Home

Tuesday, October 25, 2011

Ombak Rindu :: Behind The Scene & OST Ombak Rindu - Hafiz AF & Adira AF::

Sudah hampir seminggu aku tidak mengupdate apa-apa didalam belog kesayangan ini kan? Maklumlah tarikh SPM sudah semakin hampir. Lagi 19 hari sahaja lagi dan aku sudah tidak boleh bersuka ria macam exam tahunan tu diknon! Kena lah ulangkaji balik apa-apa yang dah aku belajar sebelum ini kan? Nanti dengan gigil nya , cuak nya harus mahu ingat-ingat lupa masa SPM tu , uish mintak-mintak dijauh kan lah ye.

Kalau ikutkan sebenarnya aku dah stop menulis dalam belog ini. Tapi memandangkan ada kawan aku ada kirim email kepada aku dan mintak tolong sekali lagi untuk aku update dalam belog ini , jadi aku tolong ajelah alang-alang ye. Lepas-lepas ni sila rindu-rinduan dengan update aku ye? Eh perasan! Eh lupa pulak nak cherita ekekeke , aku nak tepek menepek gambar-gambar ala-ala behind the scene dalam Ombak Rindu. Saja nak hangatkan lagi semangat peminat-peminat novel Ombak Rindu dan peminat-peminat Lisa Surihani , Aaron Aziz dan Maya Karin untuk menonton filem ini pada 1 Disember nanti

Apa lagi kan , kalau duk potpetpotpet pun tak ada guna. Mari kita menengok gambar-gambar yang kawan aku kirim melalui email itu. Aku tukang tepek dekat sini aje wokey. Hiks.













Fuhh , selesai jugak menepek 11 keping gambar Ombak Rindu ini. Aku percaya filem ini menarik dan harap-harapnya akan menarik ye. Hiks. Tak mahu komen lebih sebab filem ini tak ditayangkan pun lagi dan tak adil kalau komen awal-awalkan? Tunggu nanti aku dah tengok baru aku komen. Hiks.

Selain nak tepek menepek gambar kan , aku pun nak tepek youtube lagu OST Ombak Rindu yang bagi aku pergh meleleh air mata beb. Dah memang aku hantu jiwang , sure lah aku rasa lagu ni meleleh jugak lirik dia. Keh keh keh. Meh layan weh. Aku tepek sekaligus dengan lirik ye. Hehe , kawan aku hantar sekali harung dalam email semua benda ni apa salah nya aku tepek jugak sini kan? Gituew. Mueheheh.





OST Filem Ombak Rindu



Adira :


Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisi ku


Hafiz :


Tuhan aku tahu banyak dosa ku

Hanya ingat Kamu kala duka ku

Namun hanya Kamu yang mampu membuka

Pintu hatinya untuk cintaku


Adira :


Malam kau bawalah rinduku

Untuk dirinya yang jauh dari ku

Agar dia tidak kesepian

Selalu rasa ada cinta agung


Hafiz :


Hujan bawa air mata ku

Yang mengalir membasuh luka ku

Agar dia tahu ku terseksa

Tanpa cinta dia di hatiku


Hafiz & Adira :


Hanya mampu terserah

Moga cahaya di penanti


Hafiz:


Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya


Adira:


Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu

Hidup tanpa dia di sisi ku


Hamik kau panjang berjela entry bila seminggu tak ber-update apa-apa kan? Hihihi , jangan salah faham kengkawan. Aku memang tak ada niat langsung nak update apa-apa tapi aku cuma tolong kawan aku kejap. Dia nak aku tolong promotekan-hangatkan untuk tayangan Ombak Rindu 1 Disember nanti. Heee. Jangan lupa tonton Ombak Rindu 1 Disember nanti di pawagam-pawagam berhampiran dengan korang ye. Hamboii gigih peromot kan? Ahaks!

Nanti after SPM , ada baaaaanyak sangat cherita nak kongsi yuolz! Haih , sekarang nak edit gambar pun tak ada feel. Memang mood nak belajar aje ni ha. Tapi ada jugak sesekali ke laut mood nak belajar. Erk. Sekarang nehi nehi nak mengelat ke , melaut ke erk atau apa sahaja kan? Gituew. Muehehehe. 

So korang jangan rindu-rinduan aku ye. Muehehehe perasan giloz! Hakhak. InsyaAllah aku akan kembali mengetuk keybord sejurus selepas SPM. Err atau tengok mood dahulu ye. Tak berani janji. Doakan lah semoga aku dapat buat SPM aku dengan baik dan moga kesihatan aku pun baik-baik sahaja sepanjang SPM itu kan. Amin. 

19 days left. TickTockTickTock. Gulp!


