Home

Tuesday, February 28, 2012

Bersesak Dengan Orang Ramai Demi Novel Di Karnival Karangkraf. Over Tak Tajuk?

Kali ini aku mahu bercherita tentang Karnival Karangkraf yang sempat aku kunjungi pada bulan lepas. Karnival Karangkraf telah di adakan di bangunan Karangkraf sendiri di Shah Alam. Gigih sangat aku siap pergi bermalam rumah Kak Emmy tau semata-mata nak mengunjungi Karnival Karangkraf ni. Semuanya juga gara-gara nak dapatkan novel-novel lama Alaf21 dan seangkatan. Bukan tidak boleh dapatkan di Popular , MPH atau kedai-kedai buku lain tetapi diskaun yang di tawarkan itu membuatkan aku rasa best juga untuk pergi ke Karnival Karangkraf ini. Ala-ala pergi ke Pesta Buku begitu lah. Sudah semestinya aku memang jenis suka pergi ke tempat macam ini. Mungkin juga kerana suasana yang menarik walaupun dalam diam mesti akan sakit hati dengan karenah manusia yang macam-macam khen? Biasalah tu. Muehehehe.

Jadi bulan lepas dengan gigihnya aku pun pergi ke Karnival Karangkraf. Seperti yang aku jangka pasti sesak dengan orang ramai meskipun aku pergi masa hari Jumaat ye. Aku pergi pulak masa lunch hour , so memang ramai sangat orang waktu tu. Tapi aku rasa masih boleh bertahan lagi cuma pening-pening lalat kejap sebab buku yang di cari tak jumpa. Lepas mencari dan mencari dekat dengan sejam semua yang di cari jumpa. Aku cuma beli beberapa buah novel aje. Lagipun aku dah jarang follow novel from Alaf 21 so kehendak nak membeli novel banyak-banyak tu tak ada lah kot? Hehehe. Aku pun dah buat list siap-siap dan tak mahu terlebih beli and over budget pulak. Muehehehe. 


antara yang sempat aku beli masa Karnival Karangkraf lepas.

  • Sambutlah Cintaku - Bikash Nur Idris
  • Bicara Hati - Damya Hanna
  • Sepi Tanpa Cinta - Damya Hanna
  • Adam dan Hawa - Aisya Sofea
  • Gemersik Kalbu - Anis Ayuni

Erhiks , kalau korang perasan , tiga daripada lima novel yang aku beli semua nya sudah , sedang dan bakal di adaptasikan ke drama. Sebenarnya novel Bicara Hati aku memang dah ada tapi muehehe malangnya sudah terkoyak sejurus selepas balik daripada tempat shooting Bicara Hati yang lepas :/ Dah lah novel tu ada tandatangan Sharnaaz , boleh pulak terkoyak ye? Grggg. Semua novel-novel yang lama aku beli tempoh hari. Tapi sebab novel-novel tersebut kebanyakkan nya di adaptasikan kepada sebuah drama , mestilah aku beli. Aku nak tahu ending je. Hahahaha. Sebenarnya selepas ini banyak lagi novel-novel yang hendak di adaptasikan ke dalam bentuk drama dan juga filem. Aku pastilah gembira kan? Sebelum ini penatian demi penantian tau mahu novel-novel kegemaran diadaptasikan ke dalam bentuk drama muehehehe.

Ehem , selepas bersesakan di dalam ruang membeli novel yang memang sesak itu , aku dengan kawan-kawan aku pergi makan dulu sebab ada gerai-gerai kecil yang menjual makanan. Lepas tu pergi melilau ke booth-booth lain yang di sediakan di situ. Kitaorang pergi aje dekat semua booth just for jalan-jalan. Mana tahu ada magazine or something berkenan kitaorang beli ajelah kan? And yes seterusnya ternampak booth Media Hiburan. Lepas tu ternampak eh pelakon-pelakon filem Bunohan?! Wajib lah dik Jijah pergi menerpa nak dapatkan poster Bunohan dan bergambar dengan pelakon-pelakon Bunohan kan? Hihihi. Gigih dik Jijah beratur ye? Mohtif tiba-tiba bahasakan diri dik Jijah? Gediks sangat! Hahaha.


keadaan ketika membeli novel tempoh hari. pheww!


