Home

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday :: Faliq Nasimuddin





hewhewhew , walaupun Jijah yang mintak reply *dush* tapi hati tetap berbunga-bunga.

iyer saya peminat Faliq Nasimuddin. *blushing* saya bukan minat Aaron Aziz jew.

mohon google kalau tak kenal siapa itu Faliq Nasimuddin T_T

eh kata wordless wednesday?!

okbaiii.

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Tuesday, April 24, 2012

Koleksi FM & Souvenir Bertambah - Paris , Korea dan Hong Kong

Jijah memang sangat minat mengumpul fridge magnet dan juga souvenir-souvenir dari luar negara. Ada juga Jijah mengumpul yang dari dalam negara tapi rasanya sekarang macam lagi banyak kumpul yang dari luar negara. Tak tahu sejak bila Jijah berminat mengumpul semua benda ni. Tapi memang seronok sebenarnya kumpul fridge magnet dan souvenir dari luar negara ni. Terutama yang tak berkemampuan nak melancong ke luar negara kan? Bila tengok fridge magnet mahupun souvenir dari luar negara buatkan Jijah terasa nak mengumpul niat dan mengumpul duit untuk melancong ke luar negara katanya. Baru mengumpul niat aje. Nak kumpul duit tak tahu bila. Ekekekeke.

Aku kira bertuah jugak sebab meskipun tak mampu nak pergi melancong ke luar negara buat masa kini ( hint moga-moga masa hadapan mampo pergi katanya! hahah :p ) tapi kawan-kawan aku yang berkemampuan pergi ke oversea tak pernah lupa untuk membeli souvenir dan FM untuk aku. Lepas itu kebetulan juga ada sepupu yang tinggal di luar negara pun sudi belikan FM untuk Jijah kan? Wajib Jijah lagi teruja khen nak kumpul mengumpul semua ini kan?Sebenarnya Jijah yang paksa diorang belikan untuk Jijah. Erkk?! Hahahaha. Setakat ini aku memang dah mengumpul FM dari beberapa buah negara. Kalau rasa nak tengok koleksi aku boleh tengok dekat SINI. Bukan tak mahu update gambar koleksi terbaru tapi usb cable untuk kamera aku pergi menghilangkan diri entah mana-mana. Terbantut kejap hasrat nak update belog bila gambar-gambar tak ada untuk diselitkan sekali. Paswah!

Terbaru aku kumpul FM dari Paris dan Korea. Alhamdulillah , rezeki lagi dapat FM dari rakan-rakan tersayang. HEHE. Terharu sangat bila rakan yang pergi travel jauh-jauh sempat juga belikan FM untuk Jijah. Nak pergi sendiri memang kena banyak menabung untuk impian jadi kenyataan kan? Sekarang ni kumpul FM sahaja dulu kan? HIHIHI. 


terima kasih Cik Kekure.
terima kasih Kak Syima.

:')

i love both of you!

:*

Aku pun turut dapat souvenir dari Hong Kong sebenarnya. Kawan aku Kaka Ekah dan Kaka Fieza pergi melancong ke Hong Kong tempoh hari. Sempat juga mereka belikan untuk aku kekdahnya. HIHIHI , pesanan aku biasanya FM ajelah kan? Aku rasa benda itu yang paling syok untuk dibuat kenang-kenangan okes? Hahaha. Lepas tu masa aku pergi berjumpa Kaka Ekah tempoh hari sempat dia kasi barangan itu. Aku pun tak pasti nak kategorikan sebagai apa yang aku tahu souvenir dari Hong Kong. kihkihkih. Tak gheti kekdahnya nak menyebut apakah benda itu sebenarnya. Aku tahu dia ada tulis I love HK. Hihihi. Comel aje bendanya. Hihihi. 


thank u kaka Ekah!

jijah sayam ketat-ketat uols!

:*

Kemain lagi kan beritahu koleksi FM yang tak seberapa ini kan? Hahaha , wajib lah. Ini untuk aku tatap di masa hadapan nanti. HEHE. Meskipun aku punya FM belum mencapai tahap penuh satu fridge tapi aku sangat sayam ketat-ketat fridge magnet aku ye? 

sayam = sayang. suka betul ubah-ubah bahasa. harap pihak Dewan Bahasa & Pustaka tidak hangin dengan jijahtemotemo ini. eh?!

HewHewHew. Sekarang ini aku masih belum ada tempat untuk letak FM-FM kesayangan aku ini memandangkan masih belum mencari tempat yang nak letak segala jadah FM kesayangan ini kan? Tak berani nak letak dekat fridge. Aku takut fridge magnet aku pecah tak ke nanti aku nangis tak berlagu sendu-sendu tak pasal-pasal? Aku dah lah kalau dah sayang barang memang aku sayang betul-betul. Gituh! Hahahaha.

Aku pasti , minat dan hobi aku ini pasti bukan hanya aku yang keseorangan begini. Pasti korang pun ada juga minat dan hobi mengumpul fridge magnet mahupun souvenir (keychain/etc) seperti aku ini kan? Mesti korang kumpul lagi banyak dari aku kan? Aku ini pun baru sahaja bermula katanya. So masih lagi baru dan masih tak banyak sangat kumpul fridge magnet. HEHE. Tapi hopefully mampu untuk mengumpul dengan lebih banyak dimasa akan datang sebab kumpul fridge magnet ni sebenarnya sangat fun okes. Tak tahu tang mana fun nya tapi aku tahu fun. -___-' 

Ehem ehem , tak ada sesiapa ke nak hadiahkan fridge magnet dekat Jijah? Okbai.

