Home

Friday, August 30, 2019

Telemovie Khas Merdeka : Bukan Lelaki Biasa Lakonan Idris Khan, Fendy Bakry, Hafeez Mikail, Radhi Khalid serta Catriona Ross Pada 31 Ogos 2019 Di RTM 1 Jam 9 Malam!

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan, Jijah nak ajak engkorang semua untuk menonton telefilem bersempena Hari Kemerdekaan yang bertajuk Bukan Lelaki Biasa. Telefilem yang ditayangkan di RTM TV1 ini diarahkan oleh pengarah tersohor iaitu Shuhaimi Lua dan skripnya pula ditulis oleh Lynnda Sharudin & Zyza Backy. Antara pelakon yang membarisi telefilem ini ialah Idris Khan, Fendy Bakry, Hafeez Mikail, Radhi Khalid serta Catriona Ross. Telefilem ini akan ditayangkan pada 31 Ogos 2019 (Sabtu) di RTM 1, Jam 9 malam.

Telefilem ini sedikit unik dan menarik bagi Jijah. Nak tahu tak sebab apa? Sebabnya, tema telefilem ini tentang warga Bangladesh. Hah! Apa kena mengena warga Bangladesh dengan Hari Kemerdekaan pula? Jom baca sinopsis dibawah kalau nak tahu kenapa telefilem ini Jijah cakap unik dan menarik!


Telefilem Bukan Lelaki Biasa mengisahkan tiga beradik lelaki yang berdarah campuran Bangladesh di sebelah bapa dan Melayu sebelah ibu. Mujahid (lakonan Radhi Khalid) datang ke Malaysia pada 1990-an akibat krisis pengangguran di Bangladesh.Mujahid perlu berbuat begitu kerana kehidupan keluarganya ‘terdesak’. Di Malaysia, dia bekerja di sebuah kedai runcit dan menjadi orang kepercayaan pemiliknya iaitu Haji Johari kerana kejujurannya dan seorang Muslim yang taat. Dia kemudian dikahwinkan dengan Marlina, anak saudara Haji Johari yang tinggal dengannya sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Ryan Iman, Danish Izat dan Mikael Ian yang mempunyai perangai serta personaliti berbeza. Ryan anak yang sulung yang bekerja sebagai seorang doktor dan mempunyai klinik sendiri. Danish pula anak kedua yang malu untuk mengaku identiti bapanya. Dia lebih rela mengaku bapanya berketurunan Mamak manakala Mikael adalah anak bongsu lepasan SPM. Jiwa Mikael sangat tebal dengan kemelayuan dan negara, malah dia lebih patriotik daripada sebilangan pelajar anak Malaysia tulen di kelasnya. 

Hah ini baru sedikit sahaja sinopsisnya yang Jijah kongsikan dengan engkorang semua. Tapi sebab Jijah kan suka kasi yang lebih esklusif dekat belog picisan Jijah ni, ada sedikit lagi perkongsian daripada penulis telefilem ini, Kaka Lynnda Sharudin, apa yang lebih menarik tentang telefilem ini dibawah ini tau.

Wife Mujahid, Marlina suka berangan dari sekolah suka membaca novel-novel cinta remaja. Marlina selalu berangan nak berkahwin dengan foreigner sekali yang dapat cuma bangladesh je. Ada konflik antara ketiga-tiga adik beradik ni. Apalagi bila melibatkan cinta, persahabatan dan tipikal masyarakat Malaysia. Semuanya dalam Bukan Lelaki Biasa. 

‘Ini Abdul pun satu, banyak lambat.Berapa kali mau pesan mesti on time. Serupa janji melayu” - Mujahid

“Masalahnya Abdul tu Bangla,bukan Melayu bang” - Marlina

#BukanBanglaBiasaBiasa


Excited tak bila baca sinopsis yang Jijah kasi dekat atas tu? Kali pertama mengetahui tentang telefilem ini bakal menjadi telefilem, Jijah memang cukup teruja untuk melihat hasil keseluruhannya. Iyelah, kebiasaannya kita hanya menyentuh isu 3 kaum - Melayu , Cina & India sahaja apabila menerbitkan telefilem/filem tentang Hari Merdeka. Apabila rakan Jijah, Kaka Lynnda Sharudin menyentuh issue warga Bangladesh di dalam telefilem ini, ia sesuatu idea yang segar dan menarik.

Korang semua jangan lupa untuk mencuri sedikit masa dan menonton telefilem Bukan Lelaki Biasa yang akan ditayangkan di TV1 jam 9 Malam esok tau! Jijah yakin, telefilem ini bakal membuka banyak mata dan pihak tentang warga Bangladesh. Lagipun, barisan pelakon yang terdapat dalam telefilem ini juga bukan calang-calang. Wajiblah kena tonton kan? 







Korang semua jangan lupa tengok tau esok!

Terima kasih sudi membaca entri ini :)

No comments: