Home

Tuesday, January 26, 2016

Meet & Greet Serta Sambutan Hari Jadi Tasha Shilla.

Beberapa hari yang lepas , Jijah telah dijemput oleh kelab peminat Tasha Shilla iaitu Tasha Shilla Team untuk ke Meet & Greet serta sambutan hari jadi Tasha Shila yang bertempat di Restoran Papero Munif Hijjaz , Shah Alam. Sebenarnya agak segan untuk menghadiri majlis ini memandangkan kali ini hadir tanpa ada teman selagho. Almaklumlah , tengah cuti panjang tempoh hari , ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung khen? Hihiks. Tapi demi menyokong event rerakan , kita pun datang lah khen? Begitulah!

Bila Jijah sampai sahaja ke tempat kejadian , Jijah agak terpana melihat orang yang hendak disambut sudah tersedia hadir dengan jayanya! OHEMGEEEE , malu terasa diri sendiri bila melihat Tasha Shilla sudah datang. Malah cukup sempoi siap membantu krew di belakang tabir fc beliau. Memang itu satu sikap yang Jijah cukup puji! Selama ini kita asyik mendengar cerita buruk dan kurang enak sahaja kan? Percayalah cakap Jijah , apabila melihat Tasha Shilla bersama kelab peminat beliau , dia cukup tidak lokek untuk membantu kehulu-kehilir. Malah terasa macam Tasha Shilla pula emak pengantin. Bukan pengantin yang dirai. Eh? HAHAHAHA.

Nak tulis pepanjang pun tiada guna. Meh kita tengok gambar-gambar disekitar majlis tersebut yang cukup meriah itu. 













Hah! Cecantik khennnn gegambar ini? Sudah semestinya ini bukan dari kamera henpon Jijah. Gegambar cantik ini dari 712studio! Memang tak payah Jijah sesusah untuk ambil gambar bebanyak sebab terus ambil dari IG Tasha Shilla saja. Kikikiki. Kalau rasa nak tengok lagi gegambar yang cantik-cantik , boleh terus tengok di IG Tasha Shilla okay?

Memang happening dan cantik suasana majlis sambutan hari jadi Tasha Shilla ini. Tambahan pula Tasha sendiri tidak lokek melayan satu persatu peminat-peminatnya. Haruslah menjadi lagi meriah khen? Seronok bila melihat artis pandai mengambil hati peminatnya dengan perkara kecil yang begini. Tampak kecil namun impaknya jatuh dan bangun seseorang artis itu kita boleh lihat bagaimana strugglenya peminat bersama artisnya :)

Eh..eh..eh.. Jijah tak ada bergambar dengan Tasha Shilla ke? Tak ada bergambar yang cecantik dekat sana kewww? Hey! Mana mungkin itu semua boleh terjadi! Mesti ada juga untuk dijadikan kenangan khen? Hihihi. Meh tengok meh!




With one and only Tasha Shilla yang cukup humble!

HAPPY BIRTHDAY TASHA SHILLA!

Muahciked!

Haaaaahhhh , panjang lebar kan entri kali ini beserta dengan gegambar khen? Suka ke tidhokkk? Wajib juga untuk suka hokkay! HAHAHAHA. Sekali lagi , terima kasih buat Tasha Shilla Team yang sudi menjemput Jijah ke majlis tersebut tempoh hari. It was a great event with great people too! Kalau ada lagi event , jemputlah lagi :p

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, January 25, 2016

Edisi Kehidupan : Rakyat Malaysia & Beratur.

Semenjak menjadi pengguna tetap untuk perkhidmatan kenderaan awam ( public transport ) , LRT , Jijah sentiasa berhadapan dengan pelbagai peel dan perangai manusia yang bermacam jenis. Kadangkala sampai terasa tak terluah dengan kata-kata melihat perangai mereka ini. Hendak kata worst sangat , tak juga. Hendak kata biasa-biasa sahaja , pun tidak juga. Namun ada satu perangai dan peel ini , Jijah rasa Jijah perlu juga tuliskan di dalam sini , bukan sekadar catitan peribadi. Namun untuk renungan dan peringat bersama termasuk untuk diri sendiri juga.



