Home

Sunday, June 5, 2011

Tak Dapat Pergi De Keukenhof Tengok Ladang Tulip ... Tengok Tulip Pelesu Pun OK la. *meraung*

Petang tadi pergi ke SACC mall. Tak ada plan langsung nak ke situ. Dah alang-alang pergi ke situ aku terus teringat yang kawan aku cakap novel yang terhangat Kasih Yang Suci ada jual dekat situ. Banyak lagi copy dekat situ. Aku pun terus aje lah pergi ke situ. First time kata nya pergi situ. Okay lah tempat nya , hala-hala Mid Valley aku rasa boleh? Hiks. Dah dah bukan nak komen tempat tu macam mana. Pergi pun sekejap aje pun. 

Kebetulan MPH ada bukak booth dekat ruang legar. Ada diskaun. Cepat-cepat cari novel Kasih Yang Suci. Hampa. Tak nampak mula-mula. Lepas tu tawaf punya tawaf. Fuhh jumpa. Tinggal 1 copy sahaja ok? Gila lah! Padahal kan , aku banyak lagi novel yang tak habis baca ni wehhh. Matila. Tak apa tak apa , lepas SPM harus lebamkan diri baca novel-novel itu yewr. Uhuks. Fuhh , selamat sempat nampak. Kalau tak hampa aje kan? Heheh.

 

heee , ini semua gara-gara #sethtan #noraelena kan? :P

Lepas tu aku pun dah habis beli semua tu , sempat lah naik tingkat atas dia. Sempat lah masuk dekat satu kedai ni tau. Tak ingat nama apa. Tapi memang menarik minat aku dengan mak aku. Kedai jual barangan pinggan mangkuk kaca yang sangat cantik. Bukan jual pinggan mangkuk aje , ada jual pasu bunga cantik-cantik dan dan dan BUNGAAAAA! oh na na entah apa pasal aku jadi minah bunga sejak dua menjak ni. Nampak bunga je happy. Nampak bunga je tergedik. Nampak bunga je hepp hepp sudah.

Paling buat aku terkinja-kinja teruja ialah bila melihat ada TULIP. ohkay fine , tulip pelesu but hade aku kesah noks? sebab kan memang susah jugak nak jumpa tulip yang pelesu sekalipun jual dekat kedai. Dah beratus kali aku try cari tapi tak jugak jumpa. Sadis tahu tak perasaan ituew? Tahu tak? Tahu tak? *panggedebush*

Memang teruja tau tengok Tulip pelesu ini. Apasal aku gaya cakap macam gigi pelesu sajork? Sudah. Jadi nya aku pergi masuk kedai itu yang jual macam-macam barang termasuk bunga yang nampak macam bunga betul tapi sebenar nya bunga tipu aje. Tapi cantik. Aku bila nampak aje terus rembat nak beli okeh? Hakhakhak. Feeling sangat lettuew kan? Lagipun nak pergi De Keukenhof dekat Holland entah bila nya kan? Jadi baik lah aku meratib sendu melihat bunga dekat SACC mall tu sajork ye. Hikhikhik.


ini yang dalam bilik aku. letak dalam pasu lagi okeh.
harga untuk satu jambak ni : RM 5.
kalau yang sekuntum besar : RM 5.
sebab aku tengah pokai , jadi beli sekuntum kecik ini sahaja ye. *nangis*


tulip tipu yang warna lain.
ini yang besar punyeww.
yang besar punye banyak warna lain.
yang kecik punya cuma ada warna purple.
ehem ehem , dah ada dua BUNGA warna purple ni ;P

Well , jangan nak kata aku jakun ye. Sesungguh nya aku pun tak tahu andai ini pertukaran hormon ke apa tapi sejak dua menjak ni memang aku suka betul dengan bunga. Terutama kalau aku nampak warna Unggu. Sungguh menarik tangkai hati , jantung , paru-paru serta mata ye. Ehiks. Sebenar nya nak cari warna lain tapi tak ada kan , so dengan rela hati ambil aje lah warna Ungu.

Bukan setakat Tulip aje yang ada tapi bunga-bunga jenis lain pun ada jugak. Kalau sesiapa yang nak kasi cun ruang tamu korang ke , ruang makan ke or anything ruang pejabat sekalipun boleh lah pergi dekat SACC mall ni. Tingkat 1 tak silap aku. Memang banyak jenis pilihan bunga yang cun kalau hias atas meja. Hiks. Murah pun boleh tahan murah jugak. Tak pun korang yang jenis suka pinggan atau mangkuk yang berukir corak cantik macam mak aku tu ha , pun boleh datang situ. Ok dah tahu nama kedai ituew : Kitchenware. Dekat 1st floor. Banyak pilihan bunga-bunga yang boleh di jadikan hiasan gituew. Mohtif gigih aku peromot? LOL.

Derhh , ingat nak tulis sikit aje. Sekali hamik banyak jugak aku menulis. Ekekekekek. Tapi itulah sayang yang sejambak kecik ada satu colour aje. Kalau tak mahu aku rembat banyak jambak khen? Ekekekek. Serius bila masuk situ even tengok bunga pelesu pun aku dah heksited semacam aje kan? Kalau pergi tengok bunga betul-betul mahu aku rebah di atas tanah. Hamboiii hamboiii. Hakhakhak.


kakak dalam kedai tu tiba-tiba nak hias menghias pulak.
aku layan kan aje. muahaha.


tulip besar yang menggoda hati dan perasaan. 
hish.

Sesungguh nya aku nak pergi lagi ke SACC mall untuk merembat tulip besar itu pulak. Heh. Begini lah jadi nya kalau tak dapat nak pergi De Keukenhof dapat tengok Tulip tipu pun okay lah kan? Hiks. Ehem ada tak korang yang suka Tulip macam aku? Haih , punya lah membuak-buak keinginan nak tengok tulip yang betul punya. *meraung* Ekekekek , dah dah nanti makin merapu jadi nya. Ehiks.


Terima kasih sudi baca entry ni :)

7 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Ahkak paham perasaan mu yunk(~_~;)
Kalo tgk tulip idup lg nangess sebab lawa sgt mcm nk cabut bawa blk jer...
X per Ada rezeki uolls leh tgk live tulip nnt ek (#^.^#)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
This comment has been removed by the author.
Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> harus memahami ai khen? nangiss. hikhik. haish , entah bila nak ada rezeki tgk tulip live Y__Y nangiss.

ni tgk yg smlm pun dh terkinja2 okeh. hikhik.

aisya said...

suke tulip jugak.. teringin nk tgk yg btol2 punye.. mesti cantik kan?

Aida Omar said...

bunga tulip memang cantik kan..haha
geram!! klo tgk real tak tahu la tak terkata asenye..hihi

Ijah EmoTemo said...

aisya >> heee. itulah klu tgk live mesti lagi cantik :)

Ijah EmoTemo said...

aida >> heee. itu lah kan. mmg cantik tulip ni. tgk yg pelesu pun dah terpegun ekekek. klu tgk yg live sure la pitamz terus ngahaha ;P