Home

Saturday, December 31, 2016

Catitan 2016.

Rasa macam tak percaya 2016 bakal melabuhkan tirainya pada hari ini. Terasa macam baru semalam sahaja aku menyambut ketibaan 2016 dan melepaskan dengan berat 2015. Alih-alih 2017 sudah melambai-lambai untuk disambutnya. How fast time has flies kan? Terlalu cepat sehingga diri sendiri pun tak sedar. MashaAllah.

2016 banyak mengajar aku tentang erti kesabaran dan redha tentang sesuatu perkara yang jadi dalam kehidupan. It is not easy untuk menjadi sabar dan redha. Sabar menghadapi segala apa yang jadi dalam kehidupan yang penuh suka duka ini. Dan redha pada setiap perkara yang ingin engkau miliki tetapi perkara yang sebaliknya jadi. It was hurt me a lot, but I am still survive. Alhamdulillah. Ada banyak catitan memori yang kadangkala terlebih manis , terlebih masam dan pahit atau kadangkala terus tawar tak berperisa. Ada juga kadangkala terasa letih dan penat dengan kehidupan sendiri. Sehingga airmata pun tak mampu nak mengalir. Penat yang terlampau sangat. Penat otak dan fizikal terutamanya. Tapi syukurlah Allah tetap memberi sebuah kudrat untuk menghadapi semua ini.

Life is so hard somehow , but I have to survive sebab tak ada orang nak bantu kehidupan kita kalau bukan kita yang membantu kehidupan sendiri. Setiap hari sebelum hendak pergi kerja , I always telling to myself like that. Lagipun aku bukan dari keluarga yang senang. Kalau tak diri sendiri yang berusaha untuk diri sendiri , tak ada siapa lagi yang nak bantu kan? Meskipun kadangkala orang nampak kita tersenyum dan kita ketawa dan kita juga lah paling kuat melahar orang but somehow deep inside tak ada siapa yang tahu kita terlalu penat dan lelah menghadapi dunia yang selalu tidak adil pada diri kita sendiri. I always remembered apa yang kakak aku selalu cakap , jalan nak ke syurga tu bukan mudah , jadi kena lah kental dan kuat menghadapi segala ujian atas dunia ini dulu. Life is hard but still kita masih boleh bernafas , masih ada orang yang sayang kita , masih ada kerja , masih ada duit dan every masih are still benda yang ada orang sudah kehilangan setiap satu.

Sebab itu aku cukup pantang dan lantang bila aku melihat orang yang tidak reti bersyukur dan tidak reti memahami kehidupan orang lain. Kalau pun kita orang yang paling bertuah , paling atas dan paling berkuasa sekalipun , tolonglah. Tutup mata sekejap dan lihat sekeliling kita. Cubalah untuk menghargai setiap satu yang kita ada dalam kehidupan kita. Kita tidak perlu melabur pun untuk melakukan itu. Hanya dengan bersyukur dan memahami keadaan orang lain. Dah cukup. Dan ini juga peringatan untuk diri sendiri yang kadangkala lalai , terlupa dan leka. Allahuakbar.

Panjang pula tulisan bila menulis tentang kehidupan , hati dan perasaan. Lagipun memang niat untuk menulis entri ini untuk ditulis apa-apa yang kadangkala tidak terluah dengan kata-kata. Malah airmata dan amarah juga sudah tidak terdaya untuk dikeluarkan lagi. Begitu sekali kan? 

Harapan aku agar segala kesakitan , keresahan , amarah , tangisan yang terjadi pada tahun 2016 ini bakal menjadi panduan untuk diri aku supaya lebih berhati-hati dalam kehidupan. Bukan berhati-hati yang tahapnya takut dengan semua perkara. Tetapi supaya tidak melebih-lebih dalam semua perkara. Semoga setiap ketawa dan senyuman yang tercipta pada tahun 2016 ini akan dibawa berterusan sehingga ke tahun 2017 dan seterusnya. I know, kehidupan tidak semestinya hanya dengan ketawa dan yang manis-manis sahaja. Tapi tak salah jika kita memohon dan meminta supaya tahun akan datang dikurangkan segala tangisan , segala keresahan , segala amarah dan tekanan yang bertimpa-timpa terjadi pada tahun ini. 

