Home

Monday, June 6, 2011

Fenemona Nora Elena. Atau Mungkin Kerana Penangan Seth Tan? *gigitjari*

Sebelum ini aku tetanya-tanya seorang diri siapakah Sethtan dan Nora Elena? Selalu aje aku lihat di timeline twitter aku melihat kawan-kawan aku menyebut perihat mereka berdua ini. Tapi ketika itu tak pernah pun menarik tangkai hati aku untuk pergi bertanya mahupun meng-google semua itu. Heh , dasar malas nak layan dan ambil tahu memang macam ni kan? Duhh.

Tapi semua nya berubah apabila Rabu lepas aku ketika yang tengah berpuasa tengah kebosanan tahap melampau setelah selesai menonton Juvana. Maklumlah aku sekarang memang banyak tengok drama-drama melalui laptop dan online sahaja. Dah jarang betul aku menonton melalui tv. Malahan aku kadang-kadang boleh pulak tak tahu drama terkini semua tatkala orang semua bising bagitahu cerita itu best , hero itu romantik dan heroin itu kijam. Tak kisah langsung. Jadi bila bukak tonton.com ni ada pulak dia tunjuk background Nora Elena. Kebetulan tengah bosan melampau tak tahu nak buat apa , jadi aku pun cuba-cuba untuk menonton.




Woah ternyata tidak rugi aku mencuba untuk menonton drama tersebut meskipun masa Khamis lepas sudah episod 16. HA HA HA HA HA , aku terlepas 15 episode dan aku rasa agak rugi tak ikut awal-awal drama ni. Ehem , even aku ni peminat Aaron Aziz , aku tak ada lah gigih gila nak follow semua drama dia. Kecuali betul-betul berminat baru aku tengok. Ehehehehe. Rabulepas bermula lah aku membuat marathon tanpa henti drama Nora Elena ni. Tekun habis macam kena buat reseach untuk pelajaran aje kan? Hoihh Hoihh.




Drama Nora Elena ini merupakan drama yang di adaptasikan daripada novel Kasih Yang Suci hasil karya Meen Zulaikha. Kalau korang nak tahu di sebab kan drama Nora Elena ramai yang bergigihan mencari novel ini di merata tempat dan kebanyakkan mereka bersungut novel ini telah sold out dan dengar cherita jugak Karangkraf tengah reprint balik novel ni. Hiks. Itu lah penangan Nora Elena kan? Errr ke penangan Seth Tan ni? :P

Kalau ikut kan sinopsis nya dan melalui yang aku tengok drama nya ituew , Nora Elena ni pernah menjadi mangsa rogol ketika di usia 15 tahun dan selepas 10 tahun bakal berkahwin dengan Saiful Idham tetapi tiba-tiba berkahwin dengan orang lain iaitu Seth Tan yang juga bos Saiful Idham atau Eid. Erhiks memang tak terduga gituh dengan perkahwinan itu. Ada kisah nya jugak kenapa Elena ni tiba-tiba berkahwin dengan Seth Tan. Semua nya gara-gara Eid yang meminta putus dan dengan sukarelanya jugak Seth Tan volunteer nak jadi pengganti Eid gituh. Curlast kan? Kira nya macam kahwin ala-ala paksa tak paksa gituew. Hiks.


ini sinopsis dalam tonton.com tu ha.

Ehem , jadi macam biasa lah kan kalau kena kahwin ala-ala paksa tak paksa ni , mesti lah Elena akan rasa tak selesa macam itu lah kan. Iyelah kan , tak kenal eh dia kenal sebab Seth Tan ni kawan sekampung gituew. Ehem. Aku rasa ramai wanita di luar sana mesti sibuk nak tengok Seth Tan kan? Iyelah kan Seth Tan tu punya lah baik , caring dan romantik dengan Elena meskipun Elena mula-mula layan dingin aje dengan Seth Tan tu kan? Habis semua angau dengan Seth Tan. Hakhakhak termasuk lah aku hari tu kejap -.-' 

Sampai aku pun gigih membeli novel Kasih Yang Suci semata-mata nak tahu apa yang akan jadi last-last tu. Heh gigih baca muka surat akhir tu je. Erhiks macam mana pun aku tetap nak tengok drama tu even dah beli novel tu sebab aku rasa lagi feel. Ngahahaha. Oh lupa pulak watak Nora Elena di lakonkan oleh Siti Saleha yang adik Sam Bunkface tuh. Seth Tan pulak di lakonkan oleh Aaron Aziz manakala Saiful Idham itu pulak di lakonkan oleh Zul Ariffin teman tapi mesra Abby Abadi tu. Hiks.

Aku suka dengan lakonan semua-semua pelakon ni. Cuma kadang-kadang aku rasa macam lidah Nora Elena ni macam keras pelat gitu bila dia menuturkan ayat. Hehehe. Itu bila episode mula-mula la. Bila makin lama makin okay. Hiks. Aaron Aziz , lakonan dia sentiasa okay. Ekekeke. Zul Ariffin tu pun lakonan dia pun okay jugak tapi kadang-kadang aku terbayang yang dia bukan watak kerja dekat office tu tapi yang jadi inspektor tu. Hakhakhak. Mohtif aku? Ekekekeke. 



Seth Tan . Nora Elena . Eid.

Bagi aku drama Nora Elena ni memang best dan menarik lah. Mungkin sifat Seth Tan yang caring habis tu kot yang kasi menarik. Keh keh keh. Tapi biasa lah kan , itu cuma drama sajork. Walaupun punya teringin nak ada suami kekasih hati perangai caring romantik habis macam tu tapi rasa nya sangat payah nak cari lelaki jenis macam itu zaman sekarang. Heheh. Alah , asalkan diaorang sayang kau pun dah cukup lah. Ekekekek mohtip statement ai berbaur begitu? Ekekekeke. Tak apa lah kan , dapat tengok Nora Elena boleh lah feeling kejap kan? Hiks. Hahahahah , tak habis-habis.

Kalau di ikutkan banyak scene menarik dalam Nora Elena ni. Macam biasa jugak bila ada part sayang menyayang ni mesti ada jugak watak yang paling aku menyampah. Boleh sampai tertekan okeh. Hakhakhak. Kalau yang tengok Nora Elena mesti tahu siapa. Siapa lagi kalau bukan Yvonne. Woiitt , aku siap mengamuk dalam Twitter okeh? Hakhakhak sampai kawan-kawan aku pun rasa rimas dengan aku yang mengamuk pasal Yvonne ni. Muahahahahah. Harus lah kan? Dah lah baru marathon tengok drama tu tapi boleh pulak lagi over kan? Hikhikhik. Melampau benor perangai aku. Ekekekek.


salah satu scene menarik dalam Nora Elena ;P
kau hado dapat bunga banyak-banyak macam ni? kau hado kau hado? *pang*

Hikhikhikhik. Kalau nak cherita pasal Nora Elena ni mahu sepoloh muka surat pun tak habis. Dah episod dia pun 16 episode setakat ini. Ekekekeke. Cuma satu aje lah aku rasa TV3 patut tukar tayangan segmen drama petang ni. Tak elok lah kalau pukul 7 baru nak di tayang kan. Itu kan time orang nak sembahyang Maghrib. Harus lah terganggu kan dan mesti lah macam remaja-remaja macam aku ni family tak kasi tengok tv time magrib. Jadi nya dapat tengok sekerat jalan aje kan? Tak syok lah macam tu. Dulu dah elok-elok start pukul 6.30 masa zaman drama Adamaya ke hape entah? Tiba-tiba sekarang pukul 7 pulak. Harap pihak TV3 boleh lah kot pertimbangkan , lagipun drama petang macam ni kan ramai orang Melayu dan beragama Islam yang menonton nya :)


ini pun part menarik jugak. hakhak. menarik keww? err. 

Uhhu , aku rasa dah macam terlebih-lebih panjang pulak bercherita pasal Nora Elena ni. Hiks. Padahal baru Rabu lepas ber-marathon menonton Nora Elena ni. Hahah. Lepas tu kan penangan Nora Elena ni habis semua lagu OST Nora Elena pun aku suka. Hiks. Entahlah macam terlebih feel pun hade. Over sokmo kan kau Mek Jah? Hahahah. Kalau baca novel dia sebenar nya watak Nora Elena agak kejam jugak dan err Seth Tan pun tegas berganda macam itu lah. Heheheh. Padahal aku main skip skip aje baca novel tu. Ekekeke. Sekarang mood nak baca novel sangat lah tiada. Banyak lagi novel-novel yang beli dekat KLIBF tersadai macam itu aje. Hehehehe. 

Ehem nak cakap pasal apa lagi ye? Rasa nya dah tak ada lagi nih. Maaf kalau entry ni terlebih panjang. Ekekekeke. Kekdahnya kalau menulis ikut perasaan maca ini lah kan? Hakhakhak :P Jangan lupa uols setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 petang di TV3. Kalau terlepas jangan risau boleh tengok di tonton.com atau di youtube pun ada jugak :P Err korang angaun dekat Seth Tan jugak tak macam aku? Errr ke tak suka ? Hakhakhak.


