Home

Monday, October 10, 2011

Peminat Misteri ?

Betul , tak tipu dengan tajuk dekat atas tu. Aku sendiri pun terkejut korang yang baca mesti lagi terkejut kan? Gituew. Kisah nya aku memang setiap hari atau bila aku free aku akan check email aku. Sebab nya nak delete email-email notification untuk blog ni kan? Nanti kalau tak delete jadi macam email untuk facebook aku , dah berpuluh ribu aku tak padam-padam. 


Jadi aku check lah satu per satu macam kebiasaannya. Lepas tu aku nampak ada satu email macam pelik dia punya tajuk. Angkat kening banyak kali. Asyik sebut "EH?" "EH?" "EH?" tapi gedik betul duk "EH?" banyak-banyak kali tak kelik email tu apa kes? Hahahaha. *pang bertalu* Lepas tu aku pun bukak email tu dan baca dengan teliti. Ala-ala tengah membaca arahan dalam kertas soalan gituew.


Lepas tu terus aku tergamam dan terharu. Eh kenapa pulak? Dramatik tak? Wajib dramatik! Ekekekeke. Ehem , rupa-rupa nya aku mendapat email daripada salah seorang pembaca Cherita Emo-Temo. Aduh , terharu sangat okay bila aku baca email dari Kak Leen. Aww, you so sweet la Kak Leen. Tak pernah sangka pulak akan mendapat email dari pembaca Cherita Emo-Temo. Ngeee , yes belog aku masih lagi belog picisan yang tak lah sehebat belog Hanis Zalikha , se-gah belog Red Mummy , se-popular belog Cik Epal mahupun Yuyu Zulaikha. Definitely NO.


Aku buat entry ini khas untuk Kak Leen yang siap hantar email dekat aku and tanda appreciate aku pada Kak Leen yang kata dia seronok baca belog ni sampai mampu tersenyum dan tertawa. Itu yang aku suka , tak mampu nak ceria kan hati sendiri , dapat buat orang lain ceria pun dah okay kan?


Ehhe , dekat bawah ni ada aku printscreen email Kak Leen. Hiks.


terharu :')

terima kasih atas pujian dan sokongan.

dan yes atas nasihat juga. :')

Asal nya nak tulis ringkas-ringkas tapi macam biasa aku gagal nak ringkaskan ayat bila berkaitan dengan penghargaan ni. Heh heh heh. Terharu sangat bila ada yang seronok membaca belog picisan macam ni. Siapa tak seronok kan? Heee. Terima kasih sangat-sangat buat Kak Leen yang sudi membaca setiap entry-entry dalam belog ini ye. Appreciate sangat-sangat :')

Ehem , aku buat entry ini pun untuk aku abadikan dalam belog ini dan untuk aku baca lagi di masa yang akan datang. Jangan korang nak salah faham pulak. Ngeh. Ehem , tak tahu nak tulis apa lagi sebab masih lagi terkesima kan dapat email dari peminat misteri katanya? Hahaha , misteri lah sangat khen. Ekekekek. So , korang kalau nak hantar email ke , hantar hadiah ke pun boleh. Aku okay aje. Wakakak , statement mintak baling bola Golf tak? Ekekekek.

Eh nak tunjuk pic selingan antara aku dengan Kak Leen di twitter. Ehem ehem. 




pic 1 :: aku menggedik tengok Aaron balas tweet orang lain tapi tak balas tweet aku. erk. then Kak Leen pun err nak merajuk jugak? err then Aaron balas.

err kenapa Kak Leen nak merajuk? errr sebab tengok pic 2.

pic 2 :: heh , baca aje lah. okbai.

Mesti ada yang loya kan? Tak habis-habis dengan Aaron. Sudah jangan nak loya ye. Itu cuma nak tunjuk antara aku dengan Kak Leen aje katanya. Ngeh. Tak payah nak loya-loya sebab Rabu ini entry aku yang terakhir dalam belog ini ye kawan-kawan. Dah malas nak update , dah malas nak blogwalking. Bukan sengaja-sengaja tapi aku rasa itu yang terbaik sekarang. SPM dah makin hampir dan aku mahu fokus untuk SPM nanti.

InsyaAllah lepas habis sahaja SPM , belog ini akan kembali seperti macam biasa. *harap-harap lah. Lagipun kan bila aku asyik terdedah dengan segala jenis online ada banyak manusia yang cuba membuat aku rasa pissed off dengan ayat-ayat mereka. Aku memang tak mahu rosak kan mood belajar aku kerana mereka-mereka itu ye? Lagi hendak SPM , lagi aku nak jauhkan diri dari mereka yang tak sepatut nya ini. Gituew. Eh entry last good bye tu hari Rabu , apahal aku dah melalut dalam entry ni? Okbai.

Perkara paling seronok apabila mampu membuat orang lain tersenyum dan tertawa. Itu sudah cukup mengubat macam-macam perkara yang sedang dilalui ini. Kan? :) 

Terima kasih sudi baca entry ini :')

13 comments:

PinKy MoMMa said...

kerlazzzz ko jah..dpt email dari pembaca skrg ni hehehe..dah mcm editor majalah pulak kekdahnyer..i loike uolss..

teruskan berblogging! :)

tiefazatie said...

wah..glamor ko jah...hihi..

Ijah EmoTemo said...

akak pinky >> hikhik curlastt kah? hiks ai sendiri pun terkejut ni akak pinky hihi.

hiks , insyaAllah tq ya! :)

Ijah EmoTemo said...

ifa >> ahahaha glemer raya kah? ekekekek

Teratak Hami said...

Glamour sungguh !!! Sampaikan boleh merajuk2 dgn artis!!!

Mama Gee said...

wahhh beruntungnyaa badan..

mmg seronok kalau dpt penghargaan dr org lain...rs tak sia2 buat blog...

Hanie_Dew said...

weewit. ada peminat. memang sgt terharu kalau dpt emel cenggini.

sib baik bukan aaron yg anta emel kat ko. kalau tak mmg la mmg...

Ijah EmoTemo said...

teratak hami >> heheheh glamer ke? ekekek. biasa2 je tu ngeee. err merajuk dgn retis perkara biasa erk ahahah

Ijah EmoTemo said...

mama gee >> hehe kan? mmg rasa seronok je baca email tu ;)

Ijah EmoTemo said...

hanie >> hihihi , terkejut ekceli dpt email dr peminat. ngeee.

ahahahahah eh dgn bang aaron mmg dh selalu pribet msg la hanie :P ekekek

sha my heart said...

Pergh, hebatnya..

Kelas ko Jah.

Mesti best, kan? Orang terima blog anda =)

So, keep blogging la.

Ijah EmoTemo said...

sha >> hehehe alhamdulillah syukur ada org menyukai dan sng dgn tulisan ijah dkt sini :)

hee tq! :)

Ijah EmoTemo said...

sha >> hehehe alhamdulillah syukur ada org menyukai dan sng dgn tulisan ijah dkt sini :)

hee tq! :)