Home

Tuesday, July 16, 2013

7 Ramadhan & Tempahan Aneka Popia Roll Mini

7 Ramadhan.

Baru ada masa untuk mengetuk kibod. Baru sempat nak menjenguk belog sendiri. Sadis pula perasaan tiba-tiba. Tapi hendak buat macam mana kan? Jijah memang sedikit sibuk menyiapkan tempahan customer Popia Roll Mini. Lagi sadis nak promote dalam belog pun tak sempat. Sadis. Sadis. Sadis. Okay , over sangat bunyi sadisnya.

Okay alang-alang , meh nak promote kejap. Seperti yang semua sedia maklum , Jijah memang ada menjual aneka Popia Roll Mini iaitu , Popia Pedas , Popia Manis dan Popia Nestum. Bersempena dengan Raya akan datang , sesiapa yang ingin menempah aneka Popia Roll Mini boleh berbuat demikian dalam kadar secepat mungkin.


Tiga beradik popia.

Popia Pedas. Popia Manis. Popia Nestum.


Okay ini adalah harga-harga bagi aneka Popia Roll Mini.

Kalau ada yang berminat untuk menempah aneka Popia Roll Mini ini boleh terus menghantar emel di jingliq1125@yahoo.com atau mesej di 017-6229932. Kalau boleh serious buyer only ya? Kepada yang ingin menghantar melalui pos laju , bayaran untuk keseluruhan postage ialah RM8. Tetapi kalau mengambil lebih daripada 4 botol , memang kami perlu menambah sedikit cas tambahan menjadi RM 15. Lagipun kami masih baru dalam perniagaan ini. HEHE.

Kalau yang nak COD pun boleh di area KL dan Lembah Klang ya. Dan lagi bagus kalau dapat pick up sendiri dekat rumah. Gituew. So apa tunggu lagi kan? Tempah sekarang sebelum order ditutup minggu hadapan. Yes, minggu hadapan segala tempahan akan ditutup terutama yang perlu kami pos kerana kami takut pihak posmen tak mahu terima any parcel berdekatan tarikh hari raya. Paling lambat kami boleh pos pun mungkin sebelum 1 Ogos atau sebelum itu. Jadi cepat order sebelum terlambat ya? 

Jangan lupa untuk follow Instagram dan Twitter : POPIAROLLMINI serta LIKE fanpage di Facebook : Popia Roll Mini. Okay? Sebab kekadang Jijah lagi banyak update segala promosi , segala tracking number dan lain-lain disitu. Lebih senang konsepnya. Jadi korang pun tidak terlepas pandang :)

Wah , promosi terus entri ini khen? Kekonon nak buat entri luahan perasaan. Terus menjadi entri luahan perniagaan. Kauuuu mampoo?! HAHAHAH. Gituew. Jangan risau , dijamin sedap. Anzalna Nasir , pelakon popular pun puji memuji popia ai okeh? Gituew. Kikiki. 

Konsepnya Jijah menanti tempahan korang ya. Hihihi.

Okay pepetang begini orang sibuk pergi PARAM , sibuk memasak dekat dapur , sibuk tertekan atas jalan raya sebab jammed , Jijah jelah yang sibuk mengetuk kibod khen? Sebab masa begini aje yang rilek sedikit. Kalau masa-masa lain , memang nak pandang netbook pun tak ada masa langsung. Sila baca dengan nada yang paling sibuk sekali. Kikiki.

So nak tulis apa lagi ni?


errr gambar sebelum Ramadhan.

errr Jijah masih lagho ke ni?

nangess..

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, July 4, 2013

Rezeki Julai. Terima Kasih Nuffnang!

Sudah agak lama belog ini tidak mendapat CPUV baru daripada Nuffnang. Namun tadi baru saja Jijah melihat bersusun juga CPUV hadir dalam belog picisan Jijah. Haruslah Jijah berasa sungguh terharu kan? Iyelah bukan senang CPUV nak menyinggah dalam belog kita. Tambahan pula belog Jijah memang belog picisan sajork.

