Home

Thursday, October 13, 2011

Saksikan Ombak Rindu Pada 1 December Nanti. Gandingan Mantap Maya Karin , Aaron Aziz dan Lisa Surihani

Bagi penggemar dan pembaca novel Melayu pasti ramai yang pernah membaca novel Ombak Rindu garapan Fauziah Ashaari bukan? Kalau tidak pernah membaca sekalipun pasti korang pernah terdengar dengan nama novel tersebut kan? Ehhe , novel Ombak Rindu memang pernah menjadi fenomena novel cinta yang paling diminati oleh kebanyakkan pembaca-pembaca novel melayu dan aku juga tak terkecuali. 

Kenapa tiba-tiba aku bicarakan tentang novel Ombak Rindu ni? Ahha , semuanya pasal Ombak Rindu bakal diadaptasikan sebagai sebuah filem dan bakal ditayangkan pada 1 December 2011 ini. Weehooo. Ehem , seperti yang aku tulis diatas itulah kan , filem ini bakal dibintangi oleh gandingan hebat seperti Maya Karin , Aaron Aziz dan Lisa Surihani. Aku ada dapat email dari seorang kawan aku yang forward gambar-gambar photoshoot pelakon-pelakon utama Ombak Rindu. Maka moh lah kitew menengok gambar dan baca sekali apa yang ditulis itu. Hiks.

Hujung-hujung minggu ni kita layankan satu lagi set gambar-gambar bintang yang merupakan pelakon-pelakon utama untuk satu lagi filem yang diadaptasi dari novel ‘Ombak Rindu’ karya Fauziah Ashaari. Novel ini merupakan sebuah novel laris keluaran Alaf 21 yang diterbitkan sekitar awal 2000-an.Filem ini dijangka dikeluarkan pada 1 Disember 2011 dan diarahkan juga oleh pengarah Osman Ali. Dia turut bertanggungjawab untuk lakon layar filem ini di samping Armantono. 

Sinopsis.
Merupakan kisah Izzah yang merupakan seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya?

Layankan lagi 12 keping gambar Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar pada Fanpage Ombak Rindu.
















Ehem , jadi bagi peminat-peminat novel Ombak Rindu dan juga novelis terkenal Fauziah Ashaari , jangan lupa untuk menyaksikan filem Ombak Rindu di pawagam-pawagam berhampiran pada 1 December 2011 nanti wokey? Ehiks , ada tak korang yang baca novel ni? Aku baca jugak tapi dulu-dulu lah kan. So boleh katanya dah tak ingat dah jalan cherita nya dan Ombak Rindu ni dia ada sambungan gituh. Tapi aku bukan jenis gigih sangat nak baca sambungan dia itu. Tapi beli lah jugak kan nak buat koleksi katanya. Hahaha.


ini Ombak Rindu aku punya.
dengar cerita akan ada cover baru yang menayangkan wajah Aaron Aziz , Maya Karin dan Lisa Surihani. 
mesti sold out guwa rasa cover jenis baru tu.

eh guwa? okbai.

p/s: sepatut nya aku dah tak ada update tapi sebab one of my friend mintak tolong untuk aku updatekan tentang ini , so aku update lah kejap. Hehe , just copy and paste , so oklah! :)

Terima kasih sudi baca entry ini :)


47 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

innocent giler muka MK tue....
woot woot lisa jadik perampas ker??
alahai x leh tgk la jwbnyer
rindu nak bca novel ni
dulu ai beli kwn pinjam tetiba ilang
dia ganti kasi duwet nak beli dah sold out sedeyyyyyyyyyyy

Mama Gee said...

sukee baca novel ni..tp mcm kurang sesuai plak maya karin bawa watak tu..sesekali bawa watak jahat baguss gak...

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> yups! tp kan mcm tak sesuai pulak part pelakon perempuan tu muehehehe. atau ai demand eh? ekekek. :P

oh iye ke? noks nnt ada keluar cover novel yg baru. moh ler beli ekekeke

Ijah EmoTemo said...

mama gee >> hee bestkan novel ni. tp smbgn dia rasanya biasa2 aje kan. hehe. ahha,itulaaa. hrp2 bestla filem ni nnt ;)

mamaNoriz said...

semacam lak tengok muka maya tu...
betul punye nerd ek...hihi

sudi folo sya?

azam said...

menarik...macam best je....

PinKy MoMMa said...

dah baca dah novel ni hehehe..nnt kita nantikan bersama eh ;)

Ijah EmoTemo said...

mama noriz >> hehehe nmpk baik semacam je kan hihi.

Ijah EmoTemo said...

azam >> hehe klu ikut novel mmg menarik. but ikut filem kena tgk dulu la baru tahu hehehe

Ijah EmoTemo said...

akak pinky >> wee jgn lupa tgk okeh! hiks.

