Home

Thursday, September 25, 2014

Bertukar Sedikit

Kalau korang perasan , belog ini ada buat pertukaran sedikit. Itu pun kalau korang perasan lah kan? Atau memang belog ini terlampau sendu sampai tak ada siapa perasan apa-apa? EH! Sentap betul kalau macam itu kan? Hamboi enak-enak! HAHAHA.

Korang rasa apa yang bertukar?

Wajah Jijah? Tak bertukar. Tetap juga tembam. Tetap juga tak slim. Tetap juga kembang tak kuncup-kuncup.

Warna belog ini? Tak juga bertukar. Tetap juga putih salju katanya. Sesuchi lebaran sangat konsepnya. Walaupunnnn...

Tulisan belog? Eh macam sama jugak. Macam tak ada beza apa-apa pun jugak kan? 

Habis tu apa yang bertukar? Katakan apa? Apa? Apa?

Hamboi , kalau tak drama , memang tidak sah kan ? HAHAHA , haruslah kan! Kata #DivaPora khen? Apa jadah nak tulis cantik-cantik skema naif baik kan? *pangggggg

Hokkay tak perlu nak berteka teki sangat katanya. Menggeletis betul perfeeling kau retis bila buat teka teki beribu komen kan? HAHAHAHA. Mengada-ngada sungguh Jijah ni kan? Macam tak biasa kan. Pernah ke Jijah supan santun kan? HAHAHA.

Dah, dah. Bosan orang baca asyik merapu aje dari tadi kan? Hihihi.

Sebenarnya yang bertukar cuma header belog saja. Boleh tahan sakit kepala fikirkan tentang header belog yang dah lama juga tidak bertukar. Maklumlah , Jijah punya cerewet kadang-kadang boleh tahan juga. Kadang-kadang diri sendiri pun fed-up dengan kecerewetan diri sendiri katanya. Biasalah , sudah tentu kita nak yang terbaik untuk perkara yang melibatkan diri kita kan? Haruslah!

Dan Alhamdulillah dengan bantuan seorang rakan , belog Cherita Emo-Temo kembali berseri dengan header belog yang baru. YEAY!


Terima Kasih Faqiah!

Jasamu dikenang.

Meh nak muah ciked! Eh? HAHAHA.

Jijah memang berkenan betul dengan header baru ini. Memang betul-betul mengikut citarasa Jijah yang sangat simple tapi tehtap nak ada ciri-ciri tertentu kan? Cerewet betul si Jijah ni pun kan? HAHAHA. Syukur Alhamdulillah dapat rakan yang melayan saja kerenah Jijah. Kalau perasan dekat header tersebut memang betul-betul macam yang Jijah sangat suka. Tulis dan warna Ungu. Memang dua-dua itu benda yang paling Jijah minat dan suka. Jijah memang sangat suka dengan tulip. Sampai berangan nak pergi ke ladang tulip. Besar tak impian? HAHAHA , how I wish katanya. Lepas itu ungu pula memang warna paling Jijah gemar. Kalau tengok warna baju dan tudung Jijah pun rata-rata warna ungu. Mujurlah sekarang bila dah semakin membesar ni , koleksi warna tudung dah berlainan sikit. Kalau tidak alih-alih ungu sajork!

Kemain lagi Jijah menerangkan ala-ala nak kena bagitahu pensyarah pula sebab musabab header itu kan? HAHAHA. But to be honest , memang header itu betul-betul Jijah suka sebab betul-betul dekat dengan diri Jijah. Katanya kan? Almaklumlah belog ini pun sudah berusia empat tahun , haruslah bertukar juga header dengan perwatakan yang lebih matang katanya. Matang sangat ke pun? HAHAHAHA.

Seronok bila lihat belog bertukar wajah sedikit , walaupun tak ada bertukar menyeluruh but atleast ada sikit-sikit kan? Baru rasa semangat nak membaca dan semangat nak mengupdate banyak sikit kan? HAHAHA , itu pun nak kena kasi semangat juga. Kalau sendu sokmo , siapa nak masuk baca kan? HEHE.

Lepas ni , kalau entri berduyun-duyun , jangan mengada-ngada nak mengelat pula ye! Ececece , Jijah acah-acah marah pulak ye? HAHAHA. Okay sudah cukup sudah. Nanti ada update lain lagi nak kasi korang baca. Bagi korang lepas rindu sikit baca banyak-banyak update kan? Kikikiki. Atau nak kasi korang lepaskan rindu tayang sekeping gambar Jijah kan? HAHAHAHA , ada ke pun yang rinduuuuu? :p


Acah-Acah model.