Jijah seringkali meneliti sikap segelintir rakyat Malaysia yang cenderung untuk tidak beratur ketika hendak menunggu LRT. Bukan semua ya , tetapi cuma segelintir yang bajet good-good , bajet LRT ni aku pun ada saham dalam ni , KEHTEHPIIII SEMUAAAAA.. Gitchuew! Walhal , tehtap jua rakyat marhaen yang nak tak nak kau tehtap kena beratur juga ya? Sebenarnya , tidak lah Jijah lokek untuk memberi laluan kepada yang betul-betul memerlukan masuk terlebih dahulu. Namun , biarlah betul pada caranya. Habis tu kalau setiap hari kau lambat dan setiap hari kau perlu memotong barisan orang dek kerana kau lambat , adakah itu perbuatan yang betul? Memang jenuhlah aku nak kena beralah dengan orang yang begini khen? 

Sikap selfish dan pentingkan diri serta tidak menghormati pengguna yang lain dengan memotong barisan cukup merimaskan Jijah. Sekalipun kalian terlambat , apakah orang lain tidak terlewat juga? Tambahan dengan situasi sekarang , apabila LRT sering terlewat dari masa asalnya sehingga menjadikan perjalanan ke office yang sepatutnya cuma 30-35 minit drag kepada lebih sejam untuk menunggu LRT tiba sahaja. Belum lagi LRT tiba-tiba terhenti ditengah-tengah landasan. Kalau landasan yang masih boleh nampak bangunan , bukit-bukau dan matahari masih boleh menarik nafas lega. Tapi kalau di tengah-tengah terowong , ada juga rasa nak pengsan di hadapan mat salleh. Eh? Niat lain nampak! Ekekekeke.

But seriously , aku cukup tak suka bila melihat segelintir rakyat Malaysia yang cukup mementingkan diri sehingga tidak reti untuk beratur. Benda yang paling mudah. Rasanya basic yang diajar ketika di sekolah rendah even di tadika sekalipun. Dulu , siap kena letak tangan atas bahu lagi tau! Kalau kau gatal buat macam tu dekat LRT , memang ada jugak yang tersadai dekat atas landasan kang! HAHAHAHA.

Sebenarnya , cukup penat melihat keadaan sebegini yang dimana , masing-masing sudah cukup dewasa dan sepatutnya sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Namun entah dimana silapnya , masing-masing seolah-olah memandang enteng perkara begini. Semoga di tahun 2016 ini , akan berlaku sedikit perubahan rakyat Malaysia yang lebih menjurus kepada kebaikan dan tidak berlaku perkara remeh temeh seperti ini. Iyer , nampak remeh temeh kerana tidak beratur. Namun , kerana perkara kecil itu lah yang bakal membentuk kepada keperibadian yang mulia , menghormati orang lain dan beradab. Bila kita menghormati pengguna lain , orang juga akan turut menghormati kita sebagai pengguna juga. Tak begitu?

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Tuesday, January 19, 2016

Spek Mata Baru!

Sejak dua menjak ini , mata Jijah sering terasa sedikit pedih. Malahan rabun jauh Jijah terasa semakin teruk. Sehinggakan hendak menonton televisyen pun tak selesa. Sadis khen? Memang sadis betul.

Maklumlah, nak buat spek baru memerlukan banyak kos lain juga. Bila saving pun tinggal nyawa-nyawa ikan , haruslah Jijah terasa nak busking tepi KL Sentral dengan harapan dapat kumpul duit beli spek mata baru khen? HAHAHAHA. Bukan main lagi cita-cita Jijah!

Jadi sementelah beberapa tika , tehtap juga pergi membuat spek mata baru. Jijah buat dekat Focus Point , Aeon Big Wangsa Maju. Berdekatan dengan rumah senang. Kalau cermin tercalar ke , terpatah ke simpangggggg oiiii dan tersenget ke , boleh terus tuju ke situ khen? 

Dah tak payah tulis pepanjang. Meh kita tengok ghupe spek mata dulu dan yang sekarang hihiks.


Kikiki , ini dulu.


Tadaaaaaaa ~~

Ini yang paling terbaru!

Hihiks!

Cantik ke tidhokkk?

Terus nampak berbeza khen? Sebab lain memang nak bertukar spek mata baru ialah sebab spek mata lama dah senget benget. Biasalah , kalau sejenis yang ganas , memang kalau tak senget , tak cukup ganas lettuewww! HAHAHAHAHAHAHA!

Alhamdulillah , spek mata baru ternyata lebih selesa. Sebab power untuk kedua belah mata memang naik berganda. Patutlah kadar penglihatan Jijah rasa macam makin teruk. Paling haru bila nak tengok televisyen pun tak nampak apa-apa sangat. Sekarang bila dah ada spek mata baru dengan power yang lebih baru , barulah terasa selesa sikit. Phewww!

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Thursday, January 14, 2016

Berganti 22.

Hari Isnin yang lepas , usia Jijah sudah berganti kepada 22 tahun. Terasa pantas sungguh masa berlalu sehinggakan , 11 Januari muncul kembali. Tak ada apa pun yang istimewa Isnin tempoh hari , melainkan hanya meraikan diri sendiri dengan apa yang ada di sekeliling sahaja. Biasalah , orang tak ada boipren , sampe aje nak meraikan kita khen? Pepandai lah kau meraikan diri kau sendiri khen? HAHAHAHA.

Sadis betul bunyi dia. Tapi Alhamdulillah , walaupun tak ada boipren pun , tehtap juga aku bahagia disamping keluarga tersayang serta teman-teman yang tak putus-putus memberi ucapan katanya. Memang aku sejenis yang mudah terharu. Sejenis mudah tersentuh bila orang kasi ucapan khen? Biasalah , sejenis emosional punya orang khen? HAHAHAHA.

Alhamdulillah , dah berganti 22 tahun. Tak ada nak mengharap apa-apa yang lebih untuk usia baru ini. Cuma harapnya , Jijah menjadi semakin matang dan semakin tinggi sabarnya di dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini. Bukanlah kata, sebelum ini Jijah tak pernah langsung untuk menjadi matang dan meletakkan sabar di paling teratas. Namun , darah muda macam Jijah kadang-kadang alpa untuk memperbaiki diri sendiri menjadi lebih baik sehingga mudah menjadi baran. 

Orang kata , setiap tahun kena lah juga usaha untuk menjadi lebih baik dan memperbaiki diri menjadi yang lebih elok dari sebelumnya. I know it's hard but let's do it slowly kan? InsyaAllah , selagi niat nak jadi lebih baik itu ada , Allah akan permudahkan. Banyak harapan untuk 22 tahun ini , sama macam azam 2016. Semoga semuanya terlaksana dengan jayanya.

Selamat Hari Jadi Nur Faizah Hashim. Semoga Allah senantiasa merahmati diri ini , senantiasa diberikan kesihatan yang baik , senantiasa dimurahkan rezeki , senantiasa tabah dan cekal menghadapi hari-hari yang mendatang. Amin YRA.


Tak ada boifren pun tak apa (buat masa sekarang!hahahaha)

Sebab kita ada , kakak yang suwit muwit kasi kita kek!

kikikiki , thanks Kak Ha. Me love you mucho mucho!

muahciked!

Maka , itu sahajalah yang hendak ditulis dalam entri ini. Bosan kan? Kahkahkah , lantaklah. Janji kena hapdate juga tulis di bulan kegemaran haku ni :p HAHAHAHA. Kbai.

Terima kasih sudi baca entri ini :)

Monday, January 11, 2016

Gambar-Gambar Di Sekitar Malam Gala Langit Cinta. Jangan Lupa Saksikan Langit Cinta Bermula Hari Ini Lakonan Keith Foo & Nur Fazura.

Beberapa minggu yang lepas , Jijah telah berkesemoatan untuk menghadiri tayangan perdana bagi filem Langit Cinta yang diarahkan oleh pengarah tersohor , Osman Ali dan dilakonkan oleh Keith Foo , Nur Fazura , Farid Kamil , Siti Saleha dan ramai lagi. Untuk pengetahuan korang filem Langit Cinta ini turut diadaptasikan kepada novel yang dihasilkan oleh Damya Hanna. Kebiasaannya , kitta melihat novel yang diadaptasikan kepada skrip filem. Tetapi kali ini ia sedikit berbeza namun tetap pada jalan cerita dan watak yang sama. Menarik kan?

Filem ini telah ditayangkan dipawagam bermula 7 Januari yang lalu. Kalau korang nak tahu masa Jijah hadir ke tayangan perdana tersebut , terlalu ramai orang yang hadir untuk menyokong filem ini. Almaklumlah , pelakon yang berlakon dalam filem ini bukan calang-calang. Memang sesak jadinya e@curve tempoh hari! Rasanya dah lama tidak menghadiri tayangan perdana yang sesak tahap begitu heheheh.

 Meh kita baca sinopsis dulu jom!



Langit yang cerah tidak menjanjikan kebahagiaan, hanya sekadar harapan. Begitu juga dengan hari-hari yang dilalui oleh Khadeja, gadis kampung yang menetap bersama ibunya di Pulau Perindu.
Kehidupan Khadeja berubah apabila, Aliff ,anak kepada Datuk Affendi seorang usahawan yang ingin membuat pelaburan di Pulau Perindu, jatuh cinta pandang pertama pada Khadeja. Keikhlasan dan kesungguhan Aliff untuk mendapatkan Khadeja berjaya melembutkan jiwa kental gadus itu hingga cinta mereka berputik dengan segar. Mereka tetap hidup bahagia biarpun menerima tentangan hebat daripada keluarga Aliff.
“Selagi abang bernafas, abang nak Jah tahu… dalam setiap nafas abang cuma ada cinta untuk Jah seorang,” kata-kata luhur seorang suami yang dicintainya membuat Khadeja semakin bahagia.
Namun, langit cinta mereka tidak selalunya cerah. Kegembiraan Khadeja diduga apabila Aliff tidak pulang selepas menziarahi bapanya yang dikhabarkan sakit di Kuala Lumpur. Penantian Khadeja hanyalah sia-sia apabila Aliff tidak juga muncul mahupun mengutuskan khabar berita. Budiman, sahabatnya sejak kecil sentiasa di sisi memberi semangat dan pertolongan setiap kali diperlukan wanita yang dicintai dalam diam itu.
Walaupun Khadeja bukan lagi gadis seperti dahulu, cinta Budiman tidak pernah berubah. Ketulusan Budiman yang sentiasa memberi sokongan membuatkan Khadeja tersepit.
Bahagiakah dia dengan menerima lamaran Budiman? Adilkah dia melupakan cinta bersama Aliff yang sudah setahun meninggalkannya tanpa sebarang berita? Di antara cinta sejati dan cinta suci, yang manakah bakal membawanya ke alam bahagia?
Wuweeee! Bila baca sinopsisnya mesti korang pun boleh merasakan yang akan ada airmata yang melimpah tatkala menonton filem ini khen? Memang ada satu situasi yang kau akan tertitis jua airmata ataupun memang ketika itu hormon kau tak betul lantas ternangis macam aku khen?! HAHAHAHA. 

Bagi aku filem ini tidaklah ditahap yang WOW sangat. Tapi aku suka menonton panorama yang ada dalam filem ini. SubhanaAllah , sangat cantik setiap shot untuk pemandangan yang diambil untuk filem Langit Cinta. Lakonan Fazura , Ogy Ahmad Daud & Farid Kamil memang sangat dipuji! Ada kekurangan disana dan sini namun masih boleh diterima kerana ia sebuah filem yang cantik dan menarik untuk ditonton. Korang boleh cuba untuk menonton bila mempunyai masa lapang nanti okay? Siapa lagi hendak menyokong filem ini , andai bukan kita yang menyokong kan? Let's support our local movies!

Sinopsis dah kasi , review pun dah kasi sikit , nah tengok lah gegambar yang sempat diambil pada tayangan perdana tempoh hari. Enjois!



Jijah & Dayang Nurfaizah.



Fazura & Jijah.







Jijah & Keith Foo.

Itu bukan peluh merembes nokkk..itu memang peluh kepanasan!



Hah! Percayaaaaa ke tidhokkk orang sangat ramai pada malam tempoh hari?!

Dah lama sangat nak update entri ini. Namun tehtap juga tak berupdate disebabkan kekangan masa. Demi menyokong filem tempatan , ku gagahkan jua untuk mengupdate entri Langit Cinta ini. Begituuuuu..

Kalau ada kelapangan nanti , silalah menerjah ke panggung wayang dan menonton filem Langit Cinta ini. Korang pasti akan terpukau dengan keindahan panorama yang ditonjolkan di dalam filem ini. Pastinya juga korang pasti akan turut beremosi tatkala menonton filem ini. Tambahan pula OST Langit Cinta yang cukup merdu dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah semakin membangkitkan rasa emosi yang berleluasa tatkala menonton filem ini. Jangan lupa tonton dan sokong filem ini okay? Kalau bukan kita, siapa lagi ! :)

Siapa dah menonton filem ini , angkat keyboard!

Terima kasih sudi baca entri ini :)


Sunday, January 3, 2016

Edisi Kehidupan : Iktibar 2015 & Azam 2016.

Setiap kali tahun baru mula menjengah , memang menjadi kebiasaan untuk melakukan azam baru untuk menaikkan semangat katanya. Tapi kadang-kadang , azam tu cuma bertahan untuk satu hari saja. Bukan sebab apa , sebab hilang semangat dengan perkara remeh katanya. Tak gitu?

Jijah semenjak sudah habis sekolah dan menghadapi jatuh dan bangun kehidupan , memang dah mula malas untuk melakukan apa-apa azam. Sebab rasanya , acap kali membuat azam baru pun kemudiannya hanya azam sahaja yang ada. Tapi tak ada buat apa-apa progress pun. Rasa rugi aje berazam. Padahal , tak ada rugi apa-apa selain dari diri sendiri yang rugi sebab tak buat azam betul-betul. Kan?

Sebelum menulis tentang azam 2016 , marilah dulu melafazkan rasa syukur untuk tahun 2015 yang penuh suka dan duka. Alhamdulillah , ia bukanlah sebuah tahun yang penuh dengan kejayaan umpama menang anugerah penuh satu almari. Tetapi ia sebuah tahun yang terlalu banyak mengajar Jijah untuk menjadi lebih matang , lebih bersabar dan juga lebih tenang menghadapi sebarang kebarangkalian. Juga mungkin tahun yang dimana Jijah turut belajar untuk menjadi lebih positif dan lebih kenal erti sebuah kehidupan. Ada yang seronok dan ada juga yang tidak menyeronokkan. Namun kita anggap saja ia sebuah perjalanan serta destinasi untuk sebuah kehidupan. Terima kasih untuk mereka yang ada dalam kehidupan Jijah , di setiap jatuh bangun , di setiap rasa sedih dan gembira , di setiap hari yang tidaklah indah selalu namun cukuplah bila ada yang setia disisi mendengar keluh kesah Jijah.

I would say that , 2015 was a great and joyful year. Penuh dengan orang-orang yang aku sayang. Penuh dengan orang-orang yang berjiwa positif. Penuh dengan mereka-mereka yang memahami aku seadanya. Tapi bukanlah , ia sentiasa manis sahaja. Ada juga kedukaannya. Namun , biarlah ia terus berlalu pergi begitu sahaja. Buat apa hendak diingatkan lagi kan? Yang baik dan manis kita simpan. Yang menyakitkan dan pahit kita lepaskan saja ia berlalu pergi. Kan?

Dan kini 2016 telah pun datang. Memberi cabaran yang baru. Mungkin juga memberi peluang untuk menghadapi kehidupan dengan orang yang baru pula. Mana tahu kan? Life is full of surprise. But take it as a challange! :)

Tak ada berazam banyak pun untuk tahun 2016 ini. Ia mungkin lebih kepada untuk menstabilkan kewangan diri sendiri. Atau mungkin untuk memperbaiki diri sendiri jauh lebih baik daripada tahun 2015. Okay mari kita list sikit-sikit.

Kewangan.

Aku rasa 2016 adalah tahun aku cuba sedaya upaya untuk menyimpan apa yang patut. Memandangkan aku baru sahaja 9 bulan bekerja , jadi orang kata simpanan apa yang patut baru sahaja bermula. Almaklumlah , sebelum ini bekerja sendiri dan meskipun ada bisnes kecil-kecilan tetapi ia tidak menjaminkan kewangan kita kukuh dengan simpanan yang banyak. Lagi banyak duit keluar adalah kot. Mujurlah kakak aku paksa aku kerja meskipun cuma seorang kerani tetapi ada juga hasil untuk menyimpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan? Jadi 2016 aku memang sedaya upaya bukan sahaja untuk berjimat malah untuk cuba menyimpan apa yang patut. Tak adalah orang kata mampu menyimpan seribu dua sebulan memandangkan gaji pun masih di bawah dua ribu lagi. Tapi adalah sikit menyimpan untuk masa hadapan kelak. Semoga azam ini berjaya dilakukan tanpa hasutan shaiton untuk menyuruh Jijah menukar henpon lagi HAHAHAHAHA diamlah!

Kurus & Kesihatan.

Tiap tahun ini memang menjadi azam paling atas. Tetapi susah betul untuk dilakukan yang ini. Bila hobi adalah makan , memang ini perkara paling susah untuk dilaksanakan. Tetapi untuk tahun 2016 ini , akan cuba sedaya upaya untuk membuat perkara paling asas dahulu untuk kurus. Aku tak nak push diri aku sangat-sangat. Tapi kalau boleh biarlah tahun ini berjaya membuang lemak-lemak degil serta menuju kepada kesihatan yang lebih baik daripada tahun sebelum ini. Selain daripada aku hendak tampil cantik dan vogeh memakai baju yang lebih cantik , aku pun hendak ada kesihatan yang jauh lebih daripada apa yang ada sekarang. Cuma itulah , perlu usaha yang gigih. Semoga berjaya juga dan bukan cakap-cakap kosong lagi. HEHEHE.

Kembangkan Perniagaan. 

Selain daripada perniagaan makanan Popia Roll Mini yang sudah masuk tahun ketiga perniagaannya. Aku mengimpikan untuk mengembangkan empire Faizah Hashim Enterprise kepada perniagaan lain pula. Alhamdulillah , aku bersyukur Popia Roll Mini mempunyai loyal customer yang tersendiri. Meskipun ada jatuh dan bangunnya , namun aku nampak bagaimana Popia Roll Mini berjalan dan aku happy untuk Popia Roll Mini. My first baby everrr! InsyaAllah andai tiada aral melintang , aku akan kembali meniaga tudung namun di bawah lebel aku tersendiri meskipun label tak siap lagi sebab tabung ayam tak cukup dalam tu HAHAHAHAHA. Soon , Le Diva by Jijah akan menemui kalian semua. Semoga semangat untuk kembangkan bisnes ini tidak hanya semangat di awal tahun. Step by step tapi semoga Allah permudahkan segalanya.

Perbaiki Diri.

Ini boleh dikira sebagai azam juga ke? Boleh lah juga. Untuk diri sendiri , of course and always aku sentiasa berazam untuk menjadi lebih baik. Tidak kira sebagai seorang hamba Allah , sebagai seorang anak , seorang adik , seorang cucu , seorang anak saudara , seorang kawan atau sebagainya lagi , always. Aku nak menjadi yang jauh lebih baik. Walaupun kadangkala kita rasa susah dan berat aje untuk menjadi yang lebih baik , tetapi kita sebagai manusia biasa harus teguhkan iman dan sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik kan? InsyaAllah , step by step juga. Semoga Allah permudahkan niat ini.

Kebahagiaan.

Part kebahagiaan ini , memang aku tak nafikan ia adalah sangat mempunyai maksud yang tersendiri. Happy is your choice! Kalau kau rasa hidup berdua bersama orang yang tersayang adalah sebuah kebahagiaan , go find in that way! Kalau kau rasa hidup seorang diri adalah erti kebahagiaan sebenar , dah duduk diam situ dan jangan kacau orang lain. Happiness is not about having a partner anyway. But happiness must come from yourself first. If you happy with yourself , then come your happiness. Betul kan? Cuma mungkin lah aku berharap datang juga kebahagiaan dari sisi lain. Tapi itu kalau ada kesungguhan serta kegigihan untuk mengejar kebahagiaan yang dicari. Apa yang penting bahagia dengan diri sendiri dulu. Belajar sayangi diri sendiri dahulu sebelum belajar menyayangi diri orang lain. Tak begitu? 

Positif.

Ini adalah part yang sebenarnya paling mudah dan senang namun disebabkan sekeliling yang kadangkala membentuk perspektif yang negatif , maka positif susah untuk dilaksanakan. Kali ini untuk 2016 , kena juga paksa diri untuk positifkan diri. Orang kata, bila kita positifkan diri kita, banyak perkara yang lebih baik akan mendatangi kita. InsyaAllah. Semoga azam ini tidak terkulai pada hari berikutnya HAHAHAHAHA.

Setakat ini , memang itu sahaja azam yang penting dilaksanakan. Amboi! Penting tau! Iyer, setakat ini , cukup enam dahulu azam diambil kira sebagai azam wajib. Kalau ikutkan azam lain , haruslah banyak lagi. Namun sekarang ini , apa yang penting didahulukan yang ini dahulu. Asas bak kata orang. Step by step , insyaAllah semoga dipermudahkan semuanya. Tak dapat nak dilaksanakan semua , dapat dilaksanakan suku pun jadi lah. Apa yang penting tahun 2016 ini aku cuma mahukan sebuah kehidupan yang lebih bermakna dengan orang-orang yang aku sayang sahaja. Tak ada yang lebih penting daripada itu. 

Jadi , apa azam 2016 korang? :)

Terima kasih sudi baca entri ini :)