Tak ada apa yang menarik pun mengenai belog Jijah. Kalau ada update pun , cuma update cherita yang dah basi. Lepas tu kalau tak cherita pasal Aaron Aziz tak sah khennn? Bukan Jijah kata , tapi orang lain kata. Jijah mampu tersenyum sahaja lah kan? Lagipun memang Jijah menulis untuk catitan masa akan datang khen konsepnya? Hihiks.

Gittuew.


Alhamdulillah :')

Terima Kasih Dove Deo Amelia , Generation Today Campaign , KL SOGO June 2013 Sale , Coke Ramadan 2013 & Kanebeo Kate SS Collection.

and of course Thank You Nuffnang! :')

Rasanya ini baru pertama kali kot dapat bersusun sebegini banyak. Syukur Alhamdulillah. Rezeki hendak menjelang Ramadhan barangkali. Rasa macam seronok walaupun tak ada lah banyak mana pun nilai yang sedang berjalan tu pun. Tapi sekurang-kurangnya ada lah sikit-sikit duit sampingan kan? HEHEHE. 

Paling penting sekurang-kurangnya menulis belog tak ada buat perkara yang sia-sia pun. Ada juga manfaat bagi pihak kita sebagai blogger dan kita juga kena pastikan ada juga manfaat untuk para pembaca. Walaupun cherita dalam belog Jijah tak ada manfaat mana tapi harapnya kalau yang meminati artis tu erhehehe (laghonya kau Jijah!) seronoklah membaca dan melihat gambar yer? HEHE.

Ooookayyyyy , nantikannnn.. entri-entri basi yang bakal diupdate soon! HAHAHAH , dah berapa banyak kali soon pun tak pastilah khenn?! Okbai :p

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Wednesday, July 3, 2013

Happy 2nd Birthday Aaronators!

Minggu lepas Jijah berkesempatan untuk meraikan tahun kedua penubuhan kelab peminat Aaron Aziz iaitu Aaronators yang telah diadakan di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Haruslah Jijah turut ada disitu untuk meraikan bersama-sama seluruh Aaronators kan? Haruslah khen? Di mana ada Aaron Aziz di situ ada Jijah khen? Bukan Jijah kata tapi orang lain kata. Jijah iyekan sajork! HAHAHA , ayat mintak lempang sangat kan!

Tema untuk meraikan tahun kedua penubuhan Aaronators ini ialah BIRU , PUTIH dan SKULL. Memang berseri-seri semua dengan gaya tersendiri mengikut tema yang telah diberikan. Jijah punya tema haru biru adalah kot? HAHAHAH. Biasalah , Jijah biasanya kalau pergi event bukan mengikut tema sangat. Kata Diva Pora? *pangggggg* Okay , sebelum Jijah semakin merapu , why not kita tengok gambar chuolss? Jijah kalau dah start merapu , karang bertambah sepuluh perenggan kan? Menganga lah korang nak tengok gambar tak tahu bawah mana kan? Ekekeke. 







Sebenarnya pada majlis tersebut kami semua turut berasa hiba dan sebak kerana mengetahui salah seorang CM's Aaronators iaitu Kinah kehilangan ibunya. Semoga Kinah terus kuat dan ketahuilah bahawa Jijah dan seluruh Aaronators serta Aaron Aziz & keluarga sentiasa bersama dengan Kinah ya? We love you Kinah! *hugs*

Okay tak mahu cherita sedih-sedih dalam entri ini , karang Jijah yang tersedu sedan sekejap lagi. HEHE. Kalau nak di cheritakan tentang keseluruhan majlis ini ternyata sebuah majlis yang ringkas tetapi weols enjoy every moment there. Kalau nak tahu enjoy ke tidak , boleh tengok dalam setiap gambar yang sempat Jijah snap okeh? Okay jom sambung tengok gambar lagi! ;)









Hehamboi , cuci mata sangat lettuew khen? Gegeh Jijah snap gambar khas untuk tatapan mereka yang minat pada Aaron Aziz. Kalau yang bukan minat , jangan mencerca entri ini okes? Ada banyak lagi entri Jijah hat menarik , pi baca hat tu okeh? HAHAH , suka suki kasi warning begitu kan? Hidup kena buat benda yang kita suka , bukan yang orang lain suka kan? Hihiks.

