Home

Thursday, April 19, 2012

Jangan Lupa Untuk Menonton Friday I'm In Love Lakonan Aiman Hakim Ridza , Zoey , Qi Razali dan Ramai Lagi Bermula 19 April di TV9 Jam 8.30 Malam.

Sekarang dekat tv semakin rancak dengan pelbagai variasi pilihan drama yang ditayangkan di televisyen. Terbaru di TV9 akan ke udara bermula 19 April ini setiap Khamis jam 8.30 malam sebuah drama yang berkisarkan tentang 6 sahabat baik iaitu Friday I'm In Love. Sebenarnya sudah lama juga aku tahu tentang drama ini tapi sebab malam ni baru nak tayang , mestilah sekarang baru gigih nak bercherita kan? Hehehe. 

Apa yang aku tahu drama Friday I'm In Love dilakonkan oleh Aiman Hakim Ridza yang popular dengan watak Amir Ashraf dalam Vanila Coklat di TV3 sebelum ini. Selain itu ada juga Zoey , Qi Razali , Rizal Jaafar , Nabila Daily dan ramai lagi yang berlakon dalam Friday I'm In Love ini. Aku rasa drama Friday I'm In Love ini ala-ala cerita remaja macam gituew la dan biasanya drama pesen-pesen begini mesti menarik dan best. Ini aku agak ajelah. Sebab cherita ni pun belum start lagi kan? So aku pun tak berani nak jamin sepenuhnya. Ekekekek.

Aku rasa memang ramai menantikan drama ini sebab bukan sahaja ada Aiman Hakim Ridza semata-mata. Tapi ada juga Izara Aishah yang juga popular dalam drama bersiri Vanila Coklat di TV3 itu. Meskipun Izara Aishah sekadar cameo iaitu memegang watak kecil menjadi sepupu kepada Aiman tapi rasanya ramai peminat-peminat Vanila Coklat yang menantikan Izara Aishah. Maklum lah, sekarang ni masih ada lagi yang belum kebah dan surut demam Vanila Coklat , maka pasti ramai ternanti-nanti pasangan hero dan heroin Vanila Coklat ini. Bila aku pergi bersiar-siar dekat fanpage Friday I'm In Love pun aku lihat ramai betul yang tak sabar-sabar nak menonton cerita ini dan tak sabar nak tengok Izara Aishah dengan Aiman Hakim Ridza. Hehehe. Nampaknya demam Vanila Coklat masih belum kebah kot? Hehe.


Sibuk bercherita sakan sampai hampir terlupa pula untuk menepek sinopsis bagi drama ini. Sinopsis drama Friday I'm In Love ini aku dapat dari fanpage FIIL itu sendiri. Tak pasti sinopsis ini betul ke tidak tapi jom aje la baca.

Friday I'm In Love mengisahkan Awang yang akan jatuh cinta pada setiap hari Jumaat dengan gadis yang berbeza. Sebelum menjelang Jumaat dia akan berpisah dengan teman wanitanya itu. Awang percaya dia terkena badi sumpahan terhadap ibunya. Andai dia tidak menemui cinta sejati pada 24 tahun dia akan bertukar menjadi hamster.

Lol. Lepas baca sinopsis macam a bit mengarut sikit but we'll see how the story then. Tak mahu judge before tengok. Nanti aku pulak yang lebih-lebih pulak kan? Heheh. Aku pun ada tengok gambar-gambar dari fanpage Friday I'm In Love , gambar masa shooting. I guess itu gambar-gambar from Instagram dari pelakon tu sendiri , Zoey Rahman. Cantik-cantik dan cun aje semua gambar-gambarnya. Hehe , meh aku tepek sekeping dua dekat sini. Harap-harap Zoey tak marah ye. Mohtif tetibe gerun dengan Zoey? Ekekekek.



cun-cun aje poster nya :)





cun cun aje gambar from Instagram Zoey ni tau :)

makin membuak-buak perasaan nak tengok Friday I'm In Love ;)


Haaaa ada Izara! Suka Suka Suka!

all pic credit to : Friday I'm In Love fanpage & Zoey Instagram :)


Haa , dah baca sinopsis , dah tengok gambar-gambar , so korang jangan pula lupa untuk menonton Friday I'm In Love bermula malam ini jam 8.30 malam di TV9. So setiap Khamis jangan lupa temujanji kita dengan cerita Friday I'm In Love ini okes? Terutama untuk peminat Aiman Hakim Ridza *ehem ehem tetibe terbatuk hahaha :p* , jangan lupa untuk menonton cerita ini okes? Heheh , seronok pula sekarang ni saban minggu malah setiap hari akan ada saja cerita-cerita menarik untuk ditonton. Kadang-kadang sampai tak tahu nak tengok cherita mana satu khen? Hahahah.

So....jangan lupa tengok 1st episode malam ini k?! :)

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

10 comments:

KhaiRin : anies said...

kt umah x dpt la tv9 ni

tiefazatie said...

mcm comel je nie..hehe

tiefazatie said...

dear..nt shopping shawl cun2 ah..hee

Ijah EmoTemo said...

khairin -- takpe boleh tgk dkt tonton hehehehe

Ijah EmoTemo said...

ifa -- hehe td ijah tgk tadi rasa mcm agak kureng sikit eheheh

Ijah EmoTemo said...

ifa -- hehe baikk! shawl ifa cantik2:)

Hanis MY said...

wow ada drama baru tp cm taleh tgk je wuwuwuwu....

mizzkechique said...

dh tgk mlm td..tp xfeel sbb tgk kt kedai mkn..huhu

Ijah EmoTemo said...

kak hanis -- hehe dkt donlod ada:)

Ijah EmoTemo said...

mizzkechique -- hehe first episode dia biasa je kot. ijah yg tgk dkt rumah pun tak boleh nk feel ekekeke