Azam untuk 2017 sebenarnya tidak ada yang spesifik pun. Cuma mengharapkan agar diri sendiri menjadi lebih kuat dari semua sudut. Semoga diri sendiri sentiasa belajar bersabar dengan setiap perkara dan setiap belajar untuk memperbaiki diri sendiri dalam semua sudut. I am not that type yang baik mana pun. Still ada tunggang langgang untuk perkara yang wajib. Tapi slow-slow kita ubah dan perbaiki menjadi lebih baik kan? Semua yang baik-baik aje yang sentiasa dititipkan dalam doa tidak kira masa. Semoga juga perniagaan kecil-kecilan aku untuk Popia Roll Mini & Le Diva by Jijah akan terus maju. Dikala ekonomi yang sedang merudum jatuh begini , bukan mudah untuk meniaga. Tapi insyaAllah selagi semangat dan niat untuk mencari rezeki buat diri sendiri dan keluarga , Allah pasti hadiahkan sesuatu yang manis buat diri sendiri. Niat tu yang penting kan?

Terlalu banyak rancangan , azam dan lain-lain untuk 2017. But slow-slow we try to do one by one kan? Slowly but surely insyaAllah. Semoga Allah permudahkan semuanya. InsyaAllah. Rasanya memang dah terlalu panjang entri kali ini. It's not that my typical entries about entertainment , foods or else. Jarang-jarang untuk lihat entri yang sebegini. Dan entri ini adalah untuk pembacaan diri sendiri di masa hadapan. And I hope by that time , I am smiling and thankful for what life has teach me. 

Cukup sampai disini sahaja dulu. Semoga tahun hadapan bukan sahaja memberi sinar untuk diri sendiri malah untuk kalian yang membaca belog picisan ini. Terima kasih atas sokongan kalian yang membaca disetiap satu entri Jijah tidak kira entri itu mengenai apa sekalipun. Dan semoga tahun hadapan memberi berganda-ganda kerajinan untuk Jijah menulis dalam belog picisan ini. Ooooopssss ada banyak lagi entri basi yang tidak sempat untuk ditulis lagi. I will try to find my own time. I will. 


~ As we look to the new year , hold on to what is good. Let go of what is bad. It really is that simple~

Till next entry guys. Selamat bercuti panjang untuk tahun baru. Dan of course last but not least , Selamat Tahun Baru 2017! Semoga semua azam dan impian kalian tercapai hendaknya! InsyaAllah! 

Terima kasih sudi baca entri ini :)


Wednesday, December 21, 2016

Pesta Makanan Thailand @ The 19 USJ City Mall. Best Sangat Ke?

Macam sudah lama pula Jijah tidak menulis mengenai makanan di dalam belog picisan ini khen? Kikiki. Kali ini Jijah nak berkongsi cherita dengan korang tentang pengalaman Jijah pergi ke Pesta Makanan Thailand-Malaysia yang berlangsung di The 19 Subang City Mall , Subang Jaya. Mula-mula Jijah ingin pergi bersama rerakan Jijah. Kemudian bila Jijah bagitahu pada Umi dan Kakak Jijah , mereka berdua pula berminat untuk pergi ke pesta tersebut. Iyelah, pesta makanan , siapa yang tak mahu pergi khen? Ihiks!

Makanya pada Sabtu lepas Jijah dan kelorga pun sempatlah mengunjungi Pesta Makanan Thailand-Malaysia tersebut. Bila tahu sahaja lokasinya di Subang Jaya memang bayangannya ialah sesak! Yeap , memang sampai sahaja di tempat tersebut , sesak dengan kereta! Masa itu hampir putus harapan , mahu meneruskan ke tempat pesta tersebut atau tidak. Biasalah bila berjalan dengan keluarga ini , yang sesak macam begini sebolehnya dielakkan. Tapi memandangkan dah alang-alang sampai , gigih juga lah masuk ke dalam mall dan mencari parking. Alhamdulillah , tak sampai sepuluh minit begitu terus dapat parking di dalam mall dan kemudiannya boleh terus ke tempat pesta makanan tersebut.