Well , memang Jijah saja je snap banyak-banyak. Karang bila Jijah snap ciput , ada orang bertanya pula. Maaflah , Jijah bukan profesional punya photographer. Masih lagi bertatih konsepnya. Tapi kalau ada yang gambar tu nampak shantek , ehems Jijah yang snap okeh? HAHAH , tetibe kau Jijah nak memuji diri sendiri khennnn? hakhakhak.

Sudah Jijah! Entri ini memang meriah dengan gambar. Jadi apa lagi?









Farra , Syafiq , Aaron , Dahlia Arissa , Kak Radzlina & Kak Ayu.


GWIYOMI kecuali Aaron Aziz! HAHAHAH.


Okay , memang gambar sangat banyak. Jenuh juga memilih yang terbaik untuk letak dalam belog kesayangan ini. Memang yang ada dalam belog ini antara yang shantek dekat mata Jijah dan yang ingin Jijah kongsikan bersama korang. Tehehe. Sebenarnya tak tahu nak cherita apa lagi. Mungkin pasal makanan? Okay makanan dia sedap! Sebab Jijah sibuk snap gambar orang , memang tak terdaya nak tambah banyak kali segala aneka makanan. But seriously sedap. Kalau tidak haruslah orang yang tak berganjak atas kerusi itu ialah Jijah dek kerana kesedapan makanan khen? Aaron Aziz lalu pun tak hirau konsepnya! HAHAHA , kemain!! :P


Jijah & Kak Deina


Jijah & Yaesh anak Kak Watie padayappa! HAHAHA.


Jijah & Kak Echa.


Jijah & Danish Anaqi , satu-satunya anak lelaki Aaron Aziz (so far lah! ekekek)

Okay , kebuncitan perut tu sudah tak dapat nak dikawal. Anggaplah ia sebagai penyeri gambar ye? *pangggggg* HAHAHAHAH.





3D's ( Danish , Dwi & Dahlia ) & Yaesh telah buat persembahan ringkas iaitu wayang kulit or in Indonesia they called as wayang golek eh? Okay , I'm not sure about that. Something like that lah. Last-last Daddy dengan Mommy kena masuk campur sebab dah jadi huru hara atas pentas tu. HAHA , comel je!


Jijah & SleeQ.

Suka tak? Suka tak? Suka tak tengok gambar banyak-banyak ni? Mungkin akan pening lalat sikit. Tapi sila bersyukur kerana sekarang dan tika menulis ini Jijah sangat bermurah hati untuk berkongsi gambar-gambar ini dengan kalian semua. HAMBOI ayat up diri sendiri nampak? HAHAHA , well sekali sekala. EKEKEKE. Haish , gegurau jelah. 

Tapi kan? Ada lagi gambar sebenarnya. Jangan ada yang pergi tidur enam poloh saat pulak sebab banyak kena scroll ni khen? HAHA , hakak tak bertanggungjawab hokkay!




The Padayappa!


3D's with Yaesh and it's GWIYOMI timeeee!

hahahah tapi Mommy dekat bawah stage yang macam lagi bersemangat tu? :p


Persembahan Pertama dari SleeQ : Untuk Dia! Hey!


Persembahan Kedua : SleeQ with Aaron Aziz!

Salam Semua + LARI.

Paling menarik part Hazama diganti oleh Aaron Aziz. Kerlast Bang Tapa!

Well well well , punya banyak gambar nak tayang kan? Dan akhirnya aku fikir lagi bagus aku cantum-cantum saja gambar. Lagi senang konsepnya khen?! Hahaha , sebenarnya tak larat nak letak watermark banyak-banyak. Hampir cramp jari jemari tembunku okes? Ekekeke. Agak-agak ada lagi tak gambar yang Jijah nak kongsi dengan korang? Harus ada okay! Jijah rasa macam dapat duta Popia Roll Mini yang baru lagii lah... Jijah rasa lah.. Hahahah.. dan duta terbaru Jijah ialah..



Diyana Halik! 

HAHAHA , thank you Kak D for your support! Sangat terharu okay?

Kak D siap buka terus dekat situ dan terus makan Popia Nestum tu okay? 

Oh lagi lah Diva Pora ini terharu khennn? Hihiks.


Jijah & Dik Diva , IkaDrew katanyaaa. HAHAHA.


