Home

Tuesday, November 30, 2010

Lembap Macam Siput. Tapi ada aku kesah?

Salam and Hello. Now aku dah selamat sampai ke Terengganu. Alhamdulillah. Bertolak dari KL pukul 9 pagi sampai ke Dungun ni dalam pukul 3 petang. Tadi ada excident , sampai terbalik lori tapi tak ada kemalangan ngeri berlaku. A bit cuak jugak , yelah aku ni ngeri sikit kalau ada excident semua ni. Cuaca hari ni sejuk dan nyaman. Tapi bukan lah tahap hujan lebat ke hape , just renyai-renyai.

Now tengah berehat bersuka ria ,eh? setelah kepenatan duduk lama-lama dalam kereta. Heh Heh. Seriyesli penat dan letih , saja je aku nak update buang masa. Heh , sebenarnya tengah boring ni. T_T Nak letak gambar , mak aihh , berpuluh minit aku tunggu , nan hado tubik nya gambar tu okeh? Lagi bagus aku qada' tidur daripada aku tunggu tersengguk-sengguk tersenggol-senggol eh opss depan laptop ni kan? Line internet even guna berukban kakak aku pun , lembap macam hape okeh? Ish Ish.

Ok lah uols , really need a good rest right now. Bye semua ;)


tubik = keluar

Monday, November 29, 2010

Jangan Rindu Rinduan ye? Ahaks.

Sekarang ni macam-macam benda nak update , tapi tak tahu nak mulakan yang mana dulu. So untuk senang kan cherita , aku buat random entry saja lah ye? Bukan malas nak bukak folder-folder yang tersergam chantek dan indah dalam laptop ni , tapi aku rasa macam tak ada mood pulak nak cherita hal-hal tu dekat sini hari ni. Wah macam gitu pulak kan? Hehehe , sometimes , aku update pun ikut mood aku jugak nak cherita hal apa. Sometimes , aku takut if benda-benda yang sesetengah ni bukan berlaku tahun ni , sometimes yang tahun lepas , beberapa tahun lepas ni if aku cherita semua sekaligus , kot tetibe aku tengah tak ada idea nak menulis apa , atleast aku ada sparepart khenn? Miahahah , dalam penulisan pun gedik nak ada sparepart segala kan? Keh3x.

Anyway , starting tomorrow I'll leaving KL for a few days. Maybe this is my first time leaving KL for a few days -__-' Oh ke mana kah aku mahu pergi? Nak bagitahu ke Nak bagitahu ke? Ok aku bagitahu jugak lah. Citt. Tak ada lah sampai ke obersea ke hape , hanya pergi Terengganu saja. Yeah , Terengganu uols. Na Na Na Ganu kita... wah gitu kau zabedah siap menyanyi kan? Eh eh suka kan babitkan nama orang lain dalam entry kau kan Jah? Hihihih. Ok Ok tak nak melencong ke seberang opss ke lain dalam entry kali ni. Yeah , aku akan ke Terengganu for a few days and bukan sebab ini musim cuti sekolah. Dalam hidup aku sepanjang 16 tahun ni kan , memang susah nak pergi holiday time musim cuti sekolah. Ok enough.

Well , tujuan utama kitaorang ke Terengganu sebab kakak aku convo di sana. I thought dekat Shah Alam khen , senang sikit. Ni dekat nun jauh di Terengganu. Mak aihh , memang jauh meh. Tak boleh lah seluruh pelosok family nak huha huha nak join kan? Mana yang tak busy je lah pergi. Aku of course tak busy khen? Ekekeke. Lama jugak kali ni kami semua pergi , dalam 6 hari 5 malam gitu. Doakan perjalanan kami ye kawan-kawan :) Yelah , sekarang ni musim hujan , memang lah a bit risau jugak + memang for sure kalau dalam perjalanan tu hujan , mesti sejuk gilaaa. Tapi harap-harap biar cuaca elok dan molek :D InsyaAllah.

Sepatut nya kan , this Thursday , I'm gonna fly to Medan with my bff and her family. Hehehe , well biasalah macam mana bijak dan cantik pun kita rencanakan , tuhan yang tentukan segala nya kan? Well , banyak reason sebab musabab nya. Firstly , yeah because I've just knowing about my sis date of convocation , which is same date lah kan? Jadi tak kan lah aku nak feeling diva lupakan kakak terchinta nak konvo kan? Heyy , nak kena tampar bertalu-talu cuba kau tak datang , sentap sampai bila-bila okeh? *nangis* Heheh , so aku dengan rela hati memilih untuk family come's first. Aku batalkan tiket penerbangan and aku batalkan trip with my BFF , Dee. I'm sorry Dee , I'm sure , we still have another chances to lepak-ing , borak-ing and doing some crazy thing's aite? Don't be sad k? Hehehe.

Jadi , now I'm a bit excited for my sister convocation. I hope everything gonna be well dan aku benar-benar berharap , dekat sana masih mampu untuk online. Wallawehh , motif sangat kau kan? And for sure , I want to snap more picture at Terengganu. Bukan gambar aku muncung mulut pipi boolat ke hape , tapi keadaan sekeliling. Aku harap sangat cuaca cerah dan aku berkesempatan untuk snap the picture. Hehehehe.

Ok , aku dah tak ada benda lagi nak update. HAHA , mungkin tak berkesempatan untuk update banyak-banyak but yeah , akan ku cuba gitu. Eceh , one and lastly ... don't miss me ya? Ngahahahahaha. :D

Bila Makan Cokelat ...


sumber : kedai pakcik google.

Bila makan cokelat tu , tak payah fikir pasal gemuk , tak payah fikir pasal diet.

Bila makan cokelat tu , tak payah fikir apa-apa masalah.

Bila makan cokelat tu , tak kisah makan dengan comot ke comel.

Bila makan cokelat tu , tak kisah orang cakap benda tu menggemukkan badan atau apa sahaja.

Bila makan cokelat tu , tak kisah mahal ke murah mesti sedap.

Bila makan cokelat tu , makan ramai-ramai macam lagi syok kan.

Bila makan cokelat tu , memang best.

Bila makan cokelat tu , mesti terus teringat dekat belog Bunga dan Cokelat. Hehehe.

Sekadar menulis selepas baru sahaja memakan coklat dairy milk yang sungguh lazat yang dah lama tak telan sampai pitam.Erk! Memang betul makan cokelat memang terasa sangat seronok , terasa macam terimbas segala kenangan zaman kanak-kanak riang. Aku still ingat bila zaman kanak-kanak dulu , Umi selalu potong kecil-kecil cokelat dairy milk yang satu bar besar tu lepas tu letak dalam satu bekas tupperware. Lepas tu habis comot mulut masing-masing kan? OMG , seriyes aku tiba-tiba rasa nak menangis , teringat zaman kanak-kanak riang dulu tu -__-' How I miss damn much my old times , my kids laughter time ;)

Yeap , dengan makan cokelat , aiskerim , aku tak nafikan memang segala masalah yang bertimbun-timbun macam kertas kerja atas meja tu akan hilang serta merta. Tapi masalah akan datang balik bila dah perasan cokelat dengan aiskerim dah habis -__-' Terus kata charutanz keluar dari mulut bertubi-tubi kan. Aiseh. T_T



kita akan rindu pada mereka apabila mereka telah jauh tinggalkan kita kan?
hargai mereka ketika mereka masih disisi :)
*hugs*

Nombor Cantik tapi Bukan Nombor Bertuah.

