Home

Saturday, June 11, 2011

Review Movie : KL Gangster!

Baru sahaja sebentar tadi aku pergi menonton KL Gangster di Wangsa Walk Mall. Maklum lah sepelaung aje dengan rumah aku , harus lah terjah situ. Eceh , hari tu Kungfu Panda tengok dekat mana? KLCC -.-' Itu sebab tahap bosan melampau. Maklumlah WWM ni biasa-biasa aje kan jadi hehe setakat nak tengok wayang okay aje lah. Kekdahnya aku nak pergi gunting rambut tadi , maklum lah tengah cuaca panas hujan panas hujan tak menentu ni mula lah berbahang bila rambut panjang sikit tapi lepas tu bila pergi dekat kedai gunting rambut tu , haih tutup pulak. Jadi terus lah bergegasan ke WWM untuk menonton KL Gangster. Hiks. Gigih tak? SANGAT GIGIH ye. -.-'

Kekdahnya ramai yang beritahu aku KL Gangster sebuah movie yang menarik. Aku pun mula lah menggedik tertarik ungkai hati nak menonton kan? Ehem , ke sebab penangan Nora Elena maka aku pun bergigihan nak menonton Aaron Aziz di dalam KL Gangster? Uiks , tak lah mana ada. *gigitjari* Muahahah. Sebenar nya aku cuak jugak bila tengok dekat laman web TGV , kebanyakkan seat di TGV banyak yang dah sold out pukul 11.45 pagi. HUISH. Risau weh. Aku tengok yang semalam. Maklumlah yang pukul 11.45 pagi ni murah sebab tiket awal. Harga RM 13 jadi RM 9. Suka suka suka. Hakhakhak. Memang betul teringin nak kena pelempang nih -.-' Thanks to Kaka Dila yang sudi membantu mencarikan tiket ini. I lap yu so strong la Kaka! Keh keh keh.



Okeh berhenti bercakap pasal tiket , pasal itu dan pasal ini. Nanti bukan jadi REVIEW MOVIE tapi MEMBEBEL MOVIE. Eh eh eh. Bagi aku KL Gangster sebuah filem yang menarik untuk di tonton tetapi perlu pengawasan yang sangat tinggi bagi mereka-mereka yang nak bawak anak-anak di bawah usia 12 tahun. Hoitt yang remaja macam aku pun kena di awasi jugak. Kang jadi gangster dekat sekolah apa cer? Mahu naya aje nanti kang. KL Gangster sebuah filem aksi yang memang membuat aku asyik terbeliak mata melihat aksi Malik (Aaron Aziz) dan Jai (Adi Putra). Perghh , dua-dua sama-sama tough T_T Hamboii itu yang kau tengok Jah? Eh kebetulan. *pang* Oh ya sebelum terlupa KL Gangster sebuah filem terbitan Skop Production yang di arahkan oleh Syamsul Yusof dan Syamsul Yusof juga yang berlakon. Mek nak nangis boleh sebab dia lah pengarah ... dia jugak lah yang berlakon *meraung*

Filem ini bertambah menarik bila ada Bang Long Dil (Zizan) bila ada saja aksi-aksi menarik dan lawak yang di tuturkan. Hahah , memang tak kering gusi senang cherita. Iye lah kan , bila Malik tengah serius , si Bang Long Dil ni boleh pulak buat lawak. Habis gelak satu panggung. Bila masuk part Zizan je mesti semua gelak bagai nak rak. Jadi filem ini tak ada lah aksi semata-mata dan tak ada lah rasa nak menguap macam sepuluh hari tak cukup tidur. Jadi menarik lah dengan ada nya Zizan dalam movie ni. Hiks. Bagi aku Zizan yang memang terkenal dengan lawak selamba itu memang did a good job for this movie. Ok lah , tak menghampakan gitu.

Nak komen apa lagi? Filem yang penuh aksi dan biasa lah ini berkisah kan ala-ala kawasan kau kawasan aku. Masing-masing nak jadi taiko. Cuma tak menahan Syamsul Yusof tu lah. Rasa nak pang bertalu tengok watak dia. Heh. Entahlah macam something wrong somewhere bila tengok lakonan Syamsul Yusof ni. Hakhakhak. Malas nak komen panjang-panjang. Aaron Aziz pulak ; fuhhh memang hebat habis lah berlawan. Tengok dia lawan punya kemain senang dengan badan tough dia pheww. Menangis meks tengok. Hahahaha.