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Terserempak Dengan Fizz Fairuz , Amy Search di Lobi Hotel. - Edisi Berjimba Ria Di Genting Highland Bersempena ABPBH 2011 [Part 3]

Kali ini aku masih lagi mahu menyambung cherita-cherita berjimba ria aku di Genting Highland tempoh hari. Di sebabkan aku memang dah kekurangan cherita , maka aku akan buat cherita jimba ria ini dalam bentuk part by part. HEHE, maafkan saya! Lol, tiba-tiba teringat dialog Zizan masa dekat ABPBH. Kalau masih ada yang belum baca part-part sebelum ini boleh baca di SINI dan di SINI. Nanti bingung pula tiba-tiba bila baca cherita-cherita Jijah yang penuh dramatik ini kan? Ahaks! *pang*

Jadi masa di Genting Highland tempoh hari kan Jijah ada beritahu yang Jijah tinggal di hotel yang penuh retis lalu lalang dan turun naik lif pun sama dengan retis katanya! Haaa dah masuk Part 3 baru gheti nak bercherita pasal retis khen? Saja nak kasi korang berkobar-kobar dengan penuh heksaited menanti entry aku yang seterusnya kan? Jangan ada yang nak kasi penampo dekat Jijah sebab tunggu dekat lama nya sudeh! NANGES! eh?! Hahaha. Sebenarnya sekarang ni kena cari mood yang sesuai untuk update cherita dan mengedit gambar. Gambar terlalu banyak sampai rambang mata nak pilih yang mana satu sesuai untuk letak dalam belog khen? Lagipun hari tu guna kamera aku dengan kamera Kak Echa. So memang aku makin pening kan nak pilih gambar mana satu kan? Heheh.

Ingat tak sebelum ini aku ada cherita yang aku nak naik pergi bilik hotel lepas berjumpa dengan Kak Sue dan Kak Ita? Masa aku nak naik bilik , aku macam ternampak Fizz Fairuz dekat lobi hotel. Sebenarnya dah lama sangat tak jumpa Fizz. Last aku jumpa Fizz masa preview Cinta Kura-Kura kot? Atau dekat Warong Soto Berlado? Aku sendiri pun lupa bila last sekali aku jumpa. Bila ternampak Fizz dekat lobi hotel , harus terus Jijah berlari-lari anak pergi tegur Fizz. Masa tu nampak dia tengah nak check in hotel. Oh dia pun tinggal dekat Theme Park Hotel jugak rupanya.

Biasa lah khen bila Jijah jumpa Fizz saja , mula la buat drama dua-dua. Hehe. Dia terkejut tengok Jijah , Jijah pun buat-buat terkejut tengok dia. Boleh? Ekekeke. Drama Queen sangat kau Jijah! Biasalah bila lama tak jumpa memang macam-macam yang kitaorang borak katanya. Eh tulis banyak pula. Jom tengok gambar jom!


lesung pipit! :p


nampak benor Fizz baru nak check in hotel kan?
penuh barang-barang belakang tu Fizz punya lar.
ekekeke.


Lepas dah bersembang , bergambar dan bersalam bagai , Jijah dan Kak Echa pun minta diri katanya. Ingat nak terus naik ke bilik. Tapi mata weols macam tak boleh lepas pandang sekeliling. Tetibe Jijah macam jakun tengok artis baru datang check in hotel. Oh kenapa begini Jijah? Katakan kenapa begini? NANGES LAGIII. *dush* Hahahaha. Lepas tu masa nak naik lif terserempak dengan Ramlah Ram dengan Bob tapi tak sempat pun nak bergambar. Hehehe. Tetibe Jijah rasa malu nak ajak bergambar. Erhiks. 

Lepas tu tetibe nampak dekat lobi hotel macam nampak Amy Search. Eh?! Terus hati terkinja-kinja nak bergambar khen? Iyerlah , bukan senang okes nak jumpa dengan Amy Search. Katanyaaaaa.. Haruslah Jijah dengan gigih pergi balik dekat lobi hotel walhal masa tu dah dekat depan lif okes? HAHAHA , gigih -__-' Bila face to face , rupanya Amy Search ni pesen pendiam gituh. Hehe. 


phewwwwitttttttt uolsz! 
hihihihi :p


Hah , lepas bergambar dengan Amy Search memang aku dengan Kak Echa cepat-cepat naik atas. Kitaorang dah tak larat sebenarnya ni dan lagipun masa tu tak solat Asar lagi kan? Kena cepat-cepat. Hehehe. Macam sebelum ni aku cherita lah kan , kitaorang naik bilik sebab nak rehatkan badan kejap. Lagipun malam tu rancangan nya nak berkeliaran sekitar hotel kan? Iyerlah , mesti ramai lagi artis berkeliaran juga dekat area situ kan? HEHE. Itu rancangan asalnya. 

Tapi biasalah lain kita rancang lain yang akan jadi. Hah , nak tahu apa yang bakal jadi? HEHE, kena tunggu PART 4 pulak okes? Kalau boleh nak cherita dalam ini semua tapi aku tak mahu pula kalau entry aku berjela-jela pula jadinya. So kena lah jugak buat bahagian lain pula ya? Korang semua jangan lupa nantikan PART 4 pula untuk nantikan apa pula yang jadinya kan? Sempat ke terserempak dengan mana-mana artis? Atau tak jumpa langsung? Jeng Jeng Jeng , itu kena nantikan PART 4 okes?! :)

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Saturday, April 21, 2012

Rezeki Lagi :: Terima Kasih VW Polo Sedan Launch (Phase 2) !

Dikala tengah sibuk menyiapkan part by part untuk cherita jimba ria aku di Genting Highland , aku telah mendapati yang Nuffnang dengan baik hatinya telah memberi belog kesayangan aku lagi satu Buffered Earning. Alhamdulillah. Terasa cukup syukur dengan pemberian BE sekali lagi. Sekarang ini pun masih ada lagi satu BE yang tengah running dalam belog kesayangan. Tak terjangka pun akan dapat lagi BE untuk bulan ini. Heheh.

Bila dapat lagi BE , baru terasa makin bersemangat untuk update belog kan? Kalau tidak hati di pagut lemau semacam aje kan? Hehehe. Tak bagus betul Jijah ni kan? Tapi betul lah, kadang-kadang bila nak update pun rasa semacam aje lemau dia. Ini bila tahu ada BE yang bertandang dalam belog kesayangan , insyaAllah akan diusahakan untuk mengupdate setiap masa. Tapi biasalah bila kita terlebih rajin begini ada saja mulut-mulut orang bercakap macam-macam. Penat betul dengar orang yang jenis begini. Entah apa yang tidak puas di hati diorang sehingga ada sahaja bunyinya bila kita buat benda yang langsung tak mengganggu orang lain kan? Tak kisah lah. Janji apa yang aku buat ada juga hasilnya kan? Hihihihi.

Sebelum terlupa , sekali lagi nak ucapkan terima kasih buat Nuffnang. Terima kasih kerana memilih lagi belog ini untuk tempatkan iklan VW Polo Sedan Launch (Phase 2) dalam belog Cherita Emo-Temo ini. Hehehe. Gaya ucapan macam Nuffnang kasi hadiah besar aje kan? keh keh keh. Biasalah , kecil atau besar , kena juga ucap terima kasih khen? Gituew.


thank u VW Polo Sedan Launch (Phase 2) :)

thank u Nuffnang :)

Again , aku lakukan entry ini tak ada sekelumit pun bermaksud mahu riak ataupun sengaja tayang. Apa yang aku cuba lakukan hanya semata-mata untuk berkongsi cherita dalam kehidupan aku dan apa yang telah Cherita Emo-Temo capai sepanjang aku menulis. Meskipun bukan sesuatu yang membanggakan , i knew it , but sebab aku memang nak sematkan semua perkara dalam belog kesayangan , so here it is. Hahah. 

InsyaAllah , aku akan cepat-cepat update tentang PART 3 - Berjimba Ria di Genting Highland Bersempena ABPBH 2011 itu. Next update mungkin ada gambar dengan artis. Tapi siapakah? Jeng Jeng Jeng! Kena nantikan okes! Hihihi , sila nantikan dengan penuh sabar okes?! Hehehe. So hujung minggu korang ni buat apa? Aku macam biasa , hujung minggu yang membosankan. Tapi rasanya nak marathon movies and drama kot? We'll see then! hewhewhew! *pang* Hahaha.

Happy weekend uols!! :)

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Thursday, April 19, 2012

Berposing Sana Sini Dalam Kedinginan. Gituew? - Edisi Berjimba Ria di Genting Highland Bersempena ABPBH 2011 [Part 2]

Kalau sebelum ini aku dah ada bercherita PART 1 mengenai kisah Jimba Ria aku di Genting Highland Bersempena dengan ABPBH2011 bukan? Kali ini aku nak menyambung lagi cherita aku di Genting Highland. Memang aku sengaja buat sedikit demi sedikit , so then korang akan baca sampai montah dan loya sebab banyak betul gambar yang aku snap dekat sana. Mujur juga ada kawan yang sekepala suka bergambar kan? So aku snap gambar Kak Echa , Kak Echa snap gambar aku. Hahaha. Tapi seriously seronok sebab kitaorang macam dah tak kisah keliling , asal ada nampak tempat yang nampak view cantik terus snap! Hehehe.

Lagipun niat asal kitaorang pun memang nak enjoy setiap detik dan sepanjang masa di Genting Highland tu. Hehe. Dah lama rasanya tak rilek kan badan dan seluruhnya dengan perasaan enjoy macam tu. Tapi macam mana enjoy pun berpada-pada jugak. Tak mahu over-over okes? Hahaha. Sebelum ini kan aku ada beritahu yang aku selepas sampai aje dekat Theme Park Hotel , kitaorang terus makan dan tidur kejap. Maklumlah kepenatan mendaki escalator kan? keh keh keh. Lepas aje tidur dalam sejam macam gitu , kitaorang terus mandi dan solat serta bersiap ala kadar cepat-cepat sebab dah berjanji dengan Kak Sue dan Kak Ita nak berjumpa kejap. 