Faizal Hussein , Pekin dan err Jijah kurang pasti siapa lagi seorang nama nya. 
Ampun.



bergambar bersama adalah perkara wajib ye! :D

Lepas itu gigih kitaorang pergi ke booth-booth penulis-penulis novel. Sebenarnya juga aku pergi ke Karnival Karangkraf ini pun sebab nak jumpa kak Damya Hanna. Biasalah kan , aku dengan kawan-kawan aku memang suka menyokong semua acara orang. Ekekeke. Lagipun memang kitaorang hantu novel , so then sekali harung boleh pergi jumpa Kak Hanna jugak. Hehehe. Tapi malang nya bila kitaorang pergi dekat booth Kak Hanna , Kak Hanna sudah pulang. Kesedihan seketika. Seketika ajelah. Hahaha. Lepas itu beritahu dia esok kitaorang datang lagi sebab nak kan tandatangan dan sebenarnya esok nya kitaorang datang lagi sebab nak tengok Kak Hanna dalam bual bicara yang di adakan khas bersempena Karnival Karangkraf. Tajuk nya sangat menarik hokkay iaitu Karya Adaptasi : Siapa Tumpang Glamor? Bagi aku tajuk ini sangat menarik memandangkan sekarang terlalu banyak novel yang telah di adaptasikan kepada drama mahupun filem.

Tapi memandangkan masa hari Jumaat pergi Kak Hanna tak ada kan ? So kitaorang just bergambar dekat booth Kak Hanna dulu. Muehehehe , tehtap feeling DIVA hokkay? Orang tak ada tapi tehtap terjah untuk bergambar. Ekekekeke , mampoo? Let's layan gambar! :p


aku dengan Kak Emmy ;)


:D


Anis Ayuni , penulis novel Gemersik Kalbu.


aku dan Anis Ayuni.


Aisya Sofea yang sangat ramah hokkay!
Mek loikee :p


siap dapat botol minuman dari Kak Aisya Sofea lagi tau!
:)

Lepas aje pergi ke booth-booth novel kegemaran , kitaorang sempat juga pergi membeli magazine. Masa membeli magazine ni yang kelakar kejap. Aku nampak majalah Maskulin , ada nampak muka Aaron Aziz. Aku buat tak tahu aje. Tapi bila Kak Emmy cakap ada cover muka Sharnaaz Ahmad , phew laju aku berlari nak tengok majalah tu hokkay?! T____T Mampooo uols berbuat demikian? Entah apa pasal geletis sangat aku hari itu hokkay? Terus gigih aku beli majalah Maskulin semata-mata nak baca pasal Sharnaaz ye? Siap beli 3 majalah Maskulin. Hadoi , entah apa kena aku hari tu. Muehehehe.


mohtif pergi beli yang Sharnaaz Ahmad , Aaron Aziz dan Adi Putra khen?
siap dapat hadiah percuma lagi muehehehe.

Aku tahu entry ni dah terlalu panjang tapi aku tak kira aku nak sambung lagi hokkay? Hahahah. Malas pulak nak buat entry bersambung-sambung ni tau! So esok nya pergi hari Sabtu untuk berjumpa Damya Hanna semata-mata. Melerts tak? Mueheheh. Mujur kitaorang pergi dia sudah ada di booth nya. So aku apa lagi kan? Terus perfeeling macam booth sendiri kan? Hahaha , tehtap kau kan Jah?