Hiks. Kekdahnya semalam aku macam susah jugak nak tidur , akibat nya macam-macam benda aku buat. Segala jenis belog aku baca sampaikan mata aku tehtap lah payah nak lelap ok? Aiyark! At the end , aku tengok belog aku sendiri baca entry lama-lama sambil ketawa berdekeh-dekeh macam lah lawak sangat yang aku tulis tu kan -__-'

Lepas tu scrool down sampai mata aku naik juling and baca benda sama , gila ke hape entah malam tadi. Aku pun tak tahu. Jadi terperasan something. Number dia quite nice and beautiful Maria..eh eh tiba-tiba.. sila tengok gambar di bawah tu ye.. hehehehe..

*

*

*

*

*

*

*

*

opss sorry kena scroll down..ngeh3x.


Haaa ... nampak tak nombor itu? Kini sudah bernyawa selama 2 months , 2 weeks and 2 days gituh. Aku pun nama je letak benda alah ni , tapi tak ada lah tengok benda ni je memanjang. Ekekek. Tapi yeah , number dia sangat cantik but bukan nombor bertuah pun kan?Ngeh3x.Eh apa tiba-tiba merapu meraban nombor bertuah ke hape kan? Hiks. Itu lah kan , syok menulis mengupdate hari-hari rupa-rupanya dah menjejak usia 2 bulan dah kan Cherita Emo-Temo ni. Hiks. Ok , hari ni nak ngapdet sampai pitam sebelum pergi cuti-cuti Malaysia gituh...


Coretan Tak Ringkas Tak Panjang.

Sepanjang minggu lepas , banyak perkara berlaku. Baik dan buruk silih berganti tak berhenti. Minggu lepas boleh di katakan minggu yang ada suka dan duka nya , ada buruk dan baik nya , ada senyum dan tangis nya ... semua nya ada. Episod kehidupan yang tak pernah habis , episod kehidupan yang tak tahu bila pangkal hujung nya. Entah kenapa aku sekarang terasa hendak buat entry sendu emo-temo aku yang dah lama tak buat setelah selalu buat entry charutz je kan? Macam syok pulak dengar lagu Whitney Houston - I look to YOU dengan lagu When I look at You - Miley Cyrus ni. Aiseh.Kepala otak tengah tak betul ni baik layan kan aje , tapi seriyesli lagu dedua tu memang sedap untuk didengari gitu.Wah Wah Wah...

Ada banyak entry yang telah aku draftkan dalam microsoft word ni.Tunggu masa dan ketika aku nak publish je lah ye.Jangan boring muntah pulak ye?Heheheh.Well , sekarang ni nak cherita yang mana dulu pun tak tahu.Tapi memang banyak betul benda yang jadi , some of story like pergi menonton preview movie semua tu , aku dah tulis awal-awal. Tengah mood kan?Harus publish awal-awal. Kang publish lambat , haruslah ayat pun ringkas je kan? Hahahah , terus orang tak ada feel nak baca. Ekekeke.

Aku nak update , tapi aku tak tahu nak tulis. Before this , bila laptop tak ada disamping aku , hampir saban malam sebelum tidur , mencurah-curah idea bagai durian jatuh ke tanah.Eh boleh ke perumpamaan macam tu?Heh Heh Heh , boleh lah tu. Sekarang , bila laptop dah depan mata , bila dah boleh update belog , bila dah itu ini , terus otak aku terhenti , tapi bukan bermaksud lembap pulak.Korang kang speku macam-macam pulak.Ish Ish Ish.

Btw , nak tulis something , tapi idea macam hilang dengan tiba-tiba.Aiyark! Tak apalah , esok-esok je lah aku update lagi , tak suka menulis macam ni. Tapi kan ada je benda nak update , tapi macam malas nak kecoh sekarang.Tunggu nanti-nanti lah aku update ye ;)

Sunday, November 28, 2010

Banyak Cherita.


Salam and Hello. Sekadar tulisan ringkas dan sekadar mahu tulis yang penting sahaja.Banyak benda hendak di tulis.Banyak benda hendak di beritahu disini.Eceh , gaya macam penting saja kan?Tapi masa terlalu suntuk.Banyak benda berlaku , banyak benda nak kena selesaikan sampai kepala pun dah pening tak tahu nak buat mana dulu.


Btw , kalau korang perasan , aku dah open to everyone , belog for contest which is my old blog yang memang dah tak guna pun dan kebetulan aku memang perlukan belog lain untuk aku join contest-contest yang banyak sangat dan heh heh heh semua pasal hadiah dia menarik. Tak salah kan nak join semua , kalah menang , itu adatlah kan :D Tak tahu nak tulis apa and and , nanti nanti lah aku tulis lagi. ;)

Saturday, November 27, 2010

Itu dan Ini

Halo Halo Halo Halo. Perghh , punya lah payah nak masuk belog ni kan?Nak update pun payah. Banyak lah jugak benda nak cherita , banyak lah jugak gambar yang nak di tepek dekat sini , tapi yelah laptop aku pun tak ada dekat aku sekarang. Ni pun tengah pinjam laptop kakak aku.Tak kan lah nak menggedik nak pinjam laptop orang lelama kot kan?Heh. Btw , sangat sedih melihat UV yang sudah sikit semakin sedikit. Adeh.

Apa-apa pun tq kepada yang still belogwaking dekat belog picisan aku ni kan.Sorry tak ada masa nak balas kunjungan tu.Bukan tak nak , bukan tak mahu.Tapi ketiadaan laptop sendiri buat aku bertambah lah payah nak buat semua tu :( Aku cuma sempat tinjau belog sendiri kejap kejap je. Ni pun kejap je aku dapat masuk sini.Next week nak pergi cuti-cuti Malaysia pulak :( Lagilah payah nak update semua kan? Nangis sgt! Aiseh....

Thursday, November 25, 2010

Mesti Tonton : Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Preview : Hantu Kak Limah Balik Kampung

Date : 23 November 2010

Place : TGV WangsaWalk

Salam and Hello. Pheww , setelah beberapa hari after preview baru aku dapat kesempatan nak tulis pasal preview movie ni.Kalau baca entry before this ,aku ada cakapkan aku ada pergi preview filem yang aku mula-mula sendiri pun tak tahu.Aku pergi pun sebab kawan aku ajak join dia yang kebetulan nya dekat dengan rumah aku.Even tu lepas Maghrib , so sempat lah aku pergi sembahyang semua before pergi tu semua kan.Hehe. Ok , Preview Movie yang aku tengok , Hantu Kak Limah Balik Rumah by Mamat Khalid. Movie ni akan di tayangkan di seluruh pawagam pada 9 December ini.

This is my first time attending majlis macam ni khen?Haruslah aku tak tipu aku cakap aku jakun tengok semua wartawan hiburan , tengok pelakon sana sini , tengok pengarah filem sana sini and tengok pemain badminton pun ada jugak.Eh? Haha. Itu last sekali aku cherita k? Now aku nak cherita pasal movie ni. So , kekdahnya , aku pergi after Maghrib then jumpa kawan aku dekat WangsaWalk Mall , then terus naik pergi dekat tingkat atas bhgn TGV.Nak pergi daftar dan dinner free katanya.Muahaha , ai kan suka free-free ni? *lempang*

before masuk dinner , aku harus berposing. credit to my friend : cik kekure.


keadaan sebelum masuk ke panggung /dinner gituh.