Bila masuk sahaja ke tempat pesta makanan tersebut , memang masa itu nafsu makan dan kekeliruan sama naik bersilih ganti. Kahkahkah! Masakan tidak? Terlalu banyak sangat pilihan sehingga sudah terlupa hendak mencuba makanan Thailand yang mana satu khen? Padahal sebelum pergi tu cuma aim pada beberapa makanan yang jarang kita dapat jumpa di Malaysia ataupun restoran Thailand di sini sahaja. Namun hampeh betul si Jijah ni khen? Bila masuk sahaja ke ruangan pesta tersebut terus lupa diri HAHAHAHA!

Memang terlalu banyak pilihan makanan yang cukup menyelerakan mata , hidung dan tekak! Kalau tak kawal nafsu , mesti habis semua benda dikaut belinya khen? Hihihi. Nak tulis pepanjang pun tiada guna lagi. Meh kita tengok beberapa keping gambar yang sempat Jijah snap kengkonon ala-ala macam tourist gitchuew ambil gambar makanan teruja-teruja gituh! HAHAHAHA!


Ini bukan makanan Thailand tau HAHAHAHA k tak kelakar :p












Hah! Dah sapu belum air liur basi ittuew? Kihkihkih! Rata-rata gerai yang jual makanan Thailand ini Jijah lihat memang sedap-sedap belaka. Cuma kena telan air liur dengan harga yang diberikan mereka ini. Ada sesetengah harga yang merepek sedikit. Namun memandangkan teringin punya pasal. Pejam mata sekejap. Lagipun jangan berkira sangat ye dak bila bab-bab makanan ni khen? Tapi jangan pula dalam tidak berkira-kira tu sampai membazir pulak khen? Kihkihkih!

Alhamdulillah , kalau tanya pada Jijah mengenai kesedapan makanan pada pesta makanan tempoh hari , memang Jijah nyatakan sangat sedap. Semua sedap-sedap belaka. Tak ada satu pun terasa menyesal beli. Meskipun kena beratur punya kemain panjang dan lama. Tapi puas hati dengan setiap rasa yang cukup sedap itu. Demi makanan katakau! Kahkahkah! Alahai, sekali sekala saja. Apa salahnya khen?

Lagipun bukan selalu satu kelorga gigih nak ke pesta makanan begini. Bila pergi tu haruslah dicuba serba sedikit kan? Bukan beli banyak-banyak pun. Sekadar kongsi sedikit seorang saja. Kitaorang pun bawa balik tapau sahaja since keadaan terlalu padat dengan manusia kan? Lagipun makan dirumah lebih heaven katanya muehehehehe! Overall , memang seronok dan best bila sesekali ke pesta makanan begini. Cuma kena pastikan kocek dan dompet tebal dan penuh lah ye. Kikiki.

Jadi, ada tak diantara korang yang sempat terjah dan pergi Pesta Makanan Thailand tersebut? Puas hati ke tidhok?

Terima kasih sudi baca entri ini :)



Wednesday, December 14, 2016

Slot Samarinda : Lara Cinta Ameena Lakonan Tiz Zaqyah & Raja Afiq. Jangan Lupa Saksikan Di TV3 Setiap Isnin - Rabu Jam 10 Malam.

Jijah tahu , mesti ada diantara pembaca belog picisan Jijah ini gemar menonton drama di televisyen sebelum tidur khen? Tambahan pula sekarang terdapat pilihan chanel dan drama yang boleh ditonton , jadi pilih sahaja yang mana engkorang semua berminat dan berkenan kan? Gitchuew!

Kali ini Jijah nak ajak korang menonton drama yang berada di slot Samarinda TV3 iaitu Lara Cinta Ameena. Untuk yang masih belum berpeluang menonton drama ini , Lara Cinta Ameena diarahkan oleh pengarah tersohor , Shuhaimi Lua Abdullah. Manakala para pelakonnya terdiri daripada barisan pelakon hebat-hebat belaka beserta pelakon yang sedang naik namanya iaitu Raja Afiq , Tiz Zaqyah , Zarina Zainoordin , Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. Kalau korang nak tahu setakat hari ini, sudah lima episode telah bersiaran di TV3. Jadi masih belum terlambat untuk korang catch up drama ini. Alaaaaah , lima episode apadehaaaal khen nak marathon sekali harung! Kihkihkih.




