Home

Showing posts with label parcel. Show all posts
Showing posts with label parcel. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Kad Raya

Raya semakin hampir dan Ramadhan juga semakin dekat untuk meninggalkan kita semua. Aku sendiri bukan dalam mood untuk Raya. Bukan juga mood untuk tidak mahu beraya langsung tapi memang seluruh perasaan kosong. Itu kata aku sekarang. Tapi ada sesuatu membuatkan Jijah terasa macam ada perasaan syok untuk menyambut Raya nanti. Ada sedikit lah.

Ada rakan-rakan aku dengan begitu gigih menghantar kad raya kepada aku. Aku ingatkan mereka err main-main pada mulanya. Tapi hari demi hari , ada saja kad raya yang datang menyinggah ke rumah. Hati kemain girang. Tersengih seorang diri membaca kad raya tersebut. Tapi malangnya Jijah sendiri tak sempat nak menghantar kad raya kepada rerakan Jijah. Ades. Masa sangat suntuk nak pergi cari kad raya sekalipun. 

Bila tengok rakan-rakan tersayang menghantar Kad Raya macam mencetuskan segala rasa tahun-tahun sebelum ini. Semua bergigihan bertukar alamat semata-mata nak hantar kad raya. Comel sangat masa tu. Dan tahun ini rakan-rakan aku kembali mengembalikan nostalgia bergigihan bertukar-tukar kad raya. Kad Raya memang best sebab ada nilai sentimental yang tersendiri bagi aku. Boleh simpan. Boleh tatap. Boleh semuanya. Tapi kalau hantar ucapan raya guna FB/Twitter/SMS kadangkala tak semua mampu untuk disimpan. Tak sanggup okes nak printscreen bagai. Tapi bila ada kad raya, hah! Tataplah kau puas-puas tambahan kalau orang itu berjauhan dari mata kan? Mampooo mengalir airmata silap-silap kot kan? Ekekekek, over sokmo! :p

Dah Jijah , tak payah nak over sangattttt! Meh tengok 7 keping kad raya yang Jijah dapat :p


Ini kad raya versi moden. HEHE. Kawan aku dari Ireland gigih kirim kad raya ini. Aku terharu. Tak pasal-pasal terharu. Gaya macam dapat duit raya terharunya kan?! HEHE. Tapi memang terharu. Orang jauh kirim kad raya. Thank You kaka Kiluz! ;)


Hah! Ini keseluruhan kad raya katanya! Ada macam-macam jenis. Bertabah lah korang tengok dengan yang macam warna warni dan macam-macam gambar itu kan? Hahahaha. Tapi ini ialah keseluruhan 7 keping kad raya yang Jijah dapat. Rasanya macam ada lagi kot yang belum sampai. Ternanti-nanti lagi ini lagi katanya. Padahal diri sendiri pun tak hantar kad raya dekat orang kan?! Heh.

Tiap-tiap hari memang akan ada saja Ayah akan hulur kad raya untuk aku. Sampai Ayah pun tertanya-tanya katanya. Siapa yang gigih kan hantar kad raya untuk Jijah ini kan? HEHE. Tapi itulah, memang terharu sangat-sangat sebab setiap hari ada saja kad raya untuk Jijah. Terima kasih kawan-kawan! Ketika mood untuk raya telah hilang, korang dah berjaya untuk tidak memalapkan rasa Raya untuk Jijah ini. Amboi ayat! :p

HEHE, terbaru ada dapat parcel dengan kad raya dari Brunei. Hah! Jeng Jeng Jeng!


Kiriman parcel dan kad raya yang jauh juga dari Brunei. Terharu juga. Jauh sungguh parcel ini sampai kan? HEHE. Hah! Nak tahu cherita panjang , nanti saja lah Jijah cherita okes? Ngeee. Dasar pemalas nak cherita sekali harung kan? HEHE. Apa yang penting dalam parcel itu adaaaaaaaa.... jeng jeng jeng


DUIT RAYA! YEAY!

HAHA, dah macam budak kecil saja Jijah ini kan? HEHE. Tapi memang agak excited bila buka saja parcel tengok ada sampul duit raya tulis nama IJAH , gila kau tak terkejut kan? Hah, dah alang-alang bercherita , meh lah bercherita sekali harung sebelum aku ala-ala termakan semut hilang ingatan nak bercherita kan?! Kekdahnya kawan aku Kak Red ni memang dah berhajat nak datang KL sebelum ini. Tapi apakan daya last minute tak dapat nak datang. Maka dengan itu Kak Red dengan gigih menghantar parcel yang mengandungi macam-macam souvenir dan ada juga duit raya untuk Jijah kan? Waduh! Terharu sungguh!