Liyana said...

mesti tgk ni, hubby xnak tgk pun xpe, tgk wyg sorg2 pun bereh, haha

-dari peminat tegar ombak rindu, hehehehe :D

El-Janna said...

oi ombak rindu best giler. first novel seumur hidup awal dan akhir baca nih^^
keh809

Ijah EmoTemo said...

liyana >> weee!! klu pernah baca novel wajib tgk and hrp sgt tak mengecewakan penonton ;)

Ijah EmoTemo said...

janna >> haaa wajib tgk okess!! hihihi. ahahah awal dan akhir? curlastt gitueww mueheheh

Hanis MY said...

uwaa ingt2 lupa la pernah bc ke tak... ayunyaaaa MK, LS jd watak jar heart eh... scaryyy...

Cik Bambam said...

kang mesti hot cerita ni mcm lagenda budak setan..tp hakikatnya LBS tak macam yg diwar-warkan..huhuh

dill said...

saye sangat suke novel tu :)

dill.

Cik Eliza said...

pehhh!!

kalau boleh buat drama jugak untuk novel 7hari mencintaiku.

mesti best!

huhu!

p/s : peminat siti rosmizah. HAHA

cik pulau said...

suka novel ombak rindu.
hope cerita pn sama bestnya.. hehehe

Hanie_Dew said...

aaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~ tak sabar nak tgu 1st dec..nak tgk nak tgk nak tgk. tp buat movie mesti tak puas kan.

kalau pas ni buat drama..wah vavavoommm la.

aku dah baca lebih dari 5 kali novel tu. huhhuuhu. camput kesimnambungannya sekali yg izzah hanyut pastu hilang ingatan.

Ijah EmoTemo said...

kak hanis >> hehehe ,lisa jd watak jahat. ngeee.

Ijah EmoTemo said...

cikbambam >> hee itula yg diharapkan. jgn hebat sj tp nan hado hasilnya nnt heheh

Ijah EmoTemo said...

dill >> heheh sama la! :) hrp hasil filem ini tak mengecewakan ;)

Ijah EmoTemo said...

cik eliza >> alamak tak beli and baca lg 7 hari mencintaiku. ngeee. tp novel2 siti rosmizah yg lain ijah dh baca :) ngeee

Ijah EmoTemo said...

cik pulau >> hee yup yup hrp2 xmengecewakan! :)

Ijah EmoTemo said...

hanie >> heee tak sabar kan?! hrp2 tak mengecewakan mcm LBS dulu tu. serius mengecewakan. ngeee. ahha , movie mmg xpernah memuaskan ngaahaha. weehoo klu drama mesti syok dpt tgk aaron byk2 kali ekekekekek.

wow! curlastt!!

Saiazuan said...

saya tak baca novel.. insyaAllah kita ada kesempatan akan menonton cerita itu.. ;)

zati embong said...

aaron aziz mmg sgt sesuai pgg watak 2.wah,lisa jd org ke3 ni.menarik.

tiefazatie said...

ala..kenapa terbalik nie pelakon die..sob2..lisa lak jd jahat eh?

アヌム ちゃん said...

pelakon best2..mesti best cite nih nanti..nak tungguuu..huhuu

aleen aiden said...

akhirnya.dah lame sangat org ckp citer ni nak keluar.haishhh

sitiezahim said...

bes citer ni kan?? tapi maya karin mcm tua skit la unt watak izah tuh..hehe..akak tengah tunggu kot2 ada produser nak terbitkan filem dr novel Jauh by Aisya Sofea...suuuuukeeeee sangat citer tuh..huhuhu

miloais said...

yuhuuuuuuuuu!~ mek jingg...

maaf ye.. lama tak singgah sini...
alasan - sila baca kat blog iols
hak hak hak

maaf ye... iols tak tengok citer2 cenggini...

so - no komen beb!

NM02 said...

maya mcm wanita indon yg cantek

Ijah EmoTemo said...

zuan >> hihi , jgn lupa tgk k! :)

Ijah EmoTemo said...

zati >> ehiks yups! mmg sesuai. baran + romantik. muehehe tak sabar okes! hihi.

Ijah EmoTemo said...

ifa >> eheheh itulah. ekceli ijah pun hrpkan pelakon heroin dia lain tp lain plk jd nya. ngeee. yups , jd jahat. heheh.

Ijah EmoTemo said...

kak anum >> heee , itulah! tak sabar nk tunggu 1 dec nnt heheh.

Ijah EmoTemo said...

aleen >> ehehe byk tertangguh ni hihi. 1 dec nnt baru keluar ;)

Ijah EmoTemo said...

kak sitie >> ahha! itulaa... maya karin mcm tua plk utk watak izzah tu. hehehe. ahaa.. nnt lama2 akan keluar drama or movie utk novel tu :)

Ijah EmoTemo said...

kaka milo >> it's alright bebeh. ai memahami ;)

ngeee..

Ijah EmoTemo said...

nm >> eheheh kann! :)

tiefazatie said...

alahai..sabo j ela kan dear..hee

Ijah EmoTemo said...

ifa >> ehehehe itu la.. sabo je la hrp movie ni mmg bebetul2 best ngee ;)

aimie amalina said...

aihhhh
tgk2 gambo ni mang x sabo den nk negok cito niiiiii =]

Ijah EmoTemo said...

aimie >> hehehe kann? ijah pun makin tak sabar ni ! hihihi

Lulu Caldina said...

hah puas cari novel tu..sold out..