Kalau korang gemarkan drama yang berat dan penuh emosi , memang sesuai sangat untuk menonton drama ini. Meh sini Jijah tepek sinopsis drama ini khas untuk tatapan pembaca belog picisan Jijah ini.

Ameena seorang anak yatim piatu manakala Radhuan pula anak hartawan. Cinta mereka bersatu seketika namun terpisah oleh fitnah yang ditabur oleh Puan Kirana, ummi Radhuan. Ameera diceraikan lalu dia membawa diri ke Sabah. Hidup Radhuan kosong tanpa Ameena. Hati Radhuan terpenjara dalam perkahwinan yang tidak bahagia dengan Ezaty. Di Sabah Ameena melahir dan membesarkan Jeffrey sendirian. Ameena terpaksa kembali ke Kuala Lumpur kerana Jeffrey sakit tenat. Pertemuan tak terduga dengan Ameena membuatkan Radhuan memburu cinta Ameena kembali. Ameena terpaksa mengelak kerana diperas ugut oleh bekas mertuanya. Hancur hati Radhuan yang selama ini menginginkan seorang anak, apabila mengetahui bahawa Ameena menyembunyikan anak mereka selama ini. Kebencian Radhuan membara terhadap Ameena apabila anaknya mati dipangkuannya tak sampai sejam mereka berjumpa. Ameena pergi membawa hati yang lara.

Hah! Boleh rasa tak bagaimana berliku dan pilunya kisah Lara Cinta Ameena ini? Tambahan pula ia dilakonkan oleh Tiz Zaqyah , pasti engkorang tahu macam mana bertambah pilunya nanti kan? Kikiki. Nak tulis banyak pun tiada guna. Meh tatap sikit gegambar untuk korang semua tengok.
















Hah! Suka ke tidhok tu dapat tengok gegambar ini? Atau engkorang yang menonton drama ini ada rasa geram dan nak marah? Kikikiki! Kalau baca sinopsisnya pun sudah emosi membacanya. Apatah lagi yang menontonnya khen?

Kalau engkorang ada banyak masa terluang yang tak tahu hendak membuat apa tu. Boleh lah menonton drama Lara Cinta Ameena ini tau! Jangan lupa menonton hanya di TV3 setiap Isnin-Rabu jam 10 Malam tau. Lepas tu sama-sama kasi komen dan tweet di Twitter dengan menggunakan hashtag #LaraCintaAmeena okay?

Ada tak pembaca belog picisan Jijah ini yang menonton drama Lara Cinta Ameena ini?

Terima kasih sudi baca entri ini :)


Sunday, December 11, 2016

Telemovie Khas Maulidur Rasul : Syurga Dihujung Jalan Lakonan Iedil Putra & Nazeera Sardi.

Kalau korang masih ingat , Jijah pernah menulis tentang telemovie khas bersempena Maulidur Rasul iaitu Syurga Dihujung Jalan di entri sebelum ini. Kalau sebelum ini entri yang Jijah tulis sangat ringkas sahaja. Kali ini, Jijah ingin berkongsi dengan korang sedikit sinopsis beserta gambar-gambar di lokasi penggambaran Syurga Dihujung Jalan. Untuk yang tidak pernah tahu, Syurga Dihujung Jalan merupakan arahan dari pengarah Zulhuzaimy. Manakala skrip untuk drama ini ditulis oleh rakan buat perangai Jijah iaitu Lynnda Sharudin. Kikiki , sebab itu Jijah cukup teruja untuk menonton telemovie ini tau!

Syurga Dihujung Jalan dilakonkan oleh barisan pelakon yang Jijah tahu pasti bakal meninggalkan kesan lakonan mereka dijiwa korang iaitu Iedil Putra dan Nazeera Sardi. Tak percaya? Haaa sebab tu engkorang kena tengok sendiri nanti. Dah , dah. Tulis pepanjang pun tiada guna khen. Meh kita baca sinopsisnya dahulu. 