Yvonne watak yang boleh kasi aku naik darah dan menjerit sampai ketuk laptop. 
erkk. 
nampak nya sangat berkesan watak Wan Syarmilla nih. ekekeke. :P

Terima kasih sudi baca entry ni :)


19 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

wah ramai review drama nie ek...but watak Yvonne tue x jahat mcm perampas yg lain la...OMG uols tgk x muka dia bila x makeup tebal...jantung ai terhenti kejap....adeh lain kali makeup jgn la over sgt...zaman la penggoda bukan yg makeup tebal jer taw...gadis2 desa yg nampak innocent tue bukan main lagik uols...jgn mudah tertipu...isss ke citu plak ai :D

miloaiskurangmanis said...

iols tak tengok lah drama ni nokkk...
dan rasa tak akan tengok
so jiwang meleleh
i can't stand it!

Ijah EmoTemo said...

kaka ayu >> hikhik. mmg ramai review ni :P

hikhik itu la, ai pernah mentioned dlm twitter , apasal watak perampas penggoda je mesti mekap tebal gila? nangis sgt tau. hikhik. ai paham ai paham. ekekeke. ada je yg muka inesen gadis desa yg reti menggoda jgk :P

tp itula.. nangis sgt

Ijah EmoTemo said...

kaka milo >> hikhik. ai kebetulan je ni tgk. klu tak hakhak tunggu bila bosan kot baru tgk. ekekek. tp bila dah tgk terus meroyan terus. huwargh T_T

eynda said...

Iskkk sana sini ada citer pasal nora elena hihi...akak je asyik terlepas siaran kat tv tu sebab time sibuk...nak tengok online pun tak boleh2 lagi...tapi kekadang sempat tengok skit2 kat tv...memang citer yg sangat best!

Ijah EmoTemo said...

kak eynda >> heee. ijah pun byk sgt terlepas episode dia tu kak eynda. hari tu kebetulan tgh puasa tak tahu nk buat apa terus marathon 2 hari berturut2 smpi skrg ni pun marathon lagi. ekekeke ;P

mmg best kan drama ni :D

hyazz said...

hebat tol citer ni kan... budak2 kat opis akk ngah giler follow citer ni..aduii laa

Ijah EmoTemo said...

hyazz >> hikhik. tula. maybe sbb ada aaron aziz kot then watak aaron aziz mmg romantik smcm itu yg makin ramai suka tu ;)

heee iye ke? akak tak tgk? ekekeke

Ijah EmoTemo said...

hyazz >> hikhik. tula. maybe sbb ada aaron aziz kot then watak aaron aziz mmg romantik smcm itu yg makin ramai suka tu ;)

heee iye ke? akak tak tgk? ekekeke

zahidah dihaz said...

tak tengok pun drama ni....tapi ada tengok kejap...tu pun boleh buat cair tengok lakonan aaron aziz....ada ke lelaki macam tu lagi sekarang ni?


New Entry:Contest like @ Facebook

Ijah EmoTemo said...

zahidah >> heee mmg lakonan aaron boleh buat cair je sokmo dlm mana2 drama kecoli kl gangster kot erkk ekekeke

Diari Si Froggie said...

cerita nie mmg best woo ~

crvmin said...

tunpang yaaa.....n salam kenal...
heeee sy pon dah terminat ngan niiii cuma time nak tgk tuuu tak sempat...tp pepagi jeee terus terjah tonton.com..perhhhhhhh best best...!!! novel da khatam....!!!

Ijah EmoTemo said...

aida >> heee kan? mmg best!

Ijah EmoTemo said...

suhailas >> hye! salam kenal :) heee itu lah. ijah pun mula2 tak pernah follow pun episode by episode tp hehe then terus tgk terus minat dgn drama ni :D

sama la , ijah pun jarang boleh tgk dkt tv , tp mlm tu jgk ijah pergi terjah tonton tak pun dkt utube ;P

mmg best kan :D

cikgu_aare said...

sana sini nora eleena..

nasibla cuti sekola.bolehla layan citer ni.

lepas ni,kompemla takleh layan.dah naik sekolah..
ngaja petang, tu yg tak boleh layan dah..(T__T)

Ijah EmoTemo said...

farhana >> hiks itu la , fenomena sgt kan? :P hahah , itula sama la mcm ijah ni pun sbb cuti sekolah aje. klu tak jgn harap la nk melayan nya. bila ptg je sibuk buat mcm2. hehe.

: husna : said...

uwaaaaaaaa...apesal berhantu sgt drama ni....

Ijah EmoTemo said...

husna >> heheheh kan? bukan drama ni je berhantu , ost dia pun sama berhantu. smpi caller ringtone pun dah bertukar ni T_T hantu tak hantu? ekekekekk