Jangan Lupa Saksikan Ombak Rindu 1 Disember nanti yuolz!
okbai.


Terima kasih sudi baca entry ini :)


Thursday, October 13, 2011

Saksikan Ombak Rindu Pada 1 December Nanti. Gandingan Mantap Maya Karin , Aaron Aziz dan Lisa Surihani

Bagi penggemar dan pembaca novel Melayu pasti ramai yang pernah membaca novel Ombak Rindu garapan Fauziah Ashaari bukan? Kalau tidak pernah membaca sekalipun pasti korang pernah terdengar dengan nama novel tersebut kan? Ehhe , novel Ombak Rindu memang pernah menjadi fenomena novel cinta yang paling diminati oleh kebanyakkan pembaca-pembaca novel melayu dan aku juga tak terkecuali. 

Kenapa tiba-tiba aku bicarakan tentang novel Ombak Rindu ni? Ahha , semuanya pasal Ombak Rindu bakal diadaptasikan sebagai sebuah filem dan bakal ditayangkan pada 1 December 2011 ini. Weehooo. Ehem , seperti yang aku tulis diatas itulah kan , filem ini bakal dibintangi oleh gandingan hebat seperti Maya Karin , Aaron Aziz dan Lisa Surihani. Aku ada dapat email dari seorang kawan aku yang forward gambar-gambar photoshoot pelakon-pelakon utama Ombak Rindu. Maka moh lah kitew menengok gambar dan baca sekali apa yang ditulis itu. Hiks.

Hujung-hujung minggu ni kita layankan satu lagi set gambar-gambar bintang yang merupakan pelakon-pelakon utama untuk satu lagi filem yang diadaptasi dari novel ‘Ombak Rindu’ karya Fauziah Ashaari. Novel ini merupakan sebuah novel laris keluaran Alaf 21 yang diterbitkan sekitar awal 2000-an.Filem ini dijangka dikeluarkan pada 1 Disember 2011 dan diarahkan juga oleh pengarah Osman Ali. Dia turut bertanggungjawab untuk lakon layar filem ini di samping Armantono. 

Sinopsis.
Merupakan kisah Izzah yang merupakan seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya?

Layankan lagi 12 keping gambar Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar pada Fanpage Ombak Rindu.
















Ehem , jadi bagi peminat-peminat novel Ombak Rindu dan juga novelis terkenal Fauziah Ashaari , jangan lupa untuk menyaksikan filem Ombak Rindu di pawagam-pawagam berhampiran pada 1 December 2011 nanti wokey? Ehiks , ada tak korang yang baca novel ni? Aku baca jugak tapi dulu-dulu lah kan. So boleh katanya dah tak ingat dah jalan cherita nya dan Ombak Rindu ni dia ada sambungan gituh. Tapi aku bukan jenis gigih sangat nak baca sambungan dia itu. Tapi beli lah jugak kan nak buat koleksi katanya. Hahaha.


ini Ombak Rindu aku punya.
dengar cerita akan ada cover baru yang menayangkan wajah Aaron Aziz , Maya Karin dan Lisa Surihani. 
mesti sold out guwa rasa cover jenis baru tu.

eh guwa? okbai.

p/s: sepatut nya aku dah tak ada update tapi sebab one of my friend mintak tolong untuk aku updatekan tentang ini , so aku update lah kejap. Hehe , just copy and paste , so oklah! :)

Terima kasih sudi baca entry ini :)


Tuesday, October 11, 2011

091011 - Bercanda Di Tepi Tasik? EH!

Setelah sekian lama merancang macam-macam untuk mengadakan makan-makan bersama kawan-kawan , akhirnya terlaksana jua Ahad lepas. Tak rancang pun untuk memilih tarikh yang cantik itu : 091011 dan pilih tarikh pun secara random setelah banyak kali memilih bersama-sama. Tempat pilihan aku apabila nak berpartayy eh opps adalah di Taman Tasik Titiwangsa. Hiks. Alhamdulillah , dapat juga berjumpa dengan Geng Gebata , Geng Buih dan Geng Al's. Almaklumlah aku ni banyak betul geng dan sebab banyak betul geng membuatkan aku sangat-sangat stress nak jemput-menjemput orang ni tau. Tak jemput pihak situ , nanti sentap , Tak jemput pihak sini nanti sentap. Dah jemput ada pulak yang tak datang , itu memang aku pulak yang sentap. Hahahahah. Tak adalah ,gurau aje. Ekekeke.

Alhamdulillah , aku sangat-sangat bersyukur sebab cuaca sangat baik Ahad lepas. Tak hujan langsung dan tak adalah panas terik. Cuaca sangat-sangat baik dan terasa sangat bersyukur. Aku agak gusar memandangkan beberapa hari sebelum majlis ini nak berlangsung boleh dikatakan setiap petang hujan. Hari Sabtu petang itu pun hujan kemain lebat dengan kilat , petir dan guruhkan? Sampai aku dah berkira-kira nak buat dekat rumah dah. Tapi Alhamdulillah , segalanya berjalan dengan lancar akhirnya.

Ahad lepas antara menu-menu yang disediakan , of course hasil air tangan Umi tersayang. Ahh sayang Umi ketat-ketat sebab sanggup buatkan Laksam Kelate terbaikkk punye dengan Nasi Kerabu terbaikkkk dari ladang. Eh eh. Hahaha. Lepas tu ada juga Karipap-Karipap Cinta dan Cocktail Buah-Buahan. Lagi istimewa bila kawan-kawan aku ni siap bawak makanan-makanan lain tau. Terharu meh :') Kak Fieza siap bawak rendang dengan agar-agar santan , Auntie Bunger bawak Sambal Udang terbaikk wehh , Nisa bawak Kek Batik dan Kak Arin bawak Puding Caramel yang memang yummeh jugak! Semua makanan-makanan memang sedap-sedap belaka gituew. Ngeee. 

Okeh tak mahu berceloteh banyak-banyak , jom tengok gambar ye. Pitamz nak mengedit gambar dan pilih mana yang terbaik uolzz. Hahahaha , paling penting jangan terkejut kalau ada gambar Anuar Zain ye. Itu retis jemputan yang sempat aku jemput memandangkan retis kesayangan tak dapat nak datang sebab shooting. Heh. *gelak guling-guling* Gambar memang tak akan ikut susunan sebab aku malas nak susun. Heh heh heh :P


Anuar Dini Zain dan Mama Waja. 

HAHAHA , Kaka Milo , agak-agak tersembur gelak tak tengok gambar ni? HAHAHAHA.




Nasi Kerabu Biru dan ulam-ulaman.

Tskk baru perasan gambar laksam tak snap pun :/


karipap cinta :P

karipap ini memang mendapat pujian dan menjadi kegemaran semua kawan-kawan aku.
ini Umi aku yang buat dan memang rasa dia sangat-sangat sedap. 

berminat nak tempah? boleh aje!

hantar order korang di jingliq1125@yahoo.com. nanti aku beritahu harga dia dan lain-lain di situ :)

aku tak main-main wokeyyy dan ini untuk serious buyer only ;)
nak main-main pergi playground. eh?!


Mama Waja ahaks! :P


Kaka Yieng *gtm* dan Kaka Emmy.


Kaka Ekah dan laksam.

the one and only gambar laksam yang sempat snap. boleh gitu? ahahah


kek batik from Kaka Nisa , sangat yummeh!



Kaka Yieng ahaha dengan album Rossa. 
lagu Raya pun ghasak dia dengar demi Ocha :P 
ahahaha.


tadaaaa , mak gule-gule ai dah sampai. lol.
kak fieza ;D


pehminat tegar Ocha! :D


sambal udang marvelesss!!!


puding caramel yang sedaaaap woo from Kaka Arin ;)


Memang happening sangat Ahad lepas sebab ramai-ramai berkumpul kan. Maka macam-macam cherita la boleh cotcetcotcet bersama kan? Hahahaha. Banyak benda kelakar yang kitaorang sibuk bergebang dan memang sangat-sangat happening. Sampai sekarang masih ada sisa-sisa ketawa bila tengok gambar-gambar tu balik. Hakhakhak. Adoii , ramai yang dah terbahak-bahak gelak sampai keras perut tengok gambar Abg Dini bertopengkan Anuar Zain sebab tak mahu identiti didedahkan katanya. Hahahahaha. Bayangkanlah masa aku mengedit gambar tu pun aku dah terketar-ketar tangan sebab sambil edit sambil gelak hahahah. Adoilaa.


Macam-macam cherita borak dari Ilmiah sampai ke Mengarut punya cherita pergi bergebang :P Tiba-tiba keluar cherita pasal Ustazah Pilihan... lepas tu tiba-tiba pasal drama Tahajjud Cinta then tiba-tiba keluar cherita gosip apa entah. Hahahaha , memang syok je kan :P Okay layan gambaaar lagi. Sorry entry ni overdose panjang dengan gambar-gambar :P



kekure , nur kolikoni ahahah , aku , kak arin dan nisa :')


calon-calon ustazah pilihan? auww! hahahah.



aku dan auntie ros.


kaka emmy dan aku :')


tak mampu nak berhenti gelak sampai keras perut tengok gambar ni. adoiii. 

mama waja , aku dan retis jemputan Anuar Dini Zain ! Kau mampooo?!! ahahaha


padahal ini lah retis sebenarnya khen?
ahahaha

syafie naswip dan aku.