Model XXL la kot. Acah lagi.

XXL PUN TEHTAP SILANG KAKI KAU..HADO? 

HAHAHA.

Rindu Jijah 200 % ke? Eh bai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, September 22, 2014

Siapa Nak Beramah Mesra Bersama Amar Baharin? Jom Ke Hi-Tea Bersama Amar Baharin Pada 11 Oktober Ini!

Rasanya Amar Baharin tidak perlu lagi diperkenalkan kepada korang semua. Pasti korang juga kenal dengan pelakon yang cukup popular dengan drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan ini bukan? Pasti juga ada dikalangan korang yang meminati pelakon yang cukup dikenali dengan lakonan sebagai Abang Zen bukan? Jijah cukup yakin mesti ada diantara korang yang cukup minat dengan Abang Zen ini. 

Jijah tahu korang juga pasti mengidamkan untuk beramah mesra serta bersantai bersama Amar Baharin kan? Tipu, jika korang tak mahu kan? Sekiranya korang teringin dan mengimpikan semua itu , Hawa Ghazzali Colections telah membuka ruang dan peluang untuk korang beramah mesra bersama Amar Baharin. Teruja ke tidhokkkk?


Jom Jom Jom Semua Peminat Amar Baharin!

Jangan Lepaskan Peluang Ini Okay!

*untuk menempah tempat ke Hi-Tea bersama Amar Baharin dan pertanyaan lanjut boleh terus hubungi no-tel yang tertera okay!*

Mesti ramai yang sedang teruja kan? Kau ghaser?? HAHAHA , gila tak teruja kan! Bukan senang untuk mendapat peluang keemasan beramah mesra bersama Amar Baharin kan? Lagipun seperti yang diketahui ramai orang , Amar Baharin memang sangat ramah dan friendly bila bersama dengan para peminatnya. Jadi korang semua yang sudah menanti lama peluang seperti ini tunggu apa lagi? Jom cepat-cepat menempah tempat dan bersama-sama dengan Amar Baharin pada 11 Oktober nanti! 

Untuk pengetahuan korang juga , ini bukan kali pertama Hawa Ghazzali Collections mengadakan majlis seperti ini. Malah sebelum ini Hawa Ghazzali Collections pernah menjemput gandingan paling serasi di Akasia iaitu Ayda Jebat & Zul Ariffin untuk sesi beramah mesra dengan peminat-peminat mereka. Hawa Ghazzali Collections merupakan satu-satunya yang berjaya menyatukan gandingan serasi tersebut di dalam sebuah majlis bersama peminat setakat ini.




Kalau korang juga ingin merasai seperti peminat-peminat Ayda Jebat & Zul Ariffin beramah mesra bersama artis kesayangan mereka ini , korang perlu cepat-cepat menelefon nombor yang tertera di poster tersebut dan cepat-cepat menempah tempat korang okay? Lagi cepat lagi bagus okay! Haruslah korang tidak akan menyesal kerana Amar Baharin akan beramah mesra dengan korang secara personal dan akan melakukan pelbagai aktiviti bersama nanti. Jadi tidak rugi okay korang membayar RM 350 itu tau! Bila lagi nak merasai semua ini kan?

Jadi kepada semua peminat Amar Baharin jangan lepaskan peluang keemasan ini okay? Cepat-cepat menempah tempat untuk bersama-sama memeriahkan Hi-Tea bersama Amar Baharin ini okay! Cepat-cepat sebelum terlambat okay?


Pengasas Hawa Ghazzali Collections ;

Dato Ali Ghazzali , Datin Lynda Ghazzali & Hawa Ghazzali.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Saturday, September 20, 2014

Teaser : Nak Yang Mana Satu Dulu?

Mungkin sudah agak lama sedikit Jijah tidak mengupdate belog. Maklumlah kekadang busy dengan perihal duniawi sampai tidak sempat langsung untuk mengetuk kibod. Tetapi bila ada masa yang terluang sedikit haruslah Jijah mencelah untuk mengupdate belog kan? Lagipun Jijah tahu dalam diam ada yang taaa zabarrrr nak membaca belog Jijah kan? HAHAHAH , perasan! 

Kali ini Jijah bukan berhasrat nak mengupdate entri yang panjang lebar pun. Sekadar kasi teaser dahulu kan? Lagipun dah petang begini mesti korang pun tak larat dah nak jamu mata dengan segala panjang ayat kan? Jadi kita sesantai saja okay? HEHE.

Moh lerrr tengok teaser apa yang Jijah nak hapdet minggu depan kan? Korang suka ke tidhokkk?



Zul Ariffin ... & Jijah?

HAHAHAHA.



Dan... lagi?

Tapi kabur?

HAHAHAH T_T


Ada apa dengan Cristina Suzanne?


Ijah Monster?

Eh eh apa semua ini?

Hah? Korang semua dah dijamu sikit gambar kan? Korang hehagak nak baca yang mana satu dulu? Jijah tahu mesti ramai diantara korang yang mungkin dah tergeletis tengok gegambar itu kan? S.A.B.A.R okay? Sebab Jijah janji minggu hadapan memang belog ini akan dimeriahkan dengan memacam update okay? 

Kalau korang nak tahu mana satu entri yang bakal diupdate dulu.. korang kena nantikan sesama jugak la okay? Jadi korang semua jangan terkejut mak pulak bila minggu hadapan belog Jijah ini penuh dengan entri-entri vazz lagi meletop okay? InsyaAllah minggu hadapan korang kena rajin masuk baca okay? Masa tak ada entri langsung kemain merungut merengek khen? Bila dah ada buat-buat lupa puleeeek! HAHAHAH. Tetibe kena marah!

Okbai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, September 11, 2014

Gambar-Gambar Di Sekitar Malam Gala Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah.

Siapa yang tidak kenal dengan karya hebat novelis Ahadiat Akasyah , Lagenda Budak Setan bukan? Baru-baru ini , Jijah telah berkesempatan menghadiri Malam Gala Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah. Pastinya Jijah cukup teruja untuk menghadiri serta menonton filem ini memandangkan Jijah tidak pernah ketinggalan menonton Lagenda Budak Setan & Lagenda Budak Setan 2 : Katherina katanya. Haruslah ingin juga Jijah menonton untuk sambungan yang terakhir ini kan?


Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah merupakan sebuah filem yang diarahkan oleh Sharad Sharan dan menampilkan barisan pelakon popular dan berbakat seperti Farid Kamil , Maya Karin , Bront Palarae , Ayu Raudhah , Iqram Dinzly dan ramai lagi. Melihat pada barisan pelakon pasti kita juga mengharapkan filem ini menjadi sebuah filem yang menarik bukan? Tipu lah, kalau kita tidak mengharapkan apa-apa bukan. Tambah pula bila kita melihat barisan pelakon yang bukan calang-calang jua, haruslah kita pun ada menitip harapan sedikit kan? HEHEHE.

Okay meh baca sinopsis ringkas dahulu.

Filem Lagenda Budak Setan 3: Kasyah diadaptasi dari novel popular nukilan Ahadiat Akasyah, siri filem ketiga dan terakhir ini mengisahkan Kasyah yang ingin memulakan hidup baru di samping Katerina. Mereka telah mengambil anak saudaranya sebagai anak angkat dan hidup berumah tangga. Namun, segala impian untuk hidup bahagia mula diduga apabila bekas suami kepada Katerina dan bekas rakan sekerja Kasyah mempunyai niat jahat terhadap mereka.

Dah baca sinopsis kan? Teruja ke tidhokkk? HAHAHA. Komen Jijah ringkas saja untuk filem ini. Filem ini memang membuat kau meremang bulu roma melihat tahap psiko yang ditonjolkan oleh Bront Palarae. Memang kau pejam celik pejam celik ketika menonton. Boleh tahan meremang bulu roma juga melihat segala scene psiko yang cuba ditonjolkan dalam filem ini. Well , Bront Palarae memang tak pernah menghampakan dalam setiap lakonan beliau. Begitu juga dengan pelakon-pelakon lain. Tapi korang kena tengok sendiri filem ini. Jijah kasi 3 bintang untuk filem ini!