Niat asal Kak Echa nak main indoor dengan outdoor themepark. Tapi ku awal-awal dah surrender tak mahu main semua benda-benda tu. Hehehehe sedangkan naik cable car pun muka pucat lesi macam nampak hantu kan? Apatah lagi nak bermain outdoor dekat theme park segala bagai kan? Haiyooo , mimpi ngeris kang mek! Hahaha. Jadi hendak tak hendak Kak Echa kena tunggu Kak Ita dengan anak-anak lah kan? Hehehe , Kak Sue tak boleh main sebab tengah mengandung! Kata Mak Buyong kan bak kata bang Aaron Aziz! Hahaha :p So bergigihan juga kitaorang dari Hotel Theme Park menuju ke Hotel First World sebab diorang duduk sana. Boleh tahan semput ikut laluan jauh ke situ. Jijah semua semput khen? NANGES!! 

Okay tak mahu buat drama sangat dalam entry hari ini. Meh layan gambar-gambar yang sempat Kak Echa snap untuk Jijah. Memang seronok aje dapat berposing sakan khen? Boleh lah lepas ni tukar-tukar gambar dekat profile pic FB. ERKKK. Hahahahah.


iyer pipi saya nampak sangat tembam dekat gambar ini -__-'


busy ber-twitter dan facebook-ing!
ramai benor yang bertanya itu ini masa Jijah dekat sana khen?




dengan Kak Ita dan anak Kak Ita , Idlan. 
comel sangat Idlan ni tau! heheh.



berposing selagi boleh.
cuma tak keluar posing DIVA sajork tu.
ngahahaha :p

Kitaorang lepak dengan Kak Ita dengan Kak Sue boleh tahan lama jugak lah. Tapi nak kata lama sangat tu tak jugak. Sebab masa tu semua baru sampai kan , jadi kepenatan tu masih lagi bersisa. Hehe. Mula-mula ingat nak main outdoor dekat theme park , tapi masa tu dah lewat petang sangat , takut tak sempat nak main sangat. So cancel plan nak ber-outdoor dekat theme park tu. Jadi lepas tu kitaorang cuma jalan-jalan sekitar indoor theme park itu sahaja. Tiba-tiba Jijah punya tekak terasa nak minum coke. Tengah cuaca yang sangat sejuk dan tiba-tiba teringin nak minum air sejuk sebenarnya sengaja menganiaya diri sendiri. Wahahah , aniaya tu weh. Mampoooo ayat macam gitu? -____-'

Tapi sebab teringin punya pasal pergi Burger King beli juga air Coke itu dan Kak Echa beli fries. Mungkin sebab sejuk kekdahnya , laju betul kitaorang makan fries tu tau. Hahah , padahal sebelum dah makan macam-macam. Satu benda yang aku perasan bila dekat sana aku teringin makan macam-macam tapi aku tak mampu nak habiskan semua makanan itu. Ades. Perut memang kruk krak kruk krak berbunyi tapi bila dah ada makanan depan mata memang mampu makan sikit jah. Sadis!


camwhore dimana-mana :p 
lol.


comel pulak tengok gambar ni :p


retis kecik! :p


nomnomnom , makan fries aje kot yang paling menyelerakan dekat sana? 
hahaha :p


even dah pakai sweater , dah pakai selendang di bahu eh dan lilit dekat badan tapi sejuk masih lagi terasa. cuaca dekat sana sungguh dingin dan angin yang menyapa badan memang buat menggeletar kejap.

sungguh tak sangka Genting Highland sesejuk itu -___-'
apakah ayat Jijah ini ingin memberitahu yang hanya oberthesea sajork yang sejuk? *pang*

Haaaaa , lepas lepak kejap dekat Burger King , kitaorang pun pulang ke hotel. Nak rehat kejap sebab malam tu pulak kitaorang nak keluar lagi. Ewah , kemain kau Jah , Umi dengan Ayah tak ada depan mata , sakan benor kau keluar ye Jah? Heheheh. Alah , lagipun area situ-situ jugak kan? So tak ada yang membahayakan pun. Hehehe. Masa nak balik ke hotel kaki dah mula rasa perit. Sangat perit. Kesan berjalan jauh dari cable car ke hotel still terasa kekdahnya. Itu yang bila dari First World ke Hotel Theme Park kaki kembali terasa sakit. Hadoiyai. Tapi sebab aku just nak enjoy every single thing , so aku layan kan aje semua rasa tu. Hehehe.

Bila lagi nak rasa macam tu kan? Tapi seriously walaupun cuma lepak , cuma berjalan-jalan , cuma berhenti dan bergambar tapi aku sangat enjoy setiap moment dekat sana. Sampai sekarang aku masih rindu keadaan dekat sana. Rindu semua benda. Walaupun ada yang tak best sikit-sikit tapi persetankan semua itu. Wah , gituuuu! Hahaha. Masa on the way nak balik ke Hotel Theme Park , masa ikut jalan jauh memang akan ikut jalan yang ala-ala jejantas begitu la kan. Lepas tu masa tengok dari cermin jejantas itu , ternampak sesuatu. Aku dengan Kak Echa ternampak kereta seseorang. Jeng Jeng Jeng. Kereta siapakah ?


ehem ehem kereta hitam yang ada M7 itu pasti peminat-peminat Aaron Aziz kenal kereta siapa kan?

HIHIHIHI. eh dah sebut nama mesti lah korang pun tahu kereta siapa tu :p keh keh keh.

Baru nampak kereta dah excited okay? Belum nampak orang nya lagi. keh keh keh. Saja nak kasi korang suspen sebab sebenarnya cuma nak cakap nampak kereta Aaron Aziz je. Belum nampak tuan dia lagi. Ngehehehe. So apa yang jadi seterusnya? Bila nak masuk cherita retis ni khen? Tahu dah korang tu , mesti tertanya-tanya Jijah ni jumpa retis ke tidokkkkk? Cittt. Hahahah. Dah katanya sehotel dengan retis , naik turun lif dengan retis tapi ada ke tidak ni gambar Jijah dengan retis? Hmmm.. 

Kalau nak tahu kena tengok PART 3 hokkay! keh keh keh. Bagi lah Jijah chances untuk tayang muka sendiri dalam belog sendiri version syok sendiri khen? Ekekekek. Asyik tunjuk gambar dengan retis jah! Dah macam hape je asyik update pasal itu sajork khen? Nanti kalau update benda yang lebih kurang terasa macam deja vu pulak kan? Hahahah. Tengah mood rajin , insyaAllah bukan setakat kisah di Genting Highland tempoh hari sahaja Jijah akan update tapi akan ada juga kisah dan cherita-cherita lain juga ye. Tapi harap maklong maklum kebanyakkan cherita basi perkasam lah khen? Hehehehe.

Nampak nya entry ini macam sudah terlampau panjang dan terlalu banyak juga gambar-gambar. Jangan kechiwa sebab tiada lagi gambar-gambar dan cherita yang korang harapkan , ececece , nantikan next update edisi berjimba ria part 3 nanti okes? HEHE. Gigih menulis dah terasa macam mengarang karangan untuk peperiksaan pula kan? Heheheh. Jejari tembun Jijah pun dah terasa sengal semacam dek kerana menulis tanpa henti , eceh. Nanti Jijah sambung story lagi ok?

Eh kejap , last but not least ... kata entry SYOK SENDIRI kannnnn? LOL.


diri sendiri pun tak faham mohtif gambar ini.
memperagakan selendang? gembiwa dapat naik genting?
feeling rewtis ?

eh baii.

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Jangan Lupa Untuk Menonton Friday I'm In Love Lakonan Aiman Hakim Ridza , Zoey , Qi Razali dan Ramai Lagi Bermula 19 April di TV9 Jam 8.30 Malam.

Sekarang dekat tv semakin rancak dengan pelbagai variasi pilihan drama yang ditayangkan di televisyen. Terbaru di TV9 akan ke udara bermula 19 April ini setiap Khamis jam 8.30 malam sebuah drama yang berkisarkan tentang 6 sahabat baik iaitu Friday I'm In Love. Sebenarnya sudah lama juga aku tahu tentang drama ini tapi sebab malam ni baru nak tayang , mestilah sekarang baru gigih nak bercherita kan? Hehehe. 

Apa yang aku tahu drama Friday I'm In Love dilakonkan oleh Aiman Hakim Ridza yang popular dengan watak Amir Ashraf dalam Vanila Coklat di TV3 sebelum ini. Selain itu ada juga Zoey , Qi Razali , Rizal Jaafar , Nabila Daily dan ramai lagi yang berlakon dalam Friday I'm In Love ini. Aku rasa drama Friday I'm In Love ini ala-ala cerita remaja macam gituew la dan biasanya drama pesen-pesen begini mesti menarik dan best. Ini aku agak ajelah. Sebab cherita ni pun belum start lagi kan? So aku pun tak berani nak jamin sepenuhnya. Ekekekek.

Aku rasa memang ramai menantikan drama ini sebab bukan sahaja ada Aiman Hakim Ridza semata-mata. Tapi ada juga Izara Aishah yang juga popular dalam drama bersiri Vanila Coklat di TV3 itu. Meskipun Izara Aishah sekadar cameo iaitu memegang watak kecil menjadi sepupu kepada Aiman tapi rasanya ramai peminat-peminat Vanila Coklat yang menantikan Izara Aishah. Maklum lah, sekarang ni masih ada lagi yang belum kebah dan surut demam Vanila Coklat , maka pasti ramai ternanti-nanti pasangan hero dan heroin Vanila Coklat ini. Bila aku pergi bersiar-siar dekat fanpage Friday I'm In Love pun aku lihat ramai betul yang tak sabar-sabar nak menonton cerita ini dan tak sabar nak tengok Izara Aishah dengan Aiman Hakim Ridza. Hehehe. Nampaknya demam Vanila Coklat masih belum kebah kot? Hehe.


Sibuk bercherita sakan sampai hampir terlupa pula untuk menepek sinopsis bagi drama ini. Sinopsis drama Friday I'm In Love ini aku dapat dari fanpage FIIL itu sendiri. Tak pasti sinopsis ini betul ke tidak tapi jom aje la baca.

Friday I'm In Love mengisahkan Awang yang akan jatuh cinta pada setiap hari Jumaat dengan gadis yang berbeza. Sebelum menjelang Jumaat dia akan berpisah dengan teman wanitanya itu. Awang percaya dia terkena badi sumpahan terhadap ibunya. Andai dia tidak menemui cinta sejati pada 24 tahun dia akan bertukar menjadi hamster.

Lol. Lepas baca sinopsis macam a bit mengarut sikit but we'll see how the story then. Tak mahu judge before tengok. Nanti aku pulak yang lebih-lebih pulak kan? Heheh. Aku pun ada tengok gambar-gambar dari fanpage Friday I'm In Love , gambar masa shooting. I guess itu gambar-gambar from Instagram dari pelakon tu sendiri , Zoey Rahman. Cantik-cantik dan cun aje semua gambar-gambarnya. Hehe , meh aku tepek sekeping dua dekat sini. Harap-harap Zoey tak marah ye. Mohtif tetibe gerun dengan Zoey? Ekekekek.



cun-cun aje poster nya :)





cun cun aje gambar from Instagram Zoey ni tau :)

makin membuak-buak perasaan nak tengok Friday I'm In Love ;)


Haaaa ada Izara! Suka Suka Suka!

all pic credit to : Friday I'm In Love fanpage & Zoey Instagram :)


Haa , dah baca sinopsis , dah tengok gambar-gambar , so korang jangan pula lupa untuk menonton Friday I'm In Love bermula malam ini jam 8.30 malam di TV9. So setiap Khamis jangan lupa temujanji kita dengan cerita Friday I'm In Love ini okes? Terutama untuk peminat Aiman Hakim Ridza *ehem ehem tetibe terbatuk hahaha :p* , jangan lupa untuk menonton cerita ini okes? Heheh , seronok pula sekarang ni saban minggu malah setiap hari akan ada saja cerita-cerita menarik untuk ditonton. Kadang-kadang sampai tak tahu nak tengok cherita mana satu khen? Hahahah.

So....jangan lupa tengok 1st episode malam ini k?! :)

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Tuesday, April 17, 2012

Berjimba Ria di Genting Highland Bersempena ABPBH 2011 [Part 1] - Dari KL Sentral ke Genting Highland katanya!

Seperti yang korang semua maklum sebelum ini , Jijah memang ada niat untuk naik ke Genting Highland untuk menyaksikan sendiri Anugerah Bintang Popular 2011. Tak pasti atas faktor apa tapi Jijah sangat gigih untuk menonton secara live di Genting Highland tahun ini. Banyak sebenarnya dugaan yang di terima sebelum naik ke Genting Highland sehingga Jijah hampir-hampir memutuskan untuk tidak pergi kerana migraine dengan masalah keliling yang melanda mendadak secara serentak. Tak apa lah , yang berlalu biarkan ia nya berlalu. Malas nak fikir balik , nanti sakit kepala balik bila fikir balik. Heheheh. Di sebabkan cherita dan gambar-gambar sangat banyak. Iyelah pergi pun 3 hari 2 malam okes? So Jijah akan buat part by part untuk memudahkan korang membaca katanya. Eh ada ke orang nak baca? Hahahahah :p

So , perancangan untuk naik ke Genting Highland memang sudah lama. Semenjak bulan Januari selepas pergi ke Pengumuman Percalonan TOP 5 ABPBH 2011 lagi. Macam-macam benda rancang dengan macam-macam orang. Ekekekeke. Maklumlah Jijah kan ramai geng sampai dah tak tahu nak rancang dengan yang mana satu kan? Geng A ada ajak. Geng B ada ajak. Geng C jemput-jemput ayam. Senang cherita memang ramai lah kan? Bila sudah saat ABPBH makin hampir , ada pula masalah lain. Lepas tu tetibe Kak Echa dari geng Aaronators ajak aku untuk join dia dekat Genting Highland nanti. Dia ajak naik bas dan tinggal sebilik dengan dia. Aku macam teruja jugak lah kan sebab tak pernah naik bas pergi jalan jauh. Wuuu , kesian tak dekat Jijah? -___-' Hehehe. Sebab seksaited , so aku pun setuju untuk join Kak Echa. Hehehe.

Jadinya , hari Sabtu , 7 April aku dengan Kak Echa telah pun sama-sama janji untuk tunggu dekat KL Sentral. Kitaorang sepatutnya pergi dengan seorang lagi , iaitu Ain tapi last minute dia ada hal. So tinggal kami berdua yang naik bas Skyway pada Sabtu itu. Aku sebenarnya berdebar-debar sebab macam-macam kes orang naik dan turun Genting Highland dengan bas kan. Aku mula lah nak fikir yang negatif-negatif. *sigh* Kitaorang bertolak dari KL Sentral pukul 10 pagi dan selamat sampai ke Genting Highland dalam pukul 11.10 pagi macam gitu kot. Lepas tu bas tu akan berhentikan dekat kereta kabel. Okay masa ini bertambah cuak. Jijah mana pernah naik kereta kabel weh. Jijah ni memang penakut dan jenis yang gayat. Dah lah bawak satu beg sandang , satu beg untuk makanan dengan satu beg untuk pakaian. Bayangkan kejap boleh?!