Jijah & Aaronators! (matiler tak ingat nama semua.. errr err .. )


Jijah dahhhh kataaaaa kannnn.

Tengok tu terus buka Popia Nestum itu! 

Hihiks , thank you so much Kak D for the support! Love you!


Jijah & Farra.

Kerlast kau Farra!


Syafiq & Jijah.

Sobs, lepas ni Syafiq dah nak fly ke Australia. Selamat study di sana nanti. Jangan lupa Jijah nak fridge magnet hokkay! Hahahah..


Weols ialah Izzuezers , Remymers (matilerrr remymers!! hahahaha) 

Jijah & Kak Ayu


Jijah & Abang Hensem. Eh Syarif SleeQ hahaha.


Jijah & Kak Lina.

Tanpa sedar , rasa touching menulis entri ini. Tengok semua gambar pun sudah menimbulkan satu perasaan yang Jijah sendiri tak sangka akan touching tengok semua gambar. Entahlah , tak pasti orang lain macam mana , tapi untuk Jijah emosi sangat nak menulis entri ini bila diselang-selikan bersama dengan gambar. 

Alhamdulillah Aaronators sudah dua tahun ditubuhkan. Sudah banyak suka dan duka mereka lalui bersama Aaron Aziz. Dan Jijah pun sudah dua tahun secara serius memberi sokongan penuh padu kepada Aaron Aziz. Satu benda yang Jijah sendiri tak sangka. Betul , sungguh tak sangka.

Tapi konsepnya kenapa Jijah begitu touching ni? HEHE.


kau mampooo bang Tapa hafal nama penuh kauuuuorang? HAHAHA *panggggg*

HEHE , tak sangka dapat penghargaan daripada Bang Tapa kerana telah dua tahun menyokong serta menyertai Aaronators. Memang pada mulanya hanya minat kerana Bang Tapa kachak wakakakak alasan telus okehh , tapi lama kelamaan Jijah mula jatuh hati dengan perangai Bang Tapa apabila bersama peminat. Dah hampir dua tahun minat secara serius , dah dua tahun pergi segala event yang public mahupun private kecuali bercuti bersama-sama kerana sedar diri masih tak mampu dan selama itu Jijah rasa Aaron Aziz tetap yang terbaik apabila melayan peminat-peminatnya. Terutama bila dengan Diva Pora khen ada sajork drama dedua ni khen? Okay ini bukan hakak perasan hokkay! *doa-doa Aaron Aziz tak masuk baca belog aku.. hahahaha* 

Kekdahnya Jijah ni ada ke tidak gambar bersama tempoh hari ni?


muka bangga naik stage.

sobs zaman sekolah dulu tak mampu nak dapat anugerah cemerlang. lepas habis sekolah dapat naik stage terima sijil penghargaan as pioneers dari Aaron Aziz pun okay lah khen nak ubati kekecewaan? HAHAHA *dussssshhhh*


Harus ada kan? 

HEHE.

Endahkan lemak-lemak tepu yang ada dekat Jijah tu. Anggap sajork sebagai penyeri gambar okehh? *panggggggg* HAHAHA

Okay rasanya sudah terlampau panjang entri ini. Maafkan Jijah , Jijah mahu berkongsi semata-mata. Semoga semua yang membaca dan melihat gambar enjoy membaca dan menatap gambar okay? Untuk Aaron Aziz , retis kesayangan ku ahakhakhak.. semoga terus success , terus humble dan terus menjadi seperti Aaron Aziz yang ku kenali. Kerlast tak ucapan hakak? *sekali lagi harap Aaron Aziz tak masuk baca belog Jijah sebab karang aku yang malu tersipu-sipu hahahaha*. Untuk Aaronators FC , Happy 2nd Anniversary. Terus menjadi penyokong terbaik untuk Aaron Aziz andddd susah dan senang kita bersama okayyyy? Heartz Deep Deep! Kau kerlast tak sekali lagi ucapan hakak? Konpem mengalir airmata khen baca? Harus okay?! HAHAHA.

Arghhh , sayang semua lah senang cherita. Dah nak menitik airmata menulis ni. Kita jumpa di entri lain kalau rajin nak menulis lagi. Kikikiki. Okbai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)