Home

Wednesday, December 14, 2016

Slot Samarinda : Lara Cinta Ameena Lakonan Tiz Zaqyah & Raja Afiq. Jangan Lupa Saksikan Di TV3 Setiap Isnin - Rabu Jam 10 Malam.

Jijah tahu , mesti ada diantara pembaca belog picisan Jijah ini gemar menonton drama di televisyen sebelum tidur khen? Tambahan pula sekarang terdapat pilihan chanel dan drama yang boleh ditonton , jadi pilih sahaja yang mana engkorang semua berminat dan berkenan kan? Gitchuew!

Kali ini Jijah nak ajak korang menonton drama yang berada di slot Samarinda TV3 iaitu Lara Cinta Ameena. Untuk yang masih belum berpeluang menonton drama ini , Lara Cinta Ameena diarahkan oleh pengarah tersohor , Shuhaimi Lua Abdullah. Manakala para pelakonnya terdiri daripada barisan pelakon hebat-hebat belaka beserta pelakon yang sedang naik namanya iaitu Raja Afiq , Tiz Zaqyah , Zarina Zainoordin , Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. Kalau korang nak tahu setakat hari ini, sudah lima episode telah bersiaran di TV3. Jadi masih belum terlambat untuk korang catch up drama ini. Alaaaaah , lima episode apadehaaaal khen nak marathon sekali harung! Kihkihkih.




Kalau korang gemarkan drama yang berat dan penuh emosi , memang sesuai sangat untuk menonton drama ini. Meh sini Jijah tepek sinopsis drama ini khas untuk tatapan pembaca belog picisan Jijah ini.

Ameena seorang anak yatim piatu manakala Radhuan pula anak hartawan. Cinta mereka bersatu seketika namun terpisah oleh fitnah yang ditabur oleh Puan Kirana, ummi Radhuan. Ameera diceraikan lalu dia membawa diri ke Sabah. Hidup Radhuan kosong tanpa Ameena. Hati Radhuan terpenjara dalam perkahwinan yang tidak bahagia dengan Ezaty. Di Sabah Ameena melahir dan membesarkan Jeffrey sendirian. Ameena terpaksa kembali ke Kuala Lumpur kerana Jeffrey sakit tenat. Pertemuan tak terduga dengan Ameena membuatkan Radhuan memburu cinta Ameena kembali. Ameena terpaksa mengelak kerana diperas ugut oleh bekas mertuanya. Hancur hati Radhuan yang selama ini menginginkan seorang anak, apabila mengetahui bahawa Ameena menyembunyikan anak mereka selama ini. Kebencian Radhuan membara terhadap Ameena apabila anaknya mati dipangkuannya tak sampai sejam mereka berjumpa. Ameena pergi membawa hati yang lara.

Hah! Boleh rasa tak bagaimana berliku dan pilunya kisah Lara Cinta Ameena ini? Tambahan pula ia dilakonkan oleh Tiz Zaqyah , pasti engkorang tahu macam mana bertambah pilunya nanti kan? Kikiki. Nak tulis banyak pun tiada guna. Meh tatap sikit gegambar untuk korang semua tengok.
















Hah! Suka ke tidhok tu dapat tengok gegambar ini? Atau engkorang yang menonton drama ini ada rasa geram dan nak marah? Kikikiki! Kalau baca sinopsisnya pun sudah emosi membacanya. Apatah lagi yang menontonnya khen?

Kalau engkorang ada banyak masa terluang yang tak tahu hendak membuat apa tu. Boleh lah menonton drama Lara Cinta Ameena ini tau! Jangan lupa menonton hanya di TV3 setiap Isnin-Rabu jam 10 Malam tau. Lepas tu sama-sama kasi komen dan tweet di Twitter dengan menggunakan hashtag #LaraCintaAmeena okay?

Ada tak pembaca belog picisan Jijah ini yang menonton drama Lara Cinta Ameena ini?

Terima kasih sudi baca entri ini :)


No comments: