Home

Saturday, December 17, 2011

Bila DivaPora Merintih "GoodLuck" ! Eh Gapo Tu?

Sebelum SPM hari tu tangan ni terlalu gatal nak update macam-macam. Tapi terpaksa menahan rasa nak mengupdate itu sebab once dah update , aku akan pergi buat benda lagha lain. So bertahan jugak. Then after habis SPM punya lah berjanji dekat diri , nak update hari-hari , nak itu and ini. But at the end , after habis SPM banyak event yang aku attend , banyak jumpa kawan-kawan , banyak buat macam-macam sampai tak cukup masa dan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan pun salah satu punca kemalasan nak update belog sampai lebam.

Entah kenapa mood nak update macam kurang sangat. Lagi syok main twitter sampai lebam. Oh well , terlanjur bercherita tentang twitter , jangan lupa follow aku di twitter. Cari aje IjahEmoTemo , nampak lah twitcon aku yang comel itu. Fine , tak comel pun , perasan comel ada lah. Ke badan yang comel? Oh fine. Nevermind. Sebenarnya aku dah macam twitter addict. Bangun tidur check twitter. Sebelum tidur check twitter. MasyaAllah. Lagipun aku rasa Twitter tempat paling best kau nak berborak dengan cara jimat tak perlu nak sms dengan kawan-kawan kau kan? :/ Oh itu kata-kata bagi orang kedekut tak mahu habiskan top up 10 hinggit. -.-'

Tapii dekat situ pun antara tempat yang best nak menggedik dan menggeletis dengan retis kesayangan kau. Oh yes. Tak kira artis dalam negara ataupun luar negara. Nasib kau baik artis tu akan balas tweet kau. Aku ni jenis melayan semua. Yes , bukan artis pun sibuk balas tweet. Maklumlah tengah free tak tahu nak buat apa lepas SPM , semua orang akan balas tweet. Erk? Ehem. Nak jugak bercherita sebelum SPM hari itu sempat buat drama. Drama dalam Twitter jah. Menggedik mintak artis wish Good Luck uols. Kau mampoo geletis macam gitu? Aiyoh , hazab gila perangai masa tu. Eceh.

Hazab tak hazab meh printscreen kasi tunjuk uols. Ini entry tak berpaedah nak riak tunjuk dekat orang. Harap diampunkan tuan belog yang tidak matang ini. :/


Erra Fazira wish Good Luck memang aku sangat terkejut. Sebab malam sebelum tu aku pergi rehearsal teater Badai Semalam dan jumpa jugak Erra. Sekali dia masih ingat dekat aku dan wish Good Luck. Ini tak mintak apa-apa but Erra wish dengan rela hati ye. Hahahaha boleh macam gitu ayat? Ohh entry rehearsal Badai Semalam coming soon k? Nak buat entry santai je ni. Muehehehe.


Hahaha , okay yang ini aku nak gelak. Sharnaaz Ahmad dah bukan kasi wish Good Luck tapi kasi nasihat , kata-kata semangat panjang lebar. Guling-guling baca okes? Kemain panjang abe Chanaz ni kasi wish. Tapi apa-apa pun dik Ijah tetap akan menuruti apa yang dinasihatkan oleh abe Chanaz itu. Erhiks. Oh bagi yang tak tahu Sharnaaz Ahmad merupakan seorang pelakon baru yang nama nya sedang meningkat naik. Jangan lupa saksikan Sharnaaz Ahmad sebagai Tengku Syahran dalam drama Bicara Hati yang bakal menemui uols semua di Astro Prima pada 3 Januari nanti jam 9 malam. Okay sempat promote. Soon , entry Bicara Hati ok? Hiks soon jugak entry ada gambar aku dengan abe Chanaz. Hahaha perlu ke cakap?? *lempang pipi*


Rossa ! Ohh ini memang nampak kan aku buat drama tu? Siap lap air mata bagai? :p Sebenarnya Rossa ni masa birthday aku hari itu pun sempat wish Happy Birthday. Auww suka suka! Hahahah. Haish bukan senang nak dapat reply tweet dari Rossa. Ramai betul peminat dia. Harus rasa terharu kan? Gituew!

Sebenarnya terlalu ramai yang wish Good Luck dekat aku masa sebelum SPM sampai aku nak menangis baca. Terlalu ramai. Sampai aku terasa nak menangis baca setiap wish yang orang kasi pada aku. Seriously touching and terharu dengan setiap kata-kata semangat yang diberikan rakan-rakan. Sejujurnya aktiviti merintih Good Luck ni adalah aktiviti nak me-released-kan tension dan mengurankan rasa nervous yang bersarang untuk menghadapi SPM uols. Itu salah satu cara lah. Cara lebih elok dan afdhal , dekatkan diri dengan Allah dan ketenangan itu akan datang dari hati. But untuk cara for fun , adik-adik yang nak ambil SPM boleh lah guna cara akak Ijah tu ye. Hahaha.

Eh artis kesayangan Aaron Aziz tak wish keww? Hamboii mulut masing-masing tengok aku je ingat Aaron Aziz ye? Sampai ada yang cakap dimana ada Aaron Aziz disitu terselit IjahEmoTemo ye? Haish. Sampai hati. Eh. Eh Aaron Aziz memang dah lama okes kasi wish dekat kitew. Tak kan tak tahu kot? Nah bukti !


HAHA tapi dekat buku Sejarah je lah weii. -.-'


err siap posing lagi tauuu..


ahaks , siap wish lagi Study Hard. eheheh. 

oh mai lebih-lebih pulak entry aku kali ni :/

err ini kes tak dapat wish dari Twitter leww ni. muahaha. ok annoying -.-'

Entry yang ku-sangka santai dan simple ini dah menjadi panjang lah pulak. Aku akan cuba cari masa sesuai untuk update entry yang pernah aku janjikan. Jangan risau aku tak mungkin janji. Cuma keadaan sekarang banyak yang mengusutkan kepala. Penat ! Jadi itu yang mood sering terbantut nak update yang dah dijanjikan itu. Aiseh. 

Akhir kata , terima kasih banyak-banyak buat semua rakan-rakan yang tidak putus-putus dengan ucapan GOOD LUCK , ALL THE BEST dan banyak lagi ayat-ayat untuk aku sepanjang menduduki SPM sejak 14 November sehingga 6 Disember lepas. Maklumlah minggu pertama SPM aku menahan nafsu aku dari bermain Twitter , sekali lagi air mata macam nak tertumpah bila melihat ramai pulak rakan-rakan yang merindui katanya! Ahaks. Aku sangat-sangat terharu dengan korang semua. Paling terharu dengan #GengPora yang tak henti-henti berwirid meminta artis wish kan untuk aku. Okay kami memang begini :/ Hahaha. Akhir kata lagi , I love you allz so strong lah! Hahahah.

Ehem , hujung minggu macam ni korang pergi mana? Selamat Berhujung Minggu uolsz!! :)

p/s: DivaPora is nama gelaran main-main aku dengan kawan-kawan aku. Just for fun. Jangan salah anggap ye! Haipp. Muahahaha :p

Terima kasih sudi baca entry ini :)

22 comments:

Balqis Azhar said...

thniah lah dpt tndatangn aaron kt buku sej.kompem a+ haha xD

jom rjin2 ke blog balqis ::P

kak ina kl said...

wah jelezzzznya akak tenguk kamu ashik bergambar dengan retis...

semuga berjaya yer

KhaiRin said...

azimat tu! n kena score lbh!

Hanis MY said...

kellas la ijah ramai bebeno kawan retisss i likeee...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

mek ijah ai jelez part EF jer...yg lain x minat sgt larikkkkk! harus ada daddy hangkat ngan abe nanas khen...lalala

アヌムちゃん said...

wah2 kawan artiss gituuu..bak kate k.hanis..kellas..huhuu

Kamalia said...

weeee..sungguh glemer ko jah..jeles akk tau.ramai bebenor artis yg wish tu..ekeke

sitiezahim said...

hehe nasib baik akak dah lama tak ikut artis msia ni, so i tak jeles la..hik hik hik..btw semoga dapat result yg cemerlang..:D

konde said...

salam kenal...

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

Asmara said...

ayat sama la, kelas kau jah!! hehe.. good luck juga, moga mendapat keputusan yg cemerlang nanti. Amin.. :D

MamaYatie said...

ni tak dapat A subjek sejarah ni tak tau la...akak suh aaron tweet kamu nnt...hahaaa

Ijah EmoTemo said...

balqis >> haha , tq awak! dh lama dh dpt t/tgn tu :p

ok will do nnt k :)

Ijah EmoTemo said...

kak ina >> hehehe akak pun best jgk dpt bergmbr dgn retis jgk kan hehehe.

thank you ye akak :)

Ijah EmoTemo said...

khairin >> hehe dh berusaha , tawakal je skrg :)

Ijah EmoTemo said...

kak hanis >> haha kawan atas kawan je ni. ngeee :)

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> hakhak uols kan dpt wish happy birthday dari EF :p wajib abe tapa dgn abe nanas terselit uolss! ahaks :p

Ijah EmoTemo said...

kak anum >> ngeeee! biasa2 aje xda curlast mana pun hahah

Ijah EmoTemo said...

kak kamalia >> hahaha , biasa2 aje tu. kebetulan kawan atas kawan kenal tu yg diorg wish jgk tu :p

Ijah EmoTemo said...

kak sitie >> hahah nasib baik eh? :p hehehhe thank you akak! :)

Ijah EmoTemo said...

konde >> erkkk

Ijah EmoTemo said...

kak asmara >> hahaha curlast gituew! hikhik thank you ya :)

Ijah EmoTemo said...

kak yatie >> hahaha insyaAllah moga2 dpt la result elok nnt hehehe.. erkk jgn tweet dia nangis