Home

Thursday, January 29, 2015

Gambar-Gambar Di Sekitar Finale Viewing Party Drama Zahira ♥

Siapa dekat sini peminat Adi Putra & Zara Zya dalam drama Zahira? Sila angkat keyboard! Eh? HAHAHAHA. Sebenarnya nak bercherita dengan korang tentang kemeriahan Finale Viewing Pary Drama Zahira yang telah diadakan pada minggu lepas bertempat di Zam Zam Cafe & Satay Club , Kota Damansara. Memang sangat meriah dengan kehadiran gabungan dua kelab peminat iaitu ADP1Hotlovers & LoveZaraZya FC. 

Perasaan lega melihat semua peminat Adi Putra & Zara Zya gembira bertambah lagi kepuasan kami semua yang ternyata masing-masing gembira kerana dapat bertemu dengan pelakon kegemaran mereka katanya! Jijah pun seronok melihat reaksi masing-masing yang excited bertemu Adi Putra , Zara Zya dan malahan hampir keseluruhan pelakon drama Zahira turut hadir pada malam tersebut. 

Bercerita banyak pun tak guna kan? Apa kata kita tengok gambar-gambar yang sempat di-snap oleh our official photographer from LoveZaraZya FC ; Jamilah Bidin. Muahciked ♥






Boleh nampak tak kemeriahan itu? Tak nampak lagi? Tunggu..tunggu! Baru empat keping gambar memang lah korang tak dapat rasa apa-apa lagi khen? Kejap lagi Jijah terus naik gear 8 , haruslah korang mencakar skrin laptop kan? kan? kan? Eleh! HAHAHAHA.

Nak tengok gambar lagi tak? Eh mestilah nak kan!


Crew LoveZaraZya FC & Exec ADP1Hotlovers ♥


Crew LoveZaraZya FC yang tak cukup korum.

Sayang setiap seorang baik di dalam gambar atau luar gambar sangat-sangat! ♥






Tuan Pengarah drama Zahira , Khalid Nadzri.


Eh mana gambar Adi Putra? Mana gambar Zara Zya? Apa semua ini?! *bakar mercun* HAHAHA. Amboi bukan main lagi kan! Sabaq! Sabaq! Bukan mudah nak teliti satu per satu gambar yang dapat dalam tangan khen? Haruslah Jijah pilih yang terbaik untuk tayang dekat korang khen? Pepaling boleh terus buat korang mencakar lantai dan karpet kan? Kencing manis terus katanya! Kan?

Okay , jom tengok gambar lagi!












Mencakar ke tidhooookkk? HAHAHAHA. Aku yang tepek menepek gambar ini pulak yang mencakar lebih , aku rasa! HAHAHAHA. Memang manis sungguh senyumanmu abam Adi Putra! HAHAHAHA. Eh tetibe abam kau panggil Jijah oi? HAHAHAHA. Memang Jijah buat perangai sungguh ni! Kikikikil. So macam mana korang? Seronok ke tidhok dengan gambar-gambar yang Jijah tepek ituew? 

Suka lettuew. Tambah lagi memang manis sungguh senyuman Adi Putra kan? Si Zara Zya tak usah cakap lah kan? Memang manis sokmo senyuman sheols ituew! *dengan harapan dapat sebekas dua superstar choc! wakakakak* HAAHAHAH. Heharap korang semua seronok membaca sambil melihat gambar-gambar yang Jijah kongsikan ini. Maaflah andai tidak banyak mana yang dapat Jijah kongsikan. Almaklumlah , Jijah pilih yang betul-betul manis supaya korang pun tersenyum melihat gambar-gambar ini semua tau! Manis tak perangai Jijah ni? Eh?! HAHAHAHA.

Jadi bagaimana dengan episode akhir Zahira tempoh hari? Korang suka atau tidhokkk? Alhamdulillah mendengar ramai yang menyatakan suka dengan pengakhiran drama tersebut. Rata-rata memberi feedback yang cukup positive dan ada yang menyuarakan pendapat untuk meneruskan lagi ke season seterusnya. Hah? Lagi lah seronok kan andai semua itu menjadi kenyataan kan! Hihihi. Khabarnya Zahira mendapat rating tertinggi bagi slot Samarinda. Alhamdulillah! Tahniah untuk seluruh produksi Zahira terutama kepada tuan pengarah serta para pelakon yang berlakon drama tersebut!

Juga dikesempatan ini , tahniah juga untuk gabungan dua kelab peminat diantara peminat Adi Putra & Zara Zya yang berjaya merealisasikan impian peminat mereka dengan mengadakan Finale Viewing Party yang sebenarnya sekadar acah-acah plan sahaja. Namun siapa sangka ia menjadi sebuah event yang cukup meriah dan gah dengan kehadiran peminat setia Adi Putra & Zara Zya! Tahniah untuk ADP1Hotlovers & LoveZaraZya FC! *hugs keketat*

Jadi untuk penutup entri ini , nah lah terima sekeping gambar crew lovezarazya fc yang posing keriangan di hadapan Zam Zam Cafe & Satay Club tika jam 2.30 pagi lalu , gila tak? Hehe.


Maafkan kami dengan pose yang tak semenggah dan muka kepenatan yang jelas kelihatan itu.

Alhamdulillah , we did it guys! ♥

Terima kasih sudi baca entri ini :)


Wednesday, January 28, 2015

Bergambar Atau Bertulis?

Seringkali menjadi dilema untuk diri sendiri tatkala ingin mengupdate entri yang terbaru. Sama ada sekadar menulis ala-ala orang yang sedang dalam keadaan hormon tidak stabil atau diselitkan sekali bersama gambar-gambar yang konon tampak cool dan macho habis. Betul , memang selalu menjadi dilema. Kadang-kadang teringin juga untuk mengupdate belog tanpa menyelit sebarang gambar. Tapi lepas itu diri sendiri juga yang mengomel ala-ala entri itu tampak kosong dengan penulisan yang sangat hambar. Ya , aku memang cerewet untuk sesetengah perkara atau memang semua benda aku cerewet? HAHAHAHA. Malu nak mengaku lettuew.

Lagipun belog picisan ini , kalau banyak tulis merapu dan merepek , siapa yang gemar nak masuk bertandang untuk membaca kan? Kalau ada gambar sikit-sikit , barulah berduyun-duyun yang seronok nak masuk membaca kan? Tapi aku pun tak pastilah , pembaca belog aku ni seronok ke tidhok dengan penulisan bergambar aku ittuew. Tapi harap-harapnya semua berpuas hati dan seronok membaca. Juga dapatlah juga menjadi perawat duka dan lara kala membaca entri-entri aku itu. Itu aje perkara mudah yang aku boleh buat untuk orang lain. Kasi orang gembira dengan penulisan aku. Moga-moga lah kan?

Sebenarnya entri hari ini agak tidak ada tujuan khususnya. Sebab masih lagi dalam proses meneliti mana gambar yang nak edit dan update dalam belog , mana satu kisah cheritanya dan mana itu dan ini. Bila dah lama tidak transfer gambar dalam external hardisk memang diri sendiri pun sukar nak teliti satu per satu. Selalu aje peram gambar dalam handphone. Lepas itu mencacau tak tahu nak buat yang mana satu dulu. Ini yang jadi-nya entri sebegini rupa sahaja kan? Jadi lah tu , daripada tak ada update langsung kan? HAHAHAHA.

Alhamdulillah , 2015 ini nampak Jijah semakin aktif mengetuk kibod. Berbanding tahun 2014 yang boleh kira dengan jari untuk setiap bulan berapa banyak entri yang dimasukkan di dalam belog. Jijah sendiri pun keliru apa yang menyebabkan Jijah agak kurang aktif dengan belog? Mungkin kerana masa itu lagi senang mengupdate apa-apa di dalam Instagram. Namun menyedari yang Jijah ini memang suka sangat menulis , memang kena kembali kepada perkara asal dengan mengetuk kibod. Jauh lebih membahagia sebab dapat menulis panjang lebar sampai terjuling biji mata orang yang membaca kan? HAHAHA.

InsyaAllah , akan diteruskan lagi menulis yang bukan sahaja entri santai kosong semata tetapi juga entri yang memberi faedah juga nanti. Paling-paling pun entri yang boleh membuat korang tersenyum sekali kan? Moga sama-sama mendapat manfaat katanya. Kan? Hihihi. Jejari tak runcing ni dah penat nak mengetuk kibod lagi. Nah lah , sekeping gambar untuk tatapan korang. Supaya dapat ubati kerinduan korang terhadap aku. Eh? HAHAHA.


