Home

Thursday, June 19, 2014

Filem CEO Santai , Menghiburkan & Menggeletek Jiwa. Tak Percaya? Percayalah!

Rasa macam dah terlampau jarang belog picisan ini melakukan review filem yang telah di-tonton kan? Setelah agak lama belog ini menyepi tanpa sebarang update , akhirnya baru berpeluang untuk mengetuk kibod kembali. Kali ini Jijah ingin berkongsi review filem mengenai sebuah filem yang baru sahaja ditonton malam semalam. Melihat semua orang memberi respon positif dan menghiburkan membuatkan Jijah semakin teringin untuk menonton filem ini. Oh jangan pula fikir Jijah menonton filem ini kerana terdapat pelakon yang Jijah minati semata-mata. Kalau filem-nya bagus dan berkualiti tak salah untuk kita menyokong iye dak?

Tapi filem apa yang Jijah maksudkan ini kan? Betul-betul bagus ke? Boleh percaya ke?



Filem yang Jijah maksudkan ialah CEO yang diarahkan oleh Razaisyam Rashid dilakonkan oleh Remy Ishak , Cristina Suzzane , Beto Khusyairi , Anas Ridzuan dan ramai lagi. Percayalah bahawa filem ini memang betul-betul terbaik dan cukup menghiburkan. Meskipun tidak menggunakan latar belakang yang terlampau gah ataupun memiliki pelakon yang populariti mencanak-canak itu tidak bermakna filem ini tidak mampu menarik perhatian penonton kan? Kalau jalan cerita yang menarik disokong dengan para pelakon yang berbakat serta pengarahan yang bagus pasti sebuah filem itu akan berjaya kan? Wah komen macam kau tu pelajar jurusan perfileman dan pengarahan khen? HAHAHAHA katakau!

Tapi apa-apa pun jom baca sinopsis dahulu? 

Filem ini mengisahkan tentang kehidupan Adam (Remy Ishak) yang merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, berubah dalam sekelip mata apabila dia dituduh pecah amanah.Segala kemewahan yang ada hilang serta merta termasuklah rumah, pekerjaan dan tunangnya sendiri. Secara tiba-tiba, Sufian (Beto Kusyairy) pula dilantik menjadi CEO baru syarikat tersebut.Maka, disinilah segalanya bermula. Agak lucu apabila melihat lakonan Sufian yang merupakan seorang budak penghantar pizza berubah menjadi bos dan Adam berubah menjadi susah serta mula belajar mengenali erti kehidupan sebenar.Baik Adam mahupun Sufian, dua-duanya keliru dengan apa yang terjadi. Bagi Adam, dia bertekad untuk mencari dalang sebenar kejatuhannya, namun Sufian hanya menikmati apa yang ada.Namun, akhirnya misteri tersebut terungkai. Siapa yang bersalah agaknya ya? Jom sama-sama bergelak sakan dengan filem CEO yang bakal ditayangkan pada 12 Jun 2014 nanti ya.
credit sinopsis : Oh Bulan 
Mungkin ada diantara korang yang masih belum berpeluang untuk menonton filem CEO ini , lebih afdhol menonton cepat-cepat sebelum terlambat. Memang aku sendiri puji dengan filem ini yang bukan semata-mata komedi sahaja. Namun dalam diam terselit mesej yang boleh dijadikan iktibar sekali. Bukan mudah untuk menonton sebuah filem yang bukan sahaja datang menggeletek hati penonton malah tidak membodohkan penonton. Kadang-kadang sudah jemu untuk menonton filem yang sekadar lawak namun tidak ada isi di dalam nya. Tetapi untuk filem CEO ini meskipun sejak dari awal lagi aku gelak macam nak tercabut rahang sehingga penghabisannya tetapi ada juga isi yang boleh diguna pakai kan? 

