Home

Sunday, October 16, 2016

Kisah Minggu Lepas : Cameron Highland & Kim Rae Won.

Susah betul diri sendiri hendak mencuri masa sendiri untuk mengetuk kibod. Kesian belog picisan ini , habus berdebu bersawang menanti tulisan terbaru khen? Masa cukup mencemburui Jijah. Mahukan tidak? Asal selepas balik sahaja kerja , mood untuk mengetuk kibod memang terus terlerai begitu sahaja. Penat hanya Tuhan sahaja yang tahu! Zaman asyik melagho dahulu kala, tak kenal pulak penat khen? Kikiki.

Minggu lepas , terlalu banyak perkara manis yang menyinggah dalam kehidupan. Begitu sekali bunga-bunga bahasa Jijah khen? Iyelah , sekarang ini bukan senang untuk buat perkara yang manis-manis lagi dah. Asyik sahaja ketemu perkara yang tak sepatutnya sahaja. Tapi dah nama pun kehidupan , takkan asyik mahu ketemu perkara yang elok semata-mata saja. Kena juga hadap yang pahit masam berduka juga sekali sekala. Barulah kehidupan itu lebih bermakna gittuew! 

Berbalik kepada kisah minggu lepas , Jijah tiba-tiba sahaja tidak ada perancangan apa-apa terus saja sampai ke Cameron Highland. Itu kali pertama Jijah ke sana. Kesian kan? Tak payah nak kesian sangat kahkahkah. Sebenarnya memang tak ada rancang langsung untuk kesana. Tapi itulah , kalau dah Tuhan katakan rezeki nak ke sana , tiba-tiba sahaja yang tidak dirancang tu pula yang berjaya pergi. Hihihi. Punyalah sebelum ini rancang macam-macam hendak ke situ ke sini , satu apa pun tak pernah berjaya pun. Alhamdulillah , after all , berpeluang juga untuk ke Cameron Highland. Nanti Jijah kongsikan lagi banyaaaaak lagi gambar yang bakal buat korang muntah kahkahkah.


Bajet Retis! :p

Penat balik dari Cameron Highland tak penat , tiba-tiba sahaja bila dapat tahu Kim Rae Won , pelakon Korea yang berlakon dalam drama Doctors datang ke Malaysia gigih pula pergi ke Meet & Greet di Pavilion. Bayangkan , gigih betul balik dari office terus menghala ke Pavilion hanya untuk tengok depan mata Kim Rae Won hahahahaha! Maigoddd! Selalu cukup jarang hendak ambil tahu. Tapi sesejak menonton drama Korea , kegigihan dia boleh tahan juga. Kihkihkih. Orang kata tak dapat bergambar ke bersalam ke apa , dapat tengok depan mata pun mata dah bersinar keluar levvvv levvvv levvvvv! HAHAHAHA melampau!


Penangan Kim Rae Won , penuh satu Pavilion okay!
Padahal masa ini baru 6.50 petang!
phewwww!

Cukup sampai sini dahulu Jijah tulis. Kata pun , hanya catitan ringkas sahaja khen? Takkan nak tulis panjang berjela pula. Kikiki. Lagipun hendak mencari semangat dahulu untuk menulis ini. Sebelum menulis lagi dan lagi untuk entri seterusnya. Harap engkorang semuanya terhibur membaca ya!

Terima kasih sudi baca entri ini :)