Sebenarnya parcel ni sampai semalam. Tapi sebab aku tak dengar, tengok-tengok dapat surat kuning sahaja suruh ambil dekat pejabat pos. Agak hampa. Dah dekat seminggu setengah tunggu tak sampai-sampai kan. Bila tak tunggu , sampai pula. Heh. Bila pergi dekat pejabat pos, tak jumpa pula parcel yang dicari. Lagi aku cuak. Tapi akhirnya jumpa juga. Wuuuu,kalau hilang dan tengok isi yang ada dalam parcel tu , memang aku rasa aku mampu untuk guling-guling atas lantai tanpa henti selama dua poloh minit okes? Tapi alhamdulillah okay saja.

HEHE. Terpanjang pula entri kali ini. Tak mampu nak tulis pendek-pendek. HEHE. Tak tahu selepas ini akan ada update lagi atau tidak dalam belog ini. Kesibukan membuat cookies memang membataskan waktu lapang Jijah yang sebelum ini. Sekarang blogwalking pun aci redah sebelum tidur hilangkan sisa-sisa penat yang ada dalam badan. Kadang-kadang naik bilik terus tertidur tak sempat nak buat apa-apa. Terpanjang lagi isi entri ini.

Andai kata tidak sempat membuat entri baru. Jijah dengan kesempatan yang sedikit ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin. Kalau ada tersilap bahasa, terkasar bahasa , tersentap sesiapa tanpa disengaja dan apa sahaja salah silap daripada Ijah, harap diampunkan. Hah, tak ada siapa-siapa nak kirim duit raya ke dekat Jijah? EH?!

BYEEEEE! :p

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tuesday, September 27, 2011

Dapat Parcel Daripada Peminat. Kau Hado?

Tadi masa tengah sibuk membuat latihan , tiba-tiba Umi datang dekat bilik aku. Mula-mula aku tak perasan Umi datang dekat dengan aku sebab aku pasang earphone dekat telinga maka harus lah pasang lagu kuat gila-gila khen? Gituew. Umi datang ke bilik aku sambil membawa satu sampul besar. Aku terangkat kening dan Umi kasi dekat aku.

Terus berdebar-debar yuolzz nak tahu apa isi nya dan siapa yang kasi siap pos semua ni tau. Berdebar-debar sangat tau! *lempang* Terus gelojoh koyak sampul besar itu dengan kadar segera dan tak sangka ada jugak peminat IjahEmoTemo ye? Hiks *panglagi*

Dan ... siapa kah peminat IjahEmoTemo yang baik hati pos barang dekat IjahEmoTemo ni? Siapa kah? Siapa kah?

*


*


*


*


*


*


*


*


*

oh yeah !

terima kasih Kaka MiloAisMilo 



ngeee besar gituew sampul nya!


di dalam sampul besar ada sampul kecik lagi ni. 
fuhh berdebar-debar !

Weee , tak sangka Kaka Milo nak hantar parcel gituew dekat aku kan? Memang last Friday bergigihan dia DM aku tanya nama penuh lah , alamat lah , no telefon lah. Aku dah pelik ohkey?! Apakehey pulak nak mintak semua benda ni? Seramz ada , nebes pun hade! Hakhakhak gila gedik kan? Ngeh ngeh ngeh.

Rupa-rupa nya Kaka Milo hantar CD yang ada lagu-lagu Korea. Woott Woott ! I'm not K-POP fan but bila dengar lagu-lagu dekat blog Kaka Milo aku bagitahu lah dia yang aku suka lagu-lagu dalam blog sheols dan tak sangka lah kan tiba-tiba Kaka Milo siap burn kan into CD and post dekat aku. Terharu meh :')


tadaaaaa...

siap kasi 2 CD lagi and sat lagi baru nak cuba sebab kata Kaka Milo dia tak sure which one aku boleh dengar. ngeee.


ahaks siap ada surat chinta lagi ngahahaha.
isi dia? biar lah rahsia *blushing* 
keh keh keh

Ehiks. Sangat terharu okeh dengan Kaka Milo siap hantar CD dekat aku. Ngeee. Terima kasih banyak-banyak ye. Ini yang nak peluk siyom sayang ketat-ketat ni. Hakhakhak. Weee , parcel ni memang sampai tepat-tepat aku tengah tak ada idea nak update belog pasal apa kan? Hahahah. Maaf lah entry tak seberapa khen? Sebab masih dalam mood emo-temo dengan macam-macam perkara. Ngeee. Ehem , kalau sesiapa nak kirim parcel apa-apa dekat aku pun boleh. Jangan lupa email. Eh kbai. Hakhakhak.


Terima kasih sudi baca entry ini :')