Sempat jumpa seorang lagi kawan aku , yang baru first time berjumpa gitu.Tapi tak sempat borak lama. Heheh , tak apa lah Ieja , next time kita jumpa dkt mana-mana k? Hehe. Then lepas dah makan semua , baru masuk panggung , dalam pukul 8.15 aku rasa.Ok dapat Hall 1 , yang depan aku semua wartawan hiburan dengan retis-retis gitu.Maaf jika tulisan aku jakun. Baru first time pergi benda-benda macam ni.Next year dah tak boleh nak feeling jumpa retis segala kan?Sila jadi budak skema balik okeh?Miahahaha. Then biasa lah , aku kan suka amik gambar. Tapi kamera henpon buat hal. Seriyes bengang.Ai baru feeling nak amik gambar Farid Kamil dari jauh kan?What?? Sejak bila aku minat Farid Kamil? Muahahaha. Sudehh.


sesi pendaftaran. aku daftar aku as blogger :) karpet merah yu..tapi lantai dia nangis ai tgk okeh? *petir*

depan aku semua media hiburan gituh.selalu baca soseh soseh dorang kan? now jumpa depan mata gituh.hehehe. kalau nampak , sorry tergelap pulak gmbr ni , depan tu ada Afdlin Shauki , depan tu lagi pakai topi putih , Farid Kamil.

Jadi dah masuk ke dalam hall dalam pukul 8.15 , pukul 9 something baru start tengok movie tu.Mula-mula nak tunggu retis-retis masuk , orang lain masuk.Lepas tu Dollah Chantekkk jadi pengacara gituh , then Mamat Khalid bagi ucapan semua.Memang dalam pukul 9 something baru movie start. Ok , seriyesli , aku tak pernah tahu pun ada movie tajuk ni.Aku ingat cherita hantu seram jembalang ke hape.Memang sah-sah aku tak akan pergi biarlah Brad Pitt yang ada dalam panggung tu okeh?Heh heh. Tapi sebab kawan aku cakap , cerita lucu.Sambungan Zombie Kampung Pisang.Again : Sambungan Zombie Kampung Pisang , so tak kan lah cherita seram ala-ala ada jembalang belakang pondok ke kan? *motif aku duk sebut jembalang je kan?Erk!*

Joe Lee pun hade , wartawan hiburan lain pun hade. Huhuh.


snap snap before tengok wayang.

Anyway , overall aku boleh kata movie ni WAJIB di tonton bagi mereka yang nak hilangkan stress dan tekanan macam aku ni ha.Memang kelakar dan memang lucu.Gelak sepanjang masa dan setiap waktu.Sampai berair air mata aku.Seriyes wehh , aku tak berhenti gelak.Dah lah time tu tengah batuk , mujur dah bawak air suam panas siap-siap.Memang aku gelak je kerja. Tapi dalam kelucuan , ada jugak part sedih sikit lah.Sikit je.Tapi memang seronok cherita ni.Memang satu panggung gelak je yang aku dengar.Aku tak payah cakap lah memang gelak habis habisan punya lah! Matilah kalau orang sebelah kanan aku bengang.Hahah. Ampun ye kak! Ekekeke.



sebelum movie start.

InsyaAllah 9 Dec ni aku nak pergi tengok lagi.Aku tak rasa rugi langsung if tengok lagi even dah dapat tengok free kan?Hehehe. Memang berbaloi. Aku memang gelak je kerja.Banyak part lawak dia , ada jugak pesanan terakhir dia yang aku rasa , erm betul jugak.Hehehehe. Seriyes aku seronok tengok movie ni.Sangat kelakar dan lucu sangat-sangat.Memang tak ada langsung part yang aku patut kata takut ke .. berhantu ke.. tapi ada lah jugak kot? Hahaha. Apa-apa pun korang jangan lupa pergi ke panggung yang berhampiran dengan korang untuk gelak sampai pitam macam aku.Ekekeke.Ok ini pandangan aku lah ye. Tak tahu korang macam mana pulak.Huhuh.




Btw , lepas habis je menonton movie tu , apa lagi terus keluar panggung lah.Tak nak ah tengok press conference , lama pulak meh.Dah pukul 11.15 dah time tu.Mahu pukul 12 tgh malam balik , menangis mak ai. Jadi sempat lah tengok retis sana sini kan.Tapi ai cuma amik gambar dengan Roslin Hashim sajork.Eh eh dia pun ada? Hehehe, entah ai tengok dia ada je.Ai pun mintak nak bergambar kan?Haruslah , siap suruh kirim salam dekat pemain badminton Malaysia yang lain voleyh? Miahahaha , voleyh aje ok? Hahah. Then dalam pukul 11.30 terus balik.Sebab parent ai dah tunggu dekat luar Wangsa Walk. Huhuh.

tq Cik Kekure yang sudi ajak ai ke sini. Nanti ajak lagi ye.Opss.

Oh ya , lupa nak cakap , biasalah kan kalau pergi Preview macam ni , siap dapat goodie bag lah kan?Hehehe. Best jugak isi-isi dalam tu.Ada T-Shirt lagi uols.Harus terus ai pakai kan?Hahah. Selamat bukan corak hantu ke hape. Kalau tak , cuak nak pakai.Muahaha.Apa yang boleh ai cakap , movie ni memang best , kelakar , fun dan sangat lawak.Air mata ai pada malam itu bukan sebab cherita itu sedih tapi sebab cherita itu sangat kelakar okeh.So , jangan lupa serbu pawagam 9 December nanti ye?

googdie beg , dapat poster , t-shirt.



ini lah rupa t-shirt nya. tepi tu poster yang ala-ala aku dapat.



eh eh , gambar dekat atas ni apa pulak? hehehe , ok tq so much to my dearie Cik Kekure yang beberapa minggu lepas baru balik from Vietnam.Jadi gambar di atas itu ialah , fridge magnet from Vietnam gitu.TQ so much ye.Happy Belated Birthday jugak untuk beliau.May Allah bless you always and may all your wish and dream come true ye? Hugs!



nota kaki : moral of the movie yg sikit-sikit ai dapat : if kita selalu igt dia , maka dia akan selalu dtg pada kita. :)


Wednesday, November 24, 2010

Lumrah Manusia.

Kau sentiasa hendak yang cantik dan kacak , padahal kau pun biasa-biasa saja.

Kau sentiasa hendak yang bijak dan hina yang bodoh , padahal kau pun bukan bijak tahap langit.

Kau sentiasa suka mengeji dan mengutuk kelemahan , keburukan orang , padahal kau punya kelemahan dan keburukan di sana sini , tapi buta tak nampak.Nampak orang lain punya saja.

Kau sentiasa suka menyindir orang sesuka hati macam orang lain tiada perasaan , padahal kalau orang sindir kau sikit , melenting sampai ajak satu geng kau suruh sindir balik L-O-S-E-R lah kau.

Kau sentiasa nak menyibuk hal orang suka hati cakap itu ini , padahal kau nak dapat benda yang macam aku dapat pun belum tentu kan?

Kau sentiasa nampak buruk dan hodoh perangai orang lain , padahal kau sana sini lagi banyak lagi hodoh dengan buruk perangai kau kan? Tak pernah nak insaf.

Kau kalau tak sibuk , menyibuk , mengeji , mengutuk aku tak boleh ke?


Well , hal di atas ini aku tulis bukan cakap pasal kau. Tapi kalau kau terasa jugak , aku tak boleh nak tolonglah.Sah-Sah kau pun 2x5 je kan?Ok , aku pun tulis untuk ingat kan diri aku jugak.Lumrah manusia , semut tepi rumah jiran depan nampak kan?Gajah dalam bilik tak nampak pulak kan?Aku tak cakap sesiapa pun.Tapi , well lumrah manusia.Huhu.

Now aku tengah guna laptop kakak aku.Laptop aku orang lain pinjam.Entah bila nak dapat , tak sure.Jadi mungkin esok lusa susah nak update lagi.Setakat nak tinjau-tinjau 10-15 minit tu boleh lah.Tapi kalau nak belogwaking semua ni , maaf ye kengkawan.Memang tak cukup masa.

Btw ,semalam pergi preview movie Hantu Kak Limah Balik Rumah dekat Wangsa Walk. Tak sempat amik gambar banyak.Tapi memang ramai artis datang katanya.Feeling sangat nak amik gambar dengan Parid Kamil..tapi dia keluar awal pulak time tengok wayang tu.Heh , saja lah tu khen?But it's ok.Haha. Nanti lah aku buat review pasal Preview Hantu Kak Limah Balik Rumah dekat sini :) Really have fun semalam :) Nnt lah aku buat review dalam satu entry lain k. TQ kepada semua yang still singgah menyinggah belog aku ni.Maybe tak akan ada entry dalam esok lusa ni.Lagipun aku tengah batuk tak berhenti ni.Tak larat sangat -__-' So bye semua. Nanti bila aku dah dapat balik laptop aku , aku singgah balik belog korang k :)


nota kaki : menyampah dengan certain people yang tak habis-habis tak puas hati dengan apa yang kita dapat.
Kau tak dapat , kau diam sudah.Tak payah kecoh tak kisah semua ok?
Tsssk.


Tuesday, November 23, 2010

Bila aku DILEMMA. Tak Tipu. Tolong aku.

Salam and Hallo! Yups! Memang aku dalam dilemma kejap nih. Heh Heh Heh. Aku harap korang tak lempang aku lepas tahu apa kisah dilemma aku ini.Ekekeke.Actually pasal belog lah.Kalau hal personal aku , kirim salam chenta awal-awal aku nak bagitahu sini kan?Kecuali kalau dah terdesak gitu?Voleyhhh? Ekekekek. Sebenarnya sejak dua menjak ni , means bila dah start school holiday ni aku dapati , aku macam ketagih nak masuk contest.Tak tahu kenapa.Dah banyak gila aku nak join.Tapi ada satu benda yang buat aku duk fikir-fikir kan.Hehehe.Apakah?

Hmmm , pasti nya sebab aku tak suka actually campurkan belog tulisan merapu mencharutz aku disatukan bersama dengan contest-contest aku.Takut orang tak sempat nak baca , aku duk sibuk update hal aku nak masuk contest kan?Hehehe.Yelah , sebab aku ada follow beberapa belog yang suka join contest , bertambahlah aku teruja nak join.Bukan nak menang , cuma macam seronok je join.Menang dan Kalah tu , kalau ada rezeki ada lah kan?Kalau tak ada nak buat macam mana.Ekekeke.Ai selalu redha bab bab menang kalah ni.Ekekeke.

So masalah nya sekarang is , as you know aku pernah ada satu belog sebelum ni.But I've closed it because some reason yang tak boleh nak bagitahu sini.Eceh nak gempak aje explanation kau kan Jah?Ekekeke.Tapi aku tak delete lagi belog tu.Just closed for privately and isi-isi chenta kenangan lalu pun aku still tak padam apa pun lagi.It took's time for me to delete all that yang memang leceh remeh ok?Aiyark!Lagipun macam sayang gila nak buang semua tu kan?Tapi Tapi Tapi ... aku tiba-tiba terfikir... why not aku bukak balik belog tu and guna as CONTEST BLOG? Khen? Macam syok je kan? Aku rasa macam patut je bukak tapi sayang nak buang semua , sebab sometimes bila aku edit layout belog ke semua , aku selalu refer dekat situ untuk some codes yang aku selalu lupa nak cari dekat mana -__-'

Jadi korang rasa patut tak patut aku bukak belog lama aku tu just for contest? Hmm...

And one more thing. Semalam if korang follow belog Mama Zharfan sure tahu pasal entry hangat beliau yang contest yang dia sertai telah di copycat some other's bloggers.Memang jadi topic panas lah semalam.Kesian dekat Mama Zharfan sebab dia punya lah jenuh nak mencari idea , senang-senang pulak orang copycat kan?Tapi mujur bloggers tu dah minta maaf secara terbuka.

Jadi kekdahnya , kebetulan aku memang tengah buntu something about CopyRight dekat all picture's yang aku selalu snap ni.If gambar awan semua ni tak kisah lah kot.But still aku punya gambar tu kan?Tambah siap edit sana sini dengan gigih nya biarlah ia nya sangat buruks -.- Heh.Tak kisah hal chantek buruks tu kan?Keh3x.Jadi aku punya masalah is , pergh banyak betul masalah budak ni kan? *lempang* aku perasan aku punya watermark macam err cmne nak cakap ek...ai mean..aku tengok semua orang punya watermak macam best je meh.Semua cantik cun dan sama waktu dengan nya.Berbanding dengan aku punya memang lah..aiseh susah nak cakap.Aku punya sometimes macam terlalu besar.Sometimes terlalu kecik.Adeh.Sometimes macam aku pun tak tahu jadi apa.

Jadi aku nak tanya pendapat korang semua kekdahnya.Heheheh. Dekat bawah tu ... aku ada letak 3 same pictures with different wattermark yang gunakan font lain-lain.Jadi nak suruh kornag pilih ... which one yang lagi ok? Perlu besarkan or just kasi sama je saiz? Ke macam mana? Seriyesli lepas kes Mama Zharfan , I know I'm should be allerts now for protecting my picture (terutama gambar shomel gojesaku lah kan? miahaha) lah kan? So So So , please help me guys and give me some advice k?

01 if you like this.


02 if you like this

03 if you like this.

Oh yes , sila zoomkan gambar tu ye untuk pilih which one watermark yang sesuai untuk aku letak dalam belog picisan aku ni.Seriyes aku nak lindung betul-betul kan gambar aku semua.Yelah sekarang macam-macam kes.And after dah zoom tu , jangan lupa tinggalkan komen dekat sini dan bagitahu korang pilih yang mana :) And and and , kalau ada advice lain , dipersilakan :) I'm appreciated your advices :) Thx ye kawan-kawan :)

Monday, November 22, 2010

Thinking of YOU ?


sumber : cik GOOGLE.

Halo!Halo! Ok macam semua tahu , sekarang bermula lah musim cuti sekolah.Bermakna bermacam-macam jenis rancangan tengah berpusing , bermain dan berpening? erk! dalam kepala otak aku.Macam-macam benda nak buat during this holiday.

