Home

Thursday, November 4, 2010

Ini bukan cherita pasal Cuci The Muzikal...tapi...

Salam and Hello.Kali ni bukan entry nak cherita pasal cuci the muzikal ke hape ok? Hiks. Tapi pasal produk penjagaan kulit. Aku ni jenis kulit sensitif. Jadi tak boleh cuba sebarangan produk sebab sure kulit aku akan jadi merah atau lagi teruk. Dah macam-macam produk aku dah cuba nak hilangkan kesan parut jerawat. Tapi still sama. Sakit mata tengok kesan jerawat yang tak nak langsung hilang ni. Aiseh. Since beberapa bulan lepas aku try guna produk Elianto. Aku tengok produk dia macam best je.Hehe. Best , best jugak. Kalau yang jenis buat kulit aku makin teruk ,baik lupakan.

So ,aku pun tanya lah dekat salegirl Elianto tu. Produk jenis macam mana yang sesuai dengan kulit sensitif aku ni kan?Memang stress jugak nak pilih produk penjagaan kulit ni. Sebab aku punya kulit memang sensitif sangat. Nak main try and error pun cuak ok? Aku pernah pakai make up pun sampai kulit jadi gatal-gatal lepas tu.Tak pun kulit jadi merah , so better tak payah pakai nak menggedik semua. Sadis betul. Then salegirl tu cakap lah untuk kulit sensitif kena try yang jenis “Green Tea and Chamomile”. Sesuai untuk kulit sensitif dan juga berminyak kalau tak salah aku.


~ Produk yang aku guna sekarang and tak rasa nak tukar yang lain pulak. Heh.~




Aku beli je terus form cleansen , face scrub dengan tonner dia yang bau harum ok?Hiks. Ok lah , murah jugak lah sebab dia botol besar kan? Semua 1 set tu dalam RM 70 aku rasa. Tak apa sekali sekala berhabis duit untuk kulit dan penjagaan wajah. Bukan pasal apa , rimas dan sakit mata tengok kulit macam penuh dengan kesan parut jerawat. Adeh. Salegirl tu cakap , kalau nak hilangkan parut yang lama tu maybe susah lah. But kalau pakai selalu , insyaAllah boleh jugak hilang. Nak tengok hasil nya after 2 weeks macam tu lah. Ok , then aku try pakai Elianto ni kan?Memang ok lah dengan kulit aku.Tak ada berbintik ke , jadi gatal ke , makin teruk ke apa. Memang nampak makin ok sikit.Aku pun macam yakin sikit bila tengok kulit ok sikit.Lepas tu after pakai semua tu , mesti kulit rasa soft gila. Memang syok je pegang kulit muka.Hiks.



Then after aku guna 2 minggu after , memang tak nafikan kulit wajah macam ok sikit.Parut jerawat macam dah hilang sikit.Sikitlah , not overall. Then kalau time tumbuh jerawat then pakai Elianto ni means cuci muka lah kan. Memang after then dia tak akan tumbuh or jadi kemerahan ke kulit.Jadi ok je lah. Memang sangat sesuai untuk kulit sensitif macam aku ni. Tapi kalau macam tak cuci muka sebab lupa before nak tidur tu kan , memang esok kan terasa macam pasir je kulit muka.Sadis sangat. Heh. Tapi overall aku memang puas hati dengan Elianto ni. To me it’s suite to me yang ada kulit sensitif dan yang tak boleh pakai produk penjagaan kulit yang sembarangan kan?Tapi tak tahulah korang macam mana kan.Hasil pada kulit aku memang ok dan memuaskan lah jugak. Tak teringin nak tukar jenama lain dah.Before this banyak jenis produk jugak aku try tapi at the end hampa sebab tak ada perubahan malah makin teruk muka aku.Aiseh. Yelah , bukan tak bersyukur dengan apa yang ada sekarang but kalau boleh kasi licin jerawat dekat muka tu pun dah cukup syukur tau.Hehehe.




~ Memang best gila pakai benda ni. Sejuk je weyh -.-' fine aku jakun!~



And hari tu aku try beli mask letak dekat muka tu tau.Sebab dia ada macam-macam jenis.Aku disarankan beli yang jenis Aloevera memandangkan kulit aku sensitif kan?Jadi aku beli 2 sebab kebetulan tengah promosi kan.1 keping mask 1 ringgit. Gila kau , memang sumpah murah ok?Hiks. Now pun ada lagi 1 keping.Tak tahu nak pakai bila pulak. Memang dulu pernah try 1 produk ni punya mask. Gerhh , lepas tu kulit aku jadi gatal + merah. Mengada-ngada lagi cuba kan? Nasib lah kau labu… terus insaf tak nak pakai kan?Derhh -.-‘ Then salegirl tu cakap Aloevera okay je untuk kulit sensitif. So aku pun try lah kan?Then aku try , memang best gila. Sejuk gila muka. Kulit muka pun jadi macam lembut je.Sampai terasa macam best je pegang.Ngahaha.Gila jakun kan aku?Gerhh -.-‘ Tapi memang produk Elianto , so far aku memang suka gila sebab dia sesuai dengan kulit aku.Produk dia pun murah berbanding dengan produk lain yang kecik gila botol tapi 1 botol harga 20++. Mana makcik nak cari duit nak oii -.-‘ Erk? -.-‘ Hehehehe.

So , korang yang ada kulit sensitif macam aku , guna produk penjagaan kulit apa ek? Meh lah share-share jugak :) Hiks.


p/s: suka blog Miszlullaby yang banyak share tentang make up and kecantikan kulit :)


And dia punya birthday sama dengan aku rupanya. Hiks. Motif kecoh bagitahu sini? Erk. Heheheh.


2 comments:

ILA HAFIZ said...

kak ila pun pakai elianto tp bedak & lip balm je. hehe

FaiHash said...

kak ila.. heheheh. mek pun ada jgk beli alat mekap yg elianto. tp xleh nk pki sgt. nnt kulit jd gatal lepas tu. terus insap xnk pakai. ngahaha