Zaliya merupakan bekas pelatih Sekolah Tunas Bakti yang dimasukkan ke sekolah tersebut atas kesalahan mengedar dadah di bawah umur. Kejadian tersebut telah merubah seluruh kehidupan Zaliya apabila ayahnya meninggal dunia akibat terkejut dengan berita tersebut manakala ibunya terus memusuhinya kerana menyebabkan kematian ayahnya. Ibunya yang selama ini penyayang dan lemah lembut bertukar menjadi dingin dan melayan Zaliya dengan buruk akibat tidak dapat menerima hakikat kematian suaminya. Nasib Zaliya disangkakan berubah selepas perkenalannya dengan Hadif,anak Penghulu Kampung.Hadif yang disangkanya mampu menjadi penyelamat hidupnya juga bukanlah seperti yang diharapkan. Hadif anak tunggal kesayangan pasangan Penghulu Haji Ramli dan isterinya merupakan spoilt brat son yang tidak pernah dihampakan permintaannya selama ini. Ketaksuban penghulu terhadap anak tunggalnya itu menyebabkan dia sanggup melakukan apa saja termasuk membekal wang untuk kegunaan membeli dadah. Tanpa sedar Hadif merupakan penagih dadah yang cuba untuk berubah sebaik mengenali Zaliya. Malangnya tanpa sokongan keluarga,manalah mungkin pasangan sementah ini bisa mengubah nasib mereka. Apakah yang berlaku selanjutnya? Siapa Marini dalam kehidupan Zaliya sebelum ini? Apakah hubungan Marini dengan semua yang bakal berlaku? Nantikan Syurga di Hujung Jalan menerusi slot Skrin di 9, bakal menemui anda sempena Maulidur Rasul nanti pada 12/12/2016 (12 Disember 2016). 

Hah! Macam mana bila engkorang semua baca sinopsisnya? Korang dah dapat rasakan tak betapa berlikunya seorang Zaliya di dalam kehidupannya dalam Syurga Dihujung Jalan tak? Kalau nak tahu bagaimana kehidupan Zaliya yang penuh liku itu , kena lah menonton Syurga Dihujung Jalan esok tau! 

Jijah tahu, selain daripada membaca sinopsis ini , engkorang mesti nak tengok gambar juga khen? Dah , toksah cakap banyak lagi dah. Nak Jijah payungkan dekat korang gegambar di sekitar lokasi penggambaraan mereka di sekitar Melaka. Jom tengok!




















Nah kita payung sekeping gambar hero-heroin Syurga Dihujung Jalan bersama penulis skripnya , Lynnda Sharudin. Muahciked!


Gitchuew! Sekali kasi gambar terussss berduyun banyaknya tak pandang kiri kanan khen? Kikikiki. Tiba-tiba nampak handsome pulak Iedil Putra...eh! HAHAHAHAHA. Haaaa suka ke tidhok Jijah payung bebanyak gambo ni? Gilaaa tak suka khen! Eleh! HAHAHAHA.

Jadi engkorang semua jangan bebuat lupa untuk menonton Syurga Dihujung Jalan ini di TV9 esok jam 8.30 malam ok? Ada banyak mesej-mesej yang tersirat serta tersurat dipaparkan dalam telemovie khas bersempena Maulidur Rasul ini. Jadi sangat sesuailah telemovie ini ditonton bersama keluarga tersayang.

~andai dengan membenciku bisa membuat kau bahagia , aku relakan kau membenciku selamanya~

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, November 17, 2016

Gambar-Gambar Di Sekitar Penggambaran Drama Bersiri Amsyar. Korang Tengok Ke Tidhok?

