Home

Saturday, November 13, 2010

Terowong SMART yang memang BIJAK. *mak pitamm uols!*

Salam and Hello. Sebenar nya ni kisah semalam. Semalam aku pergi hantar kakak aku dekat Shah Alam. Jadi dah selesai hantar peluk siyum semua kitaorang pun apa lagi , balik lah. Tiba-tiba teringat hari ni dapat jemputan housewarming Kak Eynda lah. Alamak , sorry tak boleh nak attend , ayah Ijah tak ada lah pulak hari ni , jadi tak boleh lah nak datang makan-makan free jumpa Kak Eynda dengan Hannah yang comel tu. Sorry ye. Nanti insyaAllah , bila-bila masa akan datang , kita dapat berjumpa ye bila-bila masa di lain kali :) Teringin jugak nak jumpa Kak Eynda yang gojes dengan Hannah yang comel. Hiks :D

Anyway , semalam after hantar my sis , macam pusing-pusing tengah bandar KL tu uols. Biasalah , nama je duduk Kuala Lumpur , tapi jangan harap lah nak aucak pusing-pusing situ time hari orang kerja kan?Jalan sibuk semedang tak kira waktu.Tapi semalam agak OK lah.Tak ada jam teruk ke hape. Just nice. Ewah , kau yang kat belakang tu memang lah nice , yang tukang bawak kereta tu rasa nak main hon je geram kan?Muahahaha. *motif aku rasa macam nak gelak baca ayat sendiri , eh gedik!*

Then , entah macam mana , boleh pulak pergi lalu terowong SMART yang memang bijak tu.Heh , bijak lah sangat.Tak pasal-pasal kena lalu situ.Ok , serious ni , aku takut lalu bawah tu boleh? Miahahahah , gelak lah gelak. Ni pasal Umi pernah cerita dekat aku terowong situ macam panjang gila , absolutely true and dia macam rendah. Agak rendah , tapi sebab aku percaya bulat-bulat dekat ayat Umi sampai aku jadi takut. Huwaaa , apa kes aku ni? Seriyes terasa macam bapak lama terowong tu nak habis sampai aku nampak awan biru yang shomel.Eceh.Ok , fine aku penakut. Entah sejak bila jadi penakut pun tak tahu Y_Y mungkin sejak something tu kot..erkk

Kebetulan semalam my kenit boy , Darwisy pun ada jugak , jadi heret lah jugak bawak dia hantar my sis. Dia pulak punya riang ok lalu tempat gelap macam tu.Mesti duk feeling Ultraman Gaia dengan Ultraman Cosmos tu.HAHA. Siap bebel lagi cakap , panjang nya…gelap nya…banyak nya car T_T Aku sorang-sorang kat belakang tu dah muka pucat lesi even borak-borak jugak la cakap itu ini tapi rupa dah macam nampak hantu dalam tu sebab cuak dengan kepanjangan serta kerendahan terowong itu. HEYYY! APA NI?Nauzubillah min zallik , tak nak nampak hantu. Takowwwwwwt. T_T

Eh sempat ambil beberapa keping gambar even dalam ketakutan. Muahaha. Ayat macam apa je dalam ketakutan. HAHA.Jom layan gambar jap :D


tak tahu apa kejadah nya aku duk main peace-peace dengan kenit ni. *perghh kecil molek tangan si kenit ni .nangis!*

Seriously , aku suka gambar ni. Darwisy nampak comel :D

Sebelum masuk ke terowong SMART yang panjang menakutkan. Cantik nampak KLCC dengan Menara KL gitu. *fine , jakun dah lama tak tengok!*

Adakah ini bermaksud aku betul-betul panic sehingga kan gambar pun blur dan sedikit gegar? -__-'


Oh tidak. Memang keadaan nya macam tu.Heh , kowser sangat!


Heheheh , berdebar tak berdebar , cuak tak cuak , takut tak takut , tetaaap akak amik gambar uols. Hehe. Tapi tu lah sebenarnya gambar tu jadi blur tu bukan sebab aku tengah berdebar ye.Melampau sangat lah tu sampai gigil. HAHA. So apa yang aku nak cherita dekat sini? Aku berdebar , takut serta cuak dan tiba-tiba terasa menggigil lalu di terowong SMART yang bijak itu? HAZAAAAB…


p/s: terowong bijak tu macam seram je. ERK!
Sudehh Y_Y

2 comments:

Aleeya Fishess Maison said...

haha. ur funny. ;)
nice picture, ;)

FaiHash said...

hye aleeya! hiks. terpaksa melucukan cerita gitu.. kekekeke.. thx ye sbb sudi singgah sini :)