kekure , aku dan hazeera ;)


heh tak ada kerja. kasut retis dan selipar aku. nangis!


cantik pulak tengok gambar ni. ahahah.


nisa dan aku ;)



pawie yang muka ala-ala azhanrani gitueww. ahaks ;)



mak gule-gule. ahahah ; kak fieza ;)

Ada cherita kelakar masa nak balik tu ha.Kak Fieza datang dekat kereta Ekah nak kasi souvenir dekat Ekah from Aussie.Lepas tu dia tanya dekat aku , nak tak? aku cakap nak la walaupun dah dapatkan?Lepas tu boleh Kak Fieza tanya lagi , korang berdua nak apa lagi?Kitaorang cakap semua benda kitaorang nak ahahaha.Then boleh Kak Fieza tanya beg yang isi barang ni nak tak?Mula-mula dua-dua geleng tak mahu. then bila Kak Fieza angkat tinggi sikit tulis Australia Terus Ekah bukak tingkap cakap nak nak nak! hakhak.Terus Kak Fieza cakap ; hamboii korang terus dibogelkan aku dengan hambik segala barang-barang aku. ahahahah. Choii sangat!!! Aduhai , terus nak tergelak bila ingat balik. Ekekekek.


spontan :P


Rouza , anak Auntie Ros dengan aku :)



driver of the dayyy ; Kaka Ekah :P


kami peminat setia Azwan Ali. *hamboi hamboi hamboi*

wakakakakaka :P

Woottzz , banyak betul gambar nya. Haruslah kan? Nak update puas-puas sebenarnya. Lepas ni memang dah malas nak update. Tapi kalau terdetik nak update , aku update je. Ekekeke. Semalam pun buat schedule update dan aku tak pergi blogwalking pun. Malas nak lepak depan laptop lama-lama. Nak edit gambar / kecik kan size gambar / letak watermark pun aku malas sebenarnya. Benda-benda yang berkaitan yang kena menghadap laptop memang aku malas betul nak hadap. Tapi kalau aku tak buat sekarang , tak kan nak buat sehari sebelum SPM kot? Itu memang CHOYYY!!

Sebelum aku noktahkan entry ini , aku ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih buat semua yang hadir pada Ahad lepas. Terima kasih buat geng buih ; Abg Dini dan Mama Waja, terharunya sanggup korang datang meredah tasik kan? Hahaha. Terima kasih buat geng Al's Nisa dan Kak Arin , terharu jugak siap bawak makanan dan kasi duit raya. Ekekekeke. Terima kasih buat geng GEBATA ; Kak Fieza , Kekure , Auntie Bunger , Koni , dan Kaka Ekah  especially sebab buat aku gelak tak henti-henti dan tehtap jugak dan juga untuk duit raya lagi. Hikhikhik. Terima kasih buat Bayieng , Kaka Emmy dan Kaka Hazeera sebab sudi datang memeriahkan majlis. Auww , terharu nya dengan korang ni. Ni nak sayang ketat-ketat ni. Terima kasih juga buat Syafie Naswip , Rouza , Pawie dan Imran yang datang jugak memeriahkan majlis. Ngeee. Dan tak lupa terima kasih untuk duit raya ye semua. Eh banyak nya duit raya ni? Ekekekek. Oh yes , Terima kasih juga buat Kak Ted yang siap kirim duit raya dekat Kekure. Oh terharunya saya. Ngeee. Haish , betul-betul terharu ni. Korang memang boleh buat aku nangis terharu ni. Ngehehehe. Tak lupa Terima Kasih sangat-sangat pada Kaka Ekah yang menjadi driver aku , babysitter aku wakakaka dan tukang hantar ambik aku. Ngeee. Pergh buat ucapan macam baru lepas menang rumah Banglo sepoloh tingkat aje kan? Hahahaha.

Last but not least , walaupun macam-macam rasa yang sedang aku rasai sekarang ini , tapi Alhamdulillah kehadiran kawan-kawan ini yang membuat aku tersenyum dan tertawa. Terima kasih kerana menceriakan hidup saya umpama saya menonton Astro Ceria. Eh? Buat yang tak dapat hadir , insyaAllah kita dapat jumpa lain kali ye , insyaAllah jika umur kita semua masih panjang. Amin :')





paling penting , Terima Kasih Ya Allah , kerana kau tidak turunkan hujan dikala aku mengadakan majlis di taman. Alhamdulillah :')


the best moment so far with them.
♡ them ! :')

How's your last weekend guys? And hari ini pun salah satu tarikh cantik kan? 11.10.11. oh tuhan how fast time flies. tsssk. another 34 days to go!! T____T

Terima kasih sudi baca entry ini :')