Kali ini bukan nak bercherita pasal artis lagi ya kawan-kawan. Nanti-nanti aje lah aku update pasal Oreo Daddy Dunk with Aaron Aziz. Kalau asyik bercherita pasal artis memanjang kang orang ingat ini web Oh Bulan ke , Oh Bintang ke mahupun Oh Cahaya segala. Nanti muak pulak orang yang membaca. Padahal dah bagitahu kan awal-awal , tak suka tak payah baca. Tak payah nak komplen hu ha hu ha. Tapi nak buat macam mana kan , manusia macam-macam peel. Lagi aku melayan lagi menyakitkan jiwa aje nanti. Tak ke naya nanti?
Nak bercherita pasal diri sendiri , kadang-kadang bila tak ada gambar , mood nak bercherita tak ada. Bila ada gambar baru seronok nak bercherita. Ala-ala Karangan Barpandu yang kasi gambar , rajah macam itu lah khen. Seronok aje nak menulis walaupun cuma merapu merepek. Eheh. Aku tahu ada yang tak suka aku merepek tapi maaf lah menulis dengan cara begini salah satu terapi tekanan aku. Nak pergi shopping melempiaskan nafsu bershopping bukan nya mampu kan? Nak pergi makan sampai puas , nanti bila nampak aku makin bulat mula lah mulut masing-masing macam berat badan 20 kg , padahal kau pun sama je bulat. Nak pergi tidur sampai pitamz nanti cakap benda lain pulak. Tak puas hati sungguh.
makan memang antara terapi terbaik untuk tekanan. tapi kalau berat kau naik jangan nak tertekan pulak. duhh. |
Maka cara terbaik dengan menulis di dalam blog. Benda percuma yang tak perlu bayar apa-apa dan rasa nya aku tak ganggu siapa-siapa. Tapi maaf lah andai tanpa sedar aku telah tulis yang buat kau terguris hati , paru-paru dengan jantung kau. Tak sengaja. Kalau aku sengaja memang aku pun sengaja cari bala. Tak payah lah nak sakit hati dengan tulisan aku. Tak payah nak cakap menulis dalam blog adalah lagha ke apa. Bukan nya aku bercherita hal lucah ke atau mengutuk orang tak tentu hala. Entahlah , susah jugak bila menulis di dalam blog ni. Kita sekadar nak beritahu benda yang kita makan , kita suka tapi lain pulak di cernakan di kepala otak orang lain.
Sekarang nak menulis pun rasa terbatas. Bukan terbatas dengan masa. Tetapi terbatas dengan benda lain. Aku tak faham entah kenapa mereka-mereka yang tak suka baca belog aku ni tapi boleh tahu ye setiap inci apa yang aku tulis. Sebab kalau aku , kalau dah benci dekat orang tu , aku tak akan jenguk , melihat ataupun mengambil tahu apa yang mereka buat melainkan tak sengaja tertengok. Iyelah buat apa kita nak tengok dan baca serta ambil tahu dengan orang yang kita benci? Nanti buat makin sakit hati sahaja dan Syaitan pun semakin suka lah dapat meng-api-api kan kita kan? Aduh. Tapi biasa nya manusia zaman sekarang makin benci makin nak ambil tahu. Buat apa lah macam tu. Bak kata kawan baik aku , Kak Seri Siantan , buang karan saja nak fikir-fikir negatif semua tu. Banyak lagi benda-benda di atas dunia ni yang lagi penting untuk di laku kan. Haa , benda yang dekat akhirat pun banyak juga yang nak kena buat. Entah cukup entah tidak amalan kita ni kan? Aku bercakap untuk diri aku. Aku sedar aku bukan baik mana. Aku sedar aku pun bukan nya bagus mana nak bercakap benda ini tapi bukan ke pesan memesan itu sesuatu yang di galak kan?
Tapi biasa lah manusia. Bila kita cuba menasihati semua di kata nya perasan bagus , perasan pandai ataupun perasan bijak. Eh kalau kita yang tak perasan semua itu siapa lagi mahu perasan? Ngahahaha. Entah lah , nak tulis panjang-panjang ada pulak yang muntah. Hailah. Nak menyampah dengan aku menulis ni nak buat apa lah? Aku bukan nya Cik Epal yang sekali dapat 1k 2k tetiap bulan dengan Nuffnang ataupun RedMummy ke apa kan? Lain lah diorang tu menulis menulis duit pun hade dapat jugak. Aku ni duit Nuffnang pun ciput aje lagi pun tapi syukur lah dengan rezeki tu. Tak mampu dapat banyak , dapat dengan apa yang ada tu pun dah syukur. Tak pasal-pasal aku membebel tak tentu hala kan? Haih.
makan cokelat pun terapi tekanan jugak. apahal semua gambar makanan ni. grgg |
Ehem , cuma nak beritahu sahaja lah kan yang menulis memang terapi tekanan aku. Jadi jangan salah sangka kalau aku asyik update belog. Lagipun bukan nya aku tulis hal peribadi sangat sebab tak semua benda kita boleh kongsi. Bukan semua orang boleh terima dengan tulisan kita. Bukan semua orang boleh faham dengan keadaan kita. Kadang-kadang tulisan pun boleh membuat percakaran dan salah faham. Biasa lah , bila sebut lain bunyi nya bila baca lain pulak bunyi nya. Aku harap setiap tulisan aku , setiap gambar yang aku letak di dalam belog ini jangan ada yang salah faham dan tak puas hati. Kalau ada yang tak puas hati beritahu aku. Aku ada kasi CONTACT ME tu kan? Bagitahu aje. Aku tak suka nak bergaduh tak puas hati tak tentu hala ni.
Haih , tak larat nak tulis panjang-panjang lagi. Maaf kan aku kalau aku pernah menulis yang bikin hati kau marah dan sentapz tak tentu hala. Lagipun kita ni manusia biasa tak terlepas dari membuat kesalahan. Bak kata Seth Tan pada Nora Elena ; setiap orang yang bersalah berhak di beri peluang kedua. Dan kenapa kita perlu ego untuk tidak memberi orang lain peluang kedua meskipun dia berhak? Erghh , ada jugak aku makin membebel makin panjang kang. Jadi , korang kalau tertekan buat apa? Dan terapi paling terbaik sekali di atas muka bumi ini ialah dengan mendekatkan diri dengan Tuhan. :)
Terima kasih baca entry ini :)
6 comments:
payah jadik owg fofuler nie ramai x suka ek??? sabaq yer mek....
nokk... iols suka jer baca entry uols..
so iols tak kisah pun apa yg isi nya..
hanya - iols nak mintak maaf ye...
sokmo iols a bit laser kan bila komen kat entry uols...
harap uols tak sentap nokkkk...
mati iols nak pujuk uols nanti
harus iols kena bawak abang aron uols utk pujuk plak kan???
hehehehe
bab nuffnang - iols pasrah nokk... limakupang setahun kekdahnya
bleh gitu??? :nangis:
yeayy.. lappy kita mcm sama ja^^
err.. jelessssnye ade Aaron aziz kt bwh tu...
kaka ayu >> heheh mek mana ada popular. heheh thanks ye :)
kaka milo >> uishh , ai tak pernah la terasa hati dgn kaka milo. yuols buat aiols makin happy ada la dgn ayat laharianz uols tu hahahah. no worry aiols sng je dgn komen2 kaka milo tu :)
hahahaha boleh jgk bawak kan bang aaron ye hahaha.
bertabahla kaka millo :nangis:
ishiko >> heheeh iye ke? :)
heheheh jgn la jeles :)
Post a Comment