Dah tengok uols? Best jugak khen MV Patah Seribu ni kannnn? Best tak best mek tehtap suka dengan lagu Patah Seribu ni uols. Hahahah. Ehem katanya lepas ni akan ada telemovie Patah Seribu okes. Ala-ala sambungan dari MV ini leww tueww. Tak usah tanya pasal pelakon nya sebab Shila Amzah dengan Sharnaaz Ahmad yang akan berlakon dalam cerita tu. Okayyy cakar meja pulak. Oppps. Tak sabar jugak nak tengok cherita tu nanti khen? Semua cherita yang hado Sharnaaz Ahmad terasa tak sabar nak tengok uols. Errr.


Ahaks. Sebenarnya saja-saja je aku update tentang ni. Saja buat entry santai macam ni. Ke entry dramatik lagi geletis uols? Ahh lantak ah. Hahahah , lagipun aku nak selang selikan entry dengan benda lain. Nanti kang kalau orang masuk belog aku scroll dari atas sampai bawah semua muka Aaron Aziz ada yang muntah hijau pulak kang? Tak pasal-pasal salah kan diri ku yang kiyut iniew. Hakhakhak. 


Erhiks. InsyaAllah , nanti akan ada update menyusul pasal drama Bicara Hati lakonan Sharnaaz Ahmad dan sebuah novel nukilan Damya Hanna yang telah di adaptasi longgar kan ke bentuk drama. Lagipun ada kawan aku kirim gambar-gambar mencakar eh opps menarik drama Bicara Hati itu. Tapi tunggu dulu okes? Erhiks. Aku pun rasa nya dah macam nak merapu aje ni , so better aku titik noktah kan penulisan aku di sini. 


So cuti tiga hari ini korang semua pergi mana dan buat apa? Selamat Bercuti dan Berhujung Minggu korang! :)

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Tuesday, December 20, 2011

Cherita Basi :: HalFest 2011 di PWTC

Sebelum aku menduduki SPM baru-baru ini , aku sempat juga meluangkann masa untuk mengunjungi Halfest 2011 yang telah diadakan di PWTC. Memang hampir saban tahun aku mengunjungi Halfest kerana ketika ini lah korang boleh mendapatkan makanan dan produk halal yang di jamin selamat. Eh. Kali ini aku telah pergi bersama kawan aku yang merangkap mak supir aku lah kan , Kak Fieza. Ekekeke. 

Aku pun sudah lupa bila tarikh aku pergi walhal boleh aje check dekat date gambar tu tapi sebab dasar pemalas , memang aku malas nak check. Heh. Sebenarnya sangat seronok pergi Halfest 2011 ni. Pertama bukan kerana Aaron Aziz ada pada hari tersebut. HAHA , tapi sebab banyak sangat makanan yang korang boleh makan secara percuma tapi dalam kadar yang sedikit. Err tapi kalau kau licik boleh je kau ulang pusing kawasan tu sampai kau rasa perut kau lega dan kenyang. Hamboi , kemain taktik ye? Keh keh keh.

Sebenarnya kan aku dah lupa banyak benda nak cherita hape untuk entry Halfest 2011 ni. Aku macam lagi excited nak tayang gambar dekat korang je. Walaupun agak basi entry ini sebab dah hampir dua bulan atau lebih sudah berlalu tapi sebab aku sayang korang aku tayang jugak tau gambar-gambar ni tau. Ngeh ngeh ngeh. Masa aku mula-mula sampai aku terus pergi merayau-rayau dengan Kak Fieza merasa makanan itu dan ini. Heh heh heh. Lepas tu terus ke destinasi yang memang ingin di tuju :p




tengah jalan-jalan terjumpa pulak kawan aku , CitCit uolsz.
rupa-rupanya dia pun ada produk okes?
curlastt uols!! :D

Kitaorang dapat tahu yang Aaron Aziz bakal memasak. Mesti lah hati aku teruja dengan terkinja-kinja nak tengok retis kesayangan tu memasak. Sebab aku tahu ramai peminat Aaron Aziz yang bakal memenuhi tempat itu dengan pantas aku dengan Kak Fieza booked tempat duduk takut penuh. Jujur aku cakap , mula-mula kawasan kejadian sangat lengang. Bahagian depan aku boleh guling-guling sebab aku duduk kerusi paling depan :/ Fineee , semangat gila. Hahahaha. Target nak snap picture banyak-banyak jew. :p


Jaafar Onn dan Chef Zam.