Maklumlah , selera orang lain-lain. Karang Jijah cakap tak best , korang cakap best. Bila Jijah cakap best , korang pulak cakap tak best. Jadi lagi elok untuk korang menonton sendiri dan nilai sendiri okay? Lagipun Jijah bukan orang yang pakar pun untuk mengomen dalam hal-hal sebegini. Cuma kalau tanya jujur tentang filem ini memang Jijah akan cakap psiko habis masing-masing dalam filem ini. Kalau korang jenis suka filem berbentuk begini , memang layak pergi ke panggung dan kasi sokongan filem Malaysia okay? Oh ya tak dilupakan scene honeymoon Maya Karin & Farid Kamil juga menarik. HAHAHAHAHA. Okay jangan fikir lain. Pemandangan ketika honeymoon tu memang cantik lah! :p

Dah..dah.. Jijah tahu , korang ni bukan membaca sangat pun kan? Jom kita tengok gambar-gambar di sekitar Malam Gala Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah ok? ;)





Para Pelakon Utama ; Bront Palarae , Maya Karin , Farid Kamil bersama Pengarah LBS3 , Sharad Sharan bersama Penerbit LBS3 , Renu Sharan. Turut hadir memberi sokongan isteri kepada Farid Kamil iaitu Diana Danielle.

eh skemanya ayat Jijah kan? hahahaha..

Jijah boleh katakan Jijah sangat suka dengan suasana Malam Gala Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah tempoh hari. Sangat santai dan para pelakon juga berkesempatan untuk beramah mesra bersama penonton yang hadir. Sudah agak lama tidak menghadiri malam gala yang sesantai seperti tempoh hari. Haruslah Jijah seronok kan? Tak adalah rasa kekok segala bagai kan? Malam semakin galak untuk mengambil gambar bersama mereka dan juga berborak sekali.

Jom tengok gambar lagi!


Jijah bersama dengan Ahadiat Akasyah.


Jijah bersama dengan Zakuan Adha. Tak sempat pula nak bergambar dengan Ayu Raudhah.


Jijah bersama dengan Gayatri Pillai.

Such a sweet and nice person! 


Eh comel lah gambar ni!

Sukewww :p


Mak hayam dan anak-anak hayam! 

HAHAHAHA *jangan charut aku mak hayammm..


Jijah bersama dengan Kasyah ; Farid Kamil.



Sweet and sporting Diana Danille with Mak Hayam and anak-anak hayam's. HAHAHA.


Auwchhh.. beautiful Maya Karin!


Jijah bersama dengan Bront Palarae.


Jijah bersama dengan Lalang FC.

Hidup Lalang FC!

HAHAHAHA.


Jijah & Diana Danielle yang super duper sweet!

Dah puas tengok gambar ke belum? Gila kau tak puas kan? Haruslah puas kau! Sekali bergambar sampai penuh satu entri kan? HAHAHA. Gittuew lah Jijah kan? Sekali sekala dia update belog memang bebetul penuh satu entri kan? Memang ala-ala balas dendam gittuew! HAHAHA.

So , korang pun jangan lupa menonton Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah bermula hari ini jika Jijah tidak silap. Jom kasi sokongan untuk filem tempatan dan sekaligus korang pun turut membantu industri perfileman negara katanya. Tak rugi pun kalau korang menyokong. Nanti haruslah para-para penulis skrip mahupun pengarah akan berjuang lebih tinggi lagi untuk menghasilkan filem yang lebih bagus dan skrip yang lebih berkualiti. Tak begitu bukan? Kalau bukan kita yang membantu menjadi tunjang belakang , siapa lagi kan?

Amboi bunga-bunga bahasa kan? HAHAHAHA. Oh ya , last but not least a special shout out for my lovely mak hayam sayams! Thank you for the tickets and the oppurtinity! Jijah sayams kefit kefit mak hayam! Hahahahaha, oh pujian dan sayams serta kefit-kefit ini tidak bermaksud lelain ye mak hayam yang menjadi silent reader itu. Ikhlas dari lubokkk hati katakauuu! HAHAHAHAHA.


Serius.. gambar ini memang sangat shantek!

Jijah & My One And Only Mak Hayam (so far hahahahahahahaah)!

Thank you Abang Hafiz from feverpictures for the picture!

Sumpahhhh shanteeeek :D

Ok dah bai.

Terima kasih sudi baca entri ini :) 

Wednesday, September 10, 2014

Bila Jijah Jumpa Zul Ariffin & Ayda Jebat. Kau Ghaser Meluncat Ke Tidhok? *pangggggg

Bila Jijah menjadi seorang manusia yang gigih , payah macam mana sekalipun tetap akan berusaha gigih untuk dapat-kan-nya , kan? HAHAHAH , begitulah juga bila Jijah terlampau gigih meminati hero dan heroin Rindu Awak 200 % katanya. Biasalah , mula-mula tak ada pun terhegeh-hegeh nak minat Zul Ariffin mahupun Ayda Jebat. Siap mencebik lagi tak nak minat katanya. Tapi tak adalah sampai mencerca atau mengeji sesiapa yang menonton mahupun meminati cerita ini kan ? Cuma dalam hati tu ala-ala oh tuhan kenapa rerakan haku meminati mereka? HAHAHAHA.

Tapi Tuhan dah cakap , jangan cakap besar. Alih-alih memang aku yang teruk sasaunya kan? Memang boleh tengok macam mana aku sawan terhadap Zul Ariffin mahupun pada Ayda Jebat kan? HAHAHAH. Mesti ngeri kejap Zul Ariffin dengan Ayda Jebat dapat peminat macam aku kan? HAHAHAHAHA. *pangggggg

Lantas dengan usaha sendiri dibantu dengan usaha rakan-rakan , maka kegigihan tu dibalas dengan kejayaan. Hamboi! Macam kejayaan menerima segulung Ijazah sajork khen? HAHAHA. Padahal kejayaan bertemu retis aje punnnn. Kikikiki. Maklumlah tengah mood Zill Faezrul dengan Armel Aisya , haruslah masa tu nak jugak jumpa! nak jugak jumpa! Siap ada effect bergolek berguling atas karpet dengan hentak-hentak kaki lagi kau! Punya teringin nak jumpa kan?

Dan hasilnya..


OMG! OMG! OMG! 

LOL!

Ayda Jebat uolsss!


OMG! OMG! OMG!

LOL!

Zul Ariffin uolsss!

HAHAHAH macam meminta-minta penampar kan? Ya, memang meminta sangat! Kalau perasan warna tudung Jijah pun berbeza kan? Haruslah tempat pun berbeza juga katakau! Pertama kali bertemu Ayda Jebat ketika di One Utama katanya. Masa itu memang boleh tahan speechless katakau! Ada ala-ala macam OMG! Armel Aisya siotttt! HAHAHA. Tetapi kejap aje rasa speechless terkedu semua itu. Sebab Ayda Jebat punya ramah tamah masa itu telah membuatkan aku pun ngejoin potpetpotpet bersama dia. Terus tak ada rasa awkward lagi dah. HAHAHAH.

Manakala pertama kali pertemu Zul Ariffin ketika di Preview Movie JIN katanya. Masa itu gigih juga aku dan kawan aku nak mendapatkan tiket katanya. Demi Zul Ariffin sangat masa tu okay? HAHAHAHA. Sanggup meredah onak dan duri mahupun lautan api sangat katakau! HAHAHAHA. Rasa nak tampar diri sendiri bila baca statement diri sendiri. Tapi begitulah realitinya nak jumpa dengan Zill Faezrul kau! Padahal bukan tak pernah jumpa dengan Zul Ariffin kan? Tulewww , dulu jual mahal tak nak bergambar kau! Lepas tu menyesal guling-guling kan? HAHAHAHA.

Dah lah , bercherita banyak tak guna. Nah tengok lagi beberapa keping gambar ini okay? 


MuahCiked!

HAHAHA.


MuahBanyakCiked. Eh?

HAHAHAHAHAHAH.

DUA KEPING AJE? DUA KEPING AJE? Eh kira okay lah tu. Ini ala-ala permulaan gittuew. Lepas ini menangislah korang tengok haku hapdet pasal Zul Ariffin sajork! HAHAHA. Haku pun nak nangis jugak. Sejak bila haku gigih seghupe ini? HAHAHAHA. Sebenarnya entri ini dah lama nak up-kan tetapi entah onak dan duri ranjau apa entah yang menghalangnya. Memang sibuk mengalahkan perdana menteri kau! Haku pun stress tak dapat nak ketuk kibod! HAHAHA.

Maka terimalah beberapa keping gambar Jijah bersama hero-heroin penuh kimia ittuew. Korang suka ke tidhokkk? Terluncat macam Jijah ke tidhokk? HAHAHAHA. Eh tapi kan tapi kan , sebelum Jijah nak titik-noktahkan entri ini , nah sekeping lagi gambar Jijah bersama dengan Zul Ariffin.


HAHAHAHA SOPANNYA JIJAH HOITTTT!

HAHAHAHA okbai.

Dah bai.

Terima kasih sudi baca entri ini :