Sesekali wajah dicalit sedikit mekap.

Sesekali saja. 

Itu pun kawan yang mekapkan. Kalau nak suruh mekap sendiri , mahu jadi macam opera cina kang! HAHAHA.

Terima kasih Fawwa sebab santekkan muka kitew ♥

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tuesday, January 27, 2015

Syarul Ridzwan Kena Prank? Tapi...

Korang kenal tak dengan pelakon yang sedang meningkat naik namanya , Syarul Ridzwan? Siapa yang pernah menonton Love You Mr Arrogant atau pun Romi Cinta Juli mesti kenal dengan pelakon berwajah kacak ini khen? Auwch!

Sebenarnya entri kali ini bukan entri menyeluruh nak bercherita seperti tajuk di atas itu. Sekadar tulis sikit-sikit kasi korang panas bontot menanti apa yang sebenarnya Jijah nak bercherita ini khen? Kenapa mesti tulis sikit-sikit? Kenapa tak tulis panjang-panjang macam kebiasaan kan? HAHAHAHA. Bukan main lagi si Jijah ni kan? Haruslah sekali sekala tulis ala-ala geletis minta perhatian sikit kan! Macam tak biasa dengan peel si Jijah ni khen? Kikikiki.

Berbalik kepada tajuk entri ini , amboi skema sungguh bahasa kan?! HAHAHAH , ya memang Syarul Ridzwan kena prank. Tapi siapa yang berani nak prank Syarul sesuka hati ini? Apa motif orang tersebut? Kenapa nak kena prank Syarul? Amboi soalan macam wartawan sungguh bunyinya! HAHAHA.

Jangan fikir bebukan. Syarul memang kena prank tapi kena prank dengan fanclub Syarul sendiri iaitu SR Tigers aummm. Eh , ada sound effect dekat belakang sekali! HAHAHAHA. Semua diatur dengan baik sekali tetapi ada sesuatu yang telah terjadi. Hmmm , korang agak-agak apa ya?

Kalau nak tahu , jangan lupa untuk saksikan Meletop malam ini jam 9.30 malam di Astro RIA & Maya HD okay? Sebab malam ini akan terungkai lah apa yang telah terjadi sementelah SR Tigers cuba untuk prank-kan retis kesayangan mereka iaitu Syarul Ridzwan. Jangan lupa tengok okay! Kalau macam nampak ada orang muka macam Jijah tu sebenarnya bukan Jijah. Itu pelanduk dua serupa tau! Tau? Tau? Eh bai. Ooopss harap maaf lah uols! Atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan , prank untuk Syarul Ridzwan ditunda pada episode minggu hadapan katanya. So tunggu next week tau? Janji?

Eh kejapppp. Nak amik lah dulu sekeping gambar buat teaser dalam entri ini. Nanti bila lepas korang tengok Meletop malam karang , Jijah tulis keseluruhannya okay? Janji! Amboi!


Seronok ya potong kek tu Syarul Ridzwan?

Seronok ya?

HAHAHAHA.

okbai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, January 26, 2015

Biarlah..

Minggu ini , Jijah akan kembali aktif mengetuk kibod. Akhirnya dapat juga bernafas kembali seperti biasa dan mengetuk kibod seperti kebiasaannya. Dah terlalu banyak cherita basi yang tertangguh. Tapi nak buat macam mana kan? Memang masa sangat mencemburui aku katanya! Redho saja konsepnya!

Memang minggu lepas terlampau banyak sangat aktiviti lagho si Jijah ini sampai tak sempat langsung nak mengetuk kibod. Cuba juga curi-curi masa , namun memang tak berkesempatan langsung! Tak mengapalah , cherita basi pun , kalau suruh korang baca , nanti masuk jugak baca khen? HAHAHAH. Konsep dia tehtap kena paksa khen? Hade haku kisah konsepnya!

Jadinya , entri ini ala-ala panaskan jejari yang tak runcing langsung ini. Supaya dapat ambil mood yang sempurna untuk mengetuk kibod cherita yang basi , separuh basi dan tak basi langsung! HAHAHAH , dah macam makanan pula basi tak basi kan? Sejak dua menjak ni memang kena pandai control mood sendiri. Kalau tidak cendong macam orang putus cinta. Kekadang pula macam orang tengah bercinta mood dia. Hormon untuk umur 21 tahun ni memang pelik betul lah aku rasa? Eh tak habis-habis salahkan hormon dia kan? HAHAHAHA. 

Tak nak tulis panjang-panjang. Sebab nanti ada entri yang lagi panjang nak tulis dan kongsikan bersama korang. Ada yang tak sabar ke? Sila bersabar! kehkehkeh. Bai!


Hormon tak betul punya pasal juga ni.

Tiba-tiba makan eskem sensorang sambil dengar lagu syahdu.

Eh?

Bai lagi sekali!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, January 22, 2015

Episode Akhir Zahira ; Adakah Kemanisan Akan Berlaku Atau Sebaliknya? Jangan Lupa Menonton Gandingan Serasi & Lakonan Hebat Adi Putra & Zara Zya di TV3 , Jam 10 Malam Ini!

Siapa diantara korang disini yang menonton drama di slot Samarinda TV3 setiap hari Rabu & Khamis sila angkat keyboard?! Eh? HAHAHAHA. Ada yang tak tahu ke drama apa yang Jijah maksudkan itu? Hehe , drama yang Jijah maksudkan ialah Zahira. Mesti ramai juga yang bersengkang mata untuk menonton drama ini kan? Jijah pun antara salah seorang yang gigih bersengkang mata dan menonton drama ini.



Kenapa mesti Jijah gigih sangat ni? Jijah ni dia jarang gigih andai tiada apa untuk dirembeskan eh untuk ditontonkan kan? Haruslah Jijah menonton kerana drama ini menggandingkan Adi Putra & Zara Zya dan ia merupakan gandingan berjaya di mata Jijah! Haruslah berjaya asalkan boleh mencakar khen? HAHAHAHA. Walaupun pada mulanya Jijah anggap drama di slot Samarinda ini boleh dikategorikan sebagai serius dan penuh dengan konflik tetapi semua menjadi sebaliknya untuk drama Zahira ini.

Tapi entri ini ditulis bukan untuk menjadi ala-ala pengkritik tetap AF untuk mengomen apa yang kurang apa yang lebih untuk drama ini. Cuma hendak memberitahu korang yang drama Zahira ini sudah hendak ke episode penghujungnya. Apa?! Zahira sudah berada di episode terakhir?! Jangan tak percaya okay! Memang malam ini merupakan episode akhir bagi drama Zahira! Mesti ada yang nak lagi nak lagi nak lagi kan? HAHAHA. Tahu sangat dah korang ittuew :p

Jadi haruslah Jijah hendak mengajak korang untuk jangan sesekali lupa malam ini untuk terpacak depan tv bila sudah menjejak 10 malam dan menonton episode akhir Zahira ini okay? Rasanya ramai juga yang sudah menonton episode akhir ini memandangkan Tonton turut mengadakan tayangan awal seminggu. Namun itu tidak bermakna korang tidak perlu menonton episode akhir malam ini okay? Khabarnya episode akhir ini macam ada manis-manis sasau sikit. Sikit ke? Jadi kalau yang belum menonton kena lah gagahkan diri untuk menonton malam ini okay? Kuku pelesu dan tong oksigen jangan lupa sekali tau! HAHAHAHA.

Ada yang dah ready belum ni? Hihihi. Mesti ramai yang tak sabar untuk menonton kan! Jijah pun tak sabar walaupun dah puas mencakar tonton hari itu tapi tak apa Jijah rela mencakar berulang kali! Auwch! HAHAHAHA. Eh kejap kejap kejap , mesti korang nak tengok gambar hero dan heroin Zahira bersama Jijah kan? Tujuan dia nak kasi korang jeles aje :p


Jijah & Heroin drama Zahira , Zara Zya ♥




Jijah bersama dengan Hero drama Zahira , Papa Iqbal eh silap , Adi Putra ♥

Ok cakar skrin laptop!! Eh bai!

Teruja ke tidhokkkk? HAHAHAH , gila tak teruja kan! So Jijah dah baik hati memberi sekeping dua gambar mereka walaupun ada muka Jijah sekali ( ini mesti part orang rasa nak tikam tumbuk Jijah kan! lulz!) jadi korang jangan buat-buat lupa okay? Jangan sesekali lupa yang malam ini episode akhir drama Zahira jam 10 malam hanya di TV3 okay! Janji okay? Janji janji janji? 

Sayang korang semua kefit-kefit! ♥

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, January 15, 2015

Gambar-Gambar Sekitar Tayangan Perdana Suamiku Encik Perfect 10! Jangan Lupa Menonton Lakonan Hebat Aaron Aziz & Lisa Surihani Bermula 22 Januari 2015!

Kalau entri sebelum ini Jijah menulis panjang lebar memberi pandangan serta komen mengenai filem Suamiku Encik Perfect 10! Tapi untuk entri kali ini Jijah nak berkongsi dengan korang pula gambar-gambar di sekitar Tayangan Perdana Suamiku Encik Perfect 10! Mesti tak sabar lettuew khen? Gegambar ini Jijah cuma guna Samsung Galaxy Mega 2 sahaja tapi Alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan! 

Pada malam tayangan perdana tersebut memang ramai pelakon yang turut datang memberi sokongan kepada Astro Shaw , Global Station serta para pelakon Suamiku Encik Perfect 10! Antaranya ialah Hisyam Hamid , Aqasha , Zain , Nadiya Nisaa , Izara Aishah , Fazura , Beto Kusyairi dan ramai lagi! Haruslah ramai yang datang menyokong memandangkan ini merupakan filem romantis yang dinanti-nantikan oleh umum. Jadi apa tunggu lagi? Jom tengok gambar-gambar ini okay!





Hisyam Hamid & Isteri , Kak Mel :)



Beto Kusyairi :)









Cakra Khan & Dato Siti Nurhaliza

Untuk pengetahuan korang , OST bagi filem Suamiku Encik Perfect 10 dinyanyikan oleh penyanyi nombor 1 negara iaitu Dato Siti Nurhaliza berduet bersama penyanyi dari seberang iaitu Cakra Khan. Khas untuk korang , Jijah ada merakam alunan indah live dari Dato Siti Nurhaliza bersama Cakra Khan di tayangan perdana tersebut. Enjois!




Persembahan yang cukup memukau lagi mantap khenss!


Memang berhantu sungguh OST Suamiku Encik Perfect 10 ini tau! Aku pun tak jemu untuk repeat lagu ini ! Sampai rasa macam.. eh aku takde lagu lain ke dalam phone ni? HAHAHAHA. Cukup ke tidhok tu gambar-gambar Jijah kongsikan tu? Macam tak lengkap aje lagi kan? Meh kita tengok lagi meh!














Sekali lagi salute dengan Aaron Aziz! Jijah tahu sejak Aaron naik atas stage muka Aaron sedikit berkerut melawan kesakitan di leher beliau tetapi Aaron tak lekang dengan senyuman. Jijah betul-betul salute! Tak semua artis yang masih boleh tersenyum tatkala sedang berlawan dengan kesakitan :) Jijah doakan yang baik-baik agar kesakitan yang dihadapi abg Tapa akan pulih selepas ini. Again , Aaronators love you and please take care of yourself and please please please have a good rest too! 

Dah cukup belum gambar yang Jijah kongsikan? Tak cukup ke? Okay ini last gambar-gambar yang Jijah nak kongsikan dengan korang tau! Perghhh banyak betul gambar Jijah kongsi ni. Puasss lettueww korang cuci mata khen? Hihiks!


OMG! Cakra Khan! Cakra Khan! *pangggggggg


Jijah & Hisyam Hamid.


Jijah & Fazura.


Jijah & Aqasha.


Jijah & Beto Kusyairi.


Jijah & Nadiya Nisaa.


Jijah & Kak Mel ( wife Hisyam Hamid ).

Fuhhh Fuhhh Fuhhh.. *tiup kuku* akhirnya selesai juga perkongsian semua gambar ketika Tayangan Perdanan Suamiku Encik Perfect 10 di dalam belog picisan ini. Perkongsian ini sekadar suka-suka serta untuk mengajak korang untuk menonton filem romantis 2015 ini bermula 22 Januari 2015 nanti! Amboi, amboi , dah belanja gambar sebegini banyak meh lah support filem ini pula okay? InsyaAllah tidak akan merugikan duit korang pun untuk melabur menonton filem ini. Sebab apa? Sebab ia sebuah filem yang penuh rasa diadunkan dengan begitu baik sekali. 

Jadi , jangan lupa ya semua? Ada yang tak sabar menanti filem ini tak? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)