Macam sudah agak lama Jijah tidak berkongsi gambar-gambar ketika ke tempat penggambaran dengan engkorang semua dalam belog picisan ini khen? Kalau dulu , selalu sahaja ada update tak kira masa. Sekarang hendak bukak laptop pun kena pegang tasbih kekuat sebab tak kuat nak mengetuk kibod lagi dah khen? Kikiki. Kali ini Jijah hendak berkongsi dengan engkorang semua gambar-gambar yang sempat Jijah rakam sendiri ketika Jijah sempat menyinggah ke tempat penggambaran drama bersiri yang sedang ditayangkan di TV9 iaitu Amsyar.
Peluang yang diberi oleh pihak Zeel Production terutamanya producer tersohor dan vogeh da vazz , Hj Zil haruslah tidak disia-siakan oleh Jijah. Peluang bukan datang bergolek. Kalau dah dapat peluang haruslah dicapai dengan sebaiknya khen? Sebenarnya penggambaran untuk drama Amsyar ini sudah lama dilakukan. Malah sudah habis pembikinan drama bersiri ini. Tapi biasalah , Jijah yang cukup diva ini, barus sekarang hendak kongsikan gambar-gambar dengan engkorang khen? Kikiki , maafkan Jijah!
Kalau ada yang masih belum tahu , Amsyar merupakan sebuah drama lakonan Elly Mazlein , Redza Rosli , Ben Laden dan ramai lagi. Turut berlakon di dalam drama bersiri Amsyar ini ialah teman buat perangai Jijah iaitu Kaka Lynn. Kihkihkih. Kaka Lynn memegang watak sebagai Kak Murni. Engkorang jangan memain , Kak Murni pun bakal ada FC tau! Kahkahkah! Makin vogeh da vazz lah teman buat perangai Jijah yang sorang ni khen? Hakhakhak , konpem kena kecam lepas dia baca entri ni nanti :p Dah tak payah nak tulis bebanyak sangat. Meh tengok gambar-gambar jom!















Haaa , puas hati tak engkorang? Atau nak lagi gambar ni? Hehamboi! Cer peromot belog picisan ni bebanyak. Baru lah rasa seronok nak share gambar khen? Kahkahkah! Melampau! Kalau ada yang teringin untuk membaca sinopsis drama bersiri ini , boleh membaca entri AMSYAR yang lepas tau , sebab disitu Jijah ada berikan sinopsis khas untuk engkorang semua. Kalau engkorang ada masa yang lebih hendak sesantai sebelum waktu tidur korang. Boleh lah menonton Amsyar setiap Selasa - Ahad jam 8.30 malam. Korang pasti tak akan rasa menyesal untuk menonton drama ini kerana gabungan pelakon baru dan lama yang cukup menyengat!
Jijah sendiri tidak lepaskan peluang untuk menonton drama ini yang penuh dengan emosi dan airmata. Memang layan juga menonton drama ini. Korang semua jangan lupa untuk menonton juga okay? Lakonan Elly Mazlein , Redza Rosli serta pelakon-pelakon lain memang tidak akan menghampakan engkorang semua. Jalan ceritanya juga tidak kurang hebatnya. Penuh berliku dan konflik. Jangan engkorang mengharapakan cerita cinta manis bersemut pula. Itu tunggu drama lain pulak HAHAHAHA.
















Haaaa kekdahnya tak ada bergambar dengan Elly Mazlein kew? Kehkehkeh! Mana mungkin khen? Sesambil kita datang melawat tempat penggambaran , menyaksikan mereka semua berlakon serta para krew dan team zeel production menyiapkan naskah ini haruslah diselitkan sekali dengan sesi selfie khen? Oooopss! 


Kak Lina Pom Pom dengan Jijah!
Maafkan wajah kemengantukan Jijah ittuew!

kehkehkeh!


Waheeda & Kak Murni
Gitchuew!

Haaaaa puas ke tidhok engkorang semua tengok gegambar ni? Haruslah puas khen! Ekslusif gitchuew! :p Engkorang semua ada yang menonton drama ini tak? Amacam ? Ada yang menonton sambil menyediakan berpuluh kotak tisu tak? Cer citer sikit! Harap engkorang semua seronok dan terhibur membaca entri ini ya. Dan jangan lupa untuk menonton Amsyar setiap Selasa - Ahad setiap 8.30 malam di TV9.
Terima kasih sudi baca entri ini :)