Banyak betul benda nak buat sampai kepala otak aku susah nak cerna elok-elok ni.Entah kenapa aku rasa macam tempoh cuti kali ni macam a bit pendek ?? Heh , heh , kau jangan nak demand Jah *petir*. Btw bukan nak mengomen pasal berapa lamakah tempoh bercuti?Pendek kah , panjangkah? Bukan itu. Tapi pasal benda lain. Pasal macam-macam aktiviti yang menarik tertarik kau memang da booommmm opocots telah aku rencanakan.Tak ada pun rancang , tapi yelah aku pun bila fikir balik macam pening pulak dengan rancangan aku yang macam-macam.

Target untuk cuti ni , aku nak study.Heh , skema kah daku?Well , macam banyak benda kena belajar korek opss balik lagi.Tahun depan nak SPM , tak kan nak main-main je lah kerja aku kan?Udah lah tahun ni macam banyak benda terlepas , it's ok.Forget the past , think the future.Tak gitu uolsss? Jawab je gitu jugak! Haha. Kowser sangatkan duk memaksa orang?Heh heh.

Selain tu , banyak pulak GA yang menarik untuk aku join kan?Aiseh , sejak bilakah aku ketagih nak join GA-GA ni kan?Heheh.Mungkin sebab banyak masa terluang pagi-petang-malam kan?Tu yang macam gigih padahal nak menang jugak?opss sangat kan?Aiseh , tengok lah yang mana sempat , aku buat.Seronok jugak kan join contest-contest ni.Hihihi. Oh btw , this week nak cuba lunaskan beberapa perkara yang dah elok di rencanakan di dalam kepala otak ni.I'm try my best gituh.Keh3x. Oh yes one more thing ... TO ALL SPM CANDIDATES di seluruh MALAYSIA , Best Of Luck to all of you! I know you can do it :D Tiba-tiba aku pulak yang terasa getar debar di dada ni kan?Moga-moga next year aku mampu buat yang terbaik.InsyaAllah :) Doa kan untuk aku jugak ye kawan-kawan blog :D



nota kaki : endahkan apa sahaja yang aku tulis dalam status fb andai kamu berkawan dengan saya di sana.
i'm a human being , saya ada perasaan marah , suka gembira dan juga selain itu.
sekadar meluahkan rasa tatkala boring meluahkan di twitter :)
thx semua yang caring and concern :D

:: You Are Sweet Blogger Like Candy ::


HALO!

Tadi , tengah tengok chatbox , then Harnani cakap , dia ada nak kasi Awards dekat aku.

Aku terus terjah belog shomel beliau :)

Then ada beberapa syarat yang perlu di patuhi :)

Ok , I'm a bit confused about this , sebab dia cakap Awards tapi GA.Heheh. Aku tak kisah lah.

Btw , thanks ye darling sbb sudi kasi :)

Oh untuk hal lanjut sila masuk SINI.


Ohh , kena TAG 5 rakan.






So rasanya , dah lengkap syarat-syarat nya :D



nota kaki : psst betul tak yang ai buat tu?
ai macam a bit confused sikit hal ga/awards ni. hehe.
leh terangkan tak? hiks.

Kisah tahun lepas. Tahun ni tak best. Boleh?

Pagi tadi , aku sibuk bersihkan laptop aku dengan mendelete gambar-gambar yang tak patut ada dalam laptop aku ni. Bukan lah ada gambar lushah ke hape. Tapi banyak betul gambar-gambar yang entah apa-apa.Semua jenis gambar yang poyo gewdiks semua hade kan?Keh3x.Yelah , gambar yang baru lepas dapat penselbox baru pun sibuk nak amik gambar jugak kan? Harus ai nangis meratib sendu lepas tu okeh?!!

Btw, bukan nak bagitahu gambar jenis apa kah aku buang , aku benci , aku menyampah ke apa.But nak tulis benda lain. Biasalah kan , tak kira lah kan kemas bilik ke , kemas laptop sekalipun mesti terjumpa barang-barang kenangan lalu mengusik menghimpit kalbu kan? Kekdahnya terjumpa gambar-gambar ketika menonton teater Natrah last year. Dekat belog lama aku dah pernah cherita berapa teruja nya aku pergi because itu kali pertama aku menonton teater. Hehehe. Seronok jugak rupa nya bila menonton teater kan?Sebab tengok pelakon tu berlakon live and dapat rasa feeling-feeling itu khen? Hiks!

Last year aku pergi tonton teater Natrah with geng penkelab Remy Ishak and my BFF , Dee. Memang sangat seronok sangat khen?Haruslah seronok uols , dapat tengok live Remy Ishak. heh , sebenarnya aku ni pengasas penkelab remy sahak secara tak sengaja , tapi sekarang dah tak tahu apa jadi dengan penkelab tu voleyh? opss Sebab sebelum ni , nak pergi jumpa Remy Ishak time berbuka puasa bersama heols , tak dapat join , arwah cousin di CCU , memang nak kena hempuk dengan tiang lah kau ngengada nak pergi jugak kan? Hehehe. Lepas tu bila dah jumpa live , haruslah ai yang paling senyum cheria katanya.Muahahaa , kau jumpa retis memaner pun senyum cheria T_T Heh , Heh . Kira nya menonton Natrah last year tu untuk bagi sokongan padu buat Remy Ishak lah kan? Hiks :D


tengok lah wajah riang aku kan? ;P oh yes , aku pun sempat jumpa Kak Ila dekat sana sebab dia pun ahli penkelab Remy Ishak :D


Oh yes , aku jumpa Remy Ishak dekat belakang pentas dengan bantuan kakak-kakak penkelab tu ye.Ai cuma serbu je walaupun pada mula nya hampir-hampir tak dapat jumpa kan?Harus ai sentap menangis okeh? Oh tidak! Kerja nak sentap dengan retis je kau kan Jah? Haiyo! Memang seronok beramah mesra even just 5-10 minit je pun kan?Tapi tehtap akak suka kan?Haruslah berduyun banyak gambar aku amik even guna c902 kan?Heh , heh , kebetulan time tu Remy Ishak tengah popular sebab Adam Hassan kan watak utama dalam drama Nur Kasih kan? :D Memang hensem okeh and ai paling suka tengok mata dia.Uhuks Uhuks.Tapi sekarang...err ... suka jugak lah..HAHA , kijam nya stetment ai. Ngeh3x.


sempat jugak jumpa Radhi Kalid dengan err ai lupa lak nama heols ni. Ala , yang masuk Sehati Berdansa jugak tu.Ekekek.