Selain itu bagi aku ada jua scene yang Malik sedih tengok family dia. Tengok adik beradik dia buat aku pun ala-ala susah nak cerna ayat dalam kepala otak. Sayu jugak tengok mak dia bersusah payah macam tu. Entah sayu semacam aje ok. Okay lah , ada jugak part sayu-sayu. Heheheh. Tapi biasa lah jangan kau harap macam Nur Kasih nak sayu sampai habis filem. Padahal aku tak tengok pun movie tu berani nak komen ye? Hek hek hek.



Ok aku bagi empat bintang dari lima bintang. Sebuah filem yang menarik dan penuh dengan aksi tapi kadang-kadang aku terasa ada sesetengah plot dalam filem ni macam dalam gerak khas pulak. Ini mesti kes mengimbau kenangan menonton dengan gerak khas khen? Hahahah. Tapi filem ini sangat menarik dan tak bosan. Aksi Aaron Aziz dan Adi Putra dan pelakon-pelakon lain yang syok kemain berlawan pun tak membosan kan. Tambahan pulak dengan kehadiran Zizan dalam filem tu memang makin buat terasa tak kering gusi dan tak puas nak menonton. Scene dia saja dah boleh buat orang terburai gelak. Hahahah. Kalau korang nak tahu amacam , pergi tengok la , mesti korang gelak jugak! :D 

Korang dah tengok belum movie ni? Amacam best ke tak best? Bagi aku ok je la. Asalkan tak boring okay lah tu. Tapi apahal aku rasa minggu ni aku macam banyak cerita pasal Aaron Aziz ni? T_________T Kebetulan aje tu kot. Heheheheh.

Terima kasih sudi baca entry ini :)


16 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

hentak kaki...uwaaa
semua org dok citer pasai movie ni jer...x dapat ai nak tengokkkkkk :(

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> sila bertabah ye! hiks ai dpt bantuan budak forum tempah kan tiket dan bayar on9 gitu. hiks. klu tak , xdpt tgk kot :(

amir aizat said...

wah nk tgk jagk lah!

Ijah EmoTemo said...

amir >> hiks. try la pergi tgk , mmg best :)

apik pehe said...

hehe..apik belom tengok lagi..tapi ramai kater best

Ijah EmoTemo said...

apik >> harus tonton! filem yg menarik :)

Mama Zharfan said...

nanti me nak pegu tgk gak :)

Ijah EmoTemo said...

mz >> pergi la tgk , mmg best :)

sha my heart said...

wah, nak tengok jugak la..

'cuti panjang, bro?"

"cuti dah habis"
=)

Ijah EmoTemo said...

sha >> hee harus tgk! :P

miloais said...

tak payah baca habis entry ni pun
iols dah nak melahar

uols memang kan.... sbb ada AA tu lah yg uols gigih nak tengok citer ni!
tak kan hang rember kat anak pak usop tu! tak de makna kan!

sib baik uols tak de depan uols
kalo tak.. sohih iols dah bagi pelempang secara live..

tapi sbb tangan iols dah gigih
iols bagi secara virtual sajorkkkk!

khas buat mek jingg!
[berserta dengan sound efek menggunakan dolby system - ko mampooooo?!]
*pangggggg ggggggg gggggg ggggg*

hahahahahah

Ijah EmoTemo said...

kaka milo >> penuh emosi sgt khen? hakhakhakhak. demi bang Aaron , lautan api sanggup ku redahi. erkkk.

aiyark sakit kena sound effect penampo tu hahahah

miloais said...

mek jingg : tak de maknanya..
iols gelak guling2 ni...
bosses pun dah tiga-empat kali tenong iols..
may be depa ingat iols dah sewel
wakakakakak

Ijah EmoTemo said...

kaka milo >> hakhakhakhak. jgn smpi terjatuh kerusi sudah ye. hahahahah.

apahal ai terbayang wjh kaka milo yg sedang ketawa ni? hahaahahah

Ardini Humaira said...

terinin dni nak tengok cite ni :)

Ijah EmoTemo said...

dni >> tgk la , sbb memang menarik :)