Sempat lah aku dengan Kak Emmy berborak kejap dengan Kak Hanna kan? Kak Hanna siap kasi macam-macam dekat kitaorang. Meriah sangat pemberian Kak Hanna tau! Thank You Kak Hanna untuk semua itu. DivaPora sangat terharu hokkay! Hahaha tehtap nak kasi ucapan. Lepas dah berjumpa dengan Kak Hanna kitaorang merayau kejap sebelum pergi ke Bual Bicara yang Kak Hanna join itu. Okay let's layan gambar lagi ! Tak larat dah nak menulis panjang-panjang. Heheeh.






sempat snap gambar kan even tengah berlangsung bual bicara tu khen?
hikhikhik :p




Overall , aku suka dengan topik bual bicara itu termasuk isi kandungan bual bicara itu. Aku pun turut mendapat ilmu baru apabila berada dalam bual bicara sembang buku tersebut. Sangat suka dengan ayat penulis skrip Zabidi Mohamed tentang adaptasi novel ke drama iaitu adaptasi tidak sekadar hanya menyalin kembali sesuatu karya sebaliknya mengangkat sesebuah naskah itu menjadi lebih baik dan segar. Rata-rata pembaca dan mungkin juga penonton drama sendiri pun banyak yang confused tentang ini termasuk aku. Muehehe. Jadi apabila diterangkan begini aku pun mendapat tahu sesuatu yang baru juga lah. 

Akhirnya selesai juga kan aku mengupdate tentang Karnival Karangkraf yang telah berlangsung hampir sebulan yang lepas. Memang seronok sangat pergi Karnival Karangkraf tu sampai setiap hari pergi. Korang hado? Ekekeke lepas ni aku akan update tentang Konsert Media Hiburan & Post Party hokkay! Haaa kalau entry tu mesti ramai yang suka lettuew sebab banyak gambar artis khen? Itu kita cherita kemudian hokkay! Hahaha. Aku punya jejari tembun pun dah terasa sesuatu akibat menulis tanpa henti ini hokkay. Penat sebenarnya sebab nak kena ingat balik semua perkara. Erhehehehe.

So , sampai disini dahulu. Nanti aku akan update lagi ye. Daaaaaa... *dush*

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Monday, February 27, 2012

Gara-Gara Shila Amzah Belog IjahEmoTemo Di Serang? Erk!

Suspen tak baca tajuk tu? Agak-agak korang adakah ini semua benar atau hanya dramatik semata-mata? Hamboi geletis pulak IjahEmoTemo ini kan? Tiba-tiba nak buat teka teki pulak kan?! Hihihihi. Tapi statement pada tajuk itu memang betul pun. Cuma bukan lah menyerang nak singsing lengan baju nak ajak bergusti lengan ke apa khen? Biasalah , IjahEmoTemo dalam apa jua hal tehtap nak berdramatik. Jangan ada yang loya dan muak dengan IjahEmoTemo sudah lah yer. Tak pasal-pasal kena tadah baldi banyak-banyak. Eh!


Kalau korang perasan , kalau lah kan *sob sob sob* , last week aku tersangat rajin dan gigih meng-update belog aku. Biasalah nak update belog aku sangat perlukan mood. Yes aku jenis moody person. Kalau tak ada mood nanti hancur benda yang aku nak buat. Kisahnya last week aku ada update beberapa aktiviti lagha aku yang baru gheti nak update meskipun boleh tahan basi jugak cherita tu khen? Lepas tu aku macam biasalah kalau entry tu ada kaitan dengan retis , mana yang aku kenal dan rapat memang aku akan tweet kepada diorang kan? Dengan harapan theyols RT (retweet) , muehehehe. Biasalah belog picisan begini memang perlu aktif untuk peromot seluruh keliling kampung ye. Belog mek masih belum taraf Yuyu Zulaikha ke , Hanis Zalikha ke mahupun Cik Epal jauh sekali. 


Jadi bila aku ada update tentang Top 5 ABP , Party Budiey dan Telemovie Patah Seribu aku pun biasa lah pergi tweet Shila Amzah. Ksha kan nak dik Jijah edit pic dengan shantek-shantek kan? Mestilah kena tweet dekat Ksha suruh dia tengok okay ke idok khen? Hahaha gedik sungguh. Lepas tu masa Ksha retuwit untuk Top 5 ABPBH , masa tu aku sangat-sangat terkejut dan tergamam tengok UV trafik aku. Bila aku bukak belog aku sendiri pun terkejut juga. Aku tengok nilai yang mengunjung belog aku sangat tinggi daripada biasa. Maklumlah sejak dua menjak ni UV trafik aku agak merudum. Sedih. Tapi hakikatnya begitu lah khen? Jadi bila tengok angka yang banyak mesti aku yang sahihnya kuat dramatik ini semakin terkejut kan? Itu sudah tentu -.-


Tak percaya angka nya banyak? Tak percaya? Bagi belog picisan hingusan begini bagi aku untuk dalam satu jangka waktu dengan angka begini , nilai nya sangat tinggi. Eh macam pusing-pusing pulak ayat aku kan -____-'




buka-buka Cherita Emo-Temo sementelah Shila Amzah RT tweet aku itu , melihat angka itu.
aku terkejut. 

54 orang sekali harung menyerang belog Jijah???


Phew , masa mula-mula melihat angka itu aku sangat-sangat terkejut ye. Aku macam eh betul ke ni? Gedik tak? Hahahaha. Bila tengok dekat Nuffnang aku pulak yang tertelan air liur sendiri. Hamboi dramatik habis kan? Hihihihi. Sebenarnya dah lama sangat tak dapat situasi macam ini. Itu yang aku macam dramatik habis! 



ini masa mula-mula di serang. 
erk.


ini pula kali kedua di serang!
phew.

Erhiks , mungkin belog korang dah biasa kot dapat UV trafik macam ni. Aku ni belog picisan wajib lah aku rasa teruja habis kan? Iyerlah khen aku cuma berkongsi gambar apa yang patut aje khen. Bila peminat-peminat Shila Amzah semua datang masuk mestilah mek rasa terharu khen uols? Hahahah. Sebenarnya saja je update benda alah ni. Asyik bercherita dunia artis dan event sahaja kan? Nanti orang ingat belog ni belog hiburan pulak. Muehehehe. Sekali sekala nak jugak kan bercherita tentang trafik belog sendiri kan? Lagipun macam dah lama sangat tak berjoyah tentang UV trafik semua ni. Hehehe.

Nak bercherita tentang Buffered Earning , hadoi dah berzaman rasanya tak dapat tentang Buffered Earning. Sadis sangat tau. Hahaha tiba-tiba emo-temo ye? Eh macam terpanjang pulak entry kali ini kan? Hihihihi. Ampun. Niat asal saja nak tulis santai-santai. Sekali kau , terpanjang tak hengat jugak kan? Mueheheeheh :p


trafik belog aku sepanjang minggu lepas.
yes tak sebanyak belog korang , tapi okay lah :)

So amacam korang semua? Weekend lepas buat apa? Pergi mana? Atau korang pun bersantai dekat rumah macam aku? Hehehehe. Dah macam tak ada soalan lain pulak khen sibuk bertanya pasal weekend orang khen? Eh bai.

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Thursday, February 23, 2012

Telemovie Patah Seribu - Lakonan Pertama Shila Amzah bergandingan dengan Sharnaaz Ahmad , malam ini di Astro Ria jam 9 Malam.

Jika sebelum ini korang hanya mendengar lagu Patah Seribu dendangan Shila Amzah bukan? Haaa tapi pada jam 9 malam ini di Astro Ria jangan lupa tau korang untuk menonton telemovie Patah Seribu yang akan dilakonkan sendiri oleh Shila Amzah. Ini merupakan percubaan pertama Shila Amzah dalam dunia lakonan. So malam nanti korang boleh saksikan sendiri bagaimana Shila Amzah berlakon kan? Okay ke tidak? Kan?! Heheheh.

Shila Amzah akan bergandingan kekasih chenta hati beliau dalam telemovie Patah Seribu ini iaitu Sharnaaz Ahmad. Selain Sharnaaz Ahmad , ada juga pelakon lain seperti Amar Baharin , Jihan , Sharifah Shahora dan Reza. Patah Seribu diarahkan oleh Michael Ang. So korang jangan lupa ye malam ni di Astro Ria pukul 9 malam. Let's baca sinopsis dulu.



Drama Patah Seribu menceritakan tentang Bella (Shila) dibesarkan dalam suasana mewah sejak kecil mula merasakan hidupnya kosong apabila mendapati rakan-rakannya hanya rapat dengannya kerana wang dan kedudukan.Dia berkenalan dengan Azu (Sharnaaz) yang juga seorang penjual buah berangan namun Azu enggan melayannya sehinggalah pengutip cukai haram datang memeras ugutnya di gerai.Kasihan dengannya, Bella membayar sejumlah wang kepada penjahat tersebut dan sejak itu dia semakin rapat dengan Azu dan pelbagai kisah menarik terjadi sepanjang perkenalan mereka.





trailer Patah Seribu.


Aku tengok macam menarik. Tapi apa-apa pun kena tunggu malam nanti nak menyaksikan lakonan sulung Shila Amzah. Kata peminat Sharnaaz Ahmad kan? Wajib lah aku menonton cerita ini sebagai sokongan gituh kepada abe chanaz. Muehehehe. Lagipun aku rasa macam sedih aje ending cerita ni? Macam aje lah kan , aku pun tak tahu macam mana gaya ceritanya. Kalau korang pernah tengok MV Patah Seribu yang Shila Amzah nyanyi tu memang sedih. Tapi untuk telemovie nya aku tak pasti. Hehehehe.

So jom jugak tengok beberapa keping gambar Behind The Scene Patah Seribu yang aku dapat from fanpage Patah Seribu. Jom layan tengok gambar uols! Kredit gambar : RealShilalas :)








kachak nya chanaz T_T
ehhh.

Mueheheheh. Menyempat jugak kan komen kachak tak kachak itu khenn? Dush Dush pipi baru tahu Jijah oiii. Erhiks. Sebenarnya saja je peromot suruh korang menonton Patah Seribu ni. Sekali sekala best jugak peromot cerita kan? Hahaha. Padahal ada lagi beberapa entry basi nak kena update , sibuk update pasal benda ni dulu. Hehehehe. 

So korang yang ada astro , jangan lupa untuk menonton telemovie Patah Seribu di Astro Ria jam 9 malam untuk menyaksikan kisah percintaan Bella dan Azu. Bagaimana perngakhiran kisah percintaan mereka? Bahagia atau derita? Err mohtif terlebih feeling aku buat entry kali ini? Mueheheheh. So jangan lupa ya! :p

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks! 

Tuesday, February 21, 2012

Berpartay Di Party Budiey! Mampoo? Erk.

Hamboi , kemain lagi kan tajuk entry ini kan? Macam biasalah kan , IjahEmoTemo memang suka betul buat tajuk overdose walaupun hakikat sebenarnya tak ada pun macam itu kan? Hahaha. Sebenarnya ini cherita sebulan yang lepas. Tapi sekarang baru ada masa nak mengupdate dalam belog kesayangan kan? Biasalah , kekangan waktu dan apabila malas menjelma jangan harap nak ada apa-apa update yang terbaru kan? Hihihihi.


Sebulan yang lepas aku telah sertai Party Budiey yang ke 5 tahun. Sebenarnya tak pernah pun aku join Party Budiey yang sebelum ini tapi tiba-tiba tergerak hati nak join. Aku tengok macam seronok aje kan? Heh sebenarnya niat asal nampak ada Sharnaaz Ahmad , so perfeeling nak join. Muehehehe. Gedik sangat kan? So gigih aku dengan Kaka Emmy join Party Budiey ni tau. Lagipun kitaorang nak jugak tahu macam mana party itu khen? Best ke tidak kan? Hihihi.




sebelum masuk ke dalam Party Budiey.

Party Budiey ni sebenarnya untuk meraikan pembaca Sensasi Selebriti yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada Budiey. Siapa yang tak kenal dengan abang Budiey kan? Dia sangat pantas memberi info apa sahaja tentang dunia hiburan tau. Kalau follow twitter abang Budiey , lagi lah pantas! 

Ehem Party Budiey memang sangat meriah dan sangat best. Selain meriah dengan artis tetapi meriah jugak dengan semua persembahan artis tu jugak tau. Ramai artis yang buat persembahan seperti Ning Baizura , Awi Rafael , Shila Amzah , Tomok , One Nation Emcee dan ramai lagi. Memang meriah sangat hokkay! Terbaikkkk lah Party Budiey ni :)

Okay sebab cherita ni pun dah macam separuh basi. Jadi apa kata kita semua layan gambar je ek? Sebab aku pun dah blur nak tulis apa lagi. Hahaha.


kak Emmy , aku , auntie Noraini , kak Deina dan Syafiq.


tengku adli.


abang Budiey dan Liyana Fizi.


pengacara Party Budiey , Azrul RL dan Lin Suria Cinta.
besttt diorang!

Haaa apa yang menarik tentang Pary Budiey ni terdapat banyak sangat hadiah yang abang Budiey tawarkan! Memang sangat menarik weh hadiah-hadiah yang Party Budiey tawarkan. Itu juga salah satu sebab kenapa aku teringin nak pergi Party Budiey tu. Hahaha. Lepas tu ada hadiah yang Suria FM kasi juga. Memang best sangat tau! Haaa lagi satu dekat Party Budiey ni semua wajib pakai t-shirt Party Budiey! Sebab tu kejap lagi tengok aku bertukar baju. Hihihi. Cun sangat t-shirt Party Budiey ni tau. Warna Purple lagi , memang colour favourite aku! Hiks. 

Okay lets layan gambar lagi eh!


aku dengan Elfira Loy.


aku dengan Tomok.


Ning Baizura


Tomok.



Adira.


mampoooo ? orang tengah menyanyi , tiba-tiba aku perfeeling bergambar macam gitu? 
heh heh heh.


Shila Amzah.

Ehem ,masa ni Ksha tegur aku dulu. Macam biasa akan dapat big hug dari Ksha. 
hehehehe.


sengaja edit gambar Shila Amzah , sebab dia pesan suruh edit cantik-cantik.
cantik tak? cantik tak?
lol.



aku dengan Ning Baizura.
sangat friendly Ning ni eh :)


aku dengan FaraWahida.

Apa yang aku boleh cakap kan memang seronok sangat dekat Party Budiey ni. Goodies bag yang best , makanan yang best , artis-artis yang hadir pun best dan senang cherita semua pun best. Tapi yang tak best abe Chanaz tak datang sebab shooting!!! *meraung guling-guling*  Tehtap nak ada drama nya kan? Hahahahah. Oh ya aku pun turut dapat hadiah cabutan bertuah tau masa Party Budiey hari itu. Siap free jatuh tergolek lagi hokkay? Hadoi malu sangat tau! *tutup muka dengan bantal* Heh. 


bersama dengan abang Budiey!
terbaikkkkkk! ;)


bersama dengan Phen , wartawan Melodi and Fuhh dulu-dulu.


bersama dengan Izza , wartawan Melodi. 
hiks.


Alif Aziz.


Ning Baizura lagi.


aku dengan Awi Rafael.


aku dengan Shila Amzah lagi.
gigih lagi aku edit gambar -.-

Apa-apa pun tahniah buat abang Budiey kerana berjaya buat Party Budiey dengan berjaya dan fun sekali tau. Bukan mudah nak handle parti-parti semua ni. Perlu kerah tenaga dan macam-macam lagi. Sangat terbaik Party Budiey ini tau! InsyaAllah kalau ada rezeki tahun hadapan Ijah jon lagi ye Abang Budiey! Hehehehe.

So selesai sudah aku menepek gambar-gambar dan cherita tentang Party Budiey ini. Memang sangat best dan meriah! Aku sangat enjoy semasa Party Budiey hari itu. Iyelah mesti lah enjoy dan seronok kan sebab dapat juga artis-artis lagi katanya! Hahahaha. 


last but not least , gambar aku dengan Ksha.

;)

notakakiciksenah :: sepatut nya publish entry ni lagi awal tapi sebab sambil menaip sambil tengok Bicara Hati maka tergendala. muehehehe.

Terima kasih sudi baca entry ini :)

Jom Like CHERITA EMO-TEMO di FB! Sayang korang ketat-ketat! Thanks!