Home

Friday, November 19, 2010

Ini bukan pasal PARTY TUPPERWARE .. TAPI...

Salam and Hello. Korang semua pernah tak guna barangan dari Tupperware? Aiseh , tak kan tak tahu kot Tupperware yang mana satu? Oh , bukan Party Tupperware. Eh eh , kenapa aku macam rajin bercherita pasal Tupperware ni? Oh bukan kenapa uols! Aku pun salah seorang pengguna rasmi sebab mak aku yang beli , aku pun jadi lah pengguna rasmi , heh heh Tupperware ni.

Memang tak nafikan barangan-barangan Tupperware ni sangat senang untuk diguna pakai especially if you have baby / kids yang sedang lasak. Kenapakah? Oh kerana Tupperware amat sesuai untuk kegunaan bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil yang sedang lasak. Bukan apa , sedang barangan Tupperware bukan daripada kaca. Jadi kalau terjatuh sekalipun tak adalah mak mak di luar sana akan jerit macam gini ---> AIMANNNNNN , pinggan tu MAMA beli dengan harga tiga ratus lebih ok? ... oh berkecai pinggan kaca ku! ... Muahahah , itu sebagai contoh je meh. Kau jangan ingat betul-betul lak. Keh3x.

Ohh nampak nya aku sudah terlari dari agenda yang sebenar-benar nya. Oh minta maaf. Minta maaf. Ceh ceh. Kalau korang perasan dekat belog aku sekarang ada satu ikelan baru muncul. Memang sekarang banyak ikelan baru sudah muncul. Oh ini aku bukan minta simpati nak suruh korang kelik-kelik ke hape. Tapi kalau boleh kelik lah ye. Eh eh , bukan nak cherita hal lain. Ikelan baru yang aku tertarik is pasal ikelan Watch & Win yang boleh mendapatkan barangan Tupperware. WOW! Eh eh tak pernah nampak? Heh heh , tak apa tak apa jangan risau. Aku memang suka printscreen kan untuk korang. Ceh.

Ikelan ni kadang-kadang kerap dia ada. Kadang-kadang memang susah nak nampak. Hehe.

Jadi , aku pun telah kelik kepada ikelan tersebut kerana aku pun berminat. Bukan saja-saja nak tekan tau. Ok , Ok bila baca hampir berpuluh kali syarat-syarat nya , ceh. Baru aku faham. Heh heh. Maklumlah aku ni memang jenis blur je semedang. Senget betul lah aku ni -.-' Contest ini menawarkan hadiah yang sudah semestinya barangan Tupperware. Of course lah kan? Nama pun contest daripada Tupperware , tak payah fikir panjang-panjang pun mesti dah tahu kan :P

Kalau perasan jugak , dia ada jugak tulis BYO by ECO which is BYO yang bermaksud Bring Your Own. Setelah aku godek-godek dan membaca itu serta ini , barangan Tupperware which is mesra alam gituh.Err , ikut kefahaman aku lah.Aku ada ayat lain nak tulis , tapi macam blur jap tak tahu how to tulis in one sentence. Adeh. So , so , bagaimana kah mahu menyertai nya kan? Mudah sahaja ok? Mula-mula pastikan korang tekan dulu ikelan-ikelan yang tersiar di belog aku ni atau di mana-mana belog yang korang jumpa :P Then bila dah tekan semua , korang akan jumpa macam gambar di bawah. Oh , ini aku crop ni. Heheheh. Ini bahagian tepi dia. Mesti ada punya :D


Jadi bila dah nampak macam gambar di atas , sila lah tekan di bahagian HERE tu. Alah mudah je cara-cara nya. Lepas tu korang perlu menonton video yang telah mereka letak di dalam web tersebut. Kalau korang tekan di bahagian HERE tu pasti nya video yang di tepek mereka itu lebih besar beserta dengan soalan-soalan nya. Sila tekan sendiri kalau hendak tahu ye. Heh heh. Aku malas nak printscreen. Hik Hik Hik. Jadi apa yang perlu korang buat ialah menonton video yang telah di tepek di dalam web tersebut dan menjawab soalan-soalan di kemuka kan gituh. Terma & Syarat sila tekan sendiri ikelan tersebut ye?

For sure , sangat mudah dan senang. Oh ya Oh ya , hanya 20 pemenang bertuah yang berjaya menjawab soalan kesemua nya dengan betul akan mendapat hadiah yang merupakan BYO gift. Nak tahu BYO gift tu macam mana? Heh heh , maaf lah lupa lagi nak printscreen. Citt , alasan sangat kan? So korang yang suka mengumpul barangan Tupperware , moh lah join. Nanti dapat barangan free you. Tuah kita siapa tahu kan? Hiks... Jom Jom Jom :D


ohh , gambar ini hanya menunjuk separuh sahaja gambar bottle Tupperware kesayangan aku. Heh Heh Heh. ;)



nota kaki : entah kenapa tak ada mood. entah ? kenapa ? entahlah.

No comments: