Home

Thursday, September 25, 2014

Bertukar Sedikit

Kalau korang perasan , belog ini ada buat pertukaran sedikit. Itu pun kalau korang perasan lah kan? Atau memang belog ini terlampau sendu sampai tak ada siapa perasan apa-apa? EH! Sentap betul kalau macam itu kan? Hamboi enak-enak! HAHAHA.

Korang rasa apa yang bertukar?

Wajah Jijah? Tak bertukar. Tetap juga tembam. Tetap juga tak slim. Tetap juga kembang tak kuncup-kuncup.

Warna belog ini? Tak juga bertukar. Tetap juga putih salju katanya. Sesuchi lebaran sangat konsepnya. Walaupunnnn...

Tulisan belog? Eh macam sama jugak. Macam tak ada beza apa-apa pun jugak kan? 

Habis tu apa yang bertukar? Katakan apa? Apa? Apa?

Hamboi , kalau tak drama , memang tidak sah kan ? HAHAHA , haruslah kan! Kata #DivaPora khen? Apa jadah nak tulis cantik-cantik skema naif baik kan? *pangggggg

Hokkay tak perlu nak berteka teki sangat katanya. Menggeletis betul perfeeling kau retis bila buat teka teki beribu komen kan? HAHAHAHA. Mengada-ngada sungguh Jijah ni kan? Macam tak biasa kan. Pernah ke Jijah supan santun kan? HAHAHA.

Dah, dah. Bosan orang baca asyik merapu aje dari tadi kan? Hihihi.

Sebenarnya yang bertukar cuma header belog saja. Boleh tahan sakit kepala fikirkan tentang header belog yang dah lama juga tidak bertukar. Maklumlah , Jijah punya cerewet kadang-kadang boleh tahan juga. Kadang-kadang diri sendiri pun fed-up dengan kecerewetan diri sendiri katanya. Biasalah , sudah tentu kita nak yang terbaik untuk perkara yang melibatkan diri kita kan? Haruslah!

Dan Alhamdulillah dengan bantuan seorang rakan , belog Cherita Emo-Temo kembali berseri dengan header belog yang baru. YEAY!


Terima Kasih Faqiah!

Jasamu dikenang.

Meh nak muah ciked! Eh? HAHAHA.

Jijah memang berkenan betul dengan header baru ini. Memang betul-betul mengikut citarasa Jijah yang sangat simple tapi tehtap nak ada ciri-ciri tertentu kan? Cerewet betul si Jijah ni pun kan? HAHAHA. Syukur Alhamdulillah dapat rakan yang melayan saja kerenah Jijah. Kalau perasan dekat header tersebut memang betul-betul macam yang Jijah sangat suka. Tulis dan warna Ungu. Memang dua-dua itu benda yang paling Jijah minat dan suka. Jijah memang sangat suka dengan tulip. Sampai berangan nak pergi ke ladang tulip. Besar tak impian? HAHAHA , how I wish katanya. Lepas itu ungu pula memang warna paling Jijah gemar. Kalau tengok warna baju dan tudung Jijah pun rata-rata warna ungu. Mujurlah sekarang bila dah semakin membesar ni , koleksi warna tudung dah berlainan sikit. Kalau tidak alih-alih ungu sajork!

Kemain lagi Jijah menerangkan ala-ala nak kena bagitahu pensyarah pula sebab musabab header itu kan? HAHAHA. But to be honest , memang header itu betul-betul Jijah suka sebab betul-betul dekat dengan diri Jijah. Katanya kan? Almaklumlah belog ini pun sudah berusia empat tahun , haruslah bertukar juga header dengan perwatakan yang lebih matang katanya. Matang sangat ke pun? HAHAHAHA.

Seronok bila lihat belog bertukar wajah sedikit , walaupun tak ada bertukar menyeluruh but atleast ada sikit-sikit kan? Baru rasa semangat nak membaca dan semangat nak mengupdate banyak sikit kan? HAHAHA , itu pun nak kena kasi semangat juga. Kalau sendu sokmo , siapa nak masuk baca kan? HEHE.

Lepas ni , kalau entri berduyun-duyun , jangan mengada-ngada nak mengelat pula ye! Ececece , Jijah acah-acah marah pulak ye? HAHAHA. Okay sudah cukup sudah. Nanti ada update lain lagi nak kasi korang baca. Bagi korang lepas rindu sikit baca banyak-banyak update kan? Kikikiki. Atau nak kasi korang lepaskan rindu tayang sekeping gambar Jijah kan? HAHAHAHA , ada ke pun yang rinduuuuu? :p


Acah-Acah model.

Model XXL la kot. Acah lagi.

XXL PUN TEHTAP SILANG KAKI KAU..HADO? 

HAHAHA.

Rindu Jijah 200 % ke? Eh bai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

3 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Nice combination uols👍
Less is gud katanyer khen

Jajablinkblink said...

Terangkatttt

ZueZie said...

tehtap maintaip somelll...nak muahbanyakciked la kt jijah ;)