Oh lupa Aaron Aziz memasak bersama Chef Zam. Tapi Jaafar Onn pun hado uols. Jadi pengacara untuk majlis hari tersebut. Sambil menunggu Aaron Aziz , ada persembahan dari Shila Amzah dan juga Sixth Sense yang nak promosi product nya. Masa tengok persembahan Shila Amzah memang best sebab aku memang suka lagu Patah Seribu dia. hew hew hew :p Wajib lah feeling nak mendayu sayu tu khen? Tapi mek control okes? Wajib! Hahahaha. Tapi sedihhh sebab Sixth Sense tak menyanyi sebab aku memang minat Sixth Sense err ke minat Adi vokalist tu je? Muahaha. Okay okay , jom layan gambar! :p





Sebenarnya masa nak menanti Aaron Aziz sampai , memang perut aku ter-sangat-lah kenyang dengan macam-macam benda. Iyelah kan , nama pun HalFest yang menjual macam-macam produk makanan yang halal. So sambil nak tunggu tu ada juga demo la hape la memasak bagai then dapat jugak merasa. Phew sendat perut aku tau? Hakhakhak. Lepas tu dapat persembahan percuma , siapa tak sukaaaa weii? Keh keh keh.

Setelah menunggu dengan penuh sabar , akhirnya Aaron Aziz and wife , Diyana Halik pun muncul. Memang riuh kejap PWTC , err maksud aku kawasan kejadian itu. Iye lah kan? Semua hala-hala histeria tengok Aaron Aziz. Aiyoyoyo , aku pulak terasa nak pitamz bukan sebab tengok Aaron Aziz tapi dengar keriuhan orang ituew. Gedik sangat statement. Hakhakhak. Semua tak sabar nak tengok Aaron Aziz memasak. Hamboii. Okayyy layan gambar lagi. Sebenarnya otak tak dapat nak recall balik segala kejadian dramatik. Oh of course aku sentiasa dramatik bila dengan Aaron Aziz khen? Ahaks :p




err tak tahu kenapa , tapi aku rasa gambar ni sangat kachak :/


Aku terpaksa mencantum gambar demi gambar. Salah satu sebab ; aku malas nak edit watermark banyak-banyak. Angin malas untuk edit gambar datang tapi angin rajin nak update belog pun datang. So , layankan aje labu. Ahaks :p Aku masih ingat Aaron Aziz masak Kari Ikan dan aku tak sempat nak rasa. Sob Sob Sob. Macam mana nak rasa kalau asyik menggeletis ke hulu ke hilir pergi ke sana ke mari. Ngeh ngeh ngeh :p

Sebab aku tengok keadaan agak sesak di bahagian depan aku , heh , aku pun pergi merayau dekat wife Aaron Aziz , Kak D. Ngeh ngeh , sebenarnya ada hal sikit nak beritahu dekat wife Aaron Aziz masa tu. That's why sanggup ku rempuhi lautan manusia. Serius sangat ramai manusia masa tu. Huish , memang sangat ramai. Aku rasa memang lah masa tu boleh sesak nafas okes? Heh.



wajib ye bergambar bersama. ekekeke. 

Erhiks. Mula-mula aku pergi dekat Kak D , memang tak ada orang pun. Sempat lah kan berborak , dah sah-sah aku hantu borak. Muehehehe. Tapi lepas aku datang , sibuk jeww semua orang membontot mak khen? Hahahah. Tak ada lah. Biasa lah kan , ramai yang serbu wife Aaron Aziz jugak ye. Erhiks. Tak kisah lah. Apa-apa pun thank you Kak D sebab ada tolong sesuatu khen hari tu. Erhiks. Gitueww katanya!

Okayyyy , jom layan lagi gambar Aaron Aziz sebelum aku bercherita kisah dramatik aku nak bergambar dengan Aaron Aziz. Muehehehe. Okayyy jom tengok gelagat Aaron Aziz yang sedang memasak. Actually Aaron sempat mintak Kak D tolong dia masak. Hahahah masa tu Kak D terus cakap , ahh tak kuasa :p Comel je diorang berdua ni tau. Ekekekek.







Ehem , ini pula nak bercherita tentang kisah dramatik nya uols. Kisahnya gini , masa HalFest 2011 yang aku pergi ni memang sangat lah sesak. Nak bergambar dengan Aaron? Macam dalam mimpi sangat. Terlalu ramai dan sesak. Hati dah hampa sebab masa tu kegedikan melampau nak bergambar dengan Aaron. Walhal dah berpuluh keping kan bergambar bersama macam tak gheti puas kan? Harus! Eh. Jadi aku dengan Kak Fieza gigih mengikut dan mengejar Aaron ye? 

Demi sebuah kegigihan aku kejar je. Mujur pakai selipar bodoh je uols. Kalau pakai wedges? Mahu bengkak kaki aku gigih kejar sana sini. Hakhakhak. Jadi sampai lah satu tempat ala-ala karpet merah , aku pun tiba-tiba menahan Kak Diyana bagitahu nak ajak Aaron bergambar kejap. Kau boleh bayangkan tak kisah dramatik nya bila Aaron Aziz dengan wife dikelilingi guard tiba-tiba aku mencelah? Boleh tak? Dah lah dengan selamba Kak Diyana pun kasi je aku jalan sebelah dia walaupun masa tu mana boleh pehminat mendekati katanya. Choii sangat masa tu. Heh.

Lepas tu tiba-tiba Aaron Aziz toleh ke belakang nampak aku terus dia cakap , "Eh lama kan kita tak jumpa?" Hahahaha kau mampo tetibe ajak berborak bagai walhal guard kiri kanan macam hangin tengok aksi weols berdua? Hahaha. Lepas tu terus merengek cakap nak bergambar. Terus Aaron kasi posing baik punya. Tapi malang nya ... Kak Fieza beritahu ...

Uolsss , awat tak pandang kamera? Awat pandang wajah Bang Tapa????

aku macam .. ohh ? penat-penat aku halang diorang dan aku tak pandang kamera? ohh okay -.-
stress! hahaha.


HAHAHA , eii nak lempang muka sendiri. waka waka eh eh. -.-

Lepas tu? Kembali berkejaran mengejar Aaron Aziz. LOL. Tengok-tengok dia masuk bilik media. Maybe ada media conference apa-apa kot. Not sure. Tunggu punya tunggu , terjumpa pulak Irma Hasmie. Oh my , dia sangat sweet dan gorjes okes? Sukaaaaa sangat tengok wajah Irma Hasmie yang manis bertudung. Serius suka. Hehehe.


sweet and cantik! :)

Setelah menunggu hampir setengah jam macam gitu kot , akhirnya menggedik sekali lagi nak bergambar dengan Aaron Aziz. Ahaks. Masa ni pun boleh tahan dramatik :p Mengadu bagai dekat Kak Diyana cakap gambar tak jadi tadi. Hahahah , gedik sangat. Then aku nampak ramai pulak yang berpusu-pusu dekat Aaron sampai guard cakap "tak boleh dah , tak boleh dah". Haish , geram sangat masa ni. Terus buat dramatik kan cakap dekat Aaron gambar yang snap tadi tak menjadi pulak sampai Aaron pulak cakap "Cepat...Cepat!" Heh heh heh , terus tersenyum lebar uols memandang kamera takut sejarah mungkin berulang macam gambar di atas. Ahaks.


tadaaaaaaaa! 
keh keh keh :p

Lepas aje aku bergambar dengan Aaron Aziz , dia pun pulang gitu. Tapi naik van dulu uols sebab kalau dia turunkan kereta dia di situ ada kot pehminat yang calar-calar kan kereta heols? Erk , tak ada lah. Mungkin nak menyenangkan pihak Aaron Aziz gituew. Ahaks. Sempat lah kan buat lambaian ratu bagai. Hakhakhak. Memang aku rasa masa HalFest 2011 aku sangat dramatik dengan Aaron Aziz ye. Haish , nantikan soon entry pasal Rehearsal Badai Semalam yang Aaron Aziz pulak dramatik dengan aku. Soon okay. :p


maintain dengan peace nya ituew :p

Lepas Aaron Aziz and wife dah beredar , aku dengan Kak Fieza pun beredar lah jugak kan?Tak kan nak duduk tercegat dekat situ kot kan? Hahaha. Bila masuk hall yang tadi nya di kerumuni oleh peminat-peminat Aaron Aziz , ku lihat ada Linda Onn. Masa ni hall tu lengang sangat-sangat okes? Boleh kembali golek-golek depan Linda Onn. Ehh. Hahaha. Iyelah kan Aaron Aziz pulang , peminat dia pun pulang jugak lah kan? Gigih sangat! Ahaks :p 

Tak pasti Linda Onn masak apa. Tapi bila aku mintak dia pandang kamera aku , laju je Linda Onn pandang. Ngeee. Masa tu memang aku duduk depan pentas ye? Hahahaha. Tapi gambar-gambar di bawah dan keseluruhan ni semua sumber dari kamera Kak Fieza. Terima kasih banyak-banyak Kak Fieza :p


So entry yang panjang penuh dengan gambar dan dramatik pun sudah sampai di penghujungnya uols. Gigih aku mengarang di tengah-tengah pagi buta tau. Demi korang yang dah berpuluh kali aku berjanji , sanggup aku tak tidur demi nak update tau. sob sob sob. Hahahah. Meskipun kisah ni berbulan-bulan lepas , tapi syukur masih ingat lagi kisah dramatik ni uols. Hahaha. Gedik sangat statement :p

So.... korang puas hati tak dengan gambar-gambar yang aku tayang ni uols? Apaaaa tak puas hati? Tibai laju-laju kang baru tahu :p By the way , jangan pulak ada yang muak baca kisah aku ni. Dan please jangan ada yang muak dengan gambar-gambar yang aku tayang ni. As like what I said before before before this : Suka Baca , Tak Suka Pergi Cari Belog Lain Yang Menepati Jiwa Korang k? Life is simple , tak payah nak make it complicated k? :)

So so so so so , ada tak yang pergi HalFest 2011 hari tu? Oh maybe my question is a bit lame and late -.- It's okay -.- Heh.

p/s : publish sekarang takut aku tidur lepas Subuh kejap lagi bangun petang karang. heh. have a good day everybody! :)

Terima kasih sudi membaca entry ini :)