Mungkin ini bukan bidang aku untuk memberi komen. Namun sebagai seorang penonton tidak salah untuk aku mengatakan bahawa yang  filem CEO ini memang terbaik! Kimia antara setiap pelakon memang cukup baik! Memang setiap apa yang mereka buat kau pasti akan gelak walaupun sebenarnya benda kecil sahaja. Sungguh aku tidak berasa rugi langsung menghabiskan duit tiket untuk filem ini. Macam ini baru berbaloi kan? Kita dapat bergelak ketawa sesambil itu kita juga dapat mesej di dalam filem tersebut kan? Hihihi.

Korang yang belum lagi berpeluang menonton filem CEO ini , apa kata cepat-cepat serbu panggung wayang okay? Memang tidak rugi langsung! Mungkin juga aku boleh katakan CEO merupakan sebuah filem yang menyediakan komedi bijak dan bermesej. Jadi apa salahnya kita menyokong industri tempatan dengan karya yang bernas begini kan? 

Amboi panjang lebar sungguh Jijah memberi komen kan? Tapi tak berniat untuk mengatakan bahawa filem lain tidak bagus. Namun sekali sekala perbanyakkan filem yang jenis begini. Santai namun bermesej kan? Oh well. Semalam mungkin rezeki Jijah untuk menonton bersama-sama salah seorang hero dan pelakon utama CEO iaitu Remy Ishak. Oh begitu lama tidak menyertai mana-mana MDO bersama pelakon kegemaran Jijah yang cukup berbakat ini. Namun dek kerana kesempatan yang ada , Jijah pun telah meng-gigih-kan diri untuk pergi KLCC malam semalam. Teruja betul perasaan bila menonton bersama-sama pelakon utama ini kan? 

Haruslah teruja kan? Bukan senang Remy Ishak nak melapangkan diri sebegitu rupa. Memang terasa semakin berbaloi-baloi chuols! HAHAHAHA. Lagi menggeletis perasaan ini apabila Remy Ishak panggil , IjahEmoTemo katakau! Kemain lama bersalam sebab nak ingat nama haku kan? Kau rasa haku nak pitam ke haku nak tergolek? HAHAHAHA. Melampau betul! Minta pelempang sangat statement kau Jijah! T____T HAHAHAHA , maafkan saya. Saya masih excited! HAHAHAH.

So apa lagi? Tengok gambar kami yok! HAHAHA.




Macam biasa , selalu aje Jijah memberi buah tangan kononnya pada retis yang dia sayams. HAHAHA.

Remy Ishak yang cukup excited muka nya bila dapat Popia Nestum dari aneka Popia Roll Mini. Jujurnya , Jijah terharu sangat-sangat! Sebab mungkin dia antara artis pertama yang begitu excited dapat popia dan menggambarkan melalui ekspressi itu. Jijah sendiri terkejut tau! HAHAHAHA. Thank you Remy! 

*ehem , itu Remy sendiri yang keluarkan popia tu tau , bukan Jijah ajar tau :p Well done Remy! HAHAHA*

After all , memang puas hati dapat menonton filem yang begini santai dan menghiburkan. Jijah perlukan filem-filem yang begini lagi supaya dapat Jijah released tension dengan cara yang santai namun menghiburkan. Bukan sekadar lawak semata-mata. Lagi puas hati dapat menonton bersama-sama dengan salah seorang pelakon utama-nya kan? Oh itu memang terlampau puas hati! HAHAHAHA.

Maka setakat ini sahaja entri ini. Tulis lagi panjang lagi pengsan korang baca dengan kegeletisan Jijah kan? Mahu aku kena lempang bertalu-talu kan? HAHAHA. Kalau korang masih belum menonton , jom menyokong filem CEO ini yang masih ditayangkan di pawagam. Sekali sekala menyokong industri tempatan apa salahnya kan? Tak merugikan pun kan? Gittuew. Korang yang dah menonton , rasa macam mana pulak? Puas hati macam Jijah ke tidhok?

Oh gambar terakhir sebelum berpisah. Ehiks.


Jom Sokong Filem CEO!

Lakonan Hebat Remy Ishak , Cristina Suzzane , Beto Khusyairi & Ramai Lagi.

Pasti Menggeletek Jiwa Korang & Cukup Menghiburkan.

Jom kita?

:)

Terima kasih sudi baca entri ini :)