So , sebenarnya tiket nak menonton Natrah ni aku dah tempah lama.Beberapa minggu before teater di pertontonkan. Jadi sebelum tu Umi dengan Ayah aku memang tak tahu pun lagi nak kena pergi tunaikan Haji.Lepas tu tetibe dapat pergi kan?Perghh , aku dah macam , habislah meh. Duit dah bayar , cuma tunggu nak tengok je lagi kan?Perancangan awal , ada seorang Auntie nak tolong amik dan hantar aku , which is one of penkelab Remy Ishak tu lah kan. Sebab memula aku dengan kakak aku yang nak pergi tengok.Kebetulan dah tak ada siapa nak hantar kan dan amik kan tau.Adeh.Lepas tu tetiba kakak aku pulak sakit.Jadi aku terus ajak BFF aku then ayah BFF aku pulak sudi nak tolong amik dan hantarkan aku :)

Ngee , selamat lah Umi dengan Ayah aku memahami dengan perangai anak bongsu nya yang gewdiks ni kan?Keh3x.Btw , kenapakah aku duduk bercakap hal tahun lepas?Kenapa tak bercakap hal yang berlaku hari ini?Heh , heh. Shebabbbbb... tahun lepas lagi best daripada tahun ni voleyh eventhough ada terpalit duka sana sini sikit? Heh heh. Sebenarnya bukan pasal apa.Tak lama lagi , Khamis ni , Natrah bakal di tayangkan semula di Istana Budaya.Rasanya tiket macam dah sold out. Tak tahu pulak aku.Kalau ikutkan betul-betul aku patut pergi menonton Natrah 2 this Friday.Tapi apakan daya , dah tempah tiket tapi belum bayar semua , ada hal pulak this Friday.Tak apa lah , last year dah pergi tengok pun dah rasa OK and Happy :)


kawan-kawan di alam forum :) akhir nya dapat jugak berjumpa dengan mereka :D

Well , kalau orang tanya dekat aku , macam mana dengan teater Natrah?Ok? Baguskah lakonan mereka? Bagi aku mereka berlakon OK dan aku suka je.Haha. Aku bukan lah seorang pengomen yang baik ye.Miahahaha. Sebab bagi aku as long dia boleh feel watak dah cukup ok lah tu.Muahaha.Hazab kan aku?Kesaaaah.Kekdahnya tak ada apa lagi aku nak cherita.Just nak cakap tak dapat nak tonton Natrah this year and a bit upset ,but it's ok meh.Hehehe. So kepada sesiapa yang menonton Natrah 2 , enjoy k! :D

last but not least , me and remy :D uhuk uhuks.



nota kaki : tahun lepas lupa nak amik t/tgn remy voleyh?

pfttt , berapa banyak daa kau nak amik t/tgn remy kan? -__-'



Sunday, November 21, 2010

Sebab itu adalah Aku.Bukan Engkau.

Salam and Hello. While in this time , I'm feel so weak. Entry ni dah duduk dalam draft sudha hampir 3 jam.Perghh.Banyak Tak ada lah lemah sampai nak bercakap pun lembik suara.Hehehe.Tak ada lah jugak sampai nak tekan keyboard pun sampai lemah gemalai lepas tu gedeboom jatuh.Hehe.Cuma terasa lah aura lemah sekarang.Nak buat apa-apa pun terbantut.Nak tidur kepala macam kena pijak je.Jadi aku rasa menulis is much better than I'm doing nothing. Ok , jangan suruh aku pergi makan ke , amik angin ke.Mahu jugak keluar aura Kungfu Panda aku nanti.Hehehe.

Actually , just nak bercherita hal yang santai-santai je.Kalau dah tajuk macam tu , dah semestinya pasal diri aku kan?Tak mungkin pasal aku nak review movie ke , nak bagitahu tempat makanan sedap ke hape kan?Heh Heh. Actually hal belog kesayangan aku nih lah kan? Bukan nak tukar layout , bukan nak tukar itu ini.Bukan , bukan. Dah tak larat nak buat semua tu.It took's time to changing this and that okeh?Aku ni kalau nak menukar itu ini kena lah betul-betul ada mood.Kalau tak , separuh jalan dan macam terbengkalai je lah lepas tu.Tak suka tau! To be honest , aku memang suka menulis.Menulis tu sesuatu yang memberi aku sejuta kepuasan okeh?Every person have their own ways untuk melepaskan rasa stress/tension dia kan?Jadi begitu jugak aku.


I know , ramai yang tegur aku.Kenapa rajin gila update belog just life I don't have anything to do kan?But surely aku ada.Some of my entry here I've draft into Microsoft Words dulu before I've published here.No wonder why , bersusun aku punya update setiap hari kan?Heheh. Aku tak kisah orang tegur aku hal aku terlalu rajin.But aku rasa itu bermaksud , ramai yang allert tentang belog aku dan mungkin juga ramai yang membaca belog picisan aku ni kan? *blushing* Eceh , tetibe je kau Jah.Mostly , aku tulis pasal diri aku.Memang pasal diri aku but not at all.Sometimes aku kena jugak hal certain thing sebab I do need a privacy.Tak kan kau kentut tak berhenti dari pagi sampai malam pun nak cherita sini kan?Nanti mesti orang label aku mcm ni --> Mek Jah tu , dah lah suka charutz lepas tu tak senonoh pulak ... Haaa , tak ke naya aku meh?Keh3x.


But I hope , semua orang selesa dengan gaya penulisan aku yang kadang-kadang sangat emosi di mana aku pun tak faham kenapa boleh jadi macam tu.Tapi kadang-kadang macam terlebih riang gembira macam minum terlebih Ribena pun ada jugak , riang semacam je.I know I know sometimes , aku boleh jadi terlebih charutanz if aku tengah meradang hangin kan?But it's naturally and itu adalah aku.I've wrote dekat entry mana entah.Aku seorang yang cuba untuk menjadi baik , menjadi orang yang disenangi oleh semua orang , tetapi tidak sesekali aku akan menjadi ORANG LAIN just for want's everybody comforts with me.Itu memang bukan aku.


I've always love to post some picture that I've taken dekat mana-mana je. ;)

Well , aku memang suka selitkan beberapa keping gambar yang aku amik tak kira apa-apa aje or dimana-mana contoh macam gambar di atas tu.Because to me , aku lagi senang dapat idea bila tengok gambar and yes , itu lah yang jadi panjang lebar entry aku.Macam sekarang nih. -__-' And, aku tahu even sometimes aku amik gambar tak cantik and tak pro like's any other photographer.But to me apa yang penting is aku suka amik gambar dan suka share dekat sini dan suka hati aku lah.Hep Hep Hep Hep. Muahahahah.Jadi aku memang akan kongsi apa sahaja yang menarik di mata aku and yeah aku harap tak ada yang bosan.Muahahaha. Yelah kan , asyik-asyik gambar awan .. asyik-asyik gambar langit. Heh heh. Nak buat macam mana meh , dah benda tu nampak cantik.Naturally beauty , for sure , I'm sharing here :D Ngehehe.

Apa lagi nak tulis?Derhhh , blur kejap. Apa yang penting dekat sini aku memang jadi diri aku.Aku tulis apa sahaja yang aku selesa untuk kongsi bersama dengan korang.Well , bukan mudah untuk menulis secara open dan bebas.Tak semua orang boleh cerna dengan baik apa yang kita tulis.Because , apa yang kita tulis sudah semestinya tak akan sama dengan apa yang kita tuturkan.Oh senang cherita is , bila kita tulis , mungkin ia sedikit kasar dan main-main tapi bila kita tuturkan sendiri , bukan macam tu.Tak faham?Buat-buat faham boleh tak uols? Heh heh.Jom layanz gambar jap. Aku pun dah blur tak tahu nak tulis apa dah ni T_T




Yeah , sometimes I used to post some gediks picture bukan sebab nak perhatian popular okeh?There's some way lah meh kalau kau nak popular cepat.Oh yes cakap hal popular kan.Aku menulis blog dan suruh orang follow belog aku bukan sebab nak suruh orang akan cakap , ohh popular nya kamu.NOPE. Tapi aku sebenarnya lagi suka nak keep in touch dengan mereka dan kamu.Mana lah tahu , kot kot kamu belajar sekali dengan sekolah saya?Kamu duduk berhampiran dengan kawasan rumah saya , jadi boleh lah aku tegur kau kau tegur aku.Eh pelik je ayat?Haha. Mostly sebab nak keep in touch.Tak ada pun nak popular ke hape.Banyak lagi cara lain. Kau masuk Mari Menari dengan Atok kau pun dah boleh popular.Kau masuk mentor muka kau cun suara macam itik pun boleh popular jugak.And to me tiada istilah mahu popular disini.Cuma mahu menulis untuk hilangkan rasa boring yang tak pernah henti.Citt.

Btw , apa yang aku nak huraikan disini is , aku sekadar menjadi diri aku.Maaf andai ada yang kurang selesa dengan gaya penulisan aku yang a bit overdose emo-temo , charutanz dan apa-apa sahaja.Aku memang jadi diri aku je lah.Tak nak jadi orang lain.Lagi satu hal. Aku seriyesli tak pernah kisah if sesape pun nak baca belog aku.But please and please , kau tak perlu lah bila jumpa aku macam cakap balik apa yang aku isi.Well , I'm seriyesli senyap je kalau kau tulis apa-apa yang mengarut karut khurafat ke hape.But when bila aku tulis mencharutz sikit mula lah kau nak bagitahu kecoh-kecoh depan mak ayah aku.Aku tak kisah tapi bila kau buat macam tu , memang tak teragak-agak aku nak tampar sikit mulut kau suruh diam sikit.Nak jaga kain orang, sila jangan over sangat sampai mak ayah aku pun kau nak bagitahu.Aku menyampah betul bila ada orang-orang yang macam ni.Terutama nya yang ada kaitan dan selalu jumpa-jumpa dengan mak ayah aku lah kan.Tak kan kau dekat New Zealand , sepanjang hidup tak pernah jumpa aku , aku sindir dekat kau kot T_T Aiseh. Tak nak lah maki hamun orang.But too much people are really make me feel's want to slap their mouth ok?

Ok fine tak nak merapu dah.Tak nak memaki hamun dah.Cukup setakat ini. pergh malu kejap tersalah kasik tahu hal di fb tadi.wakakaka.ok ok, wat bodoh je.miahahaha So apa yang penting is , if you have read my blog , sila lah komen. Tak perlu malu-malu.Kalau yang SR tu tak kisah siapa pun , tak perlu lah nak kecoh-kecoh dekat mak ayah aku. Tak kira kisah kelakar , sedih , stress aku sekalipun.Sebab aku menulis belog bukan sebab nak suruh kau report dekat mak ayah aku.Aku tulis sebab ini sekadar mengisi masa lapang aku.Please understand that. Hailah , kalau tak faham jugak.Jangan marah kalau aku betul-betul tampar mulut kau suruh diam yerk? Tsssk! Ok , Ok , kepala dah makin berat.Aku perlu tidur dan makan ubat sekarang. TQ semua sebab sudi baca panjang lebar macam ni :)


tq kepada kamu .. kamu dan kamu yang terus "knock knock" belog picisan saya. ;)

nota kaki : thank you kepada semua yang sudi membaca tulisan saya yang merapu merepek ini.

you're really my strength untuk saya lebih banyak menulis :)

harap semua boleh keep in touch ye :D




Seriyus TERKEJUT dan TAKUT.

Salam and Hello. Nak cherita pasal kejadian pagi semalam. Kira nya macam tengah malam jugak lah. Semalam after aku tulis entry sedih , emo , geram dan bengang aku pasal kekalahan Malaysia itu , aku pun terus tidur. Dalam 12.30 tgh malam atau 1 pagi. Aku lupa kejap.Tak sure sangat. Aku tidur dekat bahagian bawah rumah. Which is dekat area yang wireless aku berdezupp laju macam apa je. Heh Heh. Berani gila tidur sorg-sorg dekat bawah semalam. Tapi mengantuk punya pasal aku dah tak heran nak tidur dekat mana. Heh heh heh.


Jadi kekdahnya dah syok tidur semua.Tiba-tiba aku batuk. Batuk biasa tu je lah. Aku okay je lah lagi.Then tiba-tiba aku rasa macam susah nak bernafas ikut hidung.Rasa macam ada keluar something ikut hidung.Cepat-cepatlah aku check dekat hidung aku takut tayik hidung tersumbat ke hape kan.Tapi tak ada pape.Lepas tu tiba-tiba tekak pulak makin perit.Melompat kejap aku dari lena. Huwaaa , sangat terkejut okeh?Mahu nya aku tak terkejut meh.Dah lah sorang-sorang dekat bawah.Dah lah tiba-tiba macam tak boleh bernafas. Perghh , adakah sebab aku banyak mencharutz semalam lalu tuhan memberi aku balasan? Oh insaf meh. Jadi jangan terkejut kalau ayat aku sopan lepas nih -__-'


Seriyes aku tak tahu kenapa.Tapi yang syok nya , boleh pulak aku tak pergi ketuk jerit panggil mak ayah aku dekat dalam bilik ke hape.Syok sensorang duk tarik turun nafas. Pergh. Memang lah tadi lepas bagitahu nenek aku , dia bebel. Siap cakap , kang kalau kejung sensorang kat bawah tu macam mana -__-' Ye nek , saya tahu saya salah. Heh , lepas tu memang tak tidur sangat nak pejam celik pun cuak meh. Adeh. Lepas tu Umi aku lak cakap , maybe sebab aku tidur dengan kipas yang pusing err yang err cmne ek.Bukan yang kipas tergantung dekat siling tu.Hehe , paham-paham sendiri lah ye. Mungkin tu jugak yang aku jadi seram sejuk semua. Adeh.


Then , lepas tu tertidur jugak akhir nya.Bangun-bangun tidur perit jugak lah tekak.Adeh.Badan memang sejuk tak payah cherita lah kan?Lepas tu macam nak demam pulak.Aiseh. Selamat lah sekarang tengah musim cuti sekolah kan?Huhuhuh.Tapi mungkin jugak nak demam semua ni sebab macam tengah musim hujan panas tak kira masa kan?Huhuh.Jadi aku sendiri pun tak tahu kenapa.Tapi harap-harap okay lah kot lepas ni.Fuhh , seriyus ai cuak okeh. Terus insaf ni meh T___T




My BlingBling Selipar ... mengerlip sepanjang masa. Heh Heh. Oh gambar tak ada kena mengena langsung-langsung dengan STORY okeh? Hmmm...

Saturday, November 20, 2010

Kechiwa. Sangat kechiwa. Tapi tetap ada sepalit BANGGA.

I'm sorry if this entry could be EMOTION entry. Well yes , baru je usai menonton perlawanan hebat di antara Koo Kien Keat / Tan Boon Heong vs Markis Kido / Herwan Setiawan. Perlawanan yang membuatkan aku sering bertepuk tangan sampai sakit merah-merah dan kadangkala sering ditegur oleh nenek kesayangan saya untuk hentikan kata-kata charutanz akibat marah dengan taktik kotor pihak lawan. Ok , aku bangga melihat KKK/TBH bermain dengan sangat elok dan penuh semangat. Tak boleh nafi hal itu.Memang diorang penuh bersemangat cuma bila di saat akhir mereka seperti letih.


Sebenarnya aku cukupmseronok tengok game kali ni.Dah lama tak tengok game badminton semenjak terasa macam tak tahu apa-apa langsung tentang perlawanan yang disiarkan di televisyen berbayar itu.Boleh? Ok , ok bukan mahu komen hal itu meh. Tapi aku geram jugak with certain thing's yang happen dalam game tadi. Ok , aku tahu adat pertandingan ada kalah , ada menang. I accepted that. Cuma yang aku a bit tak puas hati bila pihak lawan tiba-tiba nak tukar raket. Bukan sekali aku rasa. Lebih kurang 2 kali tukar? Aku macam perghh , memang sengaja nak lengah kan masa ni. Gila charutz lah aku time tu. Memang lah kena sesi menadah telinga oleh nenek terchinta ku yang juga turut bersemangat even ada dia macam tak faham kan?Tapi jangan risau , cucu bongsu beliau yang paling kiyut miut dan baik ini akan tehtap memberi penerangan dengan penuh bersemangat umpama cucu bongsu nya ini pernah mewakili sekolah untuk permainan badminton. Oh semestinya dia hanya mewakili permainan UNO paling-paling pun di sekolah. Eh ada ke? Keh3x.





punya lah harap in the end , will have this action and situation. WIN situation. but , tak ada rezeki , they've do their best :)

Ok , ok dah macam ke lain pulak. Well , aku sangat sedih dan kau orang tak perlu nak kecoh cakap aku ni emo gila hal badminton pun nak kecoh. Hell-O? Aku punya sukahati lah kan? Ish Ish. Aku memang boleh kata kan die hard fan untuk Badminton ni lah. Bukan pasal apa , sebab entah. sebenarnya ai minat dekat KKK tu , tu yang gigih menonton dan memaki hamun bila kalah..boleh gitu?keh3x Bercherita hal game tadi yang sungguh membengangkan hati , paru-paru serta otak aku. Mereka bermain untuk 3 set. Again : 3 SET. Lama tu meh. Dah lah aku seharian tak tidur. Memang lah menguap je rasa. Menguap mulut dan menguap-nguap nak marah boleh? HAHA.

Jadi kekdahnya , aku agak bengang when Indonesia menggunakan pelbagai taktik dan helah. Ok , tak nak emo tak nak emo. It's ok. Semua ada taktik yang tersendiri. Cuma a bit musykil lah kan tiba-tiba aje nak tukar raket?Tiba-tiba aje nak tutup zip beg? Semua nya tiba-tiba terutama apabila dah nampak KKK/TBH dah start letih in last set which is 3rd set. Iyelah mungkin itu taktik nak melambatkan masa atau apa sahaja kan?It's ok meh.Nak marah pun tak guna sebab benda dah lepas. Cuma aku still bangga bila tengok both of them bermain dengan penuh semangat , dengan baik sekali. Aku harap after this , diorang still lagi hebat dan bukan sekejap bagus sekejap pulak tak bagus. Aku masih tehtap support diorang okeh?Ngeh3x. Ai kan kipas susah mati KKK gituh. Miahahaha.


suka tengok gambar ni. pertama kali tengok jatuh chentek opss dekat Sukan Kamonwel 2006 @ Melbourne. Curlast kan? Darjah 6 dah chenta suka minat kan? Muahaha. Kanak-Kanak Ribena sangat!

Btw , cakap pasal kipas susah mati KKK kan , ai penah ada hampir 3 file just for keratan akhbar mengenai kemenangan / kekalahan yang KKK dengan dia punya pasangan untuk mana-mana pertandingan. Curlast kan? Heh heh. Still ada lagi simpan keratan-keratan tahun 2006-2008 aku rasa. 2009 dah macam tak mampu nak meneruskan.Simpan-simpan macam tu je. Heheh. Kadang-kadang bila tengok balik benda-benda lama tu macam nak tergelak pun hade. Yelah , cmne lah meh aku boleh terfikir nak kerat itu ini dan siap letak dalam file chantek-chantek tau?Miahahaha. Malu pun hade jugak meh. Keh3x. So , apa-apa pun... aku tetap berbangga dengan mereka eventhough a bit sad. Anyway esok perlawanan antara Lin Dan dengan Lee Chong Wei pulak untuk FINAL ... hmmm ... macam mana ye esok? Oh lupa semua gambar kedit kepada inche GOOGLE ;)



nota kaki : harap LCW mampu beri sebutir emas esok.. apa-apa pun kita tgk mcm mana ;)

Just a little thing.

Salam and Hello. Ok , seriously sangat penat. Mata sangat mengantuk. Perut sangat kenyang setelah berjimba ria berborak sakan dengan my bff , Dee. Well , hari ni sepatut nya aku sleepover dekat rumah dia. But atas sebab-sebab tertentu , tak jadi. InsyaAllah this upcoming Thursday nak datang lagi rumah Dee sebab .. ish ada lah.... Hahah...Tadi banyak benda borak , gelak ketawa , makan sampai pitam bonchit kekdahnya tadi.


Anyway , seriyesli mata aku mengantuk gila. Lepas balik from rumah Dee , Ayah feeling bawak pusing-pusing sana sini. Heh heh heh. Kebetulan tengok banyak gilaaa awan yang sedang cantik membentuk di langit biru yang kian hendak bertukar ke warna kelabu gituh. Memang cantik. Sempat jugak snap. Tak kisah dah orang nak cakap apa meh. Haha. Ok , Ok malas nak upload lagi. Sebab ada banyak lagi entry yang dah di draftkan. Nanti lah aku post sini k? Sekarang sumpah mengantuk gila. Nak pergi mandi. Nak pergi bersiap sedia duduk depan tv kejap lagi.


Kenapakah? Oh bukan sebab American Idol. Bukan sebab Malaysian Idol. Bukan jugak sebab Mari Menari. Tapi sekarang kan musim Sukan Asia Guangzou 2010. Badminton bagi Lee Chong Wei serta Koo Kien Keat / Tan Boon Heong layak ke final if I'm not mistaken. Jadi haruslah support sambil jerit Malaysia Boleh sampai bingit kan? Keh3x. Ok , Ok ... nak pergi bersiap sedia. InsyaAllah tengah malam karang , aku menulis balik :D Byeeeee.

Pagi Yang Sejuk.

Sekarang aku rasa sangat sejuk. Dah 2 hari macam ni. Terjaga tidur pukul 2..3 pagi sebab terasa sangat sejuk. Bila aku tanya orang lain , diorang cakap tak sejuk pun. Aiseh. Kenapakah? Memang seriyesli seram sejuk terus aku rasa. Nak mandi pun terasa sejuk. Citt , padahal memang sejuk jugak cuaca dua tiga hari ni. Tapi tak pernah pulak aku sampai terganggu rasa macam ni. Aiseh. Tak suka.Tak suka. Terus aku terbayangkan orang yang duduk obersea yang kena tahan sejuk waktu musim sejuk. Heh heh. Macam mana ye? Nak mandi pun mesti tak lalu kan? Ngehehehe.


Oh oh lupa nak cakap.Assalamualaikum and Good Morning semua ;) Semoga hari ini lebih indah dari semalam. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Have a great weekend everybody ;)



nota kaki : sejuk nya meh :(