Bila sampai aje dekat stesen bas tu , ingatkan dekat aje dengan tempat kabel car. Rupanya jauh. K , sabar Jah. Tak menahan dengan beg-beg tu je. Insaf mak noks! Berat kemain kau Jah beg-beg tu semua macam nak pindah Genting Highland terus. Tsssk. Bila dah sampai dekat kabel car , okay tengok orang ramai gila. Pergh , mencabar keimanan lagi. Ada dalam 15 minit menunggu weh. Panjang gila beratur. Dalam kepala duk fikir macam mana nak naik kabel car tu dengan beg berat dan gondola tu akan terus bergerak secara perlahan? Huwargh, serius gerun. Okay Jijah penakut -__-' Bila dah sampai turn sendiri memang sungguh aku nak menangis dengan gayat dan gerun. Wahahaha.

Lepas saja masuk dalam kabel car , oh yes. Jijah dah mula gayat. Jijah jadi pendiam. Jijah punya muka bertukar warna. Kamera dalam beg tak keluar kan. Cuma mampu telan air liur. Dalam kepala mula fikir macam-macam. Apasal Jijah suka negatif ni? Haish. Serius gerun dan gayat menguasai diri dalam tu. Tidak Jijah nafikan yang Jijah berpeluh tangan dan kaki masa nak naik kabel car. Bayangkan tak macam mana Jijah punya cuak hari tu? -__-' Eh bebel banyak pulak Jijah ni kan? Mari lah kita melihat gambar-gambar ye. Sebelum terlupa nak ucap terima kasih dekat kawan ku Kak Pah sebab sudi pinjam kan DSLR dia untuk aku bawa ke puncak Genting Highland. Dengan rela hati dia memberi aku pinjam untuk beberapa hari. HewHewHew , aku sayang lah kau Pah. Nanti aku belanja kau makan bila aku dapat rezeki lebih k? Ekekekek. Maklumlah , kalau nak harapkan kamera digital aku , apalah sangat boleh di snap kan , kan? Heheheheh. 


bayangkan seorang yang memang kaki gayat melihat semua ini?
oh rasa nak pitam! 

tapi mohon jangan nak buat drama dalam cable car Jijah ye? -___-'


muka senyum terpaksa. 
wahahahaha.


Jijah dan Kak Echa! ;)

Okay setelah hampir 15 minit jantung ber-dup-dap-dup-dap , akhirnya sampai juga ke tempat yang di nanti-nati. Pergh masa dalam kabel car memang terasa jantung nak tercabut. Pergh dramatik kau Jah. Over benor! Wakakakak :p Ingatkan tempat yang di tuju yakni hotel dekat. Ghupernya , mak oii berbatu-batu jugak nak kena jalan. Masa ni dah terasa beban di bahu sebab dah menyandang beg khen? Wahahahah. Lepas tu tangan kanan dengan beg makanan dan tangan kiri dengan beg pakaian. Sumpit terasa macam orang nak bermaustautin ke Genting Highland terus. Perghh. HAHAHA.

Mujur jugak ada escalator kan? Tapi gila lah dari tempat cable car nak ke Theme Park Hotel tu memang terasa lenguh gila tangan membimbit beg pakaian. Serius rasa cramp terus tangan. Lepas tu terasa sejuk semacam tapi masih boleh kawal. Hahaha. Jalan dan terus berjalan akhirnya sampai juga di Theme Park Hotel. Pergh , tak menahan kena mendaki escalator tu. Bila dah sampai baru rasa lega. Lega gila. Hahaha. Bila tengok dekat Theme Park Hotel , oh okay bersebelahan je rupanya dengan Arena Of Star tempat berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Oh dan ramai nya artis menetap di hotel itu. Oh Oh Oh. Banyak betul Oh macam jakun gila. Padahal macam tak pernah jumpa diaorang kan? Ahaks :p




haaa ini la rupa bilik kitaorang!

besar kan? iyerlah berkongsi untuk 6 orang. sangat luas dan selesa :)

p/s : nampak tak beg-beg itu? yang biru , colourful dengan hitam ( bukan luggage ) itu aku punya lettuew -__-' macam orang tak nak balik KL balik aje kan? LOL.

Haaa , sebenarnya perjalanan betul-betul sampai ke hotel dengan check in semua dalam pukul 12 tengah hari baru betul-betul masuk bilik. Dua jam jugak sebenarnya. Mujur juga Umi ada bekalkan roti sardin dengan bihun goreng. So masuk bilik terus makan. Kak Echa pun ada bawak nasi impit dengan kuah kacang. Memang masuk bilik terus makan sebab kelaparan. Hahaha. Lepas makan terus berehat atas katil ye. Lepas tu , faham-faham sendiri. Tertidur sebab kepenatan. Recharge balik batery yang hilang itu kan? Ekekekek. Sebab lepas tu ada temujanji dengan geng Aaronators yang lain pula. Hah , dengan siapa? Jeng Jeng Jeng.

Erhiks macam dah panjang pula bercherita kan? Eh belog aku , mestilah nak tulis panjang-panjang. Nak semat semua kenangan yang terjadi dalam kehidupan aku dalam belog kesayangan lah kan? Hehehe. Aku rasa aku macam dah terlebih panjang pula bercherita untuk entry kali ini kan? Tak apa nanti aku akan update lagi k? Tak mampu nak tulis semua sekali harung nanti berjela-jela panjang nya. Lagipun kasi korang seksaited dengan suspen sikit kan? Hehehehe.

So nantikan PART 2 cheritera Jijah di Genting Highland bersempena ABPBH ye? Kemain lagi tajuk nya. Padahal dah hampir seminggu kisah nya kan? Dah hampir basi okes? Eh iye ke?! :p


la la la la la :p

Jijah suka gambar ni :p

nanti kan next entry k ye Jijah mahu ke mana pulak ni ...

hihihi :p

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Monday, April 16, 2012

Supertots SuperSquad The Movie - Filem Animasi 3D Yang Menggunakan Suara Dafi & Diana Danielle. Aaron Aziz Turut Menyumbang Suara!

Kita lupakan seketika cherita tentang ABPBH 2011 yang telah aku janjikan untuk berkongsi gambar dan cherita itu. Kali ini aku ingin berkongsi cherita dengan korang tentang sebuah filem animasi 3D yang bakal ditayangkan pada 2013 nanti. Iye memang jauh lagi perjalanan 2013 tetapi aku tetap mahu berkongsi juga tentang cherita ini kerana aku percaya ia sebuah cerita yang menarik. Ehem seperti tajuk di atas itu lah kan aku ingin bercherita tentang filem animasi 3D yang bakal menemui kita semua tidak lama lagi iaitu filem Supertots SuperSquad The Movie.


Sebenarnya beberapa bulan yang lepas aku telah mendapat jemputan dari pihak Netcarbon untuk menghadiri ke Majlis Supertots Bersama Blogger yang telah di adakan di Bsync Studio. Tetapi malangnya ketika itu aku tidak ada transport untuk pergi ke tempat tersebut. Mujur pihak Netcarbon sudi memberi gambar-gambar dan sedikit cherita tentang filem animasi 3D Supertots SuperSquad The Movie ini. Majlis Supertots bersama blogger ini sebenarnya merupakan acara bagi memperkenalkan para-para pelakon alih suara (voice over) yang bakal muncul di dalam filem ini. Antara yang bakal menjadi pelakon alih suara ini ialah Dafi AF dan juga Diana Danielle.



Untuk pengetahuan korang , filem Supertots SuperSquad The Movie ini adalah filem animasi pertama di Malaysia yang menggunakan ‘Hybrid Motion-Capture’ yang telah juga digunakan dalam filem Avatar dan Adventures of Tin-Tin. Wow pasti sungguh menarik kan korang? Aku yang membaca pun sudah dapat rasakan menarik gituh! Jom kita baca sedikit sinopsis tentang filem ini.


“Filem Supersquad yang mempunyai 3 orang adiwira, Kapten Danny, Elly dan Alan terpaksa merentasi masa ke zaman kini untuk menyelamatkan Bumi dan ayah mereka, iaitu Laksamana Aaron. Semua ini telah diramalkan di dalam kitab Nagasakti berabad dahulu yang mana bumi akan diserang oleh makhluk asing. Untuk melengkapkan Supersquad, watak Shasha dan Blinq bakal menyerikan lagi pengembaraan mereka.”

Wah , ada nama watak Laksamana Aaron lah! Meletop sangat nama watak itu kan? Hihihihi. Cerita ini pasti kanak-kanak akan suka tonton. Maklumlah apabila ada unsur animasi begini dengan unsur 3D pula tu , pasti kanak-kanak akan lebih suka kan? Haaa dah nama pun ada Laksamana Aaron , Aaron Aziz pun turut menyumbang kepada voice over dalam cerita ini. Wow pasti #Aaronators tak sabar menyaksikan kemunculan cerita ini biarpun bergenre kan animasi 3D kan? Hihihihi ;)


Haaa asyik bercherita aje kan? Meh lah aku tayangkan beberapa keping gambar untuk korang semua. Dekat bawah ini ada beberapa keping gambar sesi Diana Danielle , Dafi serta Aaron Aziz sedang melakukan voice over untuk cerita Supertots SuperSquad The Movie. Haa pasti ramai yang tak sabar untuk nantikan filem ini kan? 






shumil je Dafi dengan Diana Danille :p





wah bang Tapa pun hado ! :p

Haaa , itu sedikit sebanyak gambar yang aku nak kongsi dengan korang lah kan. Apa yang pasti selain daripada Dafi , Diana Danille dan Aaron Aziz , ada juga pelakon-pelakon lain yang turut menyumbang suara di dalam voice over ini seperti Radhi Khalid, Na’a Murad, Elza Irdawaty, Megat Shahrizal, Maya Arisa Tan dan Marina Aris Tan. Aku sendiri pun dah tak sabar menanti 2013 untuk menyaksikan sendiri cerita animasi 3D ini. Dengar ceritanya Supertots Supersquad The Movie dijangka akan ditayangkan di Malaysia pada tahun 2013 dan disusuli dengan tayangan antarabangsa di lebih 20 buah negara.

So korang jangan lupa nantikan Supertots Supersquad The Movie pada 2013 nanti hokkay!! ;) Ada tak korang yang suka dengan cerita animasi